Rabu, 12 November 2008

Penglipur lara bernama Ah Fong

14 Oktober 2008

Bekerja di site SMK Sadong Jaya, menyelia kerja-kerja piling work untuk dormitory, site inspection dan lain-lain berjalan seperti biasa. Perbualan dengan supervisor cina yang selalu menemani saya di site pada hari ini membawa kepada topik perbualan kerja yang tipikal dan biasa didengar setiap hari. Bosan dan kadangkala memualkan.

Namaun ada sesuatu yang baru saya perolehi dari perbualan biasa itu. Ah Fong menceritakan, asal-usul perkataan 'Tai Pau' yang biasa disebut untk orang-orang yang cakap banyak tetapi kosong sebenarnya adalah berasal dari sejenis meriam yang biasa diletupkan pada setiap pukul 8 mlm, tanpa gagal, di Semariang (mungkin di kawasan Astana) bagi memaklumkan waktu jam pukul 8 kepada penduduk sekitar Kuching.

Fakta sejarah ini amat menarik, kerana ia berlaku pada era 70-80an. Mungkin disebabkan faktor ketiadaan jam bagi penduduk sekitar dan lalu mereka menjadikan letupan meriam sebagai tanda masuk waktu. Saya berpendapat, mungkin ramai generasi muda masakini tidak tahu tentang sejarah ini. Syukurlah, masih ada generasi tua seperti Ah Fong yang mahu berkongsi pengalaman beliau dengan saya yang masih banyak perlu belajar untuk mengetahui makna kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan