Jumaat, 23 Januari 2009

Kerja SPNB!

Alhamdulillah! Asy Syukru lillah! Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, saya dah resign dari Perunding Muhandis, dan mendapat kerja tetap di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Kuching. Alhamdulillah! Allah dah makbulkan doa saya selama ini.

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya telah terjawab semua persoalan yang sering bermain di benak fikiran saya mengenai status permohonan kerja di SPNB. Gelisah dan susah hati, demikianlah perasaan saya semasa menunggu jawapan dari SPNB selepas temuduga. Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya, Anan, Faizul dan Sir Abeb, krn sering memberi kata-kata perangsang dan dorongan untuk membuat yang terbaik dalam temuduga.

Ok lah, demikian dulu cerita untuk blog saya hari ini. Nak sambung kerja jap, lagipun hari dah akhir, pukul 6 petang. Nak menyeberang sungai Sarawak, kereta parking kat Boyan. Jimat minyak,beb... hehehehehe.

Wassalam

Selasa, 13 Januari 2009

Samudera Belas Kasihan

Saudara sekalian,

Maaf kerana lama dah tak update blog ini. Ada banyak masalah dengan PC. Ni pun update dari tempat kerja Kerol.

Di sini saya ambil kesempatan untuk menyeru kesemua individu-individu yang mempunyai sifat kemanusiaan dan belas kasihan dalam hati masing-masing supaya menghulurkan derma dan bantuan kepada rakyat Palestin yang sekarang ini teruk diganyang secara zalim oleh tentera Zionis laknatullah.

Hulurkan derma anda, walaupun seringgit kepada mana-mana tabung Palestin bagi membantu rakyat di sana. Kasihanilah mereka. Mereka amat memerlukan bantuan anda.

Kepada umat Islam, bacakanlah doa kepada saudara-saudara segama kita di sana. Mintalah dan munajat kepada Allah semoga Allah berkenan memberi pertolongan dan membantu barisan pejuang jihad Hamas, semoga Allah menganugerahkan kemenangan kepada mereka.

Doakan juga supaya Allah menghantar ribut taufan dan puting beliung padang pasir supaya menghentam barisan askar Zionis, dan memusnahkan markaz-markaz mereka. Mudahan hancurlah tentera-tentera Yahudi yang zalim itu. Amin.

Lantunkan zikir dan bacaan surah Al-Fil, mudahan dengan asbab ini Allah menghantar lagi burung ababil sepertimana yang berlaku di Makkah tahun kelahiran Rasulullah, di mana Allah menghancurkan tentera Abrahah sehancur-hancurnya, tidak bersisa.

Lancarkan Samudera Belas Kasihan sekarang juga!!! Bantulah rakyat Palestin.