Ahad, 21 Jun 2009

Koleksi Buku Ruqyah Terbaru



Alhamdulillah, semalam saya ke MPH The Spring, cari hadiah buku buat ayah tersayang sempena Hari Bapa. Dah jumpa buku yang dihajatkan, terjumpa pula buku tentang rawatan Islam. Buku bertajuk Ruqyah Syari'yyah, Himpunan Doa-Doa Ma'tsur Untuk Mengubati Guna-Guna, Sihir Kerasukan Iblis Dan Syaitan ini dikarang oleh Dr. Khalid bin Abdul Rahman Al-Jarisi.

Saya dapati dalam buku ini bukan sahaja menerangkan dan mengajar teknik rawatan, tapi ia turut menghimpunkan bacaan-bacaan ruqyah yang mengandungi 3 'stage', iaitu ruqyah ringkas, sederhana dan lengkap. Selain potongan ayat-ayat suci Al-Quran, turut dimuatkan ialah doa-doa yang Ma'tsur dari Rasulullah SAW. Boleh dikatakan buku ruqyah ini cukup lengkap dan sesuai untuk menjadi amalan bagi setiap Muslim yang ingin menjadi perawat.

Teknik rawatan adalah yang 'basic' dan biasa kita dengar seperti kaedah membuat air penawar, melepas dan menghancurkan sihir dengan air daun bidara dan garam dan lain-lain lagi.

Membaca buku ini mengingatkan saya kepada pengalaman pertama saya melibatkan diri dalam rawatan Islam atau ruqyah ini. Insya Allah dalam posting yang akan datang, saya akan ceritakan bagaimana saya boleh terlibat dalam bidang rawatan Islam @ ruqyah, insya Allah.

Ahad, 14 Jun 2009

Amalan Kerohanian












Assalamualaikum,

Bismillah...

Kali ini izinkan saya berkongsi satu amalan rohani yang telah menjadi rutin harian saya. Bukanlah tujuan saya untuk menunjuk-nunjuk, tapi lebih kepada berkongsi agar memberi manfaat kepada kita semua.

Setiap individu Muslim mempunyai amalan rohaninya sendiri. Ini penting kerana perintah 'riyadhah rohani', atau dalam perkataan lainnya 'melatih jiwa' itu ada dalam perintah agama. Perumpamaan melatih jiwa ini sama seperti kita bersenam setiap hari. Jika rajin bersenam, insya Allah kesihatan kita akan bertambah baik. Demikian jugalah dengan rohani kita, semakin rajin kita melatihnya dengan zikrullah, insya Allah rohani kita akan menjadi semakin sihat dan bersih.

Amalan zikir pertama yang saya terima ialah wirid Al-Ma'thurat yang diajarkan murabbi usrah saya, Ust Hj Soleh bin Hj Hamden. Boleh dikatakan setiap ahli usrah 'diwajibkan' mengamalkan wirid ini setiap pagi dan petang. Saya juga mendapati wirid yang dikompilasi oleh asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna ini amat popular di kalangan gerakan Islam seluruh dunia. Difahamkan gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir mewajibkan setiap ikhwan untuk mengamalkan wirid ini setiap hari.

Manfaat Al-Ma'thurat ini amat besar sekali. Di dalamnya terkandung beberapa ayat Al-Quran yang memang diajarkan direct dari Rasulullah. Malahan kebanyakan ayat-ayat inilah yang digunakan oleh para mua'llij untuk meruqyah dan merawat orang yang kerasukan. Ust Sarbini, seorang lagi murabbi saya pernah mengatakan dengan mengamalkan bacaan Ma'thurat ini kita akan terhindar dari fitnah dan hinaan manusia, gangguan jin dan syaitan , kemalangan dan lain-lain.

Wirid kedua dalam amalan saya ialah Hizib Bahar. Amalan ini saya terima dari ust Umar Fathullah Harun. Ketika itu saya dan sahabat saya, Sopet pergi berjumpa dengan ust Umar di Surau Madrasah TUNAZ, untuk menanyakan beberapa persoalan agama. Pada ketika itulah ust Umar mengajarkan kami bacaan Hizib Bahar sebagai amalan rohani harian. Selain itu, beliau juga mengajarkan kami Ratib Imam Umar Al Attas, sebagai tambahan. Namun saya jarang membaca ratib ini kerana telah cukup dengan 2 wirid sebelumnya.

Hizib Bahar ini juga banyak fadhilatnya. Di antaranya ialah menunaikakan hajat, menghindar dan mematahkan serangan sihir dan lain-lain. Namun apa yang nyata niat berzikir hendaklah kerana Allah, bukan kerana fadhilat.

Saya juga menggunakan bacaan Hizib Bahar semasa merawat kerana ust Umar turut mengajar kami bagaimana merawat orang yang kerasukan dengan menggunakan Hizib Bahar.

Saya membahagikan bacaan 2 wirid ini kepada pagi dan petang. Sebelah pagi selepas Subuh saya membaca Hizib Bahar, manakala untuk Al-Ma'thurat pula saya baca di sebelah petang selepas solat Maghrib.

Tetapi ini tidaklah tetap, kadang-kadang saya baca Hizib Bahar sahaja dan kadang-kadang Ma'thurat. Saya bersikap fleksibel dalam berwirid yakni tidak mahu memaksa diri dalam berzikir, kalau waktu Maghrib saya rasa hendak baca Hizib Bahar maka saya akan membacanya dan begitu jugalah sebaliknya.

Bacaan wirid-wirid ini juga tidak terhad di atas tikar sembahyang sahaja. Ia boleh dibaca di mana-mana asalkan bukan di tempat yang tidak suci. Kadang-kadang saya membaca wirid-wirid ini ketika driving kalau saya tidak membacanya selepas solat.

Saya amat menggalakkan setiap dari kita agar memilih satu wirid untuk menjadi amalan harian kita. Untuk permulaan, pilihlah Al-Ma'thurat kerana saya berpendapat wirid ini adalah yang paling basic. Buku wiridnya juga mudah untuk didapati di kedai-kedai buku berbanding dengan buku Hizib Bahar yang hanya dijual di kalangan ikhwan Tariqat Syaziliah sahaja. Saya membeli buku Hizib Bahar ini melalui online, dan apabila saya periksa sekali lagi stok buku ini sudah tiada. Memang rezeki saya kerana dapat membeli buku tersebut.

Mengamalkan wirid secara rutin akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Apabila dekat kepada Allah, maka akan mudahlah doa kita didengar dan dikabulkan Allah, kerana kita telah membina hubungan erat dengan Allah. Jiwa juga akan tenang dan sejuk, hati menjadi suci dan kudus berkat mengamalkan wirid. Nasihat saya lagi, pilihlah wirid yang ma'thur, muktabar dan sahih. Jangan pilih wirid yang tidak ada sandaran dan nas hadis ataupun Al-Quran. Jangan pilih wirid yang tidak diketahui asal usulnya, atau wirid yang sesat, ataupun wirid yang bercampur dengan mantera. Ini akan mengundang jin menjadi pendamping tanpa kita sedari. Na'uzbillah.

Wallahu'alam.

Sabtu, 13 Jun 2009

Makan Ulat Mulong Yang Creamy...


Jumaat lepas, selepas solat di IIC di Simpang 3, kami sepejabat singgah ke The Spring untuk membeli buku Kanun Undang-undang Tanah Negara di MPH Bookstore. Selepas membeli buku, kami berjalan-jalan sambil window shopping. Sir Habeeb sempat membeli sepasang selipar untuk kegunaan bersiar-sair. Mahal pulak tu...

Kami terhenti di satu sudut dalam bangunan The Spring di mana ada 'pasar minggu' di situ. Kami tertarik dengan seorang penjual yang menjual sayur dan... ULAT MULONG! Saya dan Harun teringat yang semasa out station di Mukah kami ingin mencuba bagaimana rasanya ulat mulong tersebut. Untuk makluman ulat mulong merupakan salah satu makanan ruji masyarakat Melanau di Sarawak.

Harun bertanya kepada saya sama ada hendak beli atau tidak, boleh cuba makan di ofis. Hati saya berbelah bahagi, antara nak cuba atau tidak. Ada rasa nak mencuba, tapi rasa geli pun ada. Harun terus mendesak, akhirnya kami meninggalkan si penjual kerana belum confident nak makan ulat tersebut.

Belum jauh menapak, Harun masih mendesak. Oleh kerana terasa dicabar saya pun bersetuju untuk mencubanya. Saya dan Harun beli 2 ekor, 40 sen seekor. Kami bawa ulat mulong tersebut ke ofis.

Tibalah saatnya, saya dan Harun menyahut cabaran Fear Factor edisi Sarawak, MAKAN ULAT MULONG! Kesemua staf pergi ke pantry untuk menyaksikan detik bersejarah itu. Dengan Wenndy (www.andysebli.blogspot.com) sebagai cameraman, dan Airwan sebagai hakim berbangsa Melanau menyaksikan kami makan ulat tersebut, manakala yang lainnya menjadi penonton. Saya mulakan dengan mengunyah biji sagu terlebih dahulu, tanpa membuang masa, saya terus ambil ulat mulong tersebut dan sumbatkan ke mulut. Dengan penuh perasaan saya kunyah dan terasa ulat tersebut bergerak-gerak di dalam mulut. Saya kunyah kepala ulat khuatir lidah saya digigit. Harun pula terpinga-pinga melihat saya mengunyah ulat tersebut. Staf perempuan menjerit melihat aksi saya .

Tiba giliran Harun, yang masih reluctant nak makan. Setelah beberapa kali di 'psycho' oleh Anan dan Sir Habeeb, Harun kunyah biji sagu dahulu. Setelah beberapa kali mencuba, dia terus menggigit dan memutuskan kepala ulat tersebut, kerana Harun takut ulat itu mungkin akan menggigit lidahnya kelak.

Dengan wajah berkerut-kerut, Harun cuba mengunyah dan menelan ulat mulong yang ada di mulutnya. Radzi pula dah termuntah-muntah di dalam tandas kerana geli-geleman melihat aksi kami makan ulat mulong.

Video aksi makan ulat mulong tersebut masih lagi di personal folder saya di ofis, belum sempat saya nak upload dalam blog ini. Masalahnya computer saya di ofis tidak dapat support kerana tidak mempunyai format yang bersesuaian. Insya Allah saya akan usahakan untuk upload video tersebut dalam posting yang akan datang.

Bagi yang tak pernah tengok ulat mulong, saya sertakan gambar ulat tersebut di atas.

Rahsia Tenaga Dalam


Bismillah...

Posting kali ini saya ingin menceritakan tentang ilmu tenaga dalam yang semakin marak dalam masyarakat kita. Ini berikutan apabila saya melihat semakin banyak iklan-iklan yang menawarkan ilmu reiki, kebatinan, perubatan batin dan tradisional, silat ghaib, kundalini dan lain-lain. Selain itu, tulisan kali ini juga didorong oleh rasa ingin berkongsi info tentang ilmu ini setelah menonton video tentang tenaga dalam yang dipost oleh Ust Majid dalam blog beliau.

Jumaat lepas, saya dan staf SPNB sembahyang Jumaat Islamic Information Center, Kuching yang terletak di Simpang Tiga, atau lebih tepatnya di belakang Universiti Swinburne. Saya tertarik dengan satu 'flyer' yang diletakkan di atas tabung masjid tersebut, di mana ia mengiklankan kursus dan perkhidmatan pemeriksaan perubatan percuma di sebuah hotel di Jln Nenas.

Pada flyer tersebut, ada menyebutkan tentang ilmu aura, pemulih perniagaan, ilmu syifa dan lain-lain. Saya agak tertarik dengan iklan tersebut lalu menelefon ke nombor yang tertera di sebelah petangnya setelah saya pulang dari kerja. Melalui perbualan telefon tersebut, penganjur kursus ini datang dari semenanjung Malaysia, dan mereka menawarkan ilmu reiki, aura dan lain-lain selama sehari. Apa yang mengejutkan saya, yuran kursus berharga RM 400, hanya untuk satu hari sahaja.

