Ahad, 30 November 2008

Hari Ahad...

Hari ini saya menghadiri 2 pengilan. Satu di Kampung Boyan, sepupu saya berkahwin, anak Usu Mail. Majlis pengilan yang kedua pula di Dewan Serbaguna RPR Fasa 2, Kuching. Ini Emmot dan Wok yang kahwin. Emmot adalah classmate saya semasa di Kolej Abdillah, manakala Wok pula adik kepada Along, staf sekerja saya di Perunding JHL.

Semasa di dewan, saya terjumpa dengan Adoy, kawan saya di Kolej dahulu. Lama juga saya dah tak berjumpa dengan dia, kalau berjumpa pun bila ada majlis perkahwinan atau hari raya sahaja. Adoy merupakan atheletes tennis di Kolej Abdillah. Dia juga sering mewakili sekolah dan bertanding di peringkat kebangsaan. Walaupun terkenal, Adoy masih remain humble dan baik kepada semua orang. Sifat peramahnya masih ada walaupun sudah lama tidak berjumpa. Adoy bekerja sebagai engineer di Subang Airport di Kuala Lumpur.

Banyak perkara yang kami sembangkan. Soalan yang biasa ditanya adalah sudah berumahtangga atau belum. Saya yang 1st sekali mengajukan soalan tersebut kepadanya. Adoy hanya ketawa dan mengatakan yang dia msih lagi bujang. Kami berdua senasib. Hahahaha...

Selain Adoy, ada juga kawan-kawan lain di majlis tersebut. Kami berkumpul, bersembang mengenai perkara-perkara baru dan bergambar bersama pengantin. Sungguh meriah dan havoc. Sekali sekala berjumpa memang menyeronokkan.

Selesai majlis, saya mengambil Bahtiar dan Aied di rumah. Kami menuju ke The Spring untuk melihat ada buku-buku terbaru di MPH Bookstore. Sesampai sahaja di The Spring, keadaan sesak dengan kereta dan orang ramai. Kami terpaksa parking agak jauh dari pintu entrance The Spring.

Semasa di The Spring, Jalot menelefon saya bertanyakan saya di mana. Saya menyuruh dia datang ke The Spring untuk join kami sama-sama mencari buku. Jalot setuju dan dia pada ketika itu berada di Masjid Bahagian Kuching.

Sementara menunggu Jalot sampai, kami menunaikan solat Zuhur terlebih dahulu. Kemudian kami makan di foodcourt, sambil melihat orang ramai di sana. Suasana sangat meriah dan ramai orang yang datang keluar masuk ke shopping complex ini.

Jalot datang semasa kami sedang makan. Selesai makan kami terus ke MPH untuk melihat buku.

Oh ya! Hari ini 1st time saya merasa makan Hotdog 1901. Sangat sedap dan mengenyangkan. Sebelum ini saya hanya mendengar sahaja dari mulut ornga mengenai keenakan hotdog tersebut, pada hari ini baru saya berpeluang untuk merasainya.

Kami pulang ke rumah selesai solat Asar di Masjid Darul Ittihad, Kenyalang Park. On the way pulang, awan telah berarak mendung menandakan hari nak hujan. Sekarang ini hujan selalu turun pada sebelah petang. saya memecut kereta agar cepat sampai ke rumah..

Hari ini memang meletihkan, tambahan pula saya tidak cukup tidur malam tadi. Saya tidur sebaik sahaja sampai di rumah. dan bangun ketika hari sudah Maghrib. Saya bergegas menunaikan rukun Islam yang wajib itu setelah membersihkan diri.

Hmmm... seronok rasanya hari ini. Tapi agak keletihan, maklumlah, banyak menghabiskan masa dengan memandu.

Wallahu 'alam.

Sabtu, 29 November 2008

Cakra Alam Revealed! (Penipuan oleh Ust Arief)

Klik di sini!

http://www.youtube.com/watch?v=p9hgWWQC3e0

http://www.youtube.com/watch?v=9pBe2_tbPUE

Musim Tengkujuh Sudah Tiba

Hari ini tiada apa yang menarik berlaku di site. Kerja pun tak banyak, saya dengan Wilver lebih banyak menghabiskan masa di ofis daripada membuat site visit. Itupun kerana faktor kerja-kerja di site agak lambat. Inspection dan concreting structure juga tidak ada hari ini.

Satu piling rig beroperasi hari ini, yang lainnya rosak. Satu piling rig di mob out dari site. Ah Fong kata machine itu menyemakkan mata, sepanjang tempoh projek bermula hanya sekali sahaja machine tersebut beroperasi, kemudian ia rosak dan tidak diperbaiki sehinggalah ke hari ini. Benar-benar buang duit company.

Di ofis Wilver menghabiskan masa paginya dengan tidur. Malam tadi dia tidak dapat tidur kerana mengepung pencuri yang cuba memecah masuk ke rumah jirannya. Pukul 3 pagi baru dapat tidur. Kasihan, saya biarkan dia melelapkan matanya di kerusi depan meja saya.

Saya pula hanya layan lagu yang saya download dari internet. Di site ini hanya saya dan Wilver sahaja yang menjadi wakil syarikat perunding kejuruteraan bagi projek SMK Sadong Jaya ini. Bos jarang turun site. Seronok juga kerana bebas dan tak perlu bingung kerana diawasi bos.

Progress kerja di site agak lambat. Difahamkan 3 peratus projek ini behind the schedule. Ini benar-benar membingungkan pihak maincont, kerana saya dengar cerita yang MOE dari KