Sebagai seorang wali, Sunan Bonang selalu mengembara untuk menyebarkan agama. Sering kali ia berjalan sendirian, menempuh hutan belantara, mendaki gunung yang tinggi, menuruni jurang yang curam dan mendatangi dusun terpencil di kaki bukit berhutan lebat.
Pada suatu hari ia melakukan perjalanan bersama seorang santrinya. Mereka membawa bekal nasi bungkus yang dibeli di warung pada sebuah desa di sempadan antara Jawa Tengah dan Jawa Timur.
Setelah selesai solat Dzuhur, di tepi sebuah telaga yang bening, kedua-dua orang guru dan murid itu berehat pada suatu tempat yang lapang dalam naungan daun-daun sebatang pohon beringin yang rimbun.
Mereka membuka nasi bungkus masing-masing, lalu memakannya dengan lahap kerana perut sudah keroncongan. Tentu saja diawali membaca basmalah dan doa syukur kepada Tuhan.
Rupanya, kerana nikmatnya, santri Sunan Bonang sehingga tidak sedar di pinggir mulutnya ada beberapa butir nasi yang melekat. Ketika selesai makan butir-butir tersebut masih disitu. Sunan Bonang sebagai guru lantas menegur, "Hai, santri. Jorok kamu."
"Mengapa guru?" tanya santri hairan.
"Orang Islam tidak boleh jorok. Kebersihan adalah sebahagian dari iman."
"Apa saya jorok?"
"Itu, di tepi bibirmu banyak butir nasi tertinggal," jawab Sunan Bonang sambil menuding dengan telunjuknya.
Maka, dengan kemalu-maluan ia akan menyapu bibirnya dan membuang nasi itu ke tanah. Tiba-tiba Sunan Bonang mengherdik:
"Wahai santri. Bodoh kamu! Mengapa kau buang begitu saja sisa-sisa nasi itu?"
Santri tersebut makin tidak faham. Ia pun berdalih, "Bukankah Guru berkata jorok kepada saya kerana ada butir-butir nasi di mulut saya? Maka saya buanglah nasi itu. Apa harus saya makan?"
"Tidak, bukan kau makan.Memang ada hadis Nabi yang mengatakan beliau menyarankan agar makanan yang tersisa di hujung-hujung jari pun harus dihabiskan, kalau perlu menjilatnya. Tapi maksudnya bukan harfiah begitu. Beliau bermaksud supaya kita tidak boleh mensia-siakan makanan, walaupun cuma sedikit. "
"Berarti tindakan saya membuang sisa nasi di mulut saya tadi tidak salah?"
"Tidak."
"Jadi mengapa Guru mengatakan saya bodoh dan marah kepada saya?"
"Karena kamu memang bodoh."
"Maksud Guru?"
"Kau boleh membuang sisa nasi itu, tetapi harus dengan niat. Iaitu, kerana nasi tersebut tidak mungkin kau manfaatkan lagi, maka buanglah dengan niat agar boleh dimakan oleh mahluk-mahluk Allah yang lain, seperti semut, dan sebangsanya. Sebab kalau kamu tidak dengan niat begitu, bererti kamu membuat membazir rezeki Allah, kurnia Allah. Dan orang-orang yang suka berbuat membazir adalah saudaranya syaitan. Termasuk jika kamu membuang makanan basi ke tempat sampah, berniatlah agar dimakan anjing atau babi. Mereka juga mahluk Allah yang perlu disayangi. Walaupun mereka hukumnya najis "Mughaladzah", tidak bererti boleh disakiti atau dianiaya. Mereka juga harus diperhatikan nasibnya. "
Sumber: 30 Kisah Teladan, Pengarang: KH Abdurrahman Arroisi.
Penerbit: Sdn Bhd Remaja Rosdakarya, Bandung.
Sumber : http://majlisdzikrullahpekojan.org/kisah-hikmah/sunan-bonang-dengan-santrinya.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan