Khamis, 30 April 2009

Bomoh Cina dirasuk Jin Melayu... Datuk Gong

Sepanjang hampir 7 tahun saya bekerja sebagai Asst. Engineer (Civil and Structure), ada banyak perkara dan pengalaman menarik yang saya tempuhi.Ada yang lucu, sedih, malahan misteri pun ada.

Sebagai assistant engineer, skop kerja saya ialah memastikan setiap construction work mematuhi spesifikasi dan on schedule. Kerja di tapak bina memang menyeronokkan kerana saya berpeluang untuk bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira bangsa atau agama. Dalam posting blog akan datang saya insya Allah akan menceritakan beberapa pengalaman misteri yang pernah saya alami semasa di tapak bina.

Posting kali ini saya ingin berkongsi mengenai perkara-perkara misteri yang lazim ditemui di tapak bina. Selalunya kontraktor kami (main cont atau sub-cont) adalah berbangsa Cina. Orang Cina amat percaya kepada roh dan semangat, dewa-dewi dan lain-lain. Di mana ada tapak projek, di situlah mereka membina shrine (tempat pemujaan) untuk dewa mereka. Saya bertanya dewa apa yang disembah, mereka mengatakan di tapak projek lazimnya dewa yang disembah dipanggil Datuk Kong @ Gong. Apa yang mengejutkan, Datuk ni berbangsa Melayu dan beragama Islam!

Semasa di Naim Cendera, saya pernah terlibat dalam projek PGA Camp di Batu Kawa, Kuching. Projek bernilai RM 313 juta ini merupakan yang kedua terbesar di Malaysia. Ada 6 blok untuk kediaman polis (quarters F) dan setiap satu blok dibina oleh satu sub-cont Cina. Kesemua sub-cont ini membina shrine mereka untk appease Datuk Kong di kawasan tapak bina tersebut. Bermakna, ada 6 shrine dibina untuk Datuk Kong bagi setiap blok!

Saya ternampak ada satu shrine yang berwarna hijau. Saya ingatkan safety box, rupanya shrine yang menempatkan Datuk Kong. Saya bertanya dengan tauke tersebut kenapa berwarna hijau, bukan merah seperti lazim yang dilihat. Tauke tersebut mengatakan kerana Datuk Kong berbangsa Melayu dan beragama Islam.(Mereka tahu hijau adalah (warna rasmi) agama Islam). Sajian untuk Datuk Kong tersebut juga berunsur 'kemelayuan' seperti kopi pekat, sirih pinang, rokok daun, kuih-muih, kain pelikat, songkok, malahan gaharunya juga berwarna hitam tidak seperti gaharu cina yang berwarna merah dan kuning. Orang Cina tahu gaharu Melayu berwarna hitam. Hmmm, agak melucukan juga...

Selain itu, saya juga berkesempatan melihat upacara bagaimana mereka 'merasmikan' shrine tersebut. Upacara perasmian samalah seperti memanggil Datuk Kong untuk merestui shrine yang didirikan, dan sekaligus menjemput Datuk Kong tersebut mendiami shrine yang dibina. Sempat juga si tauke offer colok kepada saya supaya participate dalam upacara tersebut kerana saya berdiri tidak jauh dari mereka. Dengan tersenyum saya menolak dengan baik dan saya menerangkan dengan lembut yang agama Islam melarang penyembahan berhala. Si tauke mengatakan Datuk Kong juga beragama Islam, malahan dia mengatakan ada orang Islam sebelum ini (pekerja-pekerjanya mungkin)menyembah dan dijemput untuk datang ke shrinenya untuk menyembah Datuk Kong. Saya ketawa di dalam hati tapi dengan tegas saya menolak dalam hikmah dan si tauke tadi menerima serta menghormati pendapat saya.

Semasa bomoh Cina itu dirasuk Datuk Kong, bomoh ini akan bercakap dalam bahasa Melayu dengan fasih sekali. Pernah juga saya mendengar kawan Cina saya mengatakan kadang-kadang si bomoh Cina ini akan menulis Jawi dengan lancar sekali walaupun dia buta Jawi. Ini semua kerana rasukan dari jin berbangsa Melayu ke dalam tubuh bomoh Cina tersebut.

Pengajaran yang saya dapat, rasukan jin adalah tanpa batasan. Jin boleh merasuk sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama, dengan izin Allah.

Semasa melayari Youtube, saya terjumpa klip video ini. Video ini mengingatkan saya kepada pengalaman melihat Datuk Kong diseru semasa menjaga projek di PGA dahulu.Insya Allah, saya akan menceritakan pengalaman lain tentang alam jin yang dipanggil Datuk Kong ini kepada pengunjung blog semua.

Exorcism(ruqyah) style agama lain...

Assalamualaikum,

Kita biasa tengok exorcism (ruqyah) dalam Islam, jadi apa kata kita tengok pula style agama lain dalam merawat gangguan makhluk halus mengikut kepercayaan mereka. Tujuan video ini di tayangkan bukanlah hendak mempromote, jauh sekali nak mengamalkan apa yang mereka buat. Sekadar nak tahu sahaja. Lapangkan dada, teguhkan iman. Kalau boleh sila komen. Syukran.



Ini pula Sami Siam buat patung untuk hantu budak @ toyol yang dikenali sebagai Kumanthong dalam kepercayaan mereka.

Isnin, 27 April 2009

Contoh Permainan Tibow di Pesta Kaul, Mukah

Klip Video 1



Klip Video 2

Jin Dari Mukah?

Amat menghairankan, dalam semenjak dua ini semakin ramai yang minta untuk diruqyah. Kadang-kadang saya dengan sahabat saya , Wan Sudirman terpaksa banyak 'mencuri' masa untuk pergi meruqyah atas permintaan orang ramai. Apa yang nyata, kami tidak pernah promote diri mengenai rawatan kami. Semuanya melalui cerita dari mulut ke mulut.

Semalam, ada request untuk ruqyah di Taman Sukma. Seorang pelajar perempuan di Politeknik Mukah, terpaksa pulang ke Kuching kerana kerasukan di kampus tempat dia belajar. Pada mulanya keluarganya meminta untuk dirawat pada Isnin malam Selasa, namun saya minta untuk diawalkan semalam kerana malam Selasa adalah malam usrah, tidak boleh diganggu.

Ringkas cerita, saya dan Wan berangkat ke Taman Sukma jam 9:15 malam. Cuaca malam agak buruk, tiada bintang di langit dan awan berkumpul menunjukkan hari mungkin akan hujan. Namun, kepanasan malam masih terasa sehingga menimbulkan kurang selesa.

Dada saya berdebar sebaik sampai di rumah pesakit. Ini seolah-olah memberi petunjuk yang mungkin saya dan Wan akan 'bertempur' dengan jin yang boleh tahan 'lihainya'. Sebelum merawat, saya pegang kata-kata seorang guru ruqyah, Ust Umar, yang mana beliau berpesan, sebelum meruqyah, hendaklah bersolat hajat, mohon izin dan perkenan Allah untuk menggunakan ayat suci Al-Quran dalam merawat. Ini telah saya buat selepas solat Isya.

Seperti biasa, sesi interview dibuat. Ibu pesakit mengatakan, semasa anaknya kerasukan, anaknya melukis gambar lembaga perempuan, yang berselindung di sebalik bukit. Berambut panjang dan bertaring. Ada 3 lembaga semuanya, saya dan Wan ada melihat gambar tersebut.

Difahamkan, bukan anaknya saja yang kerasukan. Ada kira-kira 15 orang pelajar yang kerasukan setelah pulang dari pantai di Mukah. Ibu pesakit menceritakan, ada seorang pelajar yang beragama Kristian. Pelajar Kristian tersebut telah di 'exorcist' oleh si paderi dari pukul 10:00 malam sampai 6:00 pagi. Si paderi angkat tangan tanda mengalah kerana sukar untuk menewaskan jin dalam jasad pelajar tersebut.

Saya pernah diberitahu oleh orang Mukah, di pantai tersebut orang Melanau selalu mengadakan Pesta Kaul, semenjak ratusan tahun yang lampau. Pesta Kaul adalah perayaan tradisi orang Melanau yang bertujuan untuk memuja dan menyembah semangat laut yang digelar 'Ipok-Ipok'. Satu permainan yang dipanggil Tibow, iaitu sejenis buaian besar yang diperbuat dari rotan besar dibentuk dalam bentuk gelungan. Pemain akan melompat ke buaian tersebut dari perancah buluh tinggi yang telah disediakan. Pemain akan berayun-ayun pada gelungan rotan tersebut dengan ayunan yang laju dan tinggi sambil melagukan bacaan jampi dan mantera untuk memuja 'Ipok-Ipok'. Semakin lama semakin ramai yang akan melompat ke gelungan rotan tersebut sambil berayun deras. Namun, acara Pesta Kaul telah bertukar ke acara keramaian yang biasa, amalan memuja laut telah dibuang setelah kedatangan Islam di Mukah. Hanya Melanau Likow sahaja yang masih mengadakan Pesta Kaul asli.

Saya merasakan mungkin jin dari Pesta Kaul itulah yang mempengaruhi si pesakit tadi. Saya bertanya dengan rakan sepejabat yang berbangsa Melanau Islam dan berasal dari Igan, Mukah, dan dia berstuju dengan pendapat saya. Ini tidak mustahil kerana masih ada orang tua berbangsa Melanau yang berfahaman animisme, malahan amalan 'berbayoh' iaitu berpawang masih ada di kalangan orang Melanau Likow.

Setelah sesi penerangan ruqyah, saya memulakan rawatan dengan muqaddimah dan Ruqyah Jibril 1 dan 2. Pesakit mula menunjukkan reaksi, dengan jelingan yang tajam dan marah.

Saya : Siapa ni? Asal dari mana?
Pesakit : Aku Puteri. Dari gunung Santubong.
Saya : Eh, apasal Puteri Gunung Santubong nak pegi jauh-jauh sampai ke Mukah? Apa tujuan masuk dalam jasad budak ni?
Pesakit : Aku nak berkawan
Wan : Jin tak boleh berkawan dengan manusia. Baliklah ke tempat asal kamu. Kamu ada agama?
Pesakit : (geleng).
Saya : Saya tawarkan Islam kepada kamu. Mahu?
Pesakit : (geleng). Aku nak berkawan dengan dia!
Saya : Kalau degil, saya bakar kamu dengan ayat-ayat Allah dengan izin Allah!
Pesakit : (meraung). Aku nak berkawan dengan dia!
Wan Sudirman : Jangan buat pasal. Nak kena bakar ke?

Saya mula menyerang dengan ayat dari surah Yassin (hazihi jahannamul lati...) dan tiup ke muka pesakit dari tapak tangan saya. Pesakit mula meraung dan menangis.

"Jangan sakiti aku! Jangan sakiti aku!"

Saya teruskan dengan teknik hirisan di beberapa bahagian badan. Wan Sudirman menyambung bacaan ruqyah. Rontaan pesakit semakin kuat. Keluarga pesakit terpaksa menahan si pesakit.

Terlintas di fikiran saya untuk menggunakan teknik baling yang diajar oleh Ust Majid dalam buku beliau [Berdialog Dengan Jin:Diari Seorang Perawat, Terima Kasih Ust Majid
;-) ]. Dengan hati yang pasrah kepada Allah, saya membaca ayat Al-Furqan:23, hembus dengan kencang di telapak tangan lalu baling ke arah pesakit sambil bertakbir. Pesakit meronta dan tersentak-sentak kesakitan. Masya Allah! Tergamam juga saya kerana inilah 1st time saya gunakan teknik ini. Alhamdulillah, menjadi juga teknik ini dengan izin Allah.

Wan Sudirman juga menggunakan teknik yang sama. Seterusnya, saya gunakan teknik rotan. Setelah membaca ayat ruqyah dan hembus pada rotan, saya pukul pesakit dengan kadar yang lembut. Rontaan pesakit semakin kuat, jin akhirnya minta dikasihani. Kami dakwah jin tersebut kepada Islam dan akhirnya dia masuk Islam.

Azan dilaungkan. Jin menangis teresak-esak dan saya tarik keluar ikut kaki. Serentak selepas saya 'buang' jin melalui tingkap rumah, kilat menyambar dan guruh pun berdentum. Sekali lagi saya terkejut, adakah ini kebetulan?

Dialog disambung. Didapati ada 2 lagi jin yang masih terdapat dalam tubuh pesakit. Jin ini merupakan dayang kepada Puteri tadi. Seekor bernama Tanjung, seorang lagi bernama Sari. Setelah dipujuk dan diruqyah oleh Wan Sudirman, akhirnya kedua-dua jin tersebut masuk Islam dan setuju untuk keluar.

Semasa menarik dua jin tersebut keluar dari tubuh pesakit, sekali lagi kilat menyambar dan guruh berdentum. Saya beristighfar di dalam hati dan terkejut. Apa makna semua ini?

Keluarga pesakit bertanya kepada saya dan Wan, apa maksud dentuman guruh dan pancaran kilat semasa proses menarik jin keluar dari tubuh anak mereka. Saya hanya diam sahaja, Wan Sudirman menjawab mungkin pengaruh alam sahaja, atau kebetulan sahaja. saya berpendapat itu adalah jawapan berhikmah yang dapat diberikan oleh sahabat saya itu.

Setelah pesakit sedar, seperti biasa, kami menerangkan kaedah-kaedah mendinding diri, cara hidup Islam yang sebenar dan lain-lain. Ada juga sesi soal jawab dari keluarga pesakit yang ingin tahu tentang alam ghaib dan lain-lain. Sempat juga saya menegur tuan rumah agar membuang azimat yang berupa minyak dalam botol kecil dan terdapat jarum di dalamnya. Kononnya untuk menjaga rumah. Saya nasihatkan agar mereka membuang azimat tersebut, khuatir syirik kepada Allah.

Saya dan Wan pulang selepas itu. Hujan pun berhenti, dan kami pulang dengan doa dan harapan mudahan pesakit disembuhkan Allah.

Pagi tadi, Wan sms saya. Wan mimpi perempuan duduk atas bahunya. Lain pula halnya dengan saya. Pagi tadi selepas Subuh, bapa saya mengadu mendengar suara saya memanggilnya semasa sedang tidur.

Mudahan Allah melindungi kita semua, amin...

Sabtu, 25 April 2009

Kisah Menarik di Youtube...

Saya menonton video cerita Taubat di Youtube. Tajuk cerita, "Perempuan yang Mati Tersenyum." Hmmm... Menarik dan menginsafkan. Sangat menyentuh hati. Sampaikan menitis air mata saya menonton cerita tersebut.

Taip "taubat" di search engine Youtube, dan tontonlah dengan hati terbuka. Semoga bermanfaat.

Kisah Jin Hangus...

Hari ni memang panas. Membahang sampai darah naik ke kepala. Kadang-kadang boleh pening kepala dibuatnya. Walaupun waktu solat Subuh, udara masih terasa panas. Selalunya saya solat Subuh tanpa memasang kipas angin, tapi dalam seminggu dua ni terpaksa pasang kipas angin full blast kerana cuaca yang panas sangat.

Pagi tadi ada majlis doa selamat dan kesyukuran untuk anak sepupu saya yang bernama Mohd Mikhail. Sepupu saya, yang lebih mesra dipanggil Yoyo adalah di antara sepupu saya yang paling rapat. Saya berangkat ke majlis tersebut kira-kira jam 9 pagi.

Sebaik saja sampai, saya bersalam-salaman dengan tetamu dan juga pakcik-pakcik saya. Semasa bersalam dengan uncle Salleh, dia menceritakan tentang ayah kepada salah seorang staf di ofis nya yang merupakan seorang ustazah. Ayah kepada ustazah ini telah uzur untuk masa yang lama. Menurut kata anaknya, bapanya memiliki saka. Wallahu 'alam.

Peristiwa ini berlaku di Kampung Buntal. Saya rasa kisah ruqyah ini telah saya ceritakan dalam posting blog yang lepas. Setelah 2 minggu berlalu, uncle Salleh menceritakan yang salah seorang abang kepada ustazah ini melihat seekor jin telah hangus terbakar, manakala selebihnya ingin masuk Islam. Menurut abangnya, jin yang tinggal dalam badan bapanya merupakan sebuah keluarga. Semasa sesi interview dengan keluarga si pesakit, mereka mengatakan abang kepada ustazah ini juga diganggu jin dan dikatakan bahawa jin tersebut juga ingin bersahabat dengannya, tetapi lelaki ini menolak. Akibatnya, lelaki tersebut memiliki keupayaan melihat alam ghaib, dan kalau tak silap saya, selalu juga kena kerasukan.

Saya terdiam apabila mendengar cerita uncle Salleh. Saya insaf dengan kejadian ini, saya sedar saya seorang yang banyak dosa, tetapi walaupun demikian Allah berkenan memakbulkan doa saya semasa merawat si pesakit. Terasa malu sekali bila mengenangkan perkara ini.

Semoga Allah menerima amal kebajikan yang saya lakukan. Semoga Allah mengampuni semua dosa dan kesalahan saya. Amin...

Khamis, 23 April 2009

Jin Pokok Tua...

Semalam saya dan Wan Sudirman pergi merawat seorang pesakit yang diganggu jin di tempat kerja. Kami bertolak ke rumah pesakit yang terletak di Tman Alamanda (kalau tak silap saya) yang terletak di area Taman Malihah, Matang. Temujanji dengan Bang Mael sebagai orang tengah adalah selepas ISyak di depan 7 Eleven Matang Jaya. Bg Mael merupakan kawan kepada Abg Abd Rahman Hassan.

Setelah sampai, sesi soal jawab diadakan. Pesakit mengatakan dia membawa pulang sepotong kayu dari pokok tua yang ditebang pada 2-3 hari yang lepas. Pokok tua itu terletak dalam kawasan sebuah kilang tidak jauh dari jambatan Tabuan, Kuching. Kejadian aneh mula berlaku apabila pesakit didatangi 3 sosok lembaga (perempuan) yang mahukan kayu tersebut dihantar kembali dan lembaga (jin) tersebut mendakwa ingin bersahabat dengan si pesakit.

Walaupun kayu tersebut telah dihantar kembali ke tempat asal, gangguan masih berlaku. Jin ingin bersahabat dengan pesakit, walaupun pesakit menolak. Ini menyebabkan si pesakit kerasukan, sehingga satu peringkat si pesakit menyembah pokok tua tersebut malah menciumnya. Si pesakit juga dikatakan hendak menyediakan 'sajian' kepada pokok tua tersebut yang berupa sirih pinang, rokok daun dan lain-lain.

Setelah saya dan Wan menyelidik, kami membuat kesimpulan ada gangguan jin terhadap si pesakit. Saya mulakan ruqyah dengan muqaddimah dan Doa Ruqyah Jibril. Belum habis bacaan, si pesakit telah meronta-ronta dan saya pula nyaris hendak ditumbuk. Syukurlah Allah melindungi saya dan tumbukan tersebut dapat dielak. Rontaan dan teriakan pesakit menjadi semakin kuat dan ganas, sehinggakan antara 3 -4 orang bertubuh besar dan dewasa terpaksa menahan si pesakit.

Rundingan dengan jin pun dimulakan, namun jin enggan berunding malah membentak-bentak kami dengan mengatakan 'Jangan kacau aku! Jangan Kacau aku! Aku nak berkawan dengan dia!'. Saya meneruskan bacaan ayat suci Al-Quran dan doa-doa ruqyah yang lain dengan tujuan untuk melemahkan si jin tersebut.

Si pesakit menjerit, menghentak-hentakkan diri malah menggeleng-geleng kepalanya dengan kuat. Saya amat khuatir dengan tindakan jin tersebut kerana ini mungkin akan memudaratkan tubuh pesakit. Saya mula 'menyerang' jin dengan bacaan sepotong ayat dari surah Yassin dengan niat untuk membakarnya, dan dihembus ke muka. Si jin berteriak kesakitan dan kepanasan. Selain itu saya juga 'menghiris' beberapa kawasan pada badan si pesakit dengan niat untuk menyakiti jin (teknik ini saya perolehi dari buku karangan Dato' Ismail Kamus). Semuanya dengan izin Allah.

Berdasarkan dialog, si jin berada di kawasan kepala, tidak beragama, berumur seratus tahun. Saya dan Wan mendakwahi si jin kepada Islam. Setelah beberapa lama berunding, akhirnya ia bersetuju memeluk Islam dan diberi nama Iskandar. Saya menyuruh Iskandar bersumpah untuk tidak mengganggu lagi dan keluar dari jasad si pesakit. Saya juga menasihati Iskandar agar pergi ke Masjid Gita, Masjid Jamek atau jika ia mempunyai keupayaan untuk terbang, pergi ke Makkah untuk belajar agama dengan jin-jin Islam yang lainnya mengenai agama Islam. Azan dikumandangkan, sepotong ayat ruqyah dibaca dan saya 'tarik' keluar jin tersebut keluar dari jasad si pesakit dan alhamdulillah, pesakit pengsan sekejap dan selang beberapa minit, si pesakit pun sedar.

Selesai sesi rawatan, saya dan Wan mengambil kesempatan untuk menyampaikan dakwah mengenai aqidah dan cara hidup Islam kepada hadirin yang hadir. Beberapa tips pendiding dan zikir amalan turut diajar sebagai bekalan kepada mereka yang hadir, dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Allah dan mendinding diri dari gangguan syaitan.

Semoga Allah menerima amalan baik kami, amin...

Ahad, 12 April 2009

Kisah Teladan...

KEJUJURAN SEORANG SAUDAGAR PERMATA

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi. Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"

Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham." "Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi. "Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham." Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah s.w.t. atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.

"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar. Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)

'AUJ BIN UNUQ DIBINASAKAN OLEH BURUNG HUD-HUD

'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.

Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.
Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang diunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah s.w.t. telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah s.w.t., berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah s.w.t. dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.

Himpunan Catitan Dari Blog Lama...

Berikut merupakan catitan lama dari blog saya yang terdahulu. Saya berpendapat supaya kesemua cerita-cerita lama dihimpunkan dalam satu blog supaya mudah untuk pengunjung blog melihat dan membaca kisah-kisah lama tersebut. Selamat membaca!

Kuching yg macet…
(as on 10.10.08, 0320 a.m)

Jumaat lepas, pagi2 awal aku dah bangun. Seusai solat Subuh, rutin setiap Muslim yg mukallaf, aku bergegas mandi dan merapikan diri. Pagi ini aku kena menghantar kedua org tuaku ke terminal bas untuk ke Pontianak.
Bertolak dari rumah dalam kira2 0640 pagi, aku memecut kancilku ke terminal bas, takut jem. Selesai menghantar, aku memcut pula ke Sadong Jaya, site projek ku yg baru. Perjalanan ke Sadong Jaya mengambil masa kira2 1 jam 40 minit dari Kuching, satu perjalanan yg pjg dan melelahkan.

Malang sekali, di bandar Kuching saja aku telah tersekat di hampir 5 tempat jem, bermula dari Batu 3 hingga ke Samarahan. Belum lagi cerita aku tersalah masuk jalan, memang tension benar aku olehnya. Kuching pun dah nak jadi mcm KL, jem sana sini. Hatta di feri Samarahan pun kdg2 jem krn org dr Samarahan pun ada yg bekerja di Kuching.

Tersekat di dalam jem membuat aku terkenang akan trafik di Bintulu. Bintulu tidak pernah jem, kalau ada pun di depan sekolah. Itupun bukanlah boleh dikatakan jem, krn kereta masih boleh bergerak dengan perlahan dan lancar. Berbeza dgn di Kuching, jem boleh mencapai sehingga 3 jam! Di Bintulu, tidak perlu terkejar kejar, kesemua jalan lancar dan baik. Kalau lambat bangun pun masih byk masa untuk sempat ke ofis. Itulah hakikat yg aku perolehi semasa aku di Bintulu. Bosan dan sunyi, tapi aman dan tenteram adalah imej bandar Bintulu. Tidak ada hiruk pikuk kenderaan, tidak ada kemalangan dahsyat, hampir semuanya aman dan tenang. Apatah lagi mlm, suasana malam di Bintulu memang cantik dan syahdu, cuma kedai makannya sahaja yg tutup awal, susah nak cari tempat lepak sampai tengah malam. lepak sampai akhir malam adalah kebiaasanku yang aku masih terbawa-bawa dari Kuching, ada shj benda yang nak diceritakan. Itulah yang terjadi bila dah keluar lepak dgn kawan yg sama kepala. Cerita yg tiada diada adakan, sedar tak sedar sudah 2 pagi.

Tapi itu semua tinggal kenangan, tiada lagi lepak hingga akhir malam, tiada lagi kupu-kupu malam, semuanya duduk di rumah. Pasal minyak petrol dah naik, terpaksa berjimat. Makan luar pun dah jarang.

Hidup memang indah, bagi sesiapa yg memandang alam semesta ini dengan mata hati…

Munajat Asar di Asy Syakirin
(as on 28.4.08)

Hembusan angin petang di beranda Masjid Asy Syakirin menyegarkan urat urat keletihanku seusai kerja di site. Panas terik bandar Bintulu tidak menggugah khusyukku dlm solat menghadap Rabbul Izzati. Namun, masalah tempat kerja, masalah kewangan, tempat tinggal ditambah dgn rasa rindu dgn hometown sedikit sebanyak ada juga mengganggu rafak sembah di dlm solatku.

Selesai solat, ku tadah kedua tangan kotorku menghadap Dia Yang Maha Suci. Lantunan zikir Istighfar seratus kali telah kulafalkan dengan penuh nikmat dan tawadhuk, mengakui akan dosa serta kesalahan silam.Ku panjatkan doa munajatku, mengadu akan kesusahan hatiku dan ketidaktenteraman jiwa yang ku tanggung selama ini. Dalam tidak sedar, mengalir deras air dari kedua pelupuk mataku, lantas dgn segera kulantunkan lagi doaku dengan deras dan tawajjuh supaya Allah berasa hiba melihat aku meratap ke hadhrat Nya yang Maha Belas Kasihan. Aku kesunyian, dan kesedihan, hanya Dia yang menemani ku ketika itu.

Semoga Allah berkenan mendengar doa dan munajatku.Semoga Dia mengabulkan segala hajat dan permintaanku. Masjid Asy Syakirin dan bandar Bintulu inilah yang menjadi saksi munajatku…

Life is Precious… To all my Naim Cendera friends
(as on 23.03.08)

I really miss my friend, my workplace, my sweet memories.
Life is so beautiful, yet i was unaware to be thankful to it, sigh*
Naim Cendera had create so many sweet memories. PGA site, thats the project that i was in to… I really miss all the staff there. They were like a second family to me. Workload is common there, but i really enjoy to do the task that given by my superior … (thats Mr Philip of course, my sporting boss).

QA and QC section, thats where my office was. The other section is construction dept. At the beginning of the project, theres a lot of workload and burden, me and my good pal Azman always stay back until late at nite. "Burning the night oil again ahhh?" Thats the word that Dr Ling use to say to us. Hehehehe.

Now the project is almost complete. I was really happy everytime i pass over the site. PGA project is the second largest project in Malaysia at that time, i was really proud to be one of the staff involve in this large scale project. Those the sweet memories.

Really miss u guys, please do keep in touch. Ring me up if u all are free. Allah bless.

Muram Durja…
(as on 20.02.08)
Hari-hari terasa kosong. Rasa sedih dan terkejut dengan berita kematian Apit belum hilang sepenuhnya dari hati aku. Asal ngecheck friendster jak, rami urg engkah shoutout ngan caption yg ngucap takziah dan lafaz Fatihah untuk Apit.Ney ndak terkenang-kenang.
Mlm tadik aku ngan Zia tahlil di rmh Apit. Rami member2 nya dtg, ada dr Swinburne, dr Poli pun ada juak. Nangga muka adik Apit, nang saling sik tumpah gelak2 kedak muka Apit. Bezanya, adik Apit gemok, Apit kurus.

Aritok aku gi MPH ngan Iman. Kakya dengan Wa ku pusin ncarik tempat k ngator kabel clutch kelisanya terlepas minggu ya tek. Ney nak ncarik agik, dah tutup semua benkel ya.
Balit rumah, Pejai msg aku ngajak jumpa Zaidad, si tambi ya plg sitok dah. Pejai mintak ambik, tp aku sikpat. Palak ku penin kenak ujan. Kak maghrib, aku tido jap. Terbangun bila ndengar suara anak buah kesayangan aku, Aleeya terkaong-kaong di luar.

Dah ku makan, sembahyang isya apa indah, alu ngadap komputer tok. Ya ajaklah kerja ku sehari-hari tok.
Boring ehhhhh….

Fatihah untuk Apit…
(as on 17.02.08)

Hidup penuh dgn kejutan. Ada yg kita dah sedia utk menghadapinya, ada yg sik. Kematian adalah sesuatu yg sikpat diramal.Ia datang bila nya maok, sik kira masa dan siapa.
Aku nerimak berita yg mengejutkan pagi tadik. "Apit dah ninggal pagi tadik.Tlg pdh ngan dak Asri…" forward msg yg aku terimak dr Zia menyebabkan aku terus bgn dan tepon kwn2 yg kenal dgn Apit. Tanyak ku ngan Izzudin, sah, Apit ninggal krn accident di Jln Bako mlm tadik, lekak abis main futsal dgn kwn2 nya. Duak urg miak ompuan dgnnya pun injured terok.Dgr cerita, sorang koma. Apit ninggal pukul 3.45 dinihari tadik.

Aku sik mampu nak berkata apa-apa. Terkejut, sedih, hairan dll. Lamak dah aku sik duduk berloyar ngan Apit. Aku rs last aku nemunya lekak abis paper maths sem lepas. Time final exam. Ahim 2 Zia salu nemunya time cuti. Zia nemu nya di Tun Jugah, Ahim nemunya di The Spring. Pemergian Apit benar2 menyebabkan aku rs bersalah kedirik mpun, krn kurang bersilaturrahmi dgn nya lamak mek 2 pisah kelas.

Aku kenal Apit masa mula2 masuk Swinburne, sama kelas Maths. Nya selalu duduk sama ngan Hadi, belakang meja aku. Mula2 sik lah bertegur gilak, tp bila dpt tauk yg nya miak Melayu Kch, lalu bertegur dan berkawan. Apit seorang yg amat bait, tutur katanya sopan dan lembut. Plentenya bertapis. Mun nak ngata brolah bagi aku ya normal. Semua miak brolah, termasuk aku. Apit byk nulong dan ngajar aku Maths. Nya juak ngajar aku cara makei calculator nok complicated yg biasa dipakei dak Swinburne ya. Aku, Apit, Farizzah, Zia, Asif, Hadi ngan Owen, selalu juak duduk sama dan molah discussion Maths. Kdg2 mun boring dlm kelas, plente sama dirik mek urg. Those are the sweet memories…

Teringat juak aku,time dekat2 nak final exam 2 sem yg lalu, aku nemu Apit belajar sorang dirik di Pustaka. Aku pun dtg sorang juak krn Ahim 2 Zia sikpat dtg, ada hal. Bila Apit nangga aku sorang2, nya pun duduk semeja ngan aku. Nya belajar Structure, aku belajar Maths ngan Eng. Management.

Kak belajar, mek 2 berloyar. Aku rs, time ya lah aku kenal hati budi Apit benar2. Nya kedak miak lain, suka bermain, hip hop, sentiasa dgn imej Manga nya, tp nya cukup bait. Tutur katanya ngan aku cukup sopan. Mungkin krn faktor umur yg menyebabkan Apit hormat ngan aku sbg org yg lebih tua dr nya.Tp ya sik menghalang kamek 2 utk menjadi kawan yg baik dan mesra. Nya suka plente, nya suka berguro, nya pandey berik pendapat, nya sentiasa tersenyum, malahan nya sudi berkongsi rasa hatinya ngan aku masa nya berhadapan dgn problem study. Kmk duak pernah bertukar pendapat ttg study. Apa yg ptt dipolah mun fail, apa rancangan masa depan dll. Apit memiliki keinginan yg amat kuat. Nya sungguh2 nak ngabis study nya krn nya nak bantu keluarganya. Aku cukup menghormati dan mengagumi pendirian Apit.

Masuk semester seterusnya, aku ngan Apit pisah kelas. Mek 2 maseh ngulang Maths krn fail. Lepas dr ya aku dgr nya lebih rapat dgn Farizzah. Farizzah pun selalu berloyar dan study dgnnya. Dr mulut Farizzah, aku dpt tauk bhw Apit suka nulong urg. Masa Farizzah dibuli pondan kelas nya pun, Apit yg pujuk and support. Apit mmg seorang kwn yg baik.

Siang tadik,masa aku ke rmhnya utk ziarah, dgn takdir Allah, aku jd imam solat jenazah. Masya Allah, sungguh teliti aturan dan takdir Allah,dah lah lamak aku sik nemunya, ditakdirkan juak lagik utk mengimamkan solat jenazah utk Apit. Masa ngimam,terbayang semua kenangan aku berkawan ngan Apit. Jadi imam solat jenazah ke atas Apit merupakan penghormatan bagi aku. Rasa nak nangis ada, tp aku tahan jak. Malangnya,aku sik sempat nak nangga wajah Apit buat kali terakhir. Nya dah dimandik dan sempurna dikapankan semenjak di hospital tadik. Dtg sia aku nangga kerandanya dah berikat. Nak dibukak takut nyusah urg rumahnya.

Ngantar jenazah Apit ke kubur Semariang, rami member2 nya ngirin nya.Kereta bersusun jak di jeraya ngirin kereta jenazah. Itulah Apit, nya disayangi dan dikenang oleh rami kawan. Di kubur Semariang,aku berpeluang lagik utk ngangkat jenazah Apit ke dlm liang. Keras kaku tubuh Apit, menyebabkan dada aku menjadi sebak. Kenaklah kau pegi dolok, Pit? Umo kau maseh muda, masa depan maseh jauh dan cerah,kenak mesti kau yg mati? Kenak bukan miak mabok nok parking motorsikalnya tepi jeraya ya yg mati? Aku belom puas berkawan dgn kau. Maseh byk perkara yg mungkin kita dapat explore dan kongsi bersama dlm hidup tok. Kau maseh byk peluang, Pit.

Keluhan di hati, hanya Allah jak tauk. Sedih dan remuk jiwa bila nangga jenazah Apit di turunkan ke liang,lepas ya dikambus perlahan-lahan. Tidur sorang lah kau malm tok, Pit. Sorang dirik jak lam kubor ya. Sekda gik urg ngasi makan minum kau, sikda gik urg nyesah baju seluar kau, sikda gik kwn2 kau yg akan ngajak kau kluar lepak, sikda gik kawan kau yg akan ngajak kau main futsal. Tinggal lah kau,Pit.Tinggal lah kau sorang dirik sia, mek urg cuma mampu nangis dan ngirum doa buat kau…

Walaupun umo hubungan kawan aku ngan Apit sik lamak, agak2 dlm setahun jak kali, tp byk juak yg dikenang aku ttg Apit. Walaupun kenangan aku ngannya sik byk, tp aku akan tetap ingat ngan Apit sampei ujong hayat aku. Kerana, aku kenal Apit sebagai org yg mulia dan baik budi pekertinya.

Aku pasrah dan redha dgn ketentuan Allah. Allah meminjamkan Apit kpdku sekejap ajak, namun aku tetap menghargainya. Apit tetap aku semadikan dlm sanubari aku sbg seorang kawan yg baik.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya Awg Abd Hafiz bin Awg Yusof @ Apit…
Tenanglah kau, Pit… Al Fatihah.

Pengalaman Dengan Ustaz Hashim Man..
Lokasi : Masjid Besar Kpg Gita.

(as on 18.05.07)

Mlm ya aku ngan 2 urg kawan aku (Azman 2 Sopet) pegi jumpa ust Hashiman di masjid Gita. Asal mula berhajat nak nanyak soalan ajak, alih2 embak air indah k polah air penawar. Apa2 jak lah..

Dah kak ustaz mendoakan air ya tek, kamek 2 Azman ditunggah olehnya. Nya nanyak masalah apa, (soalan tok terpaksa dirahsiakan utk menjaga maslahat ummat), dah kak ya tek lalu lah nya ’scan’ kamek 2. Tauk apa jadi? Jeng jeng jeng….

Sebenarnya aku pun sik jangka juak benda tok boleh terjadi. Aku tengah miker tok, nak ncrita ka sik ngan kitak urg. Mmmmm… tunggulah kelak aku ncrita agik. Hehehehehehe

Aku sebagai seorang student..setelah 5 tahun berlalu...
(as on 28.07.07)

1st day di Swinburne, hari Isnin ya tek, benar2 menguji iman aku. Kelas dr pukul 0830 until 1030, tp abis awal. Subject Maths 3c, HMS 215. Tp kelas ya sik lamak, byk ke briefing ajak, blaja Statistik (subject paling aku bencik masa di Poli marek), kakya blaja cara makei graphical calculator. Masya Allah, complicated nak mampus calculator ya. Abis kelas pukul 0945, lalu lah aku terangok-angok sik tauk nak molah apa kakya. Balit rumah tido jak la.

Sigek yg aku rs nabes kit masa kat Swinburne tok, nembiak nya semua (boleh dikata semua laa) jenis UP UP. Maksud aku, dressing sidak nang kedak artis. Maklumlah, anak urg kaya2 jak semua. Dah la kelaka omputeh berdebus-debus jak. Dtg aku tok jak simple (but smart la) turun ke kelas. Makei sandal ajak, ya pun beli di Makkah marek, rega nggak rm25 jak, banding ngan kasut sidak yg aku rasa nyampei juak beratus-ratus ringgit ya. rasa rendah dirik ada la juak, maklumlah, aku tok urg sederhana, bukan urg kaya kedak sidak. Tp apa boleh buat, ngenang nak blaja, proceed jak lah.

Malam tadik ada kelas, pkul 1830 until 2130, tp abis awal juak. More to briefing ajak. Abis kelas pkul 1915, lalu aku gi suro nak sembahyang maghrib. Malangnya, suro ya berkunci. Panas la juak ati aku, apa guna berisik suro mun berkunci? Terpaksa la aku drive ke msjd Kenyalang sia bg melaksanakan rukun islam yg ke 2 ya.
ada gik kelas mlm, ari jemat kelak. Aku lain bingong sik, kelas mlm aku ya clash ngan waktu solat Maghrib. Aku tgh miker giney nak mintak excuse kluar solat. lecturer ya juak Al-kafirun.Jadi, serba salah juak aku.

Jadi sapa2 yg ada idea, tolong2lah sampeikan kpd aku.
"Barang siapa menunaikan 1 hajat saudara seagamanya, maka Allah akan menunaikan 10 hajat yg dikehendakinya"
(Aku sik ingat either tok Hadis Nabi or kata-kata Saidina Umar al Khattab…check kitak urg pun sinun)

Hujan datang lagi…
(as on 12.02.07)

Mcm biasa, hujan lebat sejak dari malam tadik. Pulang dr nyetel hal, hujan lebat mcm apa ntah. Dahlah panik kejap mlm tadik tgh driving motor kenak simbah leh air leh kereta sebelah, alu sik nampak papa. Tp alhamdulillah, dpt kontrol, mun ndak maok terbabas kali, nau’zubillah…
Tgh ncarik idea nak berbisnes tok. Angol juak palak ngenang sik lamak gik berenti kerja krn nak nyambung blaja. Tp ya lah, dlm bab bisnes tok i nang ada slow dikit. Tp mun ada sapa2 di luar nun ada idea or maok ngambak jd partner bisnes, amatlah dialu alukan. I tok tgh dahaga nak blaja ilmu bisnes, nak jd jutawan insya Allah, hehehehe.

Hari Hujan… Apakan daya
(as on 09.02.07)

Kerja aritok nang boring abis. Hujan dr pagi tadik sik berenti renti, nak molah inspection kat site pun alang-alang. Casting concrete sidak kontraktor pun sik banyak, rami yg kensel setegal ujan. Tapi best juak, dpt rilek kit. Minak ya lah, kat opis paper work semua dah abis disetel, ya nyuruh boring gilak.

Tek gi sembahyang Zohor di Masjid Darul Barokah, BDC. Jauh da jak tempat sembahyang. Bukan apa, aku nang rindok juak sembahyang sia, rasa tenang,tenteram, aman dsb. Mungkin benar juak masjid ya barokah, sesuai dengan namanya. Masjid ya nang imarah bena. Hari Jumaat mlm Sabtu ada tayangan video keagamaan, mcm2 adaaaa. Nang bestlah. Rela aku kak keja berpusin gi sia, semata-mata nak nangga video ya. Berilmiah dan bermanfaat. Aku nang muji sidak AJK Masjid ya krn berjaya mengimarahkan masjid ya dg cara lain dari yg lain. Jemaah pun rindok ati sembahyang sia. Mun senang, dtglah ke sia. Sik kira ktk urg ahli kariah sia ka sik, dtg jak. Tayangan video malam tadik ttg BUKTI KEBESARAN ALLAH, tp aku sikpat nangga, ada meeting belia. Last week kisah Ahmad Deedat debat ngan paderi Kristian, best. Rasa bersemangat nangga.

Dahlah, kaktok nyambong gik, survey site lok. Mun line clear, nak balit awal. Bukan ada keja pun duduk lamak2 lam opis tok. Bgs balit rumah nangga tv. Lagikpun ada makan hol ninek ku kaktok. Wassalam…

Sabtu, 11 April 2009

Tomoi guna jin?

Tomoi guna jin

Sesetengah upacara penamatan latihan seni
bela diri tomoi disudahkan dengan ritual menyuap pulut ke mulut penuntut. Pulut itu adakalanya hadir dengan ‘kuasa’ warisan yang akhirnya memakan diri.
"SAYA sering gelisah. Pada waktu malam, jantung berdebar kuat dan badan menjadi panas. Dalam keadaan itu, perkara kecil pun boleh buat saya naik angin. Saya sedar saya semakin menjadi seorang yang pemarah," ujar lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 36.
Pernah satu ketika hentakan siku dan lengan singgah di badan seorang pelayan restoran hanya kerana pelayan itu tanpa sengaja tertumpahkan kuah sup panas di belakang tubuh Kamal. Pelayan lelaki itu terjelepok ke lantai. Kecoh jadinya!

"Mujur isteri saya mententeramkan keadaan. Rayuan isteri buat saya kembali berfikir serta segera meminta maaf kepada lelaki itu. Malah, saya mahu membawanya ke klinik untuk dirawat jika ada kecederaan," imbasnya yang bernasib baik kes tersebut tidak dilanjutkan ke pihak berkuasa.
Pertemuan dengan Jurnal turut ditemani isterinya, Zalifah. Atas menghormati permintaan, mereka hanya mahu berkongsi cerita tanpa perlu gambar mereka diambil.
Walaupun Kamal mengakui dirinya cenderung untuk mengamuk, jauh dalam hatinya dia sedar bahawa perbuatannya itu salah. Namun, dia sering gagal mengawal perasaan itu.

Kisah sepak terajang di restoran itu adalah salah satu daripada banyak contoh Kamal melepaskan sikap panas barannya.
Baginya, sebarang perkara yang mengejutkan emosi dan fizikalnya umpama satu ancaman buat diri dan keluarga. Semangat pahlawan yang muncul entah dari mana mempengaruhinya agar bertindak!
"Pendek kata, saya pantang dicabar atau dikejutkan dengan sesuatu. Dalam fikiran hanya satu matlamat iaitu untuk menumpaskan lawan, walaupun saya sebenarnya bukan di gelanggang," kata Kamal yang berloghat Pantai Timur.
Kamal mengakui bahawa dia pernah mempelajari seni bela diri muay thai atau tomoi di kampungnya yang berjiran dengan tanah Siam. Selama lima tahun dia patuh pada tunjuk ajar jurulatihnya yang juga berasal dari seberang sempadan itu.

Seingat Kamal, dialah yang paling gagah di kem tomoi yang disertainya. Ramai lawan mudah ditewaskan di gelanggang. Dalam latihan, sudah banyak batang pokok yang patah-riuk hanya dengan tendangan menggunakan tulang keting. Rasa sakit pula hanya sekejap.
Kamal menjadi orang kesayangan jurulatihnya lantaran sering membawa pulang trofi kejuaraan.
Tanpa berasa hairan tentang tenaga tubuhnya yang tidak mudah surut ketika bertarung, Kamal tidak pula mencurigai tentang perkara-perkara lain.
"Tiga tahun lalu, saya telah berkahwin dan berpindah ke Kuala Lumpur kerana menerima tawaran berkhidmat dengan sebuah pasukan keselamatan. Mengetahui hal itu, jurulatih saya di kampung segera menganjurkan upacara penamatan latihan tomoi.
"Katanya, sebagai satu majlis penghargaan. Antara lain, saya disuapkan pulut kuning olehnya," kata Kamal yang menyangkakan itu hanyalah ritual biasa.

Menurutnya, kesibukan tugas di Kuala Lumpur tidak memberi peluang kepadanya berlatih tomoi seperti selalu. Lama-kelamaan, bermulalah perubahan ketara dalam dirinya.
"Saya malas bersembahyang dan sering merancang untuk membuat perkara yang tidak elok. Saya bercakap besar dan suka mencari gaduh. Tanggungjawab pada Tuhan dilupakan, apatah lagi tanggungjawab pada keluarga.
"Di mana-mana pun, pasti ada yang cedera saya kerjakan. Saya rasa puas bila tengok orang yang dibelasah meminta dikasihani," terangnya yang hampir kehilangan kerja kerana sikapnya itu.
Jauh dalam hatinya, Kamal sedar betapa sudah ramai yang menjadi mangsa amarahnya. Isterinya juga tidak terkecuali. Hinggalah akhirnya kesulitan dan kecelaruan perilaku itu sampai ke pengetahuan seorang ustaz yang sudi membantu Kamal. Itupun atas inisiatif rahsia teman-teman sekerja Kamal.

"Ketika bertentang mata, suami saya seperti amat berdendam pada ustaz itu. Dia serta-merta menceceh dalam bahasa Siam dan kemudian membuka buah (langkah) tomoi. Saya seperti tak percaya apa yang dilihat dengan mata sendiri," kata Zalifah yang turut merancang pertemuan itu dalam senyap.
Enam orang yang berbadan sasa, menurut Zalifah, diperlukan untuk menandingi kekuatan Kamal yang terbit mendadak. Rancak berasak dan bergelut, disertai tekanan ilmu penawar dari ustaz itu, Kamal akhirnya memuntahkan sesuatu.
"Dia tak henti menjerit dan mendengus berat saat direbahkan beramai-ramai. Macam lembu korban, perlahan-lahan dia hilang tenaga dan tidak melawan," kata Zalifah.

TANPA disertai ritual syirik, tomoi sudah cukup sifatnya sebagai jurus seni bela diri yang menyeronokkan dan menyihatkan fizikal.
"Saya betul-betul tidak sedar apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Saya cuma rasa tubuh semakin lemah, seperti bertarung berjam-jam lamanya dengan lawan yang sangat kuat," ujar Kamal yang mengakui fikirannya lebih tenang selepas mengikuti siri rawatan bersama ustaz tersebut.
Apabila dikenangkan semula, Kamal teringat tentang hidangan makanan, air mandian wangi dari kolah dan mangkuk tembaga yang diletakkan di sisi kiri dan kanan tempat tidurnya di kem tomoi di kampungnya dahulu. Semua itu disediakan jurulatihnya.
Kamal sempat berpesan, kalau ada sesiapa yang mewarisi ilmu muay thai atau tomoi dan sedang berbangga dengan kemahiran yang ada agar berwaspada dengan perubahan diri. Ilmu kebatinan pasti meminta 'pulangan' daripada tuannya.
"Apa yang dimuntahkan?" tanya saya kepada Kamal.
"Awak tak akan percaya. Benda yang dimuntahkan itu kelihatan seperti gumpalan pulut. Sama seperti yang saya makan bertahun-tahun dahulu di kem tomoi itu," jawabnya
.

Dipetik dari KosmoOnline.com.my.

Sabtu, 4 April 2009

Mukah nan Indah...

Out station kali ini menuju ke Mukah dan Saratok. Perjalanan bermula pada hari Selasa yang lepas, saya dan Faizul mula bergerak meninggalkan bandar Kuching yang bertuah untuk menjalankan tugas lawatan tapak projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi kawasan-kawasan yang terbabit.

Ringkas cerita, kami sampai di simpang Sibu-Mukah pada jam 8:03 mlm. Apa yang mengejutkan dan memeranjatkan saya, perjalanan menuju ke Mukah dari simpang tersebut amat mencabar kerana jalan rosak dan pembinaan belum sempurna. Dalam ertikata lain, jalan tersebut penuh dengan lubang dan jalan pecah, sehingga mengambil masa kira-kira 1 jam lebih untuk ke bandar Mukah.

Namun ketensionan saya berbaloi sebaik tiba di bandar Mukah. Kali terakhir saya ke bandar ini adalah apda tahun 2005, itupun semasa perasmian pecah tanah untuk projek jalanraya Simpang Matadeng semasa saya bekerja di Naim Cendera dahulu. Naim Cendera merupakan kontraktor utama untuk projek jalan raya ini.

Bandar Mukah lebih maju sekarang. Banyak bangunan-bangunan baru yang tersusun rapi dan indah. Cahaya lampu menjadikan bandar ini nampak cantik dan berseri-seri di malam hari. Walaupun tiada bangunan pencakar langit, Mukah nampak lebih moden berbanding dahulu dan juga bandar-bandar lain yang sama saiz dengan bandar ini. Bangunan paling tinggi di sini ialah Menara Pehin Seri yang menempatkan jabatan-jabatan kerajaan.

Kami menginap di Hotel Kingwood, sebuah hotel moden yang bertaraf 3 bintang. Kemudian saya dan Faizul makan malam bersama Sopet yang menunggu semenjak dia habis usrah selepas Isyak. Saya telah memaklumkan kedatangan saya ke Mukah lebih awal kepada Sopet supaya dapat berjumpa dan bersembang.

Keesokkan harinya, tugas pertama yang perlu dilaksanakan ialah menemuramah pemohon RMR di Igan dan Oya. Perjalanan ke Igan dari bandar Mukah mengambil masa kira-kira setengah jam. Kami berkesempatan untuk makan tengah hari di rumah Nek Usu Munah (nenek saudara kepada isteri Faizul), menikmati makanan tradisional masyarakat Melanau seperti umai, pipuh, kerisek kelapa goreng dicampur dalam nasi, ikan panggang segar dan lain-lain. Apa yang istimewanya ialah kami berkesempatan merasa sirap pisang buatan sendiri, home made syrup. Sangat sedap dan menyegarkan.

Mukah, Igan dan Oya serta kawasan sekitarnya merupakan kawasan terbesar bagi masyarakat Melanau. Kebanyakannya beragama Islam, kecuali area Dalat yang masih lagi berfahaman Likow (animisme dan adat turun temurun). Apa yang uniknya ialah rumah masyarakat Melanau, walaupun hampir serupa dengan rumah tradisional orang Melayu namun ada sedikit perbezaan. Saya perasan yang rumah orang Melanau mempunyai ruang yang besar dan memanjang ke belakang. Ada orang kata kadang-kadang dalam sebuah rumah orang Melanau mempunyai 11 buah bilik. Amat memeranjatkan! Malahan saya melihat rumah ini memiliki ruang tamu yang luas dan besar, silap-silap anak cucu boleh main futsal dalam rumah.

Masyarakat Melanau terkenal dengan sopan santun dan budi bahasa yang baik. Tutur kata mereka lembut dan memiliki intonasi yang berbeza. Walaupun orang Melanau fasih berbahasa Melayu Sarawak, namun perbezaannya terletak pada intonasi perbualan. Bagi orang yang biasa bergaul, perbualan antara Melayu Sarawak dan Melanau dapat dibezakan walaupun mereka menggunakan satu bahasa yang sama.

Mukah memang indah, malam kedua berada di Mukah saya ambil kesempatan bersiar-siar dengan Sopet sambil menunggang motorsikal. Angin malam sangat sejuk dan langit pun kelihatan indah. Kemudian Sopet mengajak saya makan malam di sebuah gerai di kawasan pasar, menunya, ikan pari panggang bersambal. Kami makan dengan berselera sekali. Ternyata ikan segar di Mukah memang sedap!

Saya tidak akan melupakan kenangan indah di Mukah. Difahamkan pada penghujung bulan ini satu pesta tradisi masyarakat Melanau, Pesta Kaul akan diadakan di Mukah. Jika ada rezeki insya Allah saya akan datang lagi ke bandar ini.

Mukah memang indah!