Isnin, 21 Jun 2010

Tugasan Hari Isnin...

Kembali kerja hari ini membuatkan saya teruja untuk membuat kerja setelah seminggu tiada di pejabat kerana outstation di luar Kuching. Fikiran saya menerawang jauh memikirkan apa agaknya tugasan yang menunggu di pejabat. Perjalanan kaki dari pengkalan Kpg Boyan terasa singkat kerana begitu asyik berfikir tentang kerja yang bakal menunggu di pejabat.

Setibanya di pejabat, saya melihat Harun telah meninggalkan nota kecil (yellow sticker) di atas meja saya. Salinan surat dari HDC perlu difaxkan dengan segera ke HQ Kuala Lumpur di Jabatan Rumah Mesra Rakyat. Harun dan Zulhatta tiada di Kuching kerana menghadiri bengkel ISO selama 3 hari di HQ. Makanya semua tugasan bahagian teknikal hari ini dipikul oleh saya.

Seperti biasa, sebelum mula kerja kena berdoa dan warm-up dulu. Begitulah lazimnya yang berlaku di pejabat, jarang yang terus memulakan kerja sebaik tiba di meja masing-masing. Paling kurang, check email atau baca Harian Metro online. Kalau tak, minum kopi atau teh seteguk dua di pantry belakang sambil bersembang. Lainlah kalau big boss datang awal dan minta disediakan dokumen atau barang-barang penting. Pejabat boleh jadi huru-hara dan kacau bilau olehnya.

Kelaziman yang saya buat sebelum memulakan kerja ialah menyenaraikan semua 'task' yang bakal dibuat pada hari tersebut. Setelah kesemua tugasan telah di'list down', barulah saya memulakan kerja. Setiap kerja yang telah siap, akan ditandakan 'DONE' bagi menandakan bahawa 'task' tersebut telah sempurna disiapkan. Kaedah ini saya pelajari dari Head of Project Implementation kami, Tuan Wenndy Sebli. Kaedah ini penting bagi memastikan tidak ada tugasan yang tercicir keluar dan siap on time. Setiap senarai tugasan juga disenaraikan mengikut keutamaan. Perkara yang penting didahulukan, mana yang boleh ditangguh mungkin boleh dibuat pada keesokan harinya.

Saya fax salinan surat tersebut setelah meneliti isi kandungan surat yang dilampirkan oleh Harun kepada saya. Kemudian, saya call HQ untuk memaklumkan tentang fax tersebut. Setelah itu, saya call pula bahagian Finance di KL bagi follow-up retention money untuk kontraktor RMR yang telah lama tertunda. Malangnya, banyak payment yang belum diproses sedangkan memo mengenai payment tersebut telah dihantar lebih 3 bulan yang lepas. Mungkin ada kesilapan teknikal sikit agaknya.

Apa yang saya suka pada bahagian section kami di SPNB ini ialah, walau sesibuk manapun, atau 'stress' macam mana sekalipun, kami tetap bergurau bagi meredakan ketegangan kerja. Usik-mengusik, bergurau senda dah jadi macam 'tradisi' di section kami. Kadang-kadang, satu section ketawa terbahak-bahak sampai tak ingat dunia. Pernah sekali Tuan Wenndy buat satu cerita lawak, kami ketawa terbahak-bahak dengan suara nyaring, sedangkan big boss ada di biliknya. Syukurlah bos tak marah. Dia pun faham kami suka bergurau time kerja. Boss pun tak kisah kalau kami bergurau, asal apa yang dipinta dan tugasan siap dengan sempurna.

Suasana seperti ini menjadikan kami saling memahami antara satu sama lain. Ketgangan dan stress tempat kerja juga dapat dikurangkan. Masing-masing dengan watak dan karakter masing-masing. Tuan Wenndy dan Airwan, ada saja cerita lawak mereka. Sampaikan tengah serius discussion sempat juga buat lawak. Kami jadi tukang ketawa. Azry, Saiful, Tinie, Ziza dan Nisa, pun kadang-kadang join sekali dalam 'permainan' kami. Begitu juga Harun, saya, Faizul dan Zulhatta, semuanya kepala 'teknikal'. Bila kepala 'teknikal', ada-ada saja idea lawak @ 'gila-gila' menjadi 'permainan' kami.

Bila masuk waktu solat, kami berhenti kerja dan bersiap untuk solat jemaah. Dua minggu lepas, Tuan Wenddy telah membeli sebuah kitab untuk dibacakan setiap kali habis waktu solat. Ini satu aktiviti yang bermanfaat kerana ada juga ruang untuk menambah ilmu agama selain dari meraih pahala solat berjemaah.

Saya mempunyai pengalaman kerja hampir 10 tahun dalam bidang kejuruteraan. Sekitar 5 buah syarikat kejuruteraan pernah menjadi tempat saya mencari rezeki. Pelbagai ragam dan karakter orang yang saya perhatikan. Di SPNB, saya berpeluang untuk mempelajari karakter-karakter baru ini untuk pengetahuan dan panduan hidup saya. Syukur saya kepada Allah kerana menemukan kawan-kawan yang baik seperti di SPNB. Ini yang saya maksudkan dengan kitabkehidupan, belajar bukan dari kitab dengan tulisan yang ditulis atas kertas semata-mata, tetapi pada ragam dan warna hidup manusia yang ada di sekeliling kita. Kitabkehidupan yang 'hidup' di depan mata kita, yang kita baca dengan mata hati dan iman yang sejati.

Wallahu 'alam...



Dari kiri : Staf Project Implementation; Tuan Wenndy, Airwan (berkopiah putih), Zulhatta, Harun (berdiri),Faizul dan saya. Di hujung sekali berdiri Shimani (berbaju merah) dari Section Marketing dan Sabariah (bertudung, our tea lady.

Sabtu, 19 Jun 2010

Jelajah Bintulu, Mukah dan Saratok...

Outstation kali ini akan singgah ke tiga tempat. Bermula dari Bintulu, Igan dan Saratok. Seperti biasa, saya dan Faizul telah di'appoint' kali ini dengan mengenderai Hilux syarikat. Kami mula bertolak dari bumi Kuching pada jam 8:00 pagi Selasa. Sebelum berjalan jauh, kami singgah breakfast mi kolok yang pernah diperkenalkan oleh boss kami, Tuan Wenndy di sebuah kedai makan tidak jauh dari Puspakom Kuching. Tuan Wenndy yang perkenalkan mi kolok tersebut tidak lama dahulu. Ternyata, mi kolok kedai tersebut memang sedap dan menyelerakan. Saya dan Faizul sarapan pagi sambil pekena tongkat ali panas. Maklumlah, nak jalan jauh. Kena segarkan badan dengan minuman bertenaga tersebut.

Kami bergerak kira-keira setengah jam kemudian. Destinasi pertama kami ialah Bintulu. Dari Bintulu, setelah site inspection untuk Defect Liabilty Period selesai dilaksanakan, barulah kami turun menuju ke Mukah dan Saratok.

Setibanya di Bintulu, iaitu kira-kira jam 5:40 petang, kami cuba untuk check-in di Hotel Parkcity. Malangnya, kesemua bilik telak ditempah. Kami pergi pula ke New World Suite, pun penuh juga. Kalau kosong pun jenis mahal. Last-last, kami check-in di Hotel Kemena, tidak jauh dari kampung Asy-Syakirin.

Hotel ini masih baru dibuka. Kalau tak silap baru beberapa bulan yang lalu. Sebelumnya saya pernah check-in di hotel yang sama atas urusan keluarga. Nyaman, selesa dan berpatutan.


Suasana pagi di Asysyakirin Commercial Center dari tingkap hotel Kemena, Bintulu.

Setelah check-in, saya dan Faizul makan malam awal. Lapar kerana tak makan semenjak tengahari. Selesai makan, kami balik ke bilik untuk berehat dan membersihkan diri. Faizul bercadang untuk stary di bilik, manakala saya pula hendak berziarah ke rumah keluarga sahabat baik saya yang terletak tidak jauh dari hotel.

Usai solat Maghrib-Isyak jamak qasar, saya berkemas dan memandu Hilux ke rumah sahabat baik saya. Kebetulan, setelah sampai di depan rumah, kelihatan sahabat baik saya baru sahaja pulang dari kerja. Kasihan, baru balik kerja rupanya. Walaupun kelelahan, sahabat saya masih menyambut saya dengan senyuman. Namun saya dapat membaca dari air mukanya yang nampak keletihan, lantas saya bercadang untuk bertandang lama di rumah tersebut.

Saya berbual dengan orang tua sahabat baik saya. Orang tua sahabat saya ini sangat peramah, terutama sekali ibunya. Soft spoken dan open minded. Banyak juga perkara yang dibualkan pada malam tersebut. Selain itu, saya juga bersembang dengan Yazid, adik sahabat saya dan bertukar fikiran mengenai hal usrah dan halaqah.

Saya berpamitan selepas itu. Sahabat saya dah masuk tidur, keletihan agaknya. Saya melarang ibunya dari membangunkan sahabat saya itu. Elok jika dia rehat.

Saya meredah bandar Bintulu yang hujan pada malam itu, dengan hati yang tenang.

Mukah...

Keesokkannya, saya dan Faizul bertolak ke Mukah. Sebelum itu, kami sarapan di Famous Mama Restaurant, sarapan murtabak daging dan tongkat ali. Restoran tersebut memang terkenal di Bintulu dan merupakan salah satu dari tempat persinggahan wajib bagi saya untuk menjamu selera jika datang ke Bintulu. Setelah sarapan, saya ke pejabat sahabat baik saya untuk bertemu dengannya.

Kami ke Mukah setelah mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat baik saya dengan ibu angkat kesayangannya selepas itu.

Setibanya kami ke simpang Selangau, saya dan Faizul telah bersiap-sedia dengan jalan ke Mukah yang rosak teruk akibat pembinaan jalan. Cuaca hujan pada malam sebelumnya memburukkan lagi keadaan jalan. Dengan lafaz Bismillah, kami memandu Hilux pacuan 4 roda tersebut dengan berhati-hati. CD zikir lantunan Ustaz Zakaria dipasang bagi menenangkan perasaan kami yang cuak dan bimbang melihat keadaan jalan Mukah yang berbahaya. Pot holes di mana-mana, lori balak, lori besar, jurang dan lain-lain toksah cerita. Debu berterbangan sehingga menyukarkan pemandangan. Jika silap langkah, kemalangan boleh berlaku. Namun setelah sejam lebih 'bertarung', alhamdulillah kami sampai ke bandar Mukah dengan selamat.





'Mimpi ngeri' bagi sesiapa yang nak ke Mukah. Bila lah agaknya jalan ni nak siap?

Tiba di bandar Mukah, walaupun kecil, namun aman dan damai. Saya suka kan bandar ini. Saya tidak melepaskan peluang untuk makan umai Mukah yang terkenal dengan ikan segarnya. Sebelah malamnya pula, saya bercadang nak makan ikan pari panggang. Malangnya, gerai tersebut tutp, tengok bola agaknya. Saya tiada pilihan meliankan menjadikan ayam penyet menjadi santapan saya pada malam itu.












Gambar-gambar di atas adalah di antara pemandangan yang ada di Mukah. Banyak gambar lain yang sempat saya ambil untuk permandangan di sekitar bandar Mukah. Tapi oleh kerana saya malas nak upload, saya sertakan sebahagian dari gambar-gambar tersebut.

Sebenarnya banyak yang hendak diceritakan tentang Mukah ini. Namun saya memilih untuk menceritakannya dalam entry yang akan datang, insya Allah.

Wallahu 'alam...

Teknik Zikir Asmaul Husna...

Tips kali ini mengajak pembaca sekalian untuk mempelajari dan merenung salah satu kaedah atau tips berzikir dengan kaedah pernafasan. Saya belum cuba lagi kaedah ini, namun insya Allah akan dicuba dalam waktu yang terdekat. Mudahan bermanfaat.

Dzikir ini lebih utama dilakukan seorang diri, dengan membaca asma’ulhusna didalam hati, tanpa mengeluarkan suara dari mulut. Dilakukan setelah selesai sholat lima waktu, sholat sunah, sore hari atau pada waktu malam hari , dilakukan dalam keadaan suci dari hadas (berwuduk).

I. Dzikir Pernapasan Asma’ulhusna Cara Pertama

1.
Setelah sholat lima waktu, duduk bersila, kemudian baca Istighfar 99x atau 100x, Tasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdulillah) dan Takbir (Allahuakbar) masing masing sebanyak 99 atau 100x , menggunakan alat bantu biji tasbih 33×3 yang banyak didapat dipasaran.

2.
Tarik napas perlahan lahan sambil membaca
didalam hati ” Hasbiyallahu wanikmal wakil, nikmal maula wa ni’man nashir (Cukup Allah pelindung kami, Dia sebaik pemimpin dan sebaik-baik penolong) . Hembuskan napas per-lahan2 sambil membaca Istighfar didalam hati sebanyak 33x.
Tahan napas sambil membaca ” Laa haula wala quwwata illa billahil aliyyil adhzim ( Tidak ada daya kami melainkan dengan pertolongan Allah yang maha Besar)”. Kemudian tarik napas kembali seperti diatas sambil membaca Surat Yasin ayat 83 : ” Hasbiyallahu…..dst dan selanjutnya hembuskan napas sambil membaca istighfar sebanyak 33x…demikian seterusnya hingga 3 x 33. Jika menahan napas setelah istighfar 33 x dirasa berat, maka untuk sementara tidak perlu dilakukan, sehingga selama Dzikir akan dilakukan menarik dan menghembuskan napas secara perlahan lahan disertai dengan dzikiir dan istighfar. Selanjutnya lakukan hal yang sama untuk membaca kalimat Tahmid (Subhanallah) dan Takbir (Allahuakbar).

3.
Selanjutnya teruskan dengan kegiatan membaca kalimat Asma’ulhusna, misalnya yaa Rahman…… ya Rohiim……. yaa Malik……. yaa Quddus……. ya salam……. ya Mukmin dengan cara sama seperti diatas. Tarik napas perlahan lahan sambil membaca ” Hasbiyallahu wanikmal wakil, nikmal maula wa ni’man nashir (Cukup Allah pelindung kami, Dia sebaik pemimpin dan sebaik-baik penolong). Hembuskan napas sambil membaca yaaa Rahman…. didalam hati sebanyak 33x. Tahan napas sambil membaca ” Laa haula wala quwwata illa billahil aliyyil adhzim ( Tidak ada daya kami melainkan dengan pertolongan Allah yang maha Besar)”. Kemudian tarik napas kembali seperti diatas sambil membaca ” Hasbiyallahu…. ” dst dan selanjutnya hembuskan napas sambil membaca yaa Rahman… sebanyak 33x… demikian seterusnya hingga 3 x 33 , jika mau boleh digenapkan jadi 100 x dengan menambah 1 kalimat ya Rahman..
4.
Demikian selanjutnya bisa dilakukan hal yang sama untuk membaca Asma’ulhusna yang lain seperti ..yaa Rahiim, ya Malik, ya Quddus……. yaa Latif, yaa Qohhar… dan seterusnya. Jika kaki terasa semutan silahkan dirubah posisi duduknya, sehingga jalan darah bisa lancar kembali. Usahakan pada waktu menarik napas perut dikembungkan dan pada akhir penarikan napas pundak sedikit dinaikan sehingga paru paru penuh sempurna. Pada waktu menghembuskan napas perut dikempiskan sehingga udara diparu paru kosong sempurna, demikian seterusnya.

II. Dzikir Pernapasan Asma’ulhusna Cara Kedua

1.
Setelah sholat lima waktu, duduk bersila, kemudian baca Istighfar 99x atau 100x, Tasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdulillah) dan Takbir (Allahuakbar) masing masing sebanyak 99 atau 100x , menggunakan alat bantu biji tasbih 33×3 yang banyak didapat dipasaran.

2.
Tarik napas perlahan lahan sambil membaca ” Hasbiyallahu wanikmal wakil, nikmal maula wa ni’man nashir (Cukup Allah pelindung kami, Dia sebaik pemimpin dan sebaik-baik penolong) . Tahan napas sambil membaca Istighfar didalam hati sebanyak 33x.
Selanjutnya hembuskan napas perlahan-lahan sambil membaca ” Astaghfirullahal adzim alladzii laa illahuwal hayyul qoyyum wa athuubu ilaihi ( Aku mohon ampun pada Allah yang besar, yang tiada tuhan selain Dia, yang hidup dan berdiri sendiri )”. Kemudian tahan napas sambil membaca ” Fasubhanalladzii bi yadihii malakuutu kulli syai’in wa ilaihi turja’uun (Maha suci Allah yang ditanganNya kekuasaan segala sesuatu, dan kepada-Nya kamu dikembalikan) ” Selanjutnya kembali kepada langkah semula yaitu tarik napas kembali seperti diatas sambil membaca ” Hasbiyallahu…..dst dan selanjutnya tahan napas sambil membaca istighfar sebanyak 33x…demikian seterusnya hingga 3 x 33, jika mau sempurnakan menjadi 100 x dengan menambah 1x istighfar. Pola pernapasan yang digunakan adalah pola pernapasan segi empat Tarik…..tahan….hembuskan dan tahan…kemudian kembali kepada siklus semula. Ketika menarik napas perut dikembungkan, ketika menahan napas perut ditekan (dikeraskan) dubur ditarik keatas, ketika menghembuskan napas perut dikempiskan . Selanjutnya lakukan hal yang sama untuk membaca kalimat Tahmid (Subhanallah) dan Takbir (Allahuakbar

3.
Selanjutnya teruskan dengan kegiatan membaca kalimat Asma’ulhusna, misalnya yaa Rahman…… ya Rohiim……. yaa Malik……. yaa Quddus……. ya salam……. ya Mukmin dengan cara sama seperti diatas. Tarik napas perlahan lahan sambil membaca ” Hasbiyallahu wanikmal wakil, nikmal maula wa ni’man nashir (Cukup Allah pelindung kami, Dia sebaik pemimpin dan sebaik-baik penolong). Tahan napas sambil membaca …yaaa Rahman…. didalam hati sebanyak 33x.
Hembuskan napas sambil membaca kalimat tahlil “Laa illaha illallahu wahdahu laa syariikalahu, lahu mulku walhul hamdu yuhyii wayumiitu wa huwa ala kulli syai’in kodir ( Tidak ada Tuhan selain Dia sendiri, tidak ada sekutu bagi-Nya, bagiNya kerajaan dan bagiNya pujian Dia yang menghidupkan dan mematikan dan dia maha kuasa atas segala sesuatu)”. Kemudian tahan napas sambil membaca ” Fasubhanalladzii bi yadihii malakuutu kulli syai’in wa ilaihi turja’uun (Maha suci Allah yang ditanganNya kekuasaan segala sesuatu, dan kepada-Nya kamu dikembalikan) ” Selanjutnya kembali pada langkah semula dengan menarik napas kembali seperti diatas sambil membaca ” Hasbiyallahu…..dst dan selanjutnya tahan napas sambil membaca yaa Rahman… sebanyak 33x… demikian seterusnya hingga 3 x 33, jika mau boleh digenapkan jadi 100 x dengan menambah 1 kalimat asma’ulhusna.

4.
Demikian selanjutnya bisa dilakukan hal yang sama untuk membaca Asma’ulhusna yang lain seperti ..yaa rahiim, ya Malik, ya Quddus……. yaa Latif, yaa Qohhar… dan seterusnya. Jika kaki terasa semutan silahkan dirubah posisi duduknya, sehingga jalan darah bisa lancar kembali. Usahakan pada waktu menarik napas perut dikembungkan dan pada akhir penarikan napas pundak sedikit dinaikan sehingga paru paru penuh sempurna. Waktu menahan napas perut ditekan (dikeraskan) dan dubur ditarik keatas. Pada waktu menghembuskan napas perut dikempiskan sehingga udara diparu paru kosong sempurna, demikian seterusnya. Kalimat tahlil waktu menghembuskan napas dapat diganti dengan kalimat dzikir lainnya , dengan do’a dari Al Qur’an atau ayat Qur’an lainya seperti ayat Qursyi atau Al Baqarah ayat 286. Do’a yang diucapkan ketika menghembuskan napas bisa juga dalam bahasa Indonesia yang isinya disesuaikan dengan kalimat asma’ulhusna yang dibaca. Misalnya minta dilapangkan rezeki ketika membaca ya Razak, ya Ghoniyyu, minta diberi kekuatan , atau jabatan ketika membaca yaa Malik …dst.

III. Dzikir Pernapasan Asma’ulhusna Cara Ketiga

Dzikir Asma’ulhusna cara ketiga ini pada dasarnya sama dengan cara kedua, hanya saja kalimat Asma’ulhusna dibaca dengan sebanyak-banyaknya tanpa dihitung.Tarik napas pelahan lahan sambil membaca kalimat istighfar, tasbih, takbir, atau Asma’ulhusna sebanyak-banyaknya. Setelah paru paru penuh dengan udara, tahan napas sambil tetap membaca istighfar, tasbih, tahmid, takbir atau Asma’ulhusna sebanyak banyakny. Jika lama (masa) menahan napas dirasakan sudah cukup, Hembuskan napas sambil membaca kalimat tahlil” laa illaha illallahu wahdahu laasyariikalahu, lahu mulku walahulhamdu, yuhyii wayumiitu wahuwa ala kulli syai’inqodir ( Tidak ada Tuhan selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagiNya, baginya kerajaan dan baginya pujian, Dia yang meghidupkan dan mematikan, dan Dia maha kuasa atas segala sesuatu)”.

Bacaan yang dibaca ketika menghembuskan napas ini bisa juga diganti dengan do’a dari Qur’an atau do’a dalam bahasa Indonesia sesuai dengan hajat atau selaras dengan kalimat Asma’ulhusna. Misalnya berdo’a mohon rezeki setelah Asmaulhusna “ Ya Rozak, ya Mughni atau ya Ghoniyy, atau mohon jabatan, kekuasaan, kemenangan, kekuatan setelah membaca “ ya Malik. Ya Aziz, ya Jabbar dan seterusnya. Tahan napas sambil membaca surat yasin ayat 83 seperti pada cara kedua diatas. “ Fasubhanalladzii bi yadihii malakuutu kulli syai’in wa ilaihi turja’uun (Maha suci Allah yang ditanganNya kekuasaan segala sesuatu, dan kepada-Nya kamu dikembalikan) “

Cara kedua dan ketiga ini lebih berat dibandingkan cara pertama, karena dilakukan dengan teknik penahanan nafas. Bagi yang sudah biasa melakukan teknik pernapasan pada pelatihan tenaga dalam, seni bela diri, yoga dan lain sebagainya tentu tidak akan mengalami kesulitan melakukan ini. Bagi yang belum pernah melakukan teknik olah nafas sebaiknya berkonsultasi dengan yang sudah menguasai teknik pernapasan yang biasa diberikan pada perguruan seni bela diri atau tenaga dalam. Teknik ini jika dilakukan secara kontinu disamping memberi kekuatan pada Ruh juga dapat membangkitkan energi magnetis disekitar tubuh yang melindungi tubuh dari berbagai bahaya dan bekerja secara otomatis. Dipadang mahsyar kelak energi itu akan terlihat berupa cahata yang memancar disekeliling tubuh orang yang beriman sebagaimana disebutkan dalam surat Al Hadid ayat 12 :

(yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak. (Al Hadid 12)

Energy itu juga akan melindungi tubuh dari sengatan api neraka, ketika kita harus singgah dilembah neraka sebagaimana disebutkan dalam surat Maryam ayat 71-72. Dalam surat Maryam ayat 71-72 dinyatakan bahwa tidak ada satu orangpun yang tidak melintas dilembah Neraka. Orang yang tidak memiliki perbekalan cukup tentu akan terbakar tatkala kakinya menginjak lembah Neraka. Namun orang yang telah memiliki perbekalan cukup, melindungi dirinya dengan banyak berzikir mengingat Allah ketika hidup didunia ini , niscaya tidak akan merasakan panasnya bara api neraka tersebut.


71- Dan tidak ada seorang pun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan.

72- Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang lalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut. (Maryam 71-72)

Orang yang tidak ber-Iman dan tidak pernah berzikir pada Allah, niscaya tubuhnya akan terbakar tatkala menginjak bara api neraka, dan mereka tidak memiliki kemampuan untuk keluar dan menyelamatkan diri dari ganasnya api neraka tersebut. Mereka berdiam kekal selamanya didalam lembah neraka yang panas. Sementara orang yang ber-Iman, bertakwa dan banyak berzikir akan berjalan dengan mudah dilembah neraka, sampai akhirnya mereka keluar dari lembah neraka tersebut melanjutkan perjalanan ke Taman Syurga dan berdiam kekal selamanya di sana .

Dalam pelaksanaan Dzikir Asma’ulhusna ini bagi mereka yang memiliki tekanan darah tinggi tidak dianjurkan melakukan cara kedua ini, penahanan napas cenderung meningkatkan tekanan darah, sebaiknya lakukan cara pertama yang tidak ada unsur penahanan napas. Sebaliknya pernapasan yang panjang , lembut , perlahan sangat baik bagi pengidap penyakit darah tinggi karena pernapasan seperti ini menimbulkan rasa relaks dan membuka lebar pembuluh darah sehingga cenderung menurunkan tekanan darah.

Khasiat dan manfaat Dzikir Pernapasan Asma’ulhusna

Membaca Asma’ulhusna dengan teknik olah napas memiliki beberapa keunggulan dibanding tanpa pengolahan napas, antara lain:

1.Memaksimalkan bekerjanya paru paru dalam menyerap oxygen dan membuang gas Co2
2.Membersihkan paru paru dari udara basi atau udara sisa yang tertinggal didalam paru paru
3.Meningkatkan kadar oxygen didalam darah dan melancarkan distribusi oxygen keseluruh organ tubuh yang membutuhkan
4.Meningkatkan kinerja organ penting tubuh seperti jantung, paru2, ginjal, liver pembuluh-pembuluh syaraf dan lain sebagainya
5.Membangkitkan medan energy setiap sel tubuh, yang secara kumulatif pada akhirnya akan memancar berupa kekuatan medan bio-magnetis (energy ilahi) disekitar tubuh, energy ini akan berkerja melindungi tubuh secara otomatis dari berbagai kejahatan dan kejadian buruk yang datang menghampiri, dalam kehidupan dunia maupun akhirat (alam barzakh, padang Mahsyar)
6.Meningkatkan konsentrasi pada makna dan maksud kalimat Asma’ulhusna
7.Menghilangkan rasa bosan serta mengantuk yang biasanya muncul ketika sedang membaca kalimat dzikir atau Asma’ulhusna
8.Menguatkan dan menyegarkan Ruh dengan kalimat Asma’ulhusna
9.Menguatkan Ruh dengan sifat yang terkandung pada masing – masing Asma’ulhusna, seperti yaa Malik (kekuatan, kekuasaan, kewibawaan, kepemimpinan), yaa Jabbar (kemampuan mendapat yang diinginkan, memaksakan kehendak), yaa Rahman , yaa Rahim (membangkitkan rasa simpati, kasih sayang dan kecintaan), yaa Razak, yaa Mughni ( Kemudahan mendapatkan rezeki , kekayaan dan kemakmuran), yaa Quddus (terpelihara dari sifat buruk seperti pemarah, kikir, dengki, ria, takabbur, sombong), yaa Aliim (memiliki ilmu yang luas dan dalam)…… dan seterusnya.
10.Menghadirkan sifat Allah yang terkandung dalam Asma’ulhusna didalam diri, sehingga dicintai Allah dan mendapat berbagai kemudahan dalam menjalani kehidupan dunia maupun akhirat.
11.Membangkitkan kerinduan yang mendalam pada Allah penguasa alam semesta, yang pada gilirannya juga akan menimbulkan kecintaan Allah pada diri kita.
12.Asma’ulhusna akan mengendap dalam fikiran bawah sadar, sehingga dalam keadaan sehari hari fikiran akan terus menerus menyebut Asma’ulhusna , sehingga jadilah ia orang yang terus menerus berzikir ketika berdiri, duduk dan berbaring.
13.Mendapat semua manfaat dan kenikmatan yang telah dijanjikan Allah dalam Al Qur’an bagi orang ber-iman, bertawakkal dan bertakwa.
14.Mendapat kenikmatan dan asyiknya membaca Asma’ulhusna , sehingga sanggup duduk berlama lama membaca Asma’ulhusna tanpa merasa bosan dan lelah.

Metode ini pada awalnya memang terasa berat, terutama pada saat menahan napas. Namun setelah terbiasa , manfaatnya akan segera terasa dibandingkan tanpa penahanan napas. Bagi anda yang pernah mengikuti latihan olah napas pada perguruan seni beladiri, tenaga dalam, seni pernapasan seperti Satria Nusantara, Mahatma, Kalimasada dan lain sebagainya tentu tidak akan mengalami kesulitan melakukan metode ini. Bagi anda yang belum pernah mengikuti pelatihan tehnik olah napas sebaiknya berkonsultasi dengan teman yang sudah menguasai teknik olah napas. Hati hati, napas ditahan diperut bukan didada, ketika menahan napas dubur ditarik keatas. Jika merasa tidak nyaman ditubuh, hentikanlah mungkin ada kekeliruan pada teknik pengolahan napas. Jika metode yang dilakukan tepat dan benar anda akan merasakan keasyikan dan kenikmatan yang sangat prima selama melakukan dzikir ini. Badan terasa segar, hidup penuh energy dan semangat jauh dari perasaan sedih, kecewa, jengkel, cemas, takut, kuatir, dan stress yang berkepanjangan.

Agar aliran darah tetap lancar dan tidak mengalami kesemutan selama berdzikir , sebaiknya posisi duduk sering dirubah, misalnya dari duduk bersila , menjadi duduk iftirosh, duduk tahiyat atau duduk dengan kedua kaki dihimpit. Dengan melakukan dzikir pernapasan Asma’ulhusna ini insya Allah anda akan mampu mengatasi berbagai masalah yang menghadang dalam hidup ini. Dipadang Mahsyar kelak kalimat dzikir yang anda baca akan memancar disekeliling tubuh menjadi cahaya yang bersinar melindungi diri dari sengatan matahari dan panasnya api neraka. Ketika amalan ditimbang dihari berhisab nanti, kalimat dzikir ini juga akan menambah berat timbangan amal kebaikan. Dengan banyak zikir hidup terasa lebih nikmat dan mudah.

Bagi pemula yang ingin melakukan dzikir asma’ulhusna tanpa diiringini teknik pengolahan napas juga dipersilahkan. Baca ya Rahman 100x, selingi dengan do’a. selanjutnya yaa Malik 100x selingi dengan do’a demikian seterusnya. Konsentrasikan fikiran pada makna dan pemahaman kalimat Asma’ulhusna tersebut. Sekali lagi untuk dzikir asma’ulhusna dengan penahanan napas sebaiknya dilakukan dibawah bimbingan orang yang sudah mahir tehnik pengolahan napas. Kekeliruan pada tehnik pengolahan napas bisa berakibat fatal. Bagi yang sudah pernah mengikuti tehnik olah napas pada seni bela diri, silat tenaga dalam atau seni pernapasan Satria Nusantara, Mahatma, Kalimasada, insya Allah tidak akan mengalami kesulitan mengikuti metode ini.

Sumber : http://www.fadhilza.com

Ahad, 13 Jun 2010

Penat, Tapi Seronok!

Minggu ini memang banyak aktiviti luar yang diadakan. Tambahan pula musim bola dah bermula, maka ramailah yang mula rancang aktiviti luar yang berkaitan dengan bola. Ada yang plan nak buat match, ada yang plan nak cari kedai makan yang ada sediakan siaran bola, boleh lepak sampai pagi dan sebagainya. Saya sendiri pun secara tidak langsung terlibat juga, walaupun tidaklah seserius kaki bola.

Malam tadi match antara Nigeria dan Argentina. Saya, Sopet, Aied dan Bahtiar keluar malam tadi untuk bersembang sambil menonton bola. Setelah menghantar barang dengan Man dan Radzi di Station, kami bergerak ke destinasi pilihan. Jam sudah menunjukkan 10:15 malam. Cadangnya nak ke Saddad Court, tapi dari kejauhan kami melihat kereta bersusun panjang di tepi jalan raya Jln Patingan, tempat terletaknya kedai makan tersebut. Medan makan pun dah penuh, dari tua sampai ke kanak-kanak, semuanya memenuhi meja makan. Saya dan Bahtiar membatalkan hasrat ke tempat tersebut lalu bergerak menuju ke Boyan untuk menjemput Aied dan Sopet.

Kami menuju ke Demak. Nak cuba food court baru yang dibuka sebulan yang lepas. Alhamdulillah, ada tayangan bola di layar besar medan makan tersebut. Kami segera memilih meja dan membuat pesanan makanan. Biasalah, bila dah duduk dengan kawan-kawan, confirm makan besar. Saya order Milo ais gelas besar, dengan mi sup tulang. Sopet dan Aied order sate daging rusa, manakala Bahtiar hanya minum sahaja. Selesai round makan yang pertama, kami order pula roti bakar style Sarikei. Memang sedap! Roti bakar style Sarikei ini sebenarnya berasal dari Sarikei. Roti dibakar dengan menggunakan arang dan dipalit dengan butter dan sekaya asli. Pergh! Memang sodap kata orang Nogori.

Sambil menonton bola, kami sempat juga berbincang tentang aktiviti da'wah yang akan datang. Sopet pula berkongsi cerita dan kisah perjalanan usrah dan halaqahnya di Mukah. Resam berda'wah, pasti ada ranjau dan cubaan. Sopet difitnah sepanjang dia di Mukah kerana membuat halaqah di sana. Tuduhan tidak berasas ini tidak melemahkan semangat Sopet, malah dia meneruskan usaha da'wahnya di kalangan pelajar dan segelintir orang tua yang open minded di sana. Selain itu, bincang hal bisnes pun ada juga. Maklumlah, nak cari rezeki lebih. Niat kami tidak lain hanya untuk menjadi salah satu ahli masyarakat yang berusaha untuk menyumbang dan memakmurkan ekonomi ummah di kalangan ummat Islam masakini.

Riuh tempat makan tersebut dengan jeritan penyokong bola sepak tidak mengganggu kosentrasi kami dalam perbincangan. Sambil-sambil itu mata melirik juga ke layar tv untuk melihat siapa yang melakukan score pada malam tersebut. Suasana nampak meriah dengan ramai orang.

Tamat permainan, semua mula beredar untuk balik. Termasuklah kami. Kami bergerak ke tempat parkir dan saya menghantar kesemua sahabat-sahabat saya balik ke rumah masing-masing.

Futsal dengan anak-anak usrah


Pagi, usai solat Subuh, saya berehat sebentar. Jam 8:30 pagi, saya menjemput Faiz dan pergi ke Abba Futsal Court yang terletak di Laruh Scheme, berdepan dengan Shell Gita. Hari ini ada permainan futsal dengan anak-anak usrah.

Permainan dah dimulakan sebaik saja saya dan Faiz tiba. Bahtiar dan Rahimi pun dah start tunjuk skill. Saya segera memanaskan badan ala kadar dan bermain. Seronok juga main hari ni, lama dah tak main futsal. Baru hari ni saya mula main lagi.

Kami bermain selama 2 jam. Peluh menyimbah toksah cerita lah. Masing-masing tunjuk skill. Saya sendiri menyumbat 3 gol, tapi kumpulan kami kalah. Takpe, yang penting hati saya puas kerana ada juga menyumbangkan gol.

Balik dari futsal, selesai membersihkan diri, saya berehat lagi. Hari minggu, sementara masa masih ada, saya ambil keputusan nak berehat dengan nyaman. Namun tidak lama saya berbaring di sofa, sakit kepala mula menyerang. Tengkuk sebelah kiri saya menegang dan terasa sakit. Tahulah saya bahawa high blood saya 'menyerang' lagi. Sakit kepala berlarutan sehingga masuk waktu Zohor. Saya sembahyang dalam keadaan menahan sakit.

Saya enggan makan pil kerana saya memang tidak suka makan pil. Saya hanya minum air sahaja. Badan kurang air agaknya.

Usai Zohor, saya ke HIKMAH cawangan Kuching di Satok. Jam 2:30 petang ada usrah untuk budak-budak remaja. Namun disebabkan ada masalah teknikal, usrah hanya dapat dimulakan jam 3:10 petang. Akhir sikit daripada biasa.

Pengisian usrah saya buat secara ringkas, kerana sakit kepala menyebabkan saya kurang selesa untuk bercakap panjang di depan anak-anak usrah. Tadabbur surah An-Nas dan sedikit tazkirah, itu sahaja pengisian yang mampu saya buat untuk hari ini.

Saya balik masih dalam keadaan sakit. Saya berbaring di sofa. Mujurlah saya sudah solat Asar di HIKMAH tadi. Dapat juga saya berehat sebentar setelah sampai di rumah. Belum lama berbaring, saya tertidur...

Penat, tapi berbaloi.

Wallahu' alam...

Jumaat, 11 Jun 2010

Al-Kisah Dukun Indon Hendak Berlawan Dengan Ahli Sihir Amerika...


Ki Joko Bodo Tantang David Copperfield !!!

Raja Sulap Amerika Serikat, David Copperfield bakal diuji nyalinya di Indonesia. Sejumlah paranormal kondang bakal menguji kehebatan ilmu sulap David Copperfield. Salah satunya, paranormal kondang, Ki Joko Bodo.
Menurut Ki Joko, ia ingin sekali menguji ilmu sihir David Copperfield. Apa benar-benar sihir atau sekeda permainan teknologi saja.
“Iya dong, dia kan pernah ingin menghilangkan Monas. Saya jadi tertarik adu ilmu dengan dirinya. Apa benar-benar hebat atau jangan-jangan David tukang bohong,” tandas Ki Joko.
Seperti diketahui, Raja Illusionis David Copperfield akan kembali ke Jakarta untuk menemui dan menyihir penggemarnya di Indonesia, lewat pertunjukan selama enam hari yang direncanakan di Istora Senayan, 23-28 Oktober 2007.
Siaran pers promotor Buena Productions yang diterima Senin (15/10), menyatakan bahwa David akan menyuguhkan sejumlah atraksi baru, dan rombongan pesulap asal Amerika Serikat itu sudah siap mendarat di Bandara Soekarno-Hatta pada 22 Oktober.
Ki Joko melanjutkan, Indonesia memiliki banyak pesihir hebat. Namun memang, belum dikemas sedemikian rupa sehingga tidak dikenal di dunia internasional.
“Saya ini hanya sedikit dari puluhan ribu paranormal Indonesia. Pastinya kedatangan David akan mengundang paranormal-paranormal untuk menguji ilmu sulap orang Amerika itu,” tegas Ki Joko.
Ki Joko juga mengakui pernah bertarung dengan para pesulap luar negeri. Hasilnya, ia selalu memenangi pertempuran atau adu ilmu dengan paranormal asing.
“Yang terberat itu lawan dukun Afrika, saya hanya bisa draw lawan mereka. Pokoknya kalau ada yang mau fasilitasi duel saya dengan David, saya dengan senang hati memberikan tantangan buat dia,” tegasnya.
Soal ribuan jin yang dimiliki David, Ki Joko mengaku tak gentar. Ia juga memiliki ribuan Jin asal Papua, Jawa, Dayak, Makassar yang umurnya sudah puluhan ribuan tahun.

Nonstop edisi Rabu, 17 Oktober 2007.

* Ki Joko Bodo merupakan salah seorang ahli paranormal, dukun, bomoh, pawang yang terkenal di Indonesia. Beliau amat dikenali dan memberi khidmatnya di kalangan artis Indon, dan juga pemimpin-pemimpin besar di sana. Ki Joko Bodo pernah mempamerkan kekuatan dan kehebatan ilmu santetnya (ilmu sihir untuk membunuh orang) dalam rancangan Misteri Nusantara di TV 3.

Ulasan : Kalau ikutkan hati, nak jugak saya hantar @ baling Petir kalimah ayat 5 Surah Al-Mulk kat dia ni. Tapi ilmu tak cukup. ;-p

Agak-agaknya, ada tak mana-mana peruqyah @ mua'llij yang nak berlawan dengan Ki Joko Bodo? ;-)

Rabu, 2 Jun 2010

Sikap Da'ei Yang Menjengkelkan...

"Syeikh, anta tolong kemaskan meja ni." Saya berkata kepada salah seorang ahli usrah usai pengajian pada malam itu.

"Eh, anta la yang bersihkan. Ana kan dah kahwin. Anta bujang lagi. Anta yang kena bersihkan." Ujar akhi tersebut dengan nada berseloroh.

Saya mengurut dada. Rasa nak marah meledak tapi ditahan dengan istighfar dalam hati. Bibir mengukir senyum pahit. Berseloroh ada tempatnya, bisik saya dalam hati.

Saya enggan bercakap lebih. Saya bangun lalu mengemaskan meja yang berselerak dengan cawan dan piring kuih. Setelah meletakkan barang tersebut di atas dulang, saya segera menghantar dulang berisi barangan tersebut ke dapur.

Kebiasaan usrah kami, selesai pengajian, ada sesi perbincangan umum serta makan dan minum. Naqib akan menyediakan makanan dan minuman untuk ahli usrah seadanya. Kami tidak memilih dalam bab makanan ni, apa yang dihidangkan itulah yang dimakan.

Kisah di atas telah acapkali berlaku. Bukanlah maksud saya untuk memuji diri sendiri yang sentiasa mengemas setiap kali selesai minum. Ada juga yang tolong mengemas selepas habis usrah. Tetapi dari situ saya seolah-olah mendapat gambaran bahawa, inikah sikap da'ei yang dikehendaki untuk menyebarkan kebenaran dan keindahan Islam?

Mungkin bagi sesetengah orang, perkara tersebut hanyalah hal yang sepele (tidak penting). Tapi tahukah anda, bahawa jikalau benda kecil pun tak settle, apa lagi jika benda yang besar? Inikah sikap da'ei yang diharapkan untuk membentuk ummah yang selari dengan kehendak Islam?

Dari situasi tersebut, kita dapat gambarkan sikap dan akhlak si da'ei. Jangan fikir kita sebagai da'ei, orang tak perhatikan perangai kita. Tidak melampau jika saya katakan, menjadi da'ei ini seumpama jadi artis. Setiap tingkahlaku kita, akhlak dan perbuatan kita akan dinilai oleh orang sekliling, dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada perkara yang lebih besar.

Kita ambil contoh mudah. Buang pembalut gula-gula di jalanan, mungkin bagi kita perkara kecil kerana beranggapan tukang sapu sampah akan tolong sapukan. Atau paling kurang, orang tak nampak sampah tersebut kerana sampah itu kecil. Tapi apa akan jadi jika 10 orang yang bersikap demikian? Bagaimana pula jika 100 orang yang sama turut membuang sampah di jalanan yang sama? Adakah sampah itu masih tidak kelihatan?

Bagaimana pula jika da'ei pula yang bersikap demikian? Jika dalam perkara kecil pun dia ambil remeh, adakah anda fikir dia akan memandang serius dalam hal-hal yang besar?

Tepuk dada, tanya iman...

Wallahu'alam...

Selasa, 1 Jun 2010

Tips dan Kaedah Rawatan Sihir dan Saka, Do It Yourself...

Ada pelbagai kaedah untuk merawat sihir dan saka. Namun, kesemuanya masih tertakluk dalam kuasa Allah dan kuasa penyembuh hanya milikNya semata-mata. Semua kaedah boleh digunakan asal tidak bercanggah dengan syariat.

Di sini saya ingin berkongsi kaedah "Do It Yourself" bagi sesiapa yang mengalami masalah shir dan saka. Apa-apa pun, kesembuhan tetap milik Allah, kaedah ini hanya sebahagian sahaja dari pengetahuan yang ada dalam pembelajaran saya dalam bidang rawatan Islam.

Bahan2 yang perlu disediakan utk merawat.

1. Air mineral 2 botol besar
2. Limau purut, atau jika tiada limau nipis 21 biji.
3. Minyak attar Kasturi
4. Madu asli
6. Beras

Untuk bahan2 tersebut, bacakan ayat2 berikut,

1. Al-Fatihah 41 kali
2. Ayatul Kursi 7 kali
3. Surah al-A'raf ayat 117-122, 3 kali
4. Surah Yunus ayat 81-82, 3 kali
5. Al Ikhlas 3 kali
6. Al Falaq 3 kali
7. An Nas 3 kali

Selesai membaca ayat2 ruqyah tersebut, hembus kesemua bahan2 sebanyak 3 kali sehingga habis nafas. Semasa menghembus, berdoalah dalam hati dengan menyebut "Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Kau berkahilah bahan-bahan ini dengan sebab bacaan Quran yang telah kubacakan, semoga menjadi penyembuh bagi segala bentuk penyakit zahir dan batin. Amin".


Air mineral, sebotol untuk minum manakala yang sebotol lagi utk mandi. Minum sebelum tidur dan bangun pagi sebelum sarapan. Untuk mandian pula, tadah air sebaldi, potong 3 biji limau, perahkan ke dalam air tersebut dan masukkan sekali hampas limau tersebut dan titikkan sedikit minyak Attar Kasturi ke dalam air mandian . Buat mandian bersih terlebih dahulu, baru buat mandian ruqyah ini. Estimate terapi rawatan ini untuk seminggu.

Beras pula dicampurkan dalam masakan nasi harian. Semasa memasak, baca Al-Fatihah sekali dan selawat 3 kali. Mohon dan berdoalah kepada Allah semoga disembuhkan. Madu pula dicampurkan dalam minuman harian.

Semoga bermanfaat...