Rabu, 16 Julai 2014

Ramadhan di perantauan...

Assalamualaikum,

Tahun ini merupakan pertama kalinya saya berpuasa sebagai perantau di tempat orang, Sibu. Walaupun Sibu masih dalam negeri Sarawak, saya berpendapat berpuasa di tempat sendiri lebih menyeronokkan.

Di Sibu tak ramai orang Melayu, majoritinya Cina. Maka suasananya tidaklah semeriah di Kuching. Tapi itu tidaklah membuatkan saya sedih sangat. Saya menganggap bahawa ini pengalaman baru yang akan menghiasi KitabKehidupan saya. Sekurang-kurangnya ada juga pengalaman yang akan diceritakan kepada anak cucu nanti insya Allah.

Berpuasa dengan rakan serumah sewa, memang menyeronokkan. Kami punya pilihan untuk 'bersungkei', samada :-

1) Masak sendiri di rumah

2) Beli di bazaar Ramadhan

3) Berbuka di surau

Usai berbuka dan solat Maghrib, kami akan ke surau Al Firdaus Jalan Apollo untuk Isyak berjemaah dan teraweh. Ramai juga orang Melayu di kawasan ini. Pada hari biasa jemaah tak ramai. Bila Ramadhan hampir penuh surau dengan jemaah dari taman ini. Siang Ramadhan di Sibu rasanya tiada apa yang special. Hanya saja kami di pejabat SPNB dapat mendengar lagu raya berkumandang di pasaraya Giant yang terletak bersebelahan dengan pejabat kami.

Sayu pulak mendengarnya...

Wallahu 'alam