Saya membatalkan hasrat saya untuk join kursus tersebut, kerana harganya terlalu mahal dan tidak berbaloi. Lebih baik saya join Darussyifa, kerana kalau tidak silap saya yuran Darussyifa cuma rm 200 lebih untuk setahun, macam-macam ilmu saya boleh pelajari. Kalau Darussalam pimpinan ust Ismail Kamus pun rm 250 untuk 3 hari, Ust Majid dari AKRINE pun rm 200 untuk 2 hari, Sinar Zamdurrani yang akan diadakan di Masjid Asy Syakirin Bintulu lagi murah, rm 30 sahaja untuk satu hari. Boleh dapat ijazah perubatan Islam lagi!

Apa yang saya tahu tentang aura dan reiki ialah ia lebih kurang seperti ilmu perubatan alternatif yang menggunakan teknik sentuhan tapak tangan ke bahagian yang sakit, dengan beberapa kaedah seperti pernafasan, niat, imaginasi dan lain-lain. Reiki ada melibatkan tulisan-tulisan pelik pada tapak tangan semasa proses rawatan dijalankan. Ini meragukan saya dan kerana sebab ini jugalah saya membatalkan hasrat saya untuk mengikuti kursus tersbut, khuatir aqidah saya tergugat dan terjebak dalam syirk yang tidak diketahui.

Berkenaan dengan video tenaga dalam yang saya tonton di blog AKRINE, saya berpendapat pada klip video yang terakhir, guru tersebut kalah kerana si penyerang mampu mengawal emosinya dari 'dikawal' oleh sang guru tenaga dalam tersebut. Teringat saya semasa usrah kami mengadakan ziarah Hari Raya Aidilfitri di rumah ust Ali Fathullah Harun, beliau bercerita mengenai ilmu tenaga dalam. Kalau di Indonesia, ilmu ini memang terkenal. Boleh kata ramai masyarakat di Nusantara ini tahu dan amat meminati ilmu pukulan jarak jauh ini. Kalau di Malaysia mungkin kita pernah dengar tentang Jurus Nasrul Haq yang diharamkan kerajaan, dan Cakra Alam yang terbongkar kepalsuannya. Namun masiha ada lagi perguruan-perguruan lain yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di negara kita menawarkan kursus dan ilmu sedemikian rupa.

Ust Ali menceritakan semasa beliau masih muda, beliau pernah merantau hingga ke Jawa untuk menuntut ilmu sebegini. Ilmu ini diisi pada rusuk kanan dada si pengamal, demikianlah yang saya dengar. Dan kalau tidak silap saya, ilmu ini juga terbahagi kepada 2 iaitu menggunakan jin dan menggunakan tenaga murni dari alam. Untuk yang ilmu yang kedua (menggunakan tenaga murni alam) saya tidak berani nak ulas kerana saya belum menemui titik penyelesaian bagi hukum ilmu ini.

Ust Ali mengatakan, di antara rahsia 'kemujaraban' ilmu ini ialah si pengamal hendaklah memancing emosi si penyerang. Pastikan si penyerang beanr-benar marah dan emosional, dan si pengamal tidak boleh memulakan serangan terlebih dahulu. Hanya biarkan si penyerang yang memulakan serangan. Apabila 'opponent' dah benar-benar marah, barulah si pengamal mengatur nafas dan jurus-jurusnya, dan mungkin juga ada melibatkan bacaan mantera dan lain-lain. Pada ketika inilah si pengamal mula menyerang dan menjatuhkan lawan dari jarak jauh.

Semakin marah si penyerang, semakin parah yang ia akan terima akibat dari pukulan jarak jauh ini. Silap haribulan boleh muntah darah.

Ust kami menyimpulkan bahawa kunci rahsia kekuatan pukulan jarak jauh ini ialah keupayaan untuk 'mengeksploitasi' ammarah dan emosi si penyerang. Untuk mematahkan ilmu ini, cukup dengan mengawal emosi kita dari dikuasai oleh pengamal ilmu tersebut. Caranya dengan banyakkan bertenang dan berzikir bila berhadapan dengan orang tersebut. Ustaz menyarankan kami membaca 'lahaula wala quwwata illa billah hil 'aliyil 'azhim' banyak-banyak, agar iman kita mantap kepada Allah, meyakini bahawa hanyalah Allah yang memberi kuasa dan kudrat kekuatan, dan agar jiwa kita tenang tenteram.

Ada diceritakan dalam usrah kami, salah seorang sahabat kami yang pernah belajar di sebuah universiti di Indonesia, Akhie Salihen namanya. Beliau menuntut ilmu persilatan semasa di universiti, iaitu Silat Setia Hati. Maka satu hari, ada atraksi tenaga dalam sedang dipersembahkan. Seorang guru akan membuat satu garisan secara isyarat tangan untuk membuat pagar ghaib. Semua anak murid perguruan tersebut disuruh melintas garisan tersebut, namun gagal. Seolah-olah pada garisan tersebut ada 'dinding' yang menghalang mereka dari melintas garisan tersebut.

Apabila tiba giliran akhie Salihen, beliau teringat apa yang dipesan oleh ust Ali. Lalu beliau menenangkan emosi, memasrahkan dan memusatkan jiwa raganya hanya kepada Allah. Dengan lafaz bismillah, beliau dapat melintasi garisan tersebut. Kesemua orang yang menyaksikan peristiwa tersebut terkejut, kerana tidak menyangka seorang anak Malaysia dapat 'mematahkan' ilmu tersebut. Akhie Salihen menceritakn kepada saya beliau tidak menggunakan ilmu apa-apa, cukup dengan pasrah kepada Allah dan zikir sahaja. Itulah berkat kekuatan yakin kepada kekuasaan Allah. Hanya dengan bismillah, ilmu ini dapat dipatahkan.

Hasil pergaulan saya dengan orang yang mendalami ilmu ini juga mendapati bahawa kaedah untuk menjadikan ilmu ini mujarab ialah dengan provokasi juga. Sebab itu salah satu syarat ilmu ini ialah ia bersifat defensif, bukan offensif. Menyerang apabila diserang, kalau menyerang memang tak menjadi.

Wallahu 'alam.

Ahad, 7 Jun 2009

Pening...

Saya tiba di Kuching pada Sabtu yang lepas, selepas mengadakan lawatan kerja (site visit) di Mukah dan Saratok. Saya dan Harun tiba jam 6:15 petang Sabtu yang lalu dengan menggunakan kereta Hilux pejabat. Perjalanan yang meletihkan kerana banyak kereta di lebuhraya, kadang-kadang bertembung pula dengan lori trailer panjang yang jalan beriringan dan 'jem' di beberapa tempat. Ini disebabkan kerana ramai yang pulang ke tempat kerja masing-masing setelah tamat cuti Gawai Dayak.

Sempat juga saya dan Harun melihat suasana ramai dan meriah semasa singgah untuk solat jamak-qasar dan makan di restoran simpang Sri Aman. Suasana di restoran tersebut memang selalu menjadi tempat persinggahan bagi 'pengembara' jalan darat di bumi Kenyalang yang bertuah ini. Banyak kemudahan di sediakan seperti gerai makan, surau dan juga tandas awam.

Setibanya di rumah, saya segera membersihkan diri, mencuci baju dan berehat. Setelah makan malam, Azman pula mengajak saya untuk menemani dia dan keluarganya untuk makan malam di luar. Saya menerima ajakannnya. Setelah berkemas lebih kurang, Azman menjemput saya di rumah.

Selepas makan malam, Azman menghantar saya pulang kira-kira jam 12:10 pagi. Dalam keadaan mengantuk itu, sempat juga saya online sehingga jam 4:00 pagi. Natijahnya, saya mengalami tinggi darah dan pening kepala akibat kurang tidur pada keesokan harinya (Ahad).

Pagi Ahad itu saya menghadiri majlis perkahwinan Ust Sophian @ Sopet di Kpg Surabaya Hulu. Saya datang dengan Azman, setibanya di sana, orang ramai telah hadir. Ramai juga kawan-kawan dan sahabat di kalangan ikhwah yang hadir. Boleh dikatakan hampir semua ahli usrah dari murabbi yang berlaiann datang untuk meraikan hari bahagia bagi Sopet dan isterinya. Kelihatan ust Ali Fathullah Harun dan juga Ust Ariffin hadir bersama keluarga masing-masing. Ust Syarifuddin dari Pejabat Mufti turut hadir bersama.

Seperti biasa, apabila kami bertemu, macam-macam perkara yang dibualkan. saya berkesempatan berbual dengan rakan lama saya, Hatta yang pernah menjadi bilal di Masjid Jamek Negeri Sarawak dahulu. Sekarang Hatta bekerja sebagai Pegaawai Agama Jakim di PULASAR, Sarawak.

Selesai kenduri, saya pulang ke rumah. Kepala saya pening berdenyut-denyut, mungkin kerana cuaca panas dan kurang tidur agaknya. Selesai solat Zuhur, saya telan pil Uphamol dan tidur di ruang tamu.

Saya dikejutkan dari tidur jam 5:30 petang, ada panggilan dari Sir Habeeb. Saya call balik dan mengatakan akan menghantar kereta pejabat selepas solat Asar. Setelah menghantar kereta pejabat, saya mandi dan mengemas diri. Petang itu saya menonton Astro Prima yang menayangkan dokumentari tentang Rosli Dhobi, hmm... agak menarik juga. Banyak juga yang saya tidak tahu tentang pejuang kemerdekaan ini, saya hanya membaca kisah pejuang ini sedikit sahaja dalam buku sejarah, tidak terlalu detail.

Kepala saya kembali pening selepas Maghrib. Saya call semua kawan-kawan untuk makan malam bersama. Maklumlah, family saya semuanya ke KL, tinggal saya seorang sahaja di rumah. Tetapi semua kawan-kawan yang di'call' tidak dapat menunaikan hajat saya kerana masing-masing telah mempunyai rancangan malam itu. Saya ke Batu Kawa untuk menziarahi mak saudara serta sepupu saya.

Setibanya di Batu Kawa, saya berbual mesra dengan Auntie Nani dan Uncle Salleh. banyak perkara yang dibualkan, mungkin kerana saya sudah lama tidak menziarahi mereka. Tahlil Auntie Tina minggu lepas pun saya tidak dapat hadir kerana ada kursus ESQ 165.

Selepas itu saya meminta diri dan pergi ke rumah sebelah, rumah Uncle Dillah. Saya meminta Awin, sepupu saya untuk urut refleksologi di tapak kaki bagi menghilang pening kepala. Awin memang pandai urut refleksologi, selesai beurut, sakit kepala pun beransur reda. Sempat juga Awin menghidangkan makan malam kepada saya berupa sup daging dan nasi beras merah. Saya makan dengan berselera, tambahan pula perut saya memang lapar sejak Maghrib tadi.

Semasa berbual dengan Awin, Radzi call ke HP saya. Saya tidak sempat menyahut kerana sedang makan. Saya call Radzi balik semasa dalam perjalanan pulang, mengatakan yang saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Asal plan nak pegi makan malam sama terpaksa dibatalkan kerana telah lewat. Tambahan pula sms ajakan Wan Faisal untuk makan malam dengan Yusuf pun terpaksa saya tolak kerana malam telah terlalu lewat.

Setibanya di rumah, saya menyeterika baju untuk kerja esok harinya. Sempat juga saya membancuh dan minum air misai kucing untuk menurunkan darah tinggi saya, mungkin kerana itulah saya pening kepala agaknya.

Saya tidur setelah membaca majalah Solusi yang saya beli semalam,dalam keadaaan keletihan...