Pandang dan Lihat, Dengar dan Berilah Perhatian, Tafsir dan Fikirkan, Faham dan Amalkan, Semoga Anda Zauq Dalam Kebahagiaan...
Isnin, 31 Oktober 2011
'Scan' gangguan jin ketika merawat, bolehkah?
Tajuk di atas mungkin sudah sinonim dengan perawat Islam yang sudah bertahun-tahun terlibat dalam bidang ini, namun mungkin masih ada masyarakat di luar sana yang ragu-ragu dan tertanya-tanya, apakah hukum scan semasa rawatan?
Saya menemui kaedah scan ini semasa saya belajar dengan Ustaz Al Malik Faisal dari Klinik Ruqyah Syar'iyyah Bintulu. Beliau merupakan salah lepasan IAIN Sunan Ampel di Surabaya Indonesia. Berbekalkan ilmu dan pengalaman di sana, beliau memperkenalkan kaedah ruqyah di Bumi Kenyalang yang bertuah ini. Berkat kesungguhan beliau, sudah banyak klinik dan peruqyah Islami muncul di segala ceruk negeri Sarawak ini. Kini beliau sudah pun menerbitkan buku bertajuk JAMPI JELMAAN AL-QURAN DAN HADIS terbitan PTS.
Saya ingin mengenengahkan isu ini kerana saya terdengar dari sumber-sumber yang dipercayai kerana ada perawat Islam dari sebuah persatuan yang terkenal, dan diasaskan oleh ulama yang tersohor, mempertikaikan kaedah scan ini. Perawata ini mengatakan scan sebenarnya tidak ada dalam rawatan Islam, ini kaedah 'memandai-mandai' saja.
Saya agak terasa dengan kata-kata perawat ini. Mungkin dia tidak faham apa maksud scan gangguan yang sebenar dalam mengesan kehadiran jin yang sebenarnya. Walaupun dia sudah bertahun terlibat dalam rawatan Islam, namun nampaknya masih dangkal juga ilmu dia.
Scan yang dimaksudkan sebenarnya ialah, daripada apa yang saya pelajari ialah, si pesakit datang kepada perawat dan mengadukan masalahnya. Kemudian si perawat akan membacakan beberapa potong ayat Quran (iaitu ruqyah) dan melihat sama ada berlaku perubahan fizikal atau tidak pada tubuh pesakit. Di antara tanda-tanda kehadiran jin ialah si pesakit akan menangis, mengamuk, meracau, muntah, bersendawa tanpa henti, bertukar karakter menjadi lebih ganas dan lain-lain.
Maksudnya, bukanlah scan itu kemampuan melihat jin secara wujudiah jin tersebut. Tetapi sekadar melihat tanda-tanda yang akan ditunjukkan oleh jin yang mendiami tubuh si pesakit ketika dibacakan ayat-ayat ruqyah. Hal ini demikian kerana jin akan memberi respon kesakitan dan menunjukkan kehadirannya terhadap bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Ini bukan omong kosong atau pengalaman saya sahaja. Syeikh Wahid Abdussalam Bali, pakar dan ulama ruqyah terkenal dari Timur Tengah juga ada menyebutkan hal yang sama dalam kitab beliau, walaupun beliau tidak menyebut ia sebagai kaedah scan. Kalau tak percaya, boleh rujuk buku-buku beliau yang ada di pasaran.
Mcm mana nak tahu kalau reaksi yang diberikan pesakit ketika diruqyah itu benar-benar gangguan atau tidak? Entah-entah sekadar lakonan sahaja.
Ini memerlukan ilmu dan pengalaman. Rasukan sebenar dan lakonan sangat ketara perbezaannya. Saya pernah jumpa kes sebegini. Pesakit berlakon dirasuk ketika scan dilakukan. Saya tak berhenti di situ sahaja, saya teruskan meruqyah, nak tengok setakat mana dia tahan meracau dan berlakon. Saya biarkan dia meracau sampai letih. Namun, lakonan si pesakit itu saya diamkan sahaja. Saya tak nak memalukan si pesakit di depan keluarganya. Mungkin itu caranya dia nak melepaskan masalah yang terpendam di hati. Dia nak mencarut, mengamuk, menyumpah dan laian-lain, ketika itulah dia dapat buat depan mak ayah dia. Si pesakit sekadar nak meluahkan perasaan, itu sahaja.
Berbalik kepada isu scan, sekali lagi saya tegaskan, scan bukanlah kemampuan melihat makhlus halus secara terus. Scan bukanlah ayat-ayat Quran yang boleh membuka mata ketiga kita lalu kita mengatakan si anu kena sihir, si polan kena rasuk dan sebagainya. Scan adalah satu kaedah bacaan ayat Quran secara terus dan melihat tanda-tanda pada pesakit sama ada terkena gangguan halus atau tidak. Tanda-tanda ketika discan ada disebut oleh Syeikh Wahid dalam kitabnya. Sila rujuk kitab beliau. Kalau nak senaraikan di sini, banyak sangat.
Ingin saya ingatkan di sini, kepada diri saya dan juga perawat-perawat Islam lain di luar sana, janganlah kerana sudah mendapat ijazah dari tok guru, kita sudah mendabik dada mengatakan kaedah kita saja yang benar dan betul. Kaedah orang lain semua salah. Janganlah kerana tok guru kita ulama tersohor, kita pun meninggi diri kerana menadah ilmu dari ulama tersebut. Ini penyakit hati yang biasa menyerang perawat Islam. Ingat, yang mulia kerana ilmu itu bukanlah kita, tetapi ulama yang memiliki dan mengasaskan ilmu tersebut. Kita ini hanyalah orang yang belajar sahaja. Apa yang menghairankan saya, ada sesetengah perawat yang belajar dari ulama tersohor, dia pulak melebih-lebih, tumpang glamer ulama tersebut. Sedangkan tok guru dia cool je.
Jangan jadi perawat yang 'Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Ruqyah hati kita kalau ada 'jin' mazmumah yang hinggap dalam diri kita. Ruqyah dengan ilmu, bukan sekadar bacaan ayat Quran yang kadang-kadang kita sendiri tidak faham maksud bacaan ayat ruqyah tersebut.
Jangan jadi perawat Islam yang perasan! Wallahu 'alam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam ziarah
BalasPadamana setuju ... dan salam ziarah
BalasPadamyang ustaz terangkan tu bukan scan tu diagnosis namanya bila ada respon di panggil simptom. yang masyarakat sekarang paham bila perawat jalan kan tangan dia dari atas kebawah tanpa sentuh . pastu mata tutup mulut kumat kamit, pastu cakap "ada 15 ekor ni, 2 jin 13 iblis" yang tu le scan. kena guna terma yang betul ustaz
BalasPadamSetuju, kerana permahaman scan lain dari dianosis, ctscan dan mri mengahasilkan gambar yg nyata wahhal diagnos ialah penilaian dari symtom, mesin scan mahal ustad �� ustad pun macam marah kat atas tu, chill la, yang benar tetap benar ustad akhirnya, jangan risau Allah maha adil, kita kan sama2 last2 kesana juga, sabau kan ke iman
Padamterima kasih atas komen antum semua. diagnos ataupun scan, terpulanglah menurut istilah dan pemahaman masing2.kalau saya, istilah yg digunakan adalah scan, krn tujuannya adalah utk scan atau mengesan keberadaan jin di tubuh pesakit berdsarkan respon yg diberikan ketika ruqyah dibacakan, bukan melihat wujud jin dll. diagnos bagi saya adalah dgn cara menemuramah pesakit, misalnya tanda2 ketika tidur, jaga dan sebagainya.diagnos ini akan diconfirmkan lagi dgn scan,iaitu benarkah tanda2 tersebut berpunca dari jin dlm badan. kita ambil contoh begini,seorang pesakit mengalami sukar tidur malam,kerap bermimpi yg pelik2 dll.hasil diagnos mgkin kelihatannya spt si pesakit itu kena gangguan jin.tetapi ketika di scan (diruqyah),tiada reaksi dpd pesakit spt meraung,kerasukan dll.jd,kesimpulan yg boleh diambil ialah mgkin si pesakit tersebut stress,kemurungan sehingga tidak dapat tidur dsb.
BalasPadamWalauapapun, saya menghormati pendapat antum semua. semoga diberkati Allah.
Yg mayarakat faham scan tu ialah saya sakit apa tolong scan, dlm badan saya apa, sapa buat toling scan, yg tu yg kita nak elak. Yg ustaz ckap td tu diagnos. Tp apa2 pun istilah kalau x jenis teka2 berapa ekor silakan saja
PadamBukan permahaman masing2 ustad,kamus dijadikan rujukan bahasa sama juga Alquran sebagai rujukan hidup, tak gitu ☺ , dangkal tu apa , jika diikut " permahaman " tanpa merujuk kamus, biol ��
Padamsalam. boleh terangkan dgn terperinci bgaimana kaedah 'scan' itu. Adakah memerlukan ustaz tersebut menyentuh badan kita?
BalasPadamsalam dari perubatan quraniy ..pengalaman saya kaedah dlm perubatan islam kebanyakanya tak sama diantara satu sama lain..scan atau cara mengesan jin dalam tubuh seseorang kadang kadang kita tak pernah pelajari dari sesiapa tetapi dgn pengalaman dan usha yang gigih dan sentiasa menyebut lahaulawala....kita ni tiada daya upaya hanya dengan pertolongan Allah..salah satu caranya tunjukan tapak tangan mualij kpd pesakit kalau ada tanda ini seperti berdebar-debar, panas, tangan kelihatan berubah besar atau kecil atau pesakit kelihatan takut atau pengsan maka pesakit dikesan telah diganggu oleh makhluk halus..atau cukup bila pesakit berhadapan dengan mualij dia akan berasa takut gementar kekadang nak lari dari berubat.ada lagi ......
BalasPadamtidak perlulah kita nak pertikaikan pasal 'scan' atau 'diagnose'. cukup kita tahu kalau cara atau kaedah perubatan itu tidak bercanggah dengan hukum syarak dan kita perlu ingat kesembuhan adalah dari ALLAH SWT semata-mata. keikhlasan perawat untuk merawat dan keikhlasan pesakit yang dirawat dalam mencari kesembuhan hanyalah sebab kepada kesembuhan yang ALLAH berikan. terpulang kepada ALLAH untuk memberi kesembuhan atau pun tidak. kita hanya mampu berusaha. wallahua'lam.
BalasPadamAssalam dari perubatan mohd baitussyifa...
BalasPadamkeadah scan / diagnosis amat penting
kalau sakit dikepala tak kan nak dirawat di kaki...
Buang saka rawat sihir d gombak
"Setiap penyakit ada ubatnya,Apabila ubat tepat mengenai penyakit maka
akan wujud kesembuhan dengan izin ALLAH s.w.t."(Hadis Riwayat Muslim)"
saya ada pertanyaan, sy bukan perawat atau pesakit. tapi housemate "perawat". saya tak begitu jelas btl atau x dia seorg perawat. asalnya dia pegi nak merawat dri sbb rasa dri ada benda. tapi sy pn xpasti ade ke xde. klu tgk mcm xde .cuma kdg2 sy rase dia terlalu taksub. sy org islam mmg wajib kita percaya bnda ghaib bukn sy nk menafikan. tapi situasi kwn sy ni dah mcm pelik. dia rasa ade bnda sbb dia xkawin lg(umo lebih kuran 30++). sy faham dia mungkn nk usaha itu bagus sy xpenah halang. tapi hampir sethn dia pegi buat rawatan sambil belajar dan ada juga solat hajat kt tmpt tu( itu bagus) tapi takde apa-apa pn respon. bg sy kalau takde respon maknanya takde la sbb bukan sekali tpi byk kali. sehingga ustaz itu sdri dah tak kn layan( mcm dia dah buat2 sakit tpi dia selalu dia mmg sakit). hampir sethn dia pegi sehingga dia sdri dah bole buat ruqyah sdri. yang saya kurang selesa, semenjak dua menjak ni dia kata dia boleh berckp dgn jin yang org htr kat dia. sy cuma dgr je apa dia cerita.kdg2 sy fikir xlojik. Ada jin dr sekolah yang dulu (pendamping), ada jin yang d hantar kt dia utk musnahkan kerjaya dia (katanya saudara mara dia) penah dia ckp jin tu bagitahu dia, 'kau setiap mlm pasang cd ruqyah, jin kat dlm bdan dan terbakar, semua masuk bilik kwn kau, semua dah terbakar dlm blk tu. 1 rumah dah terbakar. semua jin xbole kuar sbb ustaz dah pagar rumah. kwn2 kau sorang pun takde baca pendinding, semua jin lari masuk blk kwn kau!!!". Ini yg diceritakan pd sy, di pendekkan saya kurang selesa dgn tuduhan dia walaupn dia kata jin yg ckp. sy solat lepas solat baca kursi ( wlu xsempurna tpi sy yakin Allah maha melindungi ). Di pendekkan lagi apa hukum kwn sy belajar prubatan ruqyah tapi menjejaskan keselesaan org lain. sy mmg bukan org alim tapi sy nk hidup normal dan percaya qada qadar semua dr allah. klu lmbt kawen usaha utk berubat itu takpe tapi jgn la taksub. apa lah salahnya buat dhuha,doa,solat hajat mohon pd allah. lg pun dia perempuan. Saya ni bukan level ustazah kdg2 bila dia cerita sy jdi takut nk tdo sbb jin masuk blk ( xselesa). Sy rasa bukan level utk kaji dan berckp dgn jin ( takut terpesong). Sy seorang hamba dan sy yakin semua sakit dan ujian dr Allah utk hamba dia bertaubat. Berubat xsalah, nk merawat pun xsalah tapi bila tak sakit tapi bersgguh2 seru jin supaya berckp sy risau kwn sy terlalu yakin dgn perkara lain selain Allah swt. Mohon pencerahan.
BalasPadamJika nak ruqyah pun dengar cd nampak gayanya jin tu kat dia dik bukan kat bilek kamu, setidak tidaknya hafiz alquran dan doa doa mustajab boelh juga lah nak dibagi perhatian, Jin ni duku sakat syaitan, bukan kah kita dilarang bersahbat dgb jin, rujuk2 lah alquran dan hadis, takkan sesat kita insyaAllah
Padamalhamdulillah, apa yang anta buat tuh memang btul.allah melihat kesungguhan kita. jangan putus asa,berusaha,solat, doa dan tawakal. apa yang penting, doakan sahabat anta tuh.sedangkan iblis mintak kat allah, allah beri....apatah lagi kita yang solat ni,takkanlah allah tak bagi.
BalasPadamDe yg ckp pasal kamus dn alquran..kamus tu buku yg dirujuk utk memahami sesuatu bahasa..(itupun klau nk rujuk..rata2 mls) tetapi alquran bukan buku ye tp makhluk..makhluk allah yg merangkumi semua..tak kisah nk trang psl istilah ke apa..bkn nk rujuk psl istilah scan atau diagnosis..kita msyarakt biase trmasuk sye..kurang lg ilmu..merawat secara islam lain..merawat secara kt hospital lain..jd penggunaan bahasa bg diorang pon lain2..rawatan islam tak perlu lulus bahasa melayu dn sej..cme kene cemerlang Alquran dn sunnah..lain lah mcm doktor..depa kne belajar ilmu fardhu kifayah tu..bg depan pnggunaan istilah memang penting..tp ustaz kt ats tu terangkan kaedah scan tu bole ke dok je..bkn nk terang pnggunaan istilah scan tu salah tp diagnosis..maaf lah ckp sya de yg marah..sye hanya kluarkn pndapat..tp ni semua luar kemampuan kita...tak kira lah rawatan apa( yg berlandaskn sunnah waljamaah) yg penting tawakkal pd Allah( nasihat ayah) dia lah yg bg penyakit dn tarik balik penyakit kita semua..Allah nk mnguji..kita syg Allah swt
BalasPadamIlmu Allah itu luas , jangan ingat ilmu yg kita dapat itu dh mencukupi.
BalasPadamIlmu Allah itu luas , jangan ingat ilmu yg kita dapat itu dh mencukupi.
BalasPadamSaya nak tanya. Kalau masa diruqyah tapi tak dak tindakbalas cthnya mengamuk ka muntah ka apa tapi rasa sedih macam nak nangis n gementar ada dak kemungkinan sesuatu dalam badan kita? Sebab selalu mimpi bukan bukan,sakit kepala,badan,kadang kadang nafsu dengan suami pun tak dak. Boleh bagi pencerahan?
BalasPadamSymptom kita nmpknya sma..sy jg ada symptoms mcm ain loh
BalasPadamSaya setuju dengan pandangan admin. Apa jua teknik rawatan yang dilakukan hendaklah berlandaskan syariat. Al-Quran adalah syifa' bagi orang mukmin. Asalkan kita tidak melanggar syariat. InsyaAllah.
BalasPadam