Ahad, 12 Oktober 2008

Rinduku padamu Ya Ramadhan...

Ramadhan sudah berlalu, kemeriahan Aidilfitri masih lagi terasa, walau 2 minggu Syawal telah menjelma.

Musim cuti sudah habis, masa bekerja telah tiba. Masing-masing mula sibuk dgn tugasan masing-masing. Saya juga telah turun ke site untuk memulakan tugasan rutin di tapak projek SMK Sadong Jaya. Lesu dan membosankan, begitulah mood saya di hari pertama turun kerja selepas cuti Syawal.

Sepanjang jalan dari Kuching ke Sadong Jaya, saya diusik oleh kenangan Ramadhan yg lalu. Ramadhan adalah bulan yg ditunggu tunggu setiap tahun. Keindahan bulan ibadah itu amat menggembirakan sesiapa sahaja yang maklum dgn fadhilat serta kelebihan bulan mulia tersebut. Puasa di siang hari, Terawih di sebelah malamnya, qiamullail dan sahur di dinihari. Di bulan Ramadhan, sepanjang hari adalah 'pesta', yakni pesta ibadah. 'Pesta' bermula pd awal mlm 1 Ramadhan, sebaik pengumuman bulan Puasa di tv disiarkan. setelah sah masuk bulan Ramadhan, bergemuruhlah selawat dan tasbih semua masjid di seluruh bumi Kuching yg bertuah ini, dilantunkan oleh segenap jemaah masjid bagi memulakan solat Terawih jemaah. Jemaah surau dan masjid melimpah sehingga ke serambi, kanak2 mula berdatangan ke masjid utk tadarus, paling kurang utk bermain dan menikmati bersama kemeriahan masjid utk pesta ibadah ini.

Di surau Darul Husnul Khatimah, Semerah Padi, saban tahun jemaah semakin bertambah. Ini berikutan dgn pertambahan kawasan perumahan di kampung ini, seperti Taman Anib, Taman Sepawi, Taman Wangsa, Taman Selasih dan lain2. Org2 baru yg datang bermukim di kpg ini juga byk yg dari latar belakang yg baik dan profesional, spt golongan ustaz, jurutera, doktor, ahli perniagaan dan lain-lain. Ini adalah perkembangan yg amat baik, krn faktor ini mendorong kepada pertumbuhan populasi org Melayu di kwsn Petra Jaya, yg bukan shj terdiri dari org kpg biasa, tetapi juga golongan profesional dan berada.

Ramadhan ini juga amat menggembirakan saya krn surau kami semakin meriah dan bertambah bilangan jemaah. Ustaz Soleh Hamden memberi tazkirah setiap kali selesai solat Subuh jemaah. Ini dilakukan sepanjang bulan Ramadhan, dgn menjadikan kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan Untuk Orang-Orang Yang Lalai) sebagai rujukan. Tazkirah ini amat memberi kesan yg mendalam kepada sesiapa sahaja yg mendengarnya. Jiwa terasa aman dan tenang, kemanisan ibadah dan kelazatan menyembah Tuhan menusuk-nusuk ke dlm jiwa dan qalbu. Apa yg dipelajari dr tazkirah tersebut, terus diamalkan dan disampaikan pula kepada org lain.

Terbit matahari,bertebaranlah semua jemaah ke segenap muka bumi Allah bagi mencari kurnia rezekiNya. Berpuasa bukan halangan untuk bekerja kuat. Sepatutnya dgn berpuasa ummat Islam bekerja dengan lebih baik dan cemerlang. Inilah didikan yg Rasulullah tekankan untuk ummat baginda.

Apabila petang tiba, jalanraya di Kuching akan sesak dan menjadi padat. Org mula pulang ke rmh. Satok, Jln Astana, Tmn Sukma, Semerak di Kpg Gita akan menjadi ramai dan meriah krn di tempat-tempat inilah bazaar Ramadhan diadakan. Kemeriahan membeli barang untuk 'bersungkey' bukan shj dirasakan oleh ummat Islam, tetapi yg non-muslim juga mengambil kesempatan untuk membeli juadah makanan krn pelbagai jenis makanan yg jarang didapati di luar bulan puasa boleh didapati pd ketika ini. Apabila azan Maghrib bergema, maka bermulalah acara 'sungkey' di seluruh Kuching khususnya dan seluruh dunia amnya.

Pd malamnya, Terawih diadakan seusai solat Isyak. Jemaah melantunkan selawat dan tasbih beramai-ramai, seumpama himpunan jutaan suara malaikat yg bergema memuji Allah di Arasy yg Mulia. Terawih disempurnakan, ditutup pula dgn tadarus yg bergema di corong-corong surau di seluruh kampung. Seluruh angkasaraya di Kuching dipenuhi dengan samudera zikrullah dan alunan-alunan wahyu suci Allah, Tuhan Yang Maha Mulia.

Sahurnya pula, meriah dengan qiamullail bagi mecari redha dan ampunan Allah. Tahajjud, bacaan Quran dan tasbih bergema lagi di waktu sahur. Seusai qiam, makanan pun dijamah bagi memperoleh barokah dan menyihatkan jasmani.

Alangkah indahnya Ramadhan, saya amat merindui bulan mulia ini. Mudahan Allah memanjangkan umur supaya berpeluang untuk bertemu lagi dgn bulan yg mulia dan indah ini.

Amin...