Ahad, 15 Ogos 2010

Bunuh Diri Kerana Nak jadi Dewa...

Semasa saya sedang melayari internet, saya terjumpa satu laman web yang memaparkan tentang agama Tao, dari Singapura. Setelah membaca secara rambang, pemilik web mungkin merupakan seorang pengamal ajaran Tao mistik, iaitu sering melibatkan diri dalam rawatan cara mereka dan memiliki keupayaan berkomunikasi dengan dewa-dewi.

Salah satu artikel yang menarik perhatian saya ialah mengenai kes bunuh diri yang berlaku di Singapura tahun lepas, melibatkan 2 orang budak sekolah yang masih muda belia. Saya mencari lagi artikel dan berita yang berkaitan dengan kes tersebut dan terjumpa di asiaone.com. Dikatakan pelajar-pelajar ini melibatkan diri dengan amalan kebatinan agama Tao, iaitu mampu memanggil dewa untuk merasuki badan mereka dan merawat serta menunaikan hajat orang. Modus operandi bunuh diri ialah ingin menjadi dewa, demikian yang saya dapati dari artikel tersebut.

Ku Witaya, 16 tahun dan rakannya Sia Chan Hong mati setelah terjun dari bangunan flat tempat kediaman mereka di Bedok Reservoir kerana percaya mereka akan dilahirkan semula sebagai Demon Slayer @ Dewa Pembunuh Syaitan jika mereka mengambil nyawa mereka sendiri terlebih dahulu. Ku Witaya mengatakan bahawa dia menerima mesej dari dewa agar mengambil tindakan membunuh diri agar dapat diangkat menjadi dewa apabila dia mati kelak. Ku juga cuba untuk meyakinkan 8 rakannya yang lain untuk mengikuti jejak langkahnya untuk menjadi dewa namun pada saat-saat akhir mereka semua menarik diri kecuali Sia Chan Hong yang masih ragu-ragu pada peringkat permulaannya. Namun setelah dipujuk dan diyakin kan oleh Ku, Sia akhirnya setuju untuk terjun dari bangunan flat tersebut.



Saya berpendapat, tidaklah mustahil perkara yang sama ada berlaku dalam masyarakat kita. Contohnya kes bunuh di Gemencheh, dikatakan sang pembunuh menerima perintah dari Allah untuk membunuh ahli keluarganya kerana mereka adalah jelmaan dajal dan syaitan. Biasanya mereka yang mengalami perkara ini akan mendengar bisikan-bisikan aneh di telinga mereka agar melakukan perbuatan tersebut.

Melalui artikel tersebut, saya mendapati Ku Witaya mendapat bisikan daripada dewanya (yang pada hakikatnya ialah jin) kerana dia juga mempunyai saka, kalau boleh saya katakan begitu. Ku mendalami dan diperkenalkan dengan ajaran Tao mistik oleh neneknya yang juga merupakan seorang bomoh Tao.

Kesimpulannya, bagi yang masih muda, JANGAN BERMAIN DENGAN ALAM GHAIB! Kalau ilmu tauhid belum settle, jangan nak memandai-mandai nak belajar ilmu kebatinan, waima ada unsur-unsur Islamik pada ilmu tersebut. Dalami dan fahami betul-betul ajaran Islam, jangan libatkan diri dengan ajaran ilmu batin yang akhirnya bukan setakat menyusahkan diri, tetapi kepada keluarga dan juga masyarakat.

Berikut merupakan artikel penuh mengenai kes bunuh diri remaja tersebut.

Photo: Ku Witaya (right), 16, told the group of friends, which includes Sia Chan Hong (right), that they had to die to become 'slayers' to kill demons threatening the world; The boys wrote words like 'goodbye' and 'last day on earth' in their diaries.]

A 16-YEAR-OLD self-professed Taoist medium, Thai-Chinese Ku Witaya, convinced his friends as well as his younger brother to enter into a suicide pact, based on his theory that the world was ending.

Of all his six friends whom Witaya had spoken to, only one - Sia Chan Hong - carried out the suicide act with him by jumping off the ninth floor of Block 667, Jalan Damai in the Bedok Reservoir area.

The other five friends backed out when they saw Chan Hong, 16, moaning at the foot of the block. He died three hours later in the hospital.

This incident occurred last year Aug 23 at around 5.20am in the morning.

In Lianhe Wanbao's report, it was revealed on Monday morning at a joint coroner's inquiry into the deaths of the two Tampines Secondary School students, that Witaya carried out Taoist rituals at home every Friday while his friends, including Chan Hong, would visit him at his house.

Witaya also believed that he could speak to deities.

One week before the joint suicide, Witaya spoke to his friends about a "Third World War" and preached about sacrificing themselves in order to "rid the world of demons".

According to the Chinese evening dailies report, the eight boys met at around 2am that fateful night and agreed on the suicide pact. One of them backed out.

After which, seven of them headed to Witaya's home and agreed to jump from the 13th floor but seeing that the entrance to the rooftop was locked, they decided to jump from his bedroom window.

The Straits Times reported that Chan Hong was "a little afraid" and Witaya had to calm him down before the two went back to the ledge. Moments later, they jumped from the window holding hands.

State Counsel Ang Feng Qian asked what the group thought of the joint suicide idea. A witness, aged 16, testified that they were "passionate" about it. He also revealed that Chang Hong had been the most passionate and Witaya was unwavering.


The witness mentioned that they had diaries belonging to the teens hidden in a riser outside Witaya's flat and that another witness, a 17-year-old boy, and Witaya's brother had penned farewell letters, wrote The Straits Times.

Shin Min Daily reported that Witaya was introduced to Taoism by his grandmother, Madam Goh Lim Choo, 62, who was formerly a medium.

He had wanted to quit school but was advised by his father to complete his O levels first.

A representative from the Taoist Federation told the media that Taoism valued life and that Taoists would not engage in such activities that would harm themselves or others.

The spokesperson also revealed that Witaya nor his "group" was registered with the federation and that they did not know about his activities.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Teknik Pukul Pakai Sejadah @ Serban

Sempat juga menulis sementara menunggu masuk waktu berbuka...

Ini adalah teknik pukul yang saya buat ketika merawat remaja berusia 18 tahun di Samarahan, yang kerasukan dan mengamuk akibat dirasuk jin pohon buluh.

Teknik ini saya kongsikan kepada semua ahli perawat Islam atas sebab saya berpegang bahawa ilmu ALlah adalah luas dan boleh dimiliki oleh sesiapa pun. Selain itu, terdapat juga permintaan daripada pembaca blog yang amat berminat dengan teknik ini untuk kegunaan mereka sendiri.

Semua orang boleh menggunakan kaedah ini, asalkan pergantungan hati dan yakin diletakkan secara mutlak kepada Allah. Jangan beri'tiqad bahawa sejadah yang menyakitkan jin, tapi hendaklah sematkan di dalam hati bahawa yang menyakitkan jin adalah Allah dengan sejadah sebagai asbab. I'tiqad, iman dan yakin kena jaga sungguh-sungguh.

Kaedah ini amat berguna apabila berlaku saat kecemasan atau genting seperti pesakit sukar dikawal, kerasukan tahap maksima seperti bersilat dan sebagainya. Selain itu, kaedah ini boleh digunakan untuk melemahkan pesakit kerasukan kepada orang awam sementara menunggu perawat datang untuk merawat dengan lebih khusus.

Selamat mencuba!

Alat yang diperlukan:

1. Sejadah yang sudah digunakan (bukan sejadah baru) @ Serban.

Caranya:

1. Lipat sejadah secara memanjang di atas lantai.
2. Letak telapak tangan kanan di atas sejadah, tekan dan i'tiqad dalam hati dan berdoa kepada Allah dengan berniat untuk melemah dan memukul jin dalam jasad pesakit.
3. Baca ayat-ayat berikut:
a. Al-Fatihah (sekali)
b. Ayatul Kursi (sekali)
c. Ayat afahasibtum sampai habis (sekali)

3. Tekan dan lurut sejadah dari bawah ke atas. Buat 3 kali.
4. Kemudian hembus sejadah tersebut 3 kali.

Kemudian, pukul belakang badan dan sendi lutut bahagian belakang pesakit. Pukul 3 kali dengan pukulan ala kadar (jangan terlalu kuat)sambil bertakbir.

Mudahan sukses dengan izin Allah...

Selasa, 10 Ogos 2010

Pukul Pakai Sejadah...


Lama juga tak menulis kisah rawatan ye...

Kes rawatan yang kronik baru-baru ini yang pernah saya rawat ialah di Samarahan, melibatkan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, adik kepada pesakit Kampung Empila yang pernah saya rawat sebelum ini (rujuk cerita Kembalikan Kepala Aku!).

Budak ni tak pernah saya tengok semasa pergi merawat kakak dia dulu. Saya menerima panggilan telefon dari ayah budak ni dekat nak 5 kali minta saya merawat anaknya, namun saya terpaksa menolak kerana kesibukan aktiviti usrah dan memenuhi jadual rawatan lain. Pada kali ke 5, saya hampir-hampir menolak hajat ayahnya kerana partner saya, Wan Sudirman tidak dapat ikut bersama merawat pada malam tersebut kerana keletihan. Namun oleh kerana kasihan, saya pergi juga ke Empila untuk merawat budak tersebut dengan ditemani Saiful, rakan sepejabat saya.

Setibanya di rumah, kelihatan keluarga pesakit telah menunggu kedatangan kami. Tetapi saya tidak nampak pula kelibat si pesakit.

"Mana budak tu?" Saya bertanya.

"Dia keluar tadi, ustaz. Tadi saya suruh dia tunggu, tapi dia keluar jugak. Saya pergi cari dia sekarang. Ustaz tunggu ye..." Bapa si pesakit memberi penjelasan.

Saya mengangguk. Saya dan Saiful menunggu di ruang tamu rumah tersebut sambil duduk bersila. Maklumlah, rumah kampung.

Lebih kurang 15 minit kemudian, kedengaran budak tu (si pesakit) menjerit di luar rumah. Ayah dia dah tangkap dan paksa naik ke rumah. Tapi dia berkeras taknak naik. Berlakulah pertengkaran antara anak dengan bapak. Saya hanya mendengar dari atas rumah, suara budak tu dah berubah macam suara orang tua, garau semacam. Siap bersilat lagi dengan bapa dia. Sebelum ni bapa dia pernah cerita dengan saya, budak ni nyaris-nyaris nak tetak adik dia pakai parang semasa kerasukan.

Saya berfikir dan berdoa dalam hati, moga-moga Allah bagi ilham bagaimana nak settle budak ni. Kalau nak tunggu dia naik ke rumah, alamat sampai pagi esok pun tak selesai. Ingatkan nak pakai kaedah baling jin yang diajar oleh ust Majid, tapi hati saya ketika itu berbelah bahagi nak pakai kaedah tu. Kot-kot tak menjadi, kan ke naya!

Last-last, datanglah ilham dalam benak fikiran saya supaya menggunakan kaedah pukul pakai serban @ sejadah. Saya meminta sejadah dari tuan rumah, lipat memanjang dan memulakan ruqyah. Ayat ruqyah yang saya baca ialah:-

1. Al-Fatihah (sekali)
2. Ayatul Kursi (sekali)
3. Al-Mu'minun ayat 115 (sekali)

Sejadah itu saya letak atas lantai, tekan dengan tapak tangan kanan sambil membaca ruqyah. Kemudian hembus ke arah sejadah dengan niat untuk memukul dan melemahkan jin.

Setelah selesai, saya turun. Dek kerana gopoh nak turun, nyaris-nyaris saya terjatuh dari tangga kerana tak nampak anak tangga. Luar rumah tersebut tiada lampu, malam sangat gelap sehingga menyukarkan pandangan. Syukurlah saya sempat berpaut dan tidak tergelincir dari tangga tu. Sempat juga control macho. Buat-buat tak sakit, walaupun kaki berdenyut-denyut kesakitan.

Saya mendekati si pesakit dan memukul belakangnya dengan ala kadar (bukan dengan kuat). Setelah 3 kali pukul, pesakit menjadi lemah dan menurut perintah untuk naik ke rumah.

Saya pun memulakan rawatan seperti biasa. Pada malam tersebut, oleh kerana jin dalam badan pesakit sudah sedia lemah kerana dipukul, saya hanya menggunakan kaedah tarik dan beberapa potong ayat ruqyah shaja. Kerja merawat menjadi mudah kerana mungkin jin sudah lemah dalam badan kerana dipukul.

Saya bertanya kepada ayah pesakit bagaimana pesakit boleh kerasukan. Bapa si pesakit menceritakan bahawa anaknya pernah pergi ke hutan untuk menebang buluh. Nak dijadikan cerita, anak dia menebang buluh tersebut waktu dah nak masuk Maghrib. Bila balik ke rumah, lalu kerasukan dan mengamuk. Dalam keadaan meracau itu, ayah pesakit menyangka mungkin jin dari pokok buluh tersebut yang mengamuk dan menyebabkan anaknya kerasukan. Lantas dia mengembalikan buluh tersebut ke tempat asalnya, namun anaknya masih tak kunjung sembuh.

Saya memberi nasihat dan beberapa tips untuk mengelak kerasukan semasa menebang pokok dan adab masuk hutan. Syukur alhamdulillah, mereka dapat menerimanya dan memahami maksud nasihat saya.

Wallahu 'alam...