Isnin, 31 Oktober 2011

'Scan' gangguan jin ketika merawat, bolehkah?


Tajuk di atas mungkin sudah sinonim dengan perawat Islam yang sudah bertahun-tahun terlibat dalam bidang ini, namun mungkin masih ada masyarakat di luar sana yang ragu-ragu dan tertanya-tanya, apakah hukum scan semasa rawatan?

Saya menemui kaedah scan ini semasa saya belajar dengan Ustaz Al Malik Faisal dari Klinik Ruqyah Syar'iyyah Bintulu. Beliau merupakan salah lepasan IAIN Sunan Ampel di Surabaya Indonesia. Berbekalkan ilmu dan pengalaman di sana, beliau memperkenalkan kaedah ruqyah di Bumi Kenyalang yang bertuah ini. Berkat kesungguhan beliau, sudah banyak klinik dan peruqyah Islami muncul di segala ceruk negeri Sarawak ini. Kini beliau sudah pun menerbitkan buku bertajuk JAMPI JELMAAN AL-QURAN DAN HADIS terbitan PTS.

Saya ingin mengenengahkan isu ini kerana saya terdengar dari sumber-sumber yang dipercayai kerana ada perawat Islam dari sebuah persatuan yang terkenal, dan diasaskan oleh ulama yang tersohor, mempertikaikan kaedah scan ini. Perawata ini mengatakan scan sebenarnya tidak ada dalam rawatan Islam, ini kaedah 'memandai-mandai' saja.

Saya agak terasa dengan kata-kata perawat ini. Mungkin dia tidak faham apa maksud scan gangguan yang sebenar dalam mengesan kehadiran jin yang sebenarnya. Walaupun dia sudah bertahun terlibat dalam rawatan Islam, namun nampaknya masih dangkal juga ilmu dia.

Scan yang dimaksudkan sebenarnya ialah, daripada apa yang saya pelajari ialah, si pesakit datang kepada perawat dan mengadukan masalahnya. Kemudian si perawat akan membacakan beberapa potong ayat Quran (iaitu ruqyah) dan melihat sama ada berlaku perubahan fizikal atau tidak pada tubuh pesakit. Di antara tanda-tanda kehadiran jin ialah si pesakit akan menangis, mengamuk, meracau, muntah, bersendawa tanpa henti, bertukar karakter menjadi lebih ganas dan lain-lain.

Maksudnya, bukanlah scan itu kemampuan melihat jin secara wujudiah jin tersebut. Tetapi sekadar melihat tanda-tanda yang akan ditunjukkan oleh jin yang mendiami tubuh si pesakit ketika dibacakan ayat-ayat ruqyah. Hal ini demikian kerana jin akan memberi respon kesakitan dan menunjukkan kehadirannya terhadap bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Ini bukan omong kosong atau pengalaman saya sahaja. Syeikh Wahid Abdussalam Bali, pakar dan ulama ruqyah terkenal dari Timur Tengah juga ada menyebutkan hal yang sama dalam kitab beliau, walaupun beliau tidak menyebut ia sebagai kaedah scan. Kalau tak percaya, boleh rujuk buku-buku beliau yang ada di pasaran.

Mcm mana nak tahu kalau reaksi yang diberikan pesakit ketika diruqyah itu benar-benar gangguan atau tidak? Entah-entah sekadar lakonan sahaja.

Ini memerlukan ilmu dan pengalaman. Rasukan sebenar dan lakonan sangat ketara perbezaannya. Saya pernah jumpa kes sebegini. Pesakit berlakon dirasuk ketika scan dilakukan. Saya tak berhenti di situ sahaja, saya teruskan meruqyah, nak tengok setakat mana dia tahan meracau dan berlakon. Saya biarkan dia meracau sampai letih. Namun, lakonan si pesakit itu saya diamkan sahaja. Saya tak nak memalukan si pesakit di depan keluarganya. Mungkin itu caranya dia nak melepaskan masalah yang terpendam di hati. Dia nak mencarut, mengamuk, menyumpah dan laian-lain, ketika itulah dia dapat buat depan mak ayah dia. Si pesakit sekadar nak meluahkan perasaan, itu sahaja.

Berbalik kepada isu scan, sekali lagi saya tegaskan, scan bukanlah kemampuan melihat makhlus halus secara terus. Scan bukanlah ayat-ayat Quran yang boleh membuka mata ketiga kita lalu kita mengatakan si anu kena sihir, si polan kena rasuk dan sebagainya. Scan adalah satu kaedah bacaan ayat Quran secara terus dan melihat tanda-tanda pada pesakit sama ada terkena gangguan halus atau tidak. Tanda-tanda ketika discan ada disebut oleh Syeikh Wahid dalam kitabnya. Sila rujuk kitab beliau. Kalau nak senaraikan di sini, banyak sangat.

Ingin saya ingatkan di sini, kepada diri saya dan juga perawat-perawat Islam lain di luar sana, janganlah kerana sudah mendapat ijazah dari tok guru, kita sudah mendabik dada mengatakan kaedah kita saja yang benar dan betul. Kaedah orang lain semua salah. Janganlah kerana tok guru kita ulama tersohor, kita pun meninggi diri kerana menadah ilmu dari ulama tersebut. Ini penyakit hati yang biasa menyerang perawat Islam. Ingat, yang mulia kerana ilmu itu bukanlah kita, tetapi ulama yang memiliki dan mengasaskan ilmu tersebut. Kita ini hanyalah orang yang belajar sahaja. Apa yang menghairankan saya, ada sesetengah perawat yang belajar dari ulama tersohor, dia pulak melebih-lebih, tumpang glamer ulama tersebut. Sedangkan tok guru dia cool je.

Jangan jadi perawat yang 'Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Ruqyah hati kita kalau ada 'jin' mazmumah yang hinggap dalam diri kita. Ruqyah dengan ilmu, bukan sekadar bacaan ayat Quran yang kadang-kadang kita sendiri tidak faham maksud bacaan ayat ruqyah tersebut.

Jangan jadi perawat Islam yang perasan! Wallahu 'alam...

Sabtu, 1 Oktober 2011

Peniaga Melayu vs Peniaga Cina...

Bukan nak perlekehkan bangsa sendiri, tapi sekadar pengajaran kepada sesetengah orang daripada bangsa kita yang memang dah beragama Islam, tapi perangai macam orang jahiliah. Orang Melayu memang dah terkenal dengan adab dan sopan santunnya, sepatutnya bila dah Islam, lebih-lebih lagilah kena berakhlak dan berbudi pekerti mulia.

Namun kerana segelintir orang Melayu yang berperangai sebegini, memberi impak yang negatif kepada orang Melayu yang lain. Lantas, orang Melayu banyak yang gagal dalam mana-mana bidang kehidupan seperti pelajaran, perniagaan dan sebagainya.

Entri di bawah saya perolehi dari kisah benar yang dialami oleh seorang blogger. Saya terjumpa blog beliau, dan tertarik dengan pengalaman beliau yang kena 'sembelih' oleh orang yang sebangsa dengannya, Orang Melayu. Semoga jadi pengajaran kepada kita semua.

melayu penipu
nak tau kenapa ramai melayu payah nak berjaya dalam bidang perniagaan? mari sini aku cerita.

melayu memang kuat juga sifat perkaumannya. kalau boleh mereka ingin membeli di kedai yang tuannya adalah melayu. bagitu juga aku. tengah hari tadi, aku beli drive shaft di kedai cina dan hantar kereta aku ke bengkel melayu.

aku : salam bang. tukar driveshaft boleh ke?

brader : boleh, barang ada?

aku : barang dah beli....

brader : minyak gearbox ada?

aku : xde. saya ingat x pyh la sebab kalau cabut drive shaft skit je keluar kan?

brader : ikut suka kau le. jahanam gearbox kau yang tanggung.

aku sedikit terasa dengan perkataan tu. aku sabar lagi. dalam 15 minit aku tunggu, baru dia suruh budak dia repair keta aku. budak praktikal je gayanya. kejap belek drive shaft aku, kejap cari spanar. macam tu lah sampai setengah jam masih terhegeh-hegeh nak keluarkan drive shaft tu.

aku perhatikan saja. malas aku nak mengutuk dalam hati banyak-banyak. sebab muka budak tu takde la ketat sangat. tengah buat kerja, boleh tinggal kejap pergi borak dengan customer lain. aduh...., aku pun malas nak cerita panjang-panjang. semua sekali makan masa dalam sejam lebih untuk tukar drive shaft dan minyak gear.

aku : berapa semua bang?

brader : ..............buat bodoh sambil duduk mengadap komputer dan buka fail....

aku : berapa bang?

brader : upah rm40, minyak gear rm30. semua sekali rm70. (tanpa memandang muka aku)

aku terus bayar rm100 dan ambil baki lalu terus ke keta. brader tu keluar dari opis dia sambil tanya aku nak resit ke tak.

"nak buat apa resit? nak claim kat bapak ko?" kata aku dalam hati.

kesimpulan daripada peristiwa ni:

inilah contoh melayu berniaga. belum kaya mana pun, customer macam aku yang pakai proton saga dilayan acuh tak acuh. lepas tu harga memang sembelih kaw-kaw punya. gila apa tukar driver shaft rm40? biasa orang ambil rm20-25 je. mentang-mentang aku pakai baju opis dia ingat aku bodoh pasal keta. dah la ambil masa sampai sejam lebih. kalau aku kasi kat cina benda ni boleh settle dalam masa 20 minit je. kerja pun kemas.

aku memang takkan pergi ke kedai tu lagi. dan aku takkan menyesal lagi kalau tak hantar keta ke bengkel melayu. malah aku kalau boleh memang tak nak beli apa-apa daripada orang melayu lagi. mereka penipu yang bersolat (tu pun kalau solat la)...

peniaga melayu memang tak berpandangan jauh langsung. tak pandai jaga hati pelanggan. kedai pun macam hidup segan mati tak mahu. suka berlagak. kalau kontraktor alamatnya kerja macam tikus baiki labu la. baik cari cina. mereka kerja sungguh-sungguh kerana mereka hargai duit. pendek kata, melayu kalau berniaga memang pandir & bodoh. penipu pun tak agak-agak. bangsa sendiri pun dia nak sebat

Blog : www.abdrahims.blogspot.com

Khamis, 29 September 2011

Tips Elak Dirogol...

JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.

Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.

“Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.

Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.

“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.

Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol.

Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.

“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.

Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi

http://www.islamituindah.my/budak-baca-ayat-al-quran-elak-dirogol

Ahad, 25 September 2011

Kebaikan Bersuluk


Saya pernah terbaca secara sepintas lalu dalam sebuah buku yang dikarang oleh seorang syeikh yang terkenal di Arab Saudi, mengenai manfaat dan faedah bersuluk. Saya agak tertarik dengan tulisan beliau mengenai bersuluk kerana jarang saya jumpa ulama tempatan di Malaysia menulis mengenai apa itu bersuluk.

Sebelum saya lanjutkan dengan lebih dalam mengenai bersuluk ini, bersuluk adalah proses berkhalwat atau mengasingkan diri dari orang ramai dengan tujuan untuk bertaqarrub, menyendiri dan beribadah kepada Allah, sekaligus bertujuan untuk mencapai pencerahan diri, bertaubat dan bermuhasabah diri dan menenangkan fikiran.

Profesor Dr 'Aidh Al Qarni sendiri pernah menulis buku tentang kebaikan bersuluk ini. Saya amat tertarik dengan tulisan beliau, sehingga saya sendiri terpengaruh untuk melaksanakan suluk bagi menenangkan diri.

Apa yang dibuat ketika bersuluk?

Bersuluk lebih kepada proses penyucian diri dengan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah seperti solat sunat, membaca Quran, berzikir dan bertasbih, meratap dosa-dosa yang lalu, muhasabah diri dan berdoa. Ketika proses suluk dijalankan, adalah lebih baik dilakukan secara berseorangan, jauh dari hiruk-pikuk dan kebisingan manusia. Sebaiknya ia dilakukan di masjid atau surau. Lebih baik jika dikurangkan membuat dan menerima panggilan telefon jika tiada urusan penting.

Saya sendiri pernah melakukan suluk, walaupun tidaklah sekerap orang alim yang lain. Lazimnya saya lakukan suluk jika terlalu banyak beban atau masalah hidup yang menimpa. Masalah ekonomi, tempat kerja, rumah tangga dan lain-lain akan menyebabkan fikiran menjadi kacau bilau sekaligus menyesakkan dada. Saya melakukan suluk di satu ruangan khas bilik saya, kadang-kadang saya buat di masjid yang berdekatan. Pada ketika itu, saya jarang berhubung dengan orang. Malahan sms dan panggilan telefon pun tak dilayan. Ini bagi membolehkan saya membuat tumpuan terus hanya kepada ibadah dan munajat saya.

Sesetengah orang, apabila ditimpa masalah, jarang mahu berkongsi dengan orang lain, hatta dengan pasangannya sendiri. Mungkin pada pandangannya, lebih baik dipendam sahaja di dalam hati, tak lah menyusahkan orang lain. Ada sesetengah pendapat mengatakan, orang seperti ini ego untuk menampakkan kesusahan dirinya. Saya pula berpendapat, tidaklah salah untuk berkongsi masalah dengan orang lain, asal orang tersebut boleh dipercayai dan boleh menyimpan rahsia kita. Masalah, jika dipendam terlalu lama, jika tidak diselesaikan dengan sebaiknya, atau dalam ertikata lain dibiarkan begitu saja tanpa ada alternatif untuk menyelesaikannya, akan menjadi buruk di dalam jiwa sekaligus menimbulkan penyakit seperti pasif, kurang keyakinan diri dan jumud.

Berkongsi masalah dengan orang yang dipercayai bukanlah bermaksud untuk mendedahkan kelemahan diri, tapi lebih kepada usaha untuk mencari jalan penyelesaian kerana fitrah manusia memerlukan orang lain apabila dia memerlukan bantuan. Manusia tidak dapat hidup sendirian. Begitulah hikmah Allah menciptakan manusia. Namun yang peliknya ada manusia yang berfikiran "Aku boleh selesaikan masalah ni sendiri, aku taknak menyusahkan orang lain..." tapi setelah dia gagal menemui jalan penyelesaian, fikirannya menjadi buntu dan masalah pun tidak selesai sehingga menyebabkan sakit jiwa dan lain-lain.

Tentu anda bertanya, apa kaitan masalah hidup dengan bersuluk? Bersuluk adalah proses untuk menenangkan diri dan munajat untuk memohon petunjuk Allah bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan masalah. Ummat ketika ini menggunakan cara yang salah dalam menangai masalah. Mereka lebih suka mencari jalan pintas untuk menyelesaikan masalah. Malah ada yang membelakangkan Allah, atau enggan berdoa jika berhadapan masalah. Mereka bukan sahaja ego dengan manusia, tetapi ego juga kepada Allah. Enggan meminta pendapat manusia dalam mencari jalan penyelesaian, dalam masa yang sama malas berdoa untuk diselesaikan masalah.

Saya berdoa kepada Allah agar orang-orang seperti ini diberi taufiq dan hidayah oleh Allah, dan saya berlindung kepada Allah daripada sifat ego dan sombong seperti ini.

Saya bukanlah seorang yang baik atau alim, saya sendiri banyak menanggung dosa yang lalu. Tujuan saya bercerita tentang suluk ini juga bukanlah bertujuan untuk mempamerkan amal ibadah saya, tetapi sekadar satu perkongsian bagi yang sudi menerimanya. Kalau nak diceritakan nikmat suluk, tentu anda semua akan mengatakan saya riyak dengan amal ibadah saya. Cukuplah saya katakan, menangis ketika bermunajat dan meratap ketika berdoa adalah nikmat paling indah yang Allah anugerahkan kepada saya. Pada ketika itu, cinta terhadap isteri mahupun keluarga sudah jatuh ke tangga yang kedua dan seterusnya, cinta Allah terletak di tempat yang pertama. Pada ketika itulah kita akan merasakan Allah-lah yang paling layak dicintai dan dikasihi, melebihi segala-galanya.

Wallahu 'alam bissawab...

Isnin, 12 September 2011

Kisah Zikir Ayatul Kursi...


Kita banyak mendengar daripada beberapa individu yang mengamalkan tasauf dan perubatan Islam, tentang amalan menjazamkan Ayatul Kursi. Terus-terang, saya sendiri tidak pernah menjazamkan Ayatul Kursi sebanyak 313 kali seperti yang pernah saya baca dari blog dan buku-buku perubatan dan ilmu hikmah. Saya tidak tahu jika ada yang mampu menjazamkan lebih daripada bilangan yang saya nyatakan tadi.

Saya juga tidak tahu amalan, kaifiat dan khasiat menjazamkan Ayatul Kursi ini. Di antara cerita yang pernah saya dengar ialah sesiapa yang sudah jazam ayat ini, maka ia akan dianugerah kebolehan mencipta jurus atau senjata untuk menyerang bangsa jin ketika merawat dan sebagainya. Entahlah, saya belum pernah mencubanya.

Selain itu, di antara kesan zikir Ayatul Kursi ini bagi pemula ialah, badan menjadi panas dan berpeluh. Jika keadaan ini berlaku, hendaklah disejukkan badan dengan cara membaca selawat Nabi beberapa kali, kerana difahamkan selawat adalah zikir penyejuk. Dalilnya? Saya tidak tahu. Itu apa yang saya dengar daripada orang yang berpengalaman dan berkecimpung dalam amalan tasauf dan kebatinan.

Secara peribadi, kita boleh membaca atau menzikirkan mana-mana ayat Quran dengan tujuan penyucian hati dan bertaqarrub kepada Allah. Mungkin Ayatul Kursi merupakan salah satu daripadanya. Saya pernah terbaca dalam sebuah buku karangan Prof. Dr. Aidh Al Qarni, sahabat nabi bernama Muawiyah mendapat ganjaran syurga kerana melazimkan @ menzikirkan @ menjazamkan surah Al Ikhlas sebanyak 30,000 kali. Nah! Ini juga menunjukkan bahawa ada dalil berkenaan berzikir dengan menggunakan Quran adalah dibolehkan.

Namun, saya amat mengalu-alukan pendapat dan pandangan daripada pembaca semua mengenai amalan ini. Mungkin ada cerita menarik, pengalaman dan buah fikiran yang boleh dijadikan panduan bersama. Berikut merupakan sebuah kisah benar mengenai pengamal zikir Ayatul Kursi, dipetik dari http://kelanajiwa.wordpress.com/about/dzikir-ayat-kursi/

PENGALAMAN PERTAMA: DZIKIR AYATUL KURSI

Sebagaimana disebutkan di dalam Primbon Jawa Bental Jemur Adamakna (bukan promosi ya), salah satu faedah Ayat Kursi adalah bisa menghilangkan penyakit hidung berdahak dan mudah flu! Wah..menarik ini, pikir saya waktu itu. Jujur saya takut dioperasi. Maafkan saya..Pak dan Bu Dokter……

Ayat Kursi adalah ayat dari Surat Al Baqarah ayat ke 255.

Cara-cara yang disebutkan di dalam buku Primbon tersebut kalau tidak salah seperti dibawah ini:

1. Siapkan garam kasar, bagi menjadi 7 bagian. (Masing-masing bagian kira-kira seujung sendok teh).

2. Setiap bagian dibacakan Ayat Kursi sebanyak 49 kali untuk setiap hari selama 7 hari berturut-turut.

3. Campurkan 1 bagian garam yang sudah dibaca tersebut ke dalam segelas air, aduk dan diminum.

Ngga ada salahnya dicoba, toh kalau nggak ada hasilnya ngga ada resikonya, batin saya. Akhirnya malam itu saya mulai membaca Ayat Kursi pada satu bagian garam.

Hari pertama, dengan niat Bismillah, akhirnya dapat terselesaikan dengan lancar, Alhamdulillah, malam itu saya sekaligus menghafal ayat kursi, yang sebelumnya nggak hafal sama sekali.

Hari kedua, ada sedikit keanehan. Badan saya berkeringat setelah selesai membaca ayat kursi sebanyak 49 kali. Iseng-iseng saya lihat jam. Perasaan waktu itu membutuhkan waktu 1,5 jam dan duduk di atas sajadah. Itupun bacaan ayat kursi, saya suarakan secara pelan. Saya menduga mungkin cuaca sedang tinggi suhunya. No problem, besok lanjut lagi.

Hari ketiga, lebih aneh lagi. Selama membaca ayat kursi hingga kira-kira sampai dengan jumlah 20, badan saya sudah basah oleh keringat! Namun, kondisi ini tidak saya hiraukan, karena sedang ngejar setoran ………………. Namun setelah selesai hingga 49 kali. Kemudian saya minum air garamnya, saya keluar kamar dan bertanya pada ortu yang lagi nonton.

“Pak..cuaca hari ini lagi panas ya ?” tanya saya.

“Nggak…biasa aja tuh..” jawab Bapak saya.

Saya jadi berpikir kok bisa jadi begini ??? Kok bisa ? Kok bisa ? Pertanyaan tersebut berkecamuk di dalam kepala saya.

Nah, hari keempat dan kelima kejadian serupa terjadi, yaitu badan basah kuyup oleh keringat ! Hal ini memang diluar logika saya waktu itu. Bayangkan saja duduk diam selama satu setengah jam, keluar keringat sampai baju basah kuyup!

Saya bandingkan waktu saya membaca cerita silat Khopinghoo dari jam 7 pagi sampai jam 3 pagi, sama sekali tidak keluar keringat setetespun!

Hari kelima, malamnya saya mimpi. Ada setan yang menduduki badan saya hingga saya susah bernafas! Secara tidak sadar saya membaca Ayat Kursi di dalam mimpi, Alhamdulillah saya bisa terbebas dari setan tersebut. Saya terus membaca ayat kursi tersebut hingga setan tersebut hilang sendiri. Tidak berapa lama, tiba-tiba ada dua ekor ulat yang keluar dari hidung saya. Nah sampai disitu cerita mimpinya.

Paginya, dari hidung saya keluar ..maaf.. lendir banyak sekali. Awalnya berwarna hijau kekuningan, kemudian kuning gelap hingga akhirnya sekitar jam 11 siang tinggal yang berwarna bening.

Bacaan ayat kursi dan minum air garam tetap saya lanjutkan hingga 7 hari. Alhamdulillah sejak saat itu hingga sekarang saya bebas dari derita penyakit gampang pilek, alergi debu dan bersin-bersin. Alhamdulillah.

Itulah secuil kisah yang berkesan bagi saya pribadi waktu itu. Yang mana 10 tahun kemudian pada saat saya ikut salah satu pengajian jam 12 malam di suatu kota di Jawa Timur mendapatkan penjelasan. Bahwa jika mimpi membaca salah satu ayat Allah, maka artinya sudah sah diberikan “ijasah” untuk dapat digunakan sesuai dengan keperluan. Adapun hawa panas yang muncul pada waktu membaca ayat kursi, adalah hawa energinya. Ada juga kenalan saya yang bilang bahwa hawa panas tersebut adalah karena dosa-dosa kita sedang dibakar. Wallahu ‘alam.

Semoga bermanfaat.

Selasa, 6 September 2011

Raya dan Busung...

Aidilfitri sudah 8 hari berlalu. Suasana sambutan raya di Kuching nampak tenang namun meriah. Mungkin kerana ramai di antara warga Kuching yang balik kampung seperti saya juga, beraya di kampung bini. Tahun ni pertama kali saya beraya sebagai suami orang, dan giliran balik kampung untuk beraya jatuh kepada isteri saya. Maklumlah, 'tanaman dah menjadi', kena banyak mengalah dengan bini. Kalau tak, bini bagi muka muncung ke depan. Hehehe...

Beraya di Bintulu... dan Mukah.

Pertama kali beraya sebagai suami orang, dan pertama kali jugalah saya beraya di luar Kuching, jauh dari keluarga. Agak tersentuh juga perasaan saya apabila menelefon ibu tercinta di pagi raya, terdengar beliau teresak-esak di hujung talian. Saya mengakui, saya amat rapat dengan ibu. Walaupun dah bergelar suami, dan tak lama lagi bergelar ayah, saya masih anak ibu. Kasih sayang dan cinta saya kepada ibu tidak pernah berubah.

Seusai sembahyang Aidilfitri, kami bersalam-salaman sesama ahli keluarga dan minum pagi sebelum bertolak ke Mukah. Perjalanan Bintulu-Mukah mengambil masa kira-kira 3 jam dengan menggunakan kereta. Saya memandu dengan kelajuan normal dan berhati-hati kerana isteri sedang mengandung 7 bulan. Sebelum sampai ke simpang Selangau, hujan turun dengan lebatnya. Angin bertiup kencang sehingga menyukarkan pandangan di jalan raya. Saya membaca beberapa potong doa dan ayat Quran memohon perlindungan Allah supaya dilindungi dan dijauhkan daripada malapetaka dan kemalangan. Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat di Mukah kira-kira jam 1:30 petang.

Tidak banyak perbezaan beraya di Mukah dan Kuching. Semuanya berbaju Melayu lengkap dengan samping dan songkoknya. Walaupun Mukah adalah 'negeri' orang Melanau, tiada pula saya melihat ada orang beraya dengan menggunakan pakaian tradisonal orang Melanau. Semuanya berbaju Melayu dan berbaju kurung. Bezanya cuma pertuturan mereka. Saya sendiri walaupun belum mahir bercakap Melanau, namun boleh juga faham sedikit-sedikit bila mendengar orang berbual dalam bahasa Melanau.

Ziarah-menziarahi rumah kaum keluarga isteri di Mukah agak meletihkan. Hingga ada saudara mara dan kawan yang perlu diziarahi di kampung Judan, Oya. Walaupun letih, namun saya gembira kerana berpeluang beraya di tempat orang. Orang Melanau peramah-peramah belaka, tidak jauh beza dengan orang Melayu.

Keesokannya ada gathering @ open house Raya untuk keluarga isteri. Seluruh keturunan Allahyarham Hj Johari bin Hj Udin (moyang kepada isteri) dikumpulkan di Dewan Mesra Suarah Mukah. Hampir 500 orang ahli keturunan Hj Johari berjaya dikumpulkan. Pelbagai aktiviti diadakan seperti bacaan Quran, penyerahan hadiah kepada pelajar terbaik SPM, agihan duit raya, pertandingan bayi comel dan macam-macam lagi.

Kami pulang ke Bintulu setelah majlis selesai.

Kembali ke Kuching...

Saya dan isteri pulang beraya di Kuching pada 2hb September 2011, iaitu pada hari raya ke 4. Beraya kali ini saya lebih banyak menerima tetamu daripada berziarah. Ini disebabkan isteri yang sarat mengandung agak sukar untuk berjalan jauh kerana cepat letih dan sakit belakang. Kasihan juga saya melihat si isteri, menyeringai menahan sakit setiap masa. Namun dari raut wajahnya saya dapat melihat ketabahan dan kesabarannya menanggung kepenatan mengandung kerana dia sendiri gembira kerana bakal menimang seorang bayi. Saya sendiri sering memujuknya dengan nasihat bahawa perempuan yang bersabar dalam menanggung sakit ketika mengandung akan mendapat ganjaran pahala yang besar dan kasih sayang Allah. Di sinilah peri pentingnya peranan suami dalam menyokong emosi dan perasaan isteri yang penat dan letih kerana mengandung. Saya sering mendengar dalam kuliah dan melalui pembacaan, suami hendaklah sentiasa menyokong isteri ketika mengandung. Malah ayah saya sendiri sering menasihati saya supaya bersabar dengan karenah isteri kerana perangai orang mengandung memang agak lain berbanding biasa.

Busung...

Semalam saya menerima panggilan telefon dari Wan. Ada permintaan untuk merawat di Kampung Surabaya Hulu. Kes sihir @ busung. Kasihan saya melihat si pesakit, baru 2 bulan sakit, badannya dah kurus kering. Perutnya membuncit dan lemah tergeletak di atas katil tidak bermaya. Saya dan Wan memulakn proses meruqyah dengan membaca ayat-ayat Pembatal Sihir dan penawar bisa. Pesakit diberi minum air ruqyah terlebih dahulu dan seterusnya diruqyah. Kali ini saya menggunakan kaedah tarik untuk mengeluarkan bisa dan penyakit yang ada dalam perut. Terasa ada sesuatu yang keras dan bergerak ketika saya memegang perut pesakit. Wan juga ada merasakan gerakan dalam perut tersebut.

Saya mengharapkan agar si pesakit memuntahkan bisa atau barang kotor ketika ruqyah dibacakan. Namun tiada apa yang terjadi. Pesakit hanya batuk-batuk dan meludah. Selepas itu, Wan pula menyambung dengan bacaan Asas 30 Darussyifa, di samping mendoakan air untuk dibuat penawar.

Hasil perbualan dengan abang ipar pesakit, pada mulanya pesakit merasakan pusatnya mengeras, seterusnya menjalar sehingga ke perut lalu bisa dan membentuk busung. Rawatan hospital dan specialist telah dibuat, namun doktor mengatakan tiada apa-apa penyakit. Peliknya, si pesakit semakin menderita dari hari ke hari dan tidak dapat menerima makanan dan minuman. Akibatnya, pesakit menjadi kurus kering dengan perut yang membuncit.

Saya secara peribadi ingin mengatakan di sini bahawa ini adalah kes pertama saya merawat melibatkan penyakit busung. Apa yang dibuat malam tadi adalah mengikut apa yang saya ketahui dan pelajari. Mungkin ada ramai perawat di luar sana yang mahir atau khusus dalam merawat busung, dengan kaedah, doa, teknik atau herba tertentu. Saya amat mengalu-alukan para perawat untuk berkongsi ilmu mengenai rawatan khusus untuk penyakit busung dengan menghantar email kepada saya di asfaniaga@gmail.com atau menuliskan kaedah tersebut di ruangan komen yang disediakan.

Wallahu 'alam...

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kisah Ramadhan dan Solat Berjemaah...

Banyak sungguh kisah menarik sepanjang Ramadhan ni. Saya sendiri sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsikan. Namun, keterbatasan masa menyebabkan saya kurang aktif untuk meng'update'kan blog ini. Terima kasih dan mohon maaf kepada semua peminat dan pembaca blog ini. Insya Allah, banyak cerita yang ingin saya kongsikan kepada anda semua sekaligus membuka relung hati kita bagi melihat hikmah yang tertuang dalam senario hidup kita.

Rutin bulan Ramadhan agak berbeza pada diri saya berbanding dengan bulan-bulan lain. Tarawih setiap malam, tilawah Al-Quran dan qiamullail, adalah di antara beberapa ibadah sunnah yang menjadi 'tambahan' riadah rohani bagi diri saya dalam bulan yang berkat dan mulia ini. Keseronokan ibadah menyebabkan kita semakin asyik dengan Allah, sehinggakan ketika berdoa pun kita dapat merasakan kehadiran Allah betul-betul di hadapan kita.

Bermula dengan sahur, saya lazimnya hanya makan sedikit sahaja. Cukup untuk mengalas perut dan mengambil berkah sahur. Kemudiannya saya solat tahajjud dan membuat beberapa solat lain sebagai tambahan amalan. Saya yakin, anda juga ada melakukan amalan sunat ini bagi mengejar ganjaran bulan mulia ini, kan? Kalau yang belum itu, eloklah bermula sekarang. Rugi kalau tak buat. Ramadahan datang setahun sekali je. Ambillah peluang yang ada untuk meraih keampunan dan kasih sayang Allah.

Kemudiannya, solat Subuh seperti biasa di masjid Darul Husnul Khatimah. Sejak kebelakangan ini, masjid ini semakin meriah dengan jemaah. Aktiviti dan program masjid pun semakin banyak. Pelbagai tazkirah dan ceramah telah mengisi ruang kosong antara solat, seperti kuliah Maghrib dan tazkirah Subuh. Ustaz pun ramai kat area sini. MAsing-masing menyumbangkan ilmu kepada penduduk tempatan.

Bercerita tentang masjid, mari kita merenung sejenak diri kita. Adakah kita di antara penduduk atau ahli kariah masjid yang aktif? Bagaimana pandangan kita tentang masjid? Adakah ia sekadar bangunan tempat untuk beribadah sahaja atau lebih dari itu?

Fungsi masjid sebenarnya amat luas. Selain menjadi tempat sembahyang, masjid juga berperanan sebagai tempat setiap ahli komuniti untuk saling bersilaturrahim. Melalui masjid masyarakat dapat berkomunikasi, antaranya jika ada kenduri berkahwin mahupun kematian. Justeru, peranan masjid amat penting dalam masyarakat Melayu, khususnya orang Islam.

Saya amat berbangga dengan masjid di kediaman saya. Ahli-ahlinya sangat baik dan mesra antara satu sama lain. Orang tua menyayangi yang muda, manakala yang muda pula menghormati yang tua. Suasana ini menjadikan masjid kami selesa untuk didatangi. Tok imam kami, Hj Sondong, amat peramah dan mesra dengan semua orang. Tutur katanya yang lembut dapat menarik orang untuk terus menjalin ukhuwwah dengan beliau. Ketika memimpin solat jemaah, beliau tidak terlalu lambat, tidak pula terlalu cepat. Segalanya sederhana.

Kehadiran jemaah yang ramai dalam masjid ketika solat jemaah sebenarnya mampu menjana motivasi jiwa dan menenangkan hati. Boleh dikatakan, aura ketika solat berjemaah jauh bezanya dengan bersolat sendirian. Anda semua akan merasakan perbezaaan ini jika anda melakukannya. Malah, hampir setiap permasalahan hidup yang pernah saya alami, saya temui ketika bersolat jemaah di masjid. Tak percaya? Anda boleh cuba dulu. Kemudian cerita balik dengan saya. ;-)

Kalau ada jenis sukar nak ke masjid untuk bersolat jemaah, sekurang-kurangnya usahakanlah untuk bersolat jemaah bersama-sama keluarga, seperti isteri atau suami. Anda juga boleh mengajak rakan-rakan di tempat kerja anda untuk solat berjemaah bersama. Faedahnya, berkah akan turun dan suasana kasih sayang akan terbina, insya Allah.

Semoga Ramadhan ini menjadi batu loncatan untuk transformasi kita kepada insan yang lebih soleh dan sempurna.

Amin...