Sabtu, 13 September 2008

Takrif Saka...

INFO: Saka
Saka adalah amalan mewarisi jin atau syaitan untuk membolehkan makhluk halus itu memberikan pemiliknya pelbagai kekuasaan ghaib seperti kekuatan luar biasa, kecantikan, pengaruh dalam masyarakat dan pelbagai lagi.

Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah syirik dan haram di dalam Islam.

Jin yang menjadi saka boleh memperdaya tuannya seperti menjelma di dalam mimpi sebagai seorang yang warak dan kuat beribadat. Akan tetapi ia bagi memastikan manusia itu terpedaya dengannya seterusnya sesat dari Islam.

Saka tidak semestinya diwariskan kepada saudara sedarah tetapi kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula pelbagai antaranya menerusi perbuatan seperti bersalaman, menerusi lafaz atau menyerahkan barang tertentu seperti keris, cincin, azimat termasuk kertas bertulis ayat al-Quran.

Kaedah mengesan ilmu sesat

Untuk sesiapa yang terasa dia TERambik ilmu2 yang diwartakan sesat, atau ilmu2 yang berasaskan jin, cara ujiannya mudah:

Sila baca:

Shahadah 1x
Istighfar 3x
Salawat 3x
Surah al-Isra 81 21x
Surah al-Isra 50 21x
Surah al-Baqarah 174 21x
Salawat 3x

Sekiranya tiba2 rasa angin dalam perut berpusing2 serupa kita sakit perut selepas kita makan mee rebus basi, tu yalah tu.

Sekiranya takda kesan, alhamduLILLAH

Mudahan bermanfaat. dari rawatansihir.com

Saka...

Insya Allah, dalam posting yg akan dtg, saya akan selitkan serba sedikit mengenai alam jin dan ilmu perubatan Islam, yg dgn nama lainnya Ruqyah Syari'yyah.

Bukanlah dgn niat utk menunjuk-nunjuk ilmu di dada, tetapi niat saya tidak lain bertujuan utk membersihkan aqidah ummat Islam pd ketika ini yg masih tidak faham apa itu sihir, syirik, jin, kerasukan dan lain2. Masih ramai org Islam yg mendatangi bomoh2 utk berubat dgn bomoh sedangkan telah jelas Nabi melarang kita 'consult' dgn bomoh apabila ditimpa musibah seperti sakit dll. Hukum berjumpa dgn bomoh jelas syirik dan haram.

Selain itu, saya juga bertujuan utk menerangkan kesyirikan2 yg berlaku dlm masyarakat kita tanpa kita sedari. Cthnya penggunaan wafaq, tangkal dll. Ada yg mengatakan tangkal harus dipakai, sdgkan Nabi mengutuk org Islam yg menggunakan tangkal.

Sebarang soalan boleh diajukan dalam ruangan "commnt' blog ini.

Ttg saka, berikut adalah info yg saya perolehi dari sebuah forum rawatansihir.com.

Dari segi hakikatnya, apabila moyang kita mengambil khadam
untuk jaga kebun, atau
untuk bantu dia bersilat, atau
untuk buat keris/parang dia gerak2
untuk bantu dia mengurut
untuk bantu dia kerja berat
ada kemungkinan dia telah bersetuju dengan kontrak yang mana butir-butir dia sendiri tidak faham. Mungkin sebab mereka terlalu seronok dapat khadam yang ghaib ni...
Macamlah kita sign contract pinjaman beli motor kapcai atau sign contract jadi penjamin personal loan member rapat. Bukannya kita belek atau faham pun ada ayat2 contract tu cakap.

Bila hutang tak bayar, dan along mula tunjuk2 muka depan rumah, barulah bini kita dan anak kita faham apa sebenarnya yang kita dah TERsign. Masa tu kita pun mungkin dah cabut menyorok kat Siam, nauzubillah.

Biasanya contract saka ini 7 keturunan, tetapi ada juga yang tidak sebut berapa keturunan, jadi tak habis-habislah ceritanya.

2) Untuk memastikan tiada saka, sila baca
Surah Al-Baqarah 1-17
Surah Yasin 1x
Surah Jin 1x
selama 7 hari berturut-turut. Sekiranya tiada kesan, atau tiada mimpi ganjil2, insyALLAH takda, alhamduLILLAH

Sekian


Cerita 2 hari...

Malam tadi ada Iftar jama'ei di HIKMAH Pusat Kuching. Byk ikhwah dan akhawat dari semua usrah datang utk mengisi program. Program dimulakan dgn iftar beramai-ramai, tetapi saya tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu. Selesai iftar, ada jamuan nasi kambing. Rasa rugi tak datang.

Saya datang selepas Maghrib, datang krn telah diamanahkan utk mengimamkan solat Tarawih sepertimana yg diarahkan oleh pihak tanzim. Mahu tak mahu, saya kena datang. Padahal lagi ramai ahli usrah yg lebih layak utk jd imam, saya juga yg dipilih. Namun saya ikhlaskan hati krn sayalah satu2 nya wakil dari usrah Ust Soleh utk mengimamkan salah satu dr solat Tarawih mlm itu.

Bacaan surah dikehendaki yg pjg, maksudnya, surah pendek tak digalakkan. Ini lagi satu hal, saya dah lama tak menajamkan hafalan, khuatir juga ada yg tersilap dan tersasul. Saya pilih ayat Inna rabbakumullah.. sampai beberapa ayat, pd rakaat kedua, berlaku kejadian yg memalukan berlaku, saya membaca surah Yassin, sampai pd ayat innama tun ziru manit taba'az zikra saya 'stuck', terlupa ayat apa yg selepasnya. Beberapa kali saya ulang, masih tersekat. Saya menunggu ust Muntaha menyambung dan mengingatkan ayat tersebut tp suara beliau kecil, kurang dgr. Lalu saya teruskan dengan ruku' dan sujud.

Selesai solat, saya terfikir. Apa agaknya salah saya. Mungkin perut terlalu kenyang masa berbuka tadi. Atau.... mungkin 'tersalah makan'? Astaghfirullah....

Acara diteruskan dgn tazkirah oleh ust Saudi Arof. Tazkirah ttg dakwah, perjuangan dan t/jawab sebagai muslim amat menyentuh nurani saya. Rupanya masih byk lagi tugas sbg org Islam yg belum saya tunaikan.

Habis program, saya dan Bahtiar pergi ke baruk Kpg Boyan, makan ayam penyet. Hahahaha... lama dah tak makan ayam penyet. Kenyang sampai ke sahur, waktu sahur saya cuma makan kurma 4 biji dan air sahaja. Sekarang ni pun masih kenyang. Alangkah berkatnya sahur.

Subuh tadi saya dan Jalot solat jemaah di surau Perumahan Fasa 2, ust Azmi memberikan kuliah subuhnya di sana. Sedang mendengar kuliah, Jalot menerima panggilan dari ust Sarbini yg mengatakan tayar kereta beliau pancit dpn Normah. Kami berdua bergegas ke sana dan menolong ust Sarbini mengganti tayra beliau...

Hmmm.. dlm masa tidak sampai 2 hari, banyak kejadian yg berlaku. Saya melihat kejadian2 ini dr sudut yg positif, yakni, ada beberapa hikmah yg dapat kita perolehi dan cungkil dari peristiwa tersebut. Inilah kitab kehidupan, yg Allah ajarkan kpd kita. Namun ramai manusia buta mata hatinya krn tidak mampu melihat 'kitab' yg ada di hadapan mereka.

Wallahu 'alam...

Isnin, 8 September 2008

Bazaar Ramadhan di Semarak

Hujan petang tadi tidak mematahkan semangat saya dgn 2 org sahabat saya, Bahtiar dan Aied utk pergi melihat keadaan bazaar Ramadhan di Semarak. Kami ke sana dgn menaiki kereta Aied, memandangkan tempat parking penuh, Aied memarkingkan keretanya di Masjid At Taqwa Kpg Gita.

Suasana di bazaar amat sibuk. Kedengaran suara peniaga melaungkan barang2 jualan, sehingga menampakkan kemeriahan bazaar tersebut. Aneka mcm kuih muih, lauk pauk yg lazat menarik perhatian kami. Kuih buah ara, senangin, seri muka, ayam masak merah, terubok panggang, murtabak, air tebu dan kelapa dan ABC serta macam2 lagi yg dijual .Saya menyempatkan diri utk membeli cucur rodey dan samosa. Favourite saya sejak dulu. Dalam pada itu, saya terdengar suara memanggil saya, "Laksa haji!"Bila saya menoleh, Kak Siot rupanya, kak Siot mmg pandai membuat laksa sarawak. Laksa kak Siot adalah favourite saya sejak saya belajar di Politeknik. Laksa paling enak di Swk!

Selesai membeli belah, kami pun pulang memandangkan masa utk berbuka puasa semakin dekat. Kereta Aied meluncur laju membelah jalan Petra Jaya yg basah dek hujan...

Indah sungguh Ramadhan di Kuching...

Ahad, 7 September 2008

Asajaya nan sunyi...

4 september 2008

Hari ini adalah pertama kali saya sahur di Asajaya. Saya dengan Khairul bgn seawal 4 pagi bg melaksanakan sunnah nabi yg penuh barokah itu secara bersama-sama. Harith sudah sahur lebih awal dr kami, pukul 12 tgh mlm tadi.

Hidangan ringkas yg dibeli ptg semalam, dijamah dgn lafaz Bismillah. Saya memulakan sahur pagi itu dgn memakan kurma, sedikit air soya bean dan air putih. Seterusnya, roti bantal cicah kari dlm tin. Air putih saya minum dgn byk memandangkan saya bekerja di site, amat penting bg saya untuk minum banyak air, khuatir akan kehausan krn bekerja di tgh panas.

Sambil menjamu selera, saya dan Khairul bersembang mcm2 cerita. Dari hal kerja, masalah kewangan sehinggalah hal kahwin. Inilah 'main topic' yg sering menjadi perbualan di kalangan kami. Walau apa pun, kami pasrah dgn takdir yg telah ditentukan ke atas diri masing2.

Selesai sahur, Khairul menyambung sembahyang Tarawihnya, saya pula melakukan qiamullail ringkas. Di bulan inilah saya mengambil kesempatan utk mempraktikkan qiamullai, krn di bulan lain agak sukar utk bgn awal pagi bg melaksanakn sunnah nabi tersebut. Maklumlah, jenis org kuat tidur.

Selesai qiam, berkumandanglah azan Subuh dari Masjid An-Najah Asajaya, masjid besar utk Pekan Asajaya. Saya dan Khirul bergegas ke masjid. Tidak ramai jemaah yg dtg, tidak sampai belasan org, mungkin ramai yg solat Subuh di rumah barangkali, ataupun di surau2 lain.

Selesai Subuh, saya tilawah Quran utk juzuk ke 4. Manakala Khairul pula menyiapkan kerja2 persekolahan nya.

Ramadahn di Asajaya agak sunyi, walaupun byk perkampungan Melayu di sini. Mungkin populasi penduduknya yg bertaburan, ataupun sedikit, menjadikan pekan tersebut sunyi, tetapi aman dan tenteram. sejuk embun Subuh di Asajaya menusuk sehingga ke tulang sum sum, kedengaran juga deru motosikal dan kereta memecut di jalanraya, mungkin cikgu dr Kuching turun awal utk pergi mengajar di kawasan pedalaman seperti Sebangan dan Pendam agaknya.

Allah sedang mengajar saya sesuatu di Subuh ini...

From Bintulu with Love...

3 September 2008

Ketika duduk seorang diri, saya teringat pula kenangan sepanjang berada di Bintulu. Kerja di sana memang rileks, turun kerja pd bila masa yg saya suka, pergi site pun buat inspection ringkas, buat site diary, sedikit discussion, dan seterusnya pulang. Petang pegi lepak kat kedai mamak dgn Kerol dan Aziz. Kdg2 Aman join sekali. Oh alangkah indahnya, andailah masa dpt diputar kembali.

Saya tidak dpt menafikan perasaan saya pd ketika ini. Entah kenapa, perasaan rindu dgn bandar Bintulu begitu meluap luap, sehingga kadang-kadang terbawa ke dalam tidur. Akhirnya saya membiarkan saja perasaan itu bermain di minda saya.

Aziz selamat sampai di Bintulu pagi ini, tepat jam 10:37 pagi, sms di telefon saya berbunyi. Aziz memaklumkan ketibaannya di Bintulu, alhamdulillah dlm keadaan selamat. Aziz berangkat dr Kuching dgn menaiki bas Biaramas, jam 10 mlm sebelumnya. Syukurlah, dia selamat sampai ke destinasi. Mungkin Wan Khairul yg menjemputnya di terminal bas Bintulu. Aziz meneruskan lagi kehidupan 'indah' nya di Bintulu bermula hari ini, setelah puas bercuti di Kuching.

Terbayang dlm kotak fikiran saya, bandar Bintulu yg aman dan tenang. Tiada traffic jam, tiada hiruk pikuk kereta yg banyak, semuanya berjalan dgn lancar. Inilah kelebihan bandar Bintulu jika dibandingkan dgn bandar Kuching. Tiada stress dan tegang, segala-galanya aman dan tenteram.

Teringat pula saya dgn nasi bryani di Famous Mama Restaurant, berdepan dgn Am Bank, tidak jauh dr Hoover Hotel. Restoran mamak ini cukup terkenal di Bintulu, sesuai pula dgn namanya. Nasi bryani, roti daging dan mee mamak adalah favourite saya jika singgah makan di sini. Teh tarik dan tongkat alinya pun sedap, manis dan lemak rasanya.

Semua itu telah berlalu, mungkin satu hari kelak jika saya dtg lagi ke Bintulu saya akan singgah lagi ke restoran ini, insya Allah.

Inilah Takdir Allah...

Telah lebih sebulan saya berhenti kerja dari UAA Sdn Bhd, bermakna sudah sebulan jugalah saya bekerja di Perunding Muhandis. Terasa masa berlalu begitu pantas, pelbagai peristiwa yg berlaku dlm sebulan ini.

Sepanjang berada di Muhandis, hati saya berasa tidak tenteram. Hal ini demikian krn tersebarnya 'cerita tersembunyi' mengenai syarikat ini yang tidak saya ketahui sebelum ini. Sukar untuk saya nyatakan apa masalahnya, maka saya cenderung utk berdiam diri bg menjaga maslahat ummat.

Terdetik di hati saya, adakah ini 'absolute answer' dr Istikharah saya sebelum saya membuat keputusan utk resign dr UAA dan alalu menyertai Muhandis? Mengapa jwpn yg diperolehi lain dr yg diharapkan? Adakah ini yg dikehendaki dan ditetapkan oleh Allah ke atas diri saya? Bukanlah maksud saya utk menyangkal kehendak takdir, cuma saya perlukan jawapan dan pencerahan yg jelas supaya hati saya menjadi tenang dan tenteram.

Demi Allah, saya tidak menyalahkan Allah dalam hal ini. Saya perlukan nasihat dan pencerahan dr semua yg berlaku pd ketika ini...

Lantas, saya mengamalkan kembali zikir yg diajarkan oleh ustaz saya pd ketika dulu, untuk menenangkan hati dan memohon pencerahan dari Allah dr soalan yg berlegar di kepala saya ketika ini.

Tasbih Nabi Yunus "Laila ha illa anta subhanaka, inni kuntu minaz zholimin"

"Tiada tuhan selain Engkau, Wahai Allah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri"

Ustaz saya mengatakan bhw tasbih Nabi Yunus ini amat baik diamalkan pd ketika kita mengalami kesulitan. Insya Allah, Allah akan menuntaskan semua masalah yg kita hadapi, berkah dari kalimah zikir ini. Amatlah disarankan kpd pembaca semua agar membaca tasbih ini sebanyak 100 kali sehari, atau lebih bg memperolehi keberkatan.

Selasa, 2 September 2008

Ramadhan Di Semerah Padi

Sebentar tadi saya telah menunaikan sembahyang Isyak dan Tarawih berjemaah di Surau kpg saya, Darul Husnul Khatimah Semerah Padi. Mengikut perancangan asal, saya sepatutnya berada di Asajaya dan menginap di sana sampai hari Jumaat, tetapi saya mengubah perancangan tersebut dgn balik terus ke rumah tengahari tadi krn hujan lebat di site menyebabkan byk kerja2 tertangguh.
Masuk mlm ketiga Ramadhan, barulah pd malam ini saya berkesempatan utk mengerjakan solat terawih di kpg sendiri, krn sebelum ini saya sembahyang di Masjid Jamek Negeri Sarawak, bersama dgn sahabat2 saya.
Sembahyang di kpg memang menyeronokkan, krn pd bulan puasa inilah ramai yg turun ke surau untuk melaksanakan solat Isyak dan Tarawih berjemaah bersama sama. Jemaah melimpah hingga ke luar surau, tua muda dan mcm2 org yg dtg untuk sama2 menyembah Allah Yg Esa. Pemandangan seperti ini jarang dapat dilihat di bulan2 lain.
Seusai 20 rakaat Tarawih, disambung pula dgn solat Witir sebanyak 3 rakaat. Selesai salam, lantunan zikir 'Allahu Ya Latif' pun bergema memenuhi surau, semua jemaah melafazkan tahlil dan tasbih memmuji muji Allah Yg Maha Kuasa.
Gema lantunan zikir itu benar2 mendamaikan hati saya. Alangkah indah nya suara zikir itu, seumpama suara malaikat yg tidak jemu2 bertasbih memuji Tuhan yg bersemayam di atas Arasy. Suara yg padu menjadi satu, melambangkan kesatuan hati penduduk kampung Semerah Padi, tempat tinggal saya semenjak 15 thn yg lalu.
Zikir itu kemudiannya disudahi dengan bacaan doa, memohon keampunan dan kesejahteraan dari Yg Maha Esa. Niat puasa dilafazkan, lalu kemudiannya tangan dihulurkan sesama ahli jemaah petanda upacara ibadah pd malam ini selesai. Bertebaranlah penduduk kpg pulang ke rumah masing2, kecuali anak2 kecil yg masih menunggu untuk bertadarus Al Quran.
Sambil memandu, saya teringatkan kisah saya yg juga turut pernah terlibat dlm majlis tadarus setiap kali Ramadhan menjelang. Kami membaca Al Quran bergilir gilir, sambil disemak oleh rakan yg lain. Selesai tadarus, kami menjamu selera pula dengan hidangan yg dibawa oleh penduduk kampung sebelumnya. Sungguh menyeronokkan!
Alangkah indahnya Ramadhan, keindahannya bukan hanya di mata, namun ia juga indah di hati sanubari setiap insan yg memahami hakikat kerohanian bulan suci dan mulia ini.
Saya Yang Fakir,
Asri bin Sapiee