Jumaat, 4 Januari 2013

Syukur dengan nikmat yang sedikit..

Ada ulama mengatakan, jika tidak bersyukur dengan nikmat yang sedikit,kemungkinan Allah akan menangguhkan nikmat yang besar ke atas dirinya. Kata-kata ulama ini amat menyentuh hati saya. Jika dihitung nikmat yang diberi nescaya sukarlah untuk saya menghitung dan mensyukurinya.
  Bermuhasabah sambil memqndu ke pejabat pagi semalam membawa saya ke daerah mengenang nikmat yang telah ada pada diri saya sekarang. Pekerjaan yang baik, isteri yang cantik dan baik hati, anak yang comel dan sihat, kesihatan tubuh badan telah menginsafkan diri saya di tengah-tengah kesesakan jalanraya bandaraya Kuching pagi semalam. Saya cuba membangkitkan energi syukur dengan menzahirkan terima kasih saya kepada Allah dengan melafazkan kalimah hamdalah dan tasbih, namun saya yakin itu mungkin tidak cukup untuk membalas kembali nikmat yang Allah berikan kepada saya.Lalu saya berfikir, apakah cara terbaik untuk saya menzahirkan rada syukur saya itu?

Lalu, seperti diberi ilham, saya mendapati cara terbaik ialah dengan memperbaiki diri, meningkatkan amal ibadah dan menebarkan kebaikan dan keindahan Islam di kalangan makhluk Allah. Itu yang terbaik menurut hemat saya.

Bersyukurlah, nescaya anda akan bahagia...


Isnin, 24 Disember 2012

Makna Kehidupan...

Seminggu lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2013. Seperti biasa, ramai yang akan cuba memasang azam baru untuk tahun depan. Ada yang berazam nak berhenti merokok, ada yang nak berdiet, ada yang nak sambung belajar, berkahwin, buka bisnes baru dan seribu satu macam azam. Saya sendiri tidak terlepas dari niat berazam tersebut.

Bandar Kuching agak meriah malam ini. Maklumlah, esokkan Krismas. Penduduk Sarawak yang majoritinya berbangsa Iban beragama Kristian telah pun membuat persiapan awal untuk menyambut perayaan ini. Lagu Krismas dah berkumandang di shopping complex seluruh Kuching, tidak ketinggalan The Spring dan Boulevard. Saya sendiri pun dah hafal lagu Krismas dek kerana tiap-tiap hari dengar lagu yang sama. Mana tidaknya, kat lobi ofis saya pun pasang lagu Krismas. Sementara menunggu lif, nak tak nak kena dengar jugak lagu alah tu.

Setahun berlalu kadang-kadang tidak terasa. Apabila dikenang kembali dan melihat ke belakang, kita akan dapati bahawa mungkin kita telah menjalankan tugasan dan tanggungjawab dengan baik sepanjang tahun tersebut. Jika benar, alhamdulillah. Namun jika kita menyedari bahawa kita telah mensia-siakan nikmat umur dan masa yang Allah anugerahkan kepada kita, nescaya kita akan tertunduk sambil menggelengkan kepala. Kita akan merasakan betapa ruginya kita nikmat masa yang Allah berikan kepada kita. Saya sendiri tidak terkecuali merasakan perasaan ini.

Pergi kerja, balik kerja adalah rutin harian saya. Hujung minggu ada mesyuarat dengan Ikram. Kalau tidak pun ada pengisian program untuk ahli jemaah. Kehidupan saya pada ketika ini agak berbeza dengan orang lain. Atas beberapa sebab, saya terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri tercinta atas faktor pekerjaan. Kadang-kadang saya merasakan diri saya berbeza dengan orang lain kerana di kala orang lain berseronok dan bersiar-siar dengan anak isteri di pusat membeli belah atau berkelah di hujung minggu, saya pula hanya duduk di rumah. Kadang-kadang saya online, adakalanya juga saya membaca buku. Kalau bosan sangat saya akan menziarahi saudara-mara di kampung Stapok.

Adakalanya saya akan bersiar-siar seorang diri. Pergi ke kedai buku sambil meninjau-ninjau buku baru, atau ke shopping kompleks untuk membeli pakaian. Kadang-kadang saya duduk makan dan minum seorang diri, sambil memerhatikan gelagat orang di jalanan. Terasa juga sunyi di hati sebab anak isteri tiada di sisi. Alangkah indahnya anak dan isteri ada bersama ketika bersiar-siar di bandar. Walaupun demikian, hati saya kembali tenang dan syukur ketika mengingatkan bahawa ibu dan ayah saya, serta adik beradik saya sentiasa ada bersama saya. Mereka inilah tempat saya bersembang dan bertukar pendapat, sekaligus menghilangkan kesunyian di hati.

Kuching adalah sebuah bandar yang sibuk dan padat. Kemunculan bangunan-bangunan baru merancakkan lagi kegiatan ekonomi di bumi bertuah ini. Kuching bukanlah 'hutan' seperti yang disangka oleh sesetengah orang yang tidak mengenali tempat ini. Ia adalah sebuah tempat yang maju dan makmur setanding dengan Kuala Lumpur. Orang ramai dari luar ramai yang berpindah ke Kuching untuk mencari peluang dan membina  kehidupan. Pelbagai bangsa, agama dan lapisan masyarakat yang ada di Kuching ini aman dan bersatu padu. Walaupun sedemikan sesak dan padat, Kuching tetap sebuah bandar yang indah, terutama sekali di waktu malam. Saya sangat suka bersiar di bandar Kuching pada waktu malam. Keindahannya memukau penglihatan dan mendamaikan hati, sekaligus menenteramkan resah di jiwa. Kadang kenangan lama tergamit sama dalam fikiran. Bermula dari kisah di sekolah, aktif dalam usrah di Hikmah, sekaligus melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma ketika di Politeknik sehinggalah masuk ke alam pekerjaan. Semua itu memori indah yang terpahat kukuh dalam fikiran saya.

Saya sangat bersyukur kepada Allah atas nikmat hidup yang diberi. Semoga Allah mengekalkan nikmat ini kepada saya dan anda semua. Amin.

Sabtu, 3 November 2012

Indahnya Perubatan Islam, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching.

Syukur alhamdulillah, pada 13hb Oktober yang lepas, saya dan beberapa orang sahabat telah berpeluang untuk menghadiri seminar "Indahnya Perubatan Islam" bertempat di Pustaka Negeri Sarawak oleh ustaz Sharhan Shafie. Seminar ini adalah anjuran Darussakinah dan Sinar Zamdurrani dalam rangka program kembara dakwah negeri Sarawak.

Setelah sekian lama menunggu guru-guru besar ilmu perawatan Islam dari semenanjung untuk datang ke Sarawak, akhirnya Allah memilih ustaz Sharhan untuk datang dan memncurahkan ilmu beliau kepada penduduk Bumi Kenyalang yang amat memerlukan ilmu ini secara langsung dari batang tubuh yang empunya ilmu itu sendiri. Jika selama ini penduduk Sarawak hanya berkesempatan melihat ustaz dari jauh iaitu menonton televisyen dan mempelajari tips dari sebalik kaca tv, kini kesemua peserta seminar bertuah kerana mendapat ijazah langsung secara talaqi beberapa ayat ruqyah untuk rawatan penyakit zahir dan batin daripada ustaz Sharhan sendiri.

Seminar yang berlangsung selama sehari itu teramat padat sehinggakan ustaz tak menang tangan untuk menjawab soalan yang banyak diutarakan oleh para peserta. Namun ustaz tetap tidak lupa untuk menurunkan ilmu beliau iaitu asas kepada makhluk halus dan alam ghaib, ciri-ciri bomoh dan pawang, asas perubatan Islam, ayat-ayat ruqyah untuk penyakit zahir dan batin, doa untuk anak, ayat untuk penyakit jiwa seperti pemarah dan lain-lain, dan di hujung seminar setelah memberi dan mengajar teknik merawat pesakit histeria, ustaz telah mendapat permintaan pesakit dari Miri untuk dibuang susuknya. Pesakit ini yang dari lagak rupanya mungkin seorang bekas pondan, mengaku telah memasang susuk dengan tujuan untuk kecantikan dan menarik pasangan. Ustaz bersetuju untuk merawat dan pesakit tersebut juga bersetuju untuk dirawat di hadapan peserta seminar sebagai demo untuk membuang susuk.

Sebelum merawat, ustaz melakukan amalan-amalan iaitu zikir dengan tujuan untuk mengeluarkan susuk tersebut. Kami dimaklumkan bahawa ustaz akan melakukan beberapa amalan rohani untuk memudahkan proses mengeluarkan susuk, mungkin juga bertujuan untuk 'menawar' kekuatan jin pada susuk tersebut agar mudah dikeluarkan. Kami melihat si pesakit meletakkan hidung dan mulutnya pada bibir pinggan yang diisi air zam zam. Setelah itu ustaz menepuk-nepuk kepala pesakit sambil menuangkan air zam zam dan membacakan ayat-ayat ruqyah. Dengan izin Allah, susuk tersebut keluar melalui batuk si pesakit dan susuk tersebut merupakan sejenis susuk jarum emas. Susuk itu kemudiannya ditunjukkan kepada semua peserta seminar.

Ustaz Sharhan juga menunjukkan kepada kami demo untuk melemahkan pesakit histeria dan mengijazahkan ayatnya. Selain itu, ada juga beberapa peserta seminar telah diperiksa oleh ustaz dan didapati ada gangguan jin dalam tubuh mereka. Mereka mengakui mereka mengalami gangguan dan sering sakit-sakit. Ketika ayat ruqyah dibacakan, 4 daripada 5 peserta seminar tersebut kerasukan. Ada antaranya yang bertutur dalam bahasa Siam sedangkan peserta tersebut berbangsa Melayu dan tidak pernah belajar bahasa Siam.

Di akhir seminar pada sebelah petangnya ada sesi soal jawab. Inilah sesi yang ditunggu-tunggu dan ustaz menerima banyak soalan seputar makhluk halus dan sihir. Ustaz berusaha untuk menjawab kesemua soalan namun masa tidak mengizinkan kerana beliau terpaksa bergegas untuk bersiap bagi mengisi kuliah Maghrib di Masjid At Taqwa kpg Gita dan merawat pesakit selepas Isyak di lokasi yang sama.

Kami dipesan oleh ustaz Sharhan agar mengamalkan ayat-ayat yang diijazahkan dan merawat orang ramai dengan seikhlas hati tanpa mengenakan caj atau mengharapkan upah. Ayat yang diijazahkan itu selain daripada ayat-ayat rawatan, ada juga ayat pendinding yang bertujuan untuk pelindung diri. Ayat-ayat ini hendaklah diusahakan membacanya setiap kali selesai solat fardhu.

Saya secara peribadi amat berpuas hati dengan seminar ini. Walaupun saya sendiri pernah belajar dan merawat orang, namun banyak juga ilmu baru yang saya perolehi daripada ustaz Sharhan. Ilmu itu bagai lautan luas yang tidak bertepi. Kita fikir yang diri kita sudah berilmu atau cukup ilmu, tetapi jika kita buka minda dan hati kita nescaya kita akan dapati bahawa ada banyak lagi benda yang perlu dipelajari di dunia ini.

Saya juga sudah menggunakan ayat-ayat ruqyah yang diajar dalam seminar tersebut dalam sesi rawatan untuk pesakit saya. Alhamdulillah, berkat ilmu dari ustaz Sharhan dan izin Allah, pesakit tersebut sembuh.

Wallahu 'alam.

Khamis, 27 September 2012

Lagi Kisah Keajaiban Minyak Morhabshi

Seperti yang telah dimaklumi, saya terlibat dalam perniagaan Minyak Morhabshi semenjak 2 atau 3 tahun yang lepas. Saya sendiri masih menggunakan minyak ini dan sentiasa dibawa ke mana sahaja agar dapat digunakan ketika perlu. Ahli keluarga saya, termasuk keluarga sebelah isteri juga masih setia menggunakan minyak Morhabshi untuk rawatan kecemasan seperti luka, sakit gigi, bisul, demam dan sebagainya. Alhamdulillah, dengan menjadi ejen produk ini juga saya mampu menjana pendapatan untuk menambah duit poket saya. Saya tidak nafikan, saingan dengan produk lain yang hampir sama dengan Morhabshi juga agak sengit, namun ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus mempromosikan Morhasbhi kerana saya telah mengalami banyak pengalaman dengan produk ini. Kemujaraban Morhabshi memang tidak dinafikan. Ini semua atas izin Allah jua. Satu perkara yang saya tidak lupakan mengenai perniagaan Morhabshi ini ialah apabila hasil jualan produk ini saya kumpul sehingga dapat digunakan untuk membayar maskhawin isteri saya. Alhamdulillah!

Berikut merupakan beberapa testimoni pengguna Morhasbhi yang pernah melanggan produk ini daripada saya:

Kes 1 : Sakit gigi

Pada suatu ketika ayah saya mengalami sakit gigi. Pada mulanya tidak terlalu serius, kadang-kadang sakit, kadang-kadang tidak. Namun pada suatu malam ayah saya tidak dapat melelapkan mata kerana bisa sakit giginya bertambah teruk. Pelbagai cara digunakan seperti memberus gigi, berkumur air garam dan sebagainya tetapi sakit tersebut masih tidak hilang. Akhirnya dia cuba menggunakan minyak Morhabshi. Ayah saya mengambil tisu dan mencelupkan minyak Morhabshi kemudian disapu atau dititik pada lubang gigi yang rosak. Dalam masa beberapa minit, bisa sakit gigi itu hilang dan ayah saya dapat tidur dengan lena selepas itu.

Kes 2: Perut memulas

Saya sendiri pernah mengalami perut memulas dan sukar buang air besar. Terasa angin seolah-olah 'berputar-putar' di dalam perut sehingga adakalanya saya terasa ingin muntah, tetapi tidak keluar. Keadaan ini menjadikan saya tidak selesa dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja saya. Saya enggan makan ubat klinik kerana memang sikap saya yang agak liat untuk makan ubat seperti pil dan ubat cecair dari klinik. Akhirnya saya ambil minyak Morhabshi dan menitikkan 5 ke 6 titik minyak Morhabshi ke dalam segelas air suam panas. Saya membaca Fatihah sekali dan sleawat 3 kali, kemudian minum. Alhamdulillah setelah itu saya dapat membuang air besar dengan selesa.

Kes 3: Kudis

Ada seorang pekerja di sebuah syarikat di Kuching selalu melanggan minyak Morhabshi daripada saya. Pekerja ini mengatakan produk Morhabshi sangat mujarab dan dia juga mempromosikan produk ini dengan rakan-rakannya di pejabat. Natijahnya, ramai di antara mereka mencuba minyak ini. Setelah beberapa ketika, saya menerima pesanan lagi dari staf lain di syarikat tersebut. Semasa saya menghantar pesanan mereka, salah seorang daripada mereka menceritakan kemujaraban minyak Morhabshi. Anak staf ini mengalami kudis yang teruk di bahagian tangannya. Pelbagai jenis ubat telah digunakan, seperti ubat sapu dari klinik mahupun tradisional. Tetapi setelah disapu dengan minyak Morhasbhi, kudis anaknya sembuh serta-merta dengan izin Allah. Staf ini memesan lagi beberapa botol minyak Morhabshi daripada saya untuk dipromosikan kepada keluarga dan sanak-saudaranya yang lain. Alhamdulillah!

Kes 4 : Luka sembuh dengan cepat

Seorang lelaki sedang memunggah barang keluar dari bonet kereta. Secara tidak sengaja tangannya terkena bahagian tepi bonet yang tajam sehingga menyebabkan luka. Lelaki ini menyapu lukanya dengan minyak Morhabshi dan lukanya sembuh tidak lama selepas itu dengan izin Allah.

Kes 5 : Gastrik

Seorang jururawat pergigian mengalami gastrik yang teruk. Jika tidak menjaga makan atau tersalah makan, gastriknya akan menyerang sehingga dia sukar untuk membuat kerja. Setelah mengamalkan meminum air suam yang dicampur dengan beberapa titik minyak Morhabshi, kini gastriknya semakin berkurangan dan boleh dikatakan sembuh kerana dia jarang diserang gastrik lagi.

Demikianlah sekelumit pengalaman dan cerita daripada pengguna minyak Morhasbhi yang saya tahu. Sebenarnya ada banyak lagi testimoni mengenai kemujaraban produk ini namun saya tidak bercadang untuk menulisnya semua dalam entri kali ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat pesanan minyak Morhabshi, boleh menghubungi saya di talian 016 8576778 (penghantaran percuma untuk kawasan dalam Kuching sahaja). Kepada yang di luar Kuching bolehlah membuat pesanan dengan meng'klik' pada banner Morhabshi yang terletak pada bar sebelah kanan blog ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua!

Selasa, 28 Ogos 2012

Ramadhan yang dirindui...

Sudah lebih seminggu Syawal menjelma, dan lebih seminggu jugalah Ramadhan meninggalkan kita. Kemeriahan Aidilfitri masih lagi terasa di Kuching, walaupun sudah ramai kembali bekerja kerana cuti beraya sudah tiba di penghujungnya. Namun ini semua tidak menghalang warga Kuching khususnya untuk tetap saling menziarahi ke rumah saudara mara dan sahabat handai yang belum sempat dikunjungi setelah seminggu beraya. Maklumlah, raya kan sebulan? Terus terang saya katakan, Ramadhan adalah bulan yang paling indah dan meriah jika dibandingkan dengan Syawal. Saya pernah menceritakan dalam entri-entri yang lepas mengenai meriahnya Ramadhan di Kuching. Ramadhan meriah dengan tarawihnya, tadarusnya dan lain-lain lagi. Kemeriahan berlangsung sepanjang hari bermula dari waktu sahur sehinggalah ke larut malam. Ramadhan juga mendidik erti sabar dan redha. Puasa yang benar akan mendidik hati supaya tabah dan sabar dengan ujian. Tilawah dan tadarus Quran memberi kelazatan kepada jiwa, zikrullah pula memantapkan iman dan keyakinan kepada Sang Pencipta. Ramadhan adalah madrasah mendidik jiwa.
Saya seperti lazimnya berpuasa dengan keluarga tercinta. Pada minggu pertama Ramadhan saya balik ke rumah isteri di Bintulu bagi meluangkan masa untuk berpuasa bersama dengan keluarga sebelah isteri. Sempat juga saya bertarawih di surau kampung tempat kediaman isteri saya. Suasana tarawih di Bintulu tidak kurang meriahnya jika dibandingkan dengan Kuching. Surau dan masjidnya tetap penuh dikunjungi oleh semua jemaah yang datang dari segenap pelusuk Bintulu. Saya tidak berpeluang untuk mengunjungi bazaar Ramadhan di Bintulu walaupun pada peringkat awalnya saya berniat untuk ke sana bagi meninjau dan merasai sendiri kemeriahan bazaar di sana. Namun setelah dinasihati isteri yang ketika itu Bintulu di serang wabak kolera, saya membatalkan niat tersebut. Saya hanya meluangkan masa selama 3 hari saja berpuasa di Bintulu. Kemudian saya kembali ke Kuching dan menyambung tugasan seperti biasa. Pada minggu terakhir bulan Ramadhan, saya pergi ke Miri pula untuk tugasan luar daerah. Kali ini saya menginap di Mega Hotel, sebuah hotel yang tersergam megah di tengah-tengah bandaraya Miri. Di Miri tidak kurang meriahnya. Saya berkesempatan untuk bertarawih di Masjid Kampung Dagang, terletak betul-betul di hadapan hotel tempat saya menginap. Masjid paling tua di Miri ini masih kukuh binaannya dan saya dapat merasakan 'aura' ketenangannya ketika beribadat di dalam masjid tersebut. Keberkatan masjid ini amat terasa mungkin kerana ia dibina atas dasar iman dan taqwa oleh orang tua zaman dahulu.
Masjid Kampung Dagang @ Masjid Jamek Miri
Banyak pengajaran dan hikmah yang diperolehi jika kita merenung dengan matahati mengenai Ramadhan yang berkah ini. Semoga taqwa dan iman akan tetap berkekalan dalam hati kita setelah sebulan melatih diri di bulan Ramadhan yang lalu. Insya Allah.

Selasa, 7 Ogos 2012

Was-was teruk...

Berikut merupakan kisah benar tentang seorang pesakit dari negara jiran yang menghidap penyakit was-was yang teruk. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua. Komentar: Ass.Wr.Wb. Saya ingin bertanya tentang kondisi adik laki2 saya,dia masih bujangan dan dulu pernah punya masa lalu yang buruk. Sekitar 15 th yg lalu saat adik saya msh bekerja dia punya kebiasaan buruk sering main judi bola sampai2 dia hrs keluar dr pekerjaannya krn sering menggunakan uang setoran dan sdh tdk konsen lg saat bekerja. Akibatnya dia hrs dikeluarkan dr pekerjaannya dan sampai saat ini belum punya pekerjaan alias menganggur namun kebiasaan main judi jg sudah berhenti total. Hampir 5 th kerjaannya hanya dirumah, makan tidur dan tidak melakukan aktifitas apa2 apalagi dia termasuk orang yg pemalas. Sekitar 8 bulan yg lalu ayah kami meninggal dunia dan mulailah terlihat perilaku2 aneh pd diri adik saya. Mula2 disetiap malam dia merasa pernapasannya seperti tersumbat dan dia merasa tidak bisa bernapas, namun setelah dibantu ibu ditenangkan dan diberi minum air hangat perlahan mulai reda kembali,kejadian ini berlangsung selama hampir sebulan setiap 2-3 hari sekali. Setelah itu perilakunya berubah lagi yaitu ketakutan yg berlebihan terhadap najis tp anehnya dia tdk menjalankan shalat. Kalau berjalan dia selalu berjingkat takut menginjak najis dan kedua tangannya ditekuk keatas dada dan tidak mau sembarangan memegang benda apapun disekitarnya krn takut najis, sampai2 utk memegang gayung air saja dia menggunakan giginya dengan cara digigit, katanya takut najis, aneh khan???. Kebiasaannya adalah sering sekali mencuci tangan dan kaki setiap habis memegang sesuatu atau beraktifitas misal makan shg dia bisa mencuci tangan dan kaki sehari sampai lebih dari 20 kali dalam sehari.Hal ini berlangsung selama bbrp bulan sampai akhir2 ini semakin menjadi2 keanehannya…Ketakutan thdp najis semakin menjadi sampai2 saat dia buang air kecil (maaf) dia tdk membuka celananya alias langsung ngompol di celana tp didalam kamar mandi dan langsung disiram berkali2 dgn air shg hampir seluruh baju dan celananya basah kuyub tp dia tdk mengganti baju dan celana dg yg kering (spt orang yg tdk waras). Dia jg sering merasa tidak bisa mengontrol keinginan buang air kecil alias sering kelepasan buang air kecil dan dia merasa bhw kemaluannya seperti ada yg mengganggu krn itulah dia sering kelepasan buang air kecil dan akhirnya menyiram basah seluruh baju dan celananya. Dia bilang dirinya merasa seperti diawasi seseorang yg dia sendiri tak tahu siapa orangnya dan setiap dia melakukan sesuatu sepertinya selalu diawasi dan disetiap sudut rumah seperti ada CCTV….lucu dan aneh…Pertanyaan saya adalah…apakah adik saya terkena gangguan jiwa ataukah dia terkena gangguan jin atau makhluk halus?? Perlukah adik saya di Ruqyah??? Dimana saya dapat berkonsultasi atau mengobati kelainan adik saya?? Terima kasih dan Wss.Wr.Wb Assalamu’alaikum wrwb saya turut prihatin dg ujian yg dialami saudara Mba. beilau jelas mengalami gangguan jin.tetapi mmg tidak sesederhana gangguan jin pd umumnya,ketika diruqyah mgkn tidak lagsung muncul reaksi spontan sbgaimana orang kena jin pada umumnya. yg terjadi pada adik Mba, adalah kombinasi antara gangguan jin dan psikis.saya sangat mnyarankan agar segera diruqyah, jika adik Mba masih bisa diajak komunikasi, artinya saat diajak bicara, diskusi masih bisa, dan pada saat diajak bicara dalam keadaan sadar sepenuhnya. akan tetapi jika adik Mba dalam keadaan tidak sadar,tidak bisa diajak komunikasi, maka lebih baik di beri obat penenang dulu. setelah stabil dan bisa diajak komunikasi, baru ruqyah dijalankan.selain ruqyah, pemberian obat penenang dari psikiater juga bisa dijalankan bersamaan. pada saat ruqyah, tidak hanya dibacakan ayat-ayat ruqyah, tetapi keluarga dan adik Mba harus dipahamkan beberapa hal : 1, dosa dan taubat 2, fiqih bersuci 3, ruqyah mandiri. mengenai tempat ruqyah, Mba tinggal dimana? kalo di jatim, silahkan sms ke saya, insyaAlloh sy carikan yg dekat dengan tmpt Mba. Wallohu’alam. Nadhif Dipetik dari : http://konsultasiruqyah.wordpress.com/2011/03/24/was-was-akut/

Ahad, 8 Julai 2012

Ruqyah vs Panic Attack

Kisah ini diceritakan oleh seorang hamba Allah bernama Andy (bukan nama sebenar) yang telah mengalami tekanan jiwa sehingga beliau diserang sejenis penyakit emosi yang dikenali dalam perubatan moden sebagai panic attack. Beliau menceritakan pengalaman beliau yang berjuang untuk merawat dirinya sendiri denan kaedah Al-Quran selain daripada berjumpa dengaa psikiatri. Berikut merupakan kisah beliau... Andy merupakan seorang pemuda yang berusia awal 30-an. Memiliki pekerjaan yang tetap dan stabil, isteri yang baik dan cantik, dan baru-baru ini dianugerahkan seorang anak perempuan yang sihat dan comel. Andy bahagia dengan kehidupannya. Beliau amat bersyukur kepada Allah atas nikmat yang Allah berikan kepadanya. Walaupun demikian, setiap manusia mempunyai masalah. Ini adalah hakikat yang tidak dapat dielakkan. Andy bermasalah dengan bos di tempat kerjanya. Sikap bos yang suka memberi beban kerja yang banyak, terlalu menekan dan meletakkan KPI yang tinggi menyebabkan Andy berasa agak tertekan. Namun Andy menyembunyikan tekanannya anpa pengetahuan keluarganya, termasukah isteri yang diintainya. Bos di tempat Andy bekerja adalah seorang workaholic. Oleh sebab bosnya bersikap demikian, bosnya juga suka memberi kerja last minute kepada Andy. Inilah sikap yang paling dibenci oleh Andy. Malahan belum habis satu kerja, bosnya telah menambah lagi kerja yang lain sehingga menyebabkan Andy menjadi terbeban. Bebanan semakin bertambah dari sehari ke sehari. Apa yang lebih teruk apabila bos beliau tidak pandai mengurus kerja. Kerja yang boleh disiapkan dalam masa 10 minit, menjadi 1 jam hanya kerana bosnya yang terlalu rumit dan suka memperbesarkan benda-benda yang kecil. Andy merasakan seolah-olah bosnya juga ingin mengheret Andy menjadi workaholic seperti dirinya. Andy berasa tertekan, marah dan kecewa dengan sikap bosnya yang gila kerja itu. Keletihan yang melampau, tidur dan makan yang tidak terurus, serta tekanan yang melampau menyebabkan Andy berasa risau tidak bersebab. Ditambah lagi dengan lahirnya seorang cahaya mata, Andy merasakan tanggungjawabnya semakin berat kerana perlu memikirkan perbelanjaan tambahan untuk ahli baru dalam keluarganya. Keadaan ini melarat dari sehari ke sehari sehingga Andy terkena gastrik yang teruk. Gastrik ini menyebabkan Andy sering cirit-birit dan muntah setiap hari. Pada permulaannya, Andy menghidap senak dada dan kembung perut, kemudian terasa benda yang menyucuk di perut sehingga menyebabkan beliau muntah teruk. Pemeriksaan doktor mendapati bahawa Andy menghidap gastrik. Setelah makan ubat gastrik, penyakitnya masih belum menunjukkan tanda-tanda untukk sembuh, malah makin teruk setiap hari. Ini menjadikan Andy semakin stress. Andy yang tidak pandai dalam mengurus stressnya, menyebabkan keadaan melarat dan menjadi teruk sehingga beliau mengalami anxiety disorder dan panic attack. Keadaan fizikalnya menjadi semakin kurus, kerap muntah dan cirit birit, murung, sering sedih tidak bersebab, sensitif, dan lain-lain perasaan pelik yang dialaminya yang tidak masuk akal. Andy akan menjadi lebih sensitif dan sedih terutama sekali selepas masuk waktu Asar dan dekat-dekat nak masuk waktu Maghrib. Andy juga kerap mengalami mimpi ngeri setiap malam. Beliau juga sering terkejut dari tidur jam 3:30 pagi, sukar tidur, sedih, badan lesu untuk bekerja, tidak bersemangat dan lain-lain lagi. Keadaan ini berlarutan selama 3 bulan. Andy yang dulunya ceria dan sering melawak di kalangan rakan ofisnya, berubah menjadi seorang yang pendiam dan murung. Beliau juga menjadi penakut dan pesimis, hinggakan hendak memandu kereta di tempat kerja pun tak berani. Andy terpaksa meminta pertolongan rakannya untuk pergi dan balikd ari pejabat setiap hari. Beliau menjadi takut untuk memandu seorang diri. Andy juga sering diserang panic attack ketika sembahyang Jumaat di masjid. Ketika mula angkat takbir untuk memulakan solat, pada ketika itulah penyakitnya menyerang lalu menyebabkan beliau sesak nafas, jantung berdegup kencang, telapak tangan dan kaki menjadi sejuk, takut tak bersebab dan seribu satu macam lagi perasaan pelik yang dialaminya yang mana hanya dia seorang saja yang tahu. Andy berasa sedih dengan keadaannya ini dan berhasrat untuk berjumpa dengan psikiatri di hospital untuk mendapatkan rawatan dan sesi kaunseling. Setelah dikaunseling, doktor mengatakan bahawa Ady hanya mengalami lemah semangat dan kerisauan yang melampau. Doktor juga menerangkan punca-punca penyakit dan memberikan solusi untuk merawat dirinya sendiri. Sejak itu, Andy berazam dengan dirinya untuk merawat dirinya dengan bantuan kaunseling doktor dan rawatan alternatif. Andy pergi ke klinik Darussyifa untuk mendapatkan rawatan. Selain Darussyifa, Andy juga berjumpa dengan beberapa orang ustaz yang lain untuk mendapatkan rawatan dan air penawar. Di samping itu, beliau juga melakukan bekam di beberapa poin pada badannya, khususnya di kepala bagi merawat penyakit risau dan sukar tidur yang dialamnya. Setiap malam sebelum tidur, Andy membaca ayat-ayat ruqyah dan menghembuskan ke telapak tangan lalu diusap ke seluruh badan, meminum air penawar dan berdoa kepada Allah bagi memohon kesembuhan. Apa yang menakjubkan, bermula dari malam pertama beliau mengamalkan bacaan ayat ruqyah sebelum tidur, semenjak itu jugalah beliau tidak mengalami mimpi ngeri lagi. Beliau sudah mula boleh tidur dengan lena dan tidak lagi terkejut bangun dari tidur pada waktu tengah malam. Ini menyebabkan Andy semakin yakin dengan apa yang dibuatnya. Beliau terus mengamalkan bacaan ruqyah sebelum tidur, mendengar bacaan ruqyah melalui cd sehingga tertidur, tilawah al-Quran selepas Subuh dan Maghrib, menambah bilangan solat sunat, memperbanyakkan doa khususnya di waktu mustajab, berzikir, banyak bersedekah dan qiamullail. Hasilnya amat menakjubkan, Andy merasa semakin tenang dan bahagia dan panic attack tersebut tidak menyerang lagi ketika Andy keseorangan atau sembahyang Jumaat. Beliau juga sudah mula boleh memandu sendiri ke tempat kerja dan boleh pergi ke mana-mana secara bersendirian tanpa berasa takut lagi. Andy juga merawat gastriknya dengan cara perubatan nabi. Selain mengambil pil yang diberi doktor untuk mengubat gastrik, beliau juga makan minyak zaitun setiap pagi sebelum sarapan (iaitu ketika perut kosong), minum habbatus sauda sebagai penggani kopi dan teh, banyak minum air kosong dan mengamalkan pantang yang biasa diamalkan oleh penghidap gastrik. Masuk bulan keempat, Andy sembuh sepenuhnya daripada gastrik yang dihidapinya. Panic attack juga tidak lagi mengganggu hidupnya. Beliau semakin tenang dan selesa, seolah-olah diberi nyawa baru. Beliau amat bersyukur kepada Allah kerana Allah telah mengabulkan doanya serta mendengar rintihannya. Beliau semakin yakin dengan keberkesanan Al-Quran dalam menyembuhkan penyakit rohani dan emosi, dan apa yang menakjubkan juga dengan berkat Quran jugalah gastriknya sembuh. Andy juga berazam untuk mengurus stressnya dengan baik agar perkara yang sama tidak berulang lagi di masa hadapan. Kisah di atas merupakan kisah benar yang diceritakan kepada saya... Ingin saya simpulkan di sini bahawa, kerisauan dan tekanan merupakan penyakit yang biasa dihidapi oleh manusia moden masakini. Masalah tempat kerja, kerisauan tentang belanja dan ekonomi keluarga yang semakin meningkat, masalah rumahtangga dan seribu satu macam lagi masalah yang wujud menyebabkan manusia semakin tertekan dan emosi terganggu. Penyakit ini tidak mengira peringkat umur. Jika keadaan kerisauan ini berlarutan tanpa ditangani dengan baik, dikhuatiri akan membawa kesan buruk kepada emosi dan jiwa seseorang individu. Nasihat saya, tetaplah istiqamah dalam mendekatkan diri kepada Allah. Qiamullail, zikrullah dan memperbanyakkan tilawah Quran merupakan metode dan terapi terbaik dalam usaha meraih jiwa tenang dan bahagia dalam zaman yangs erba mencabar ini. Semoga Allah merahmati kita semua.Amin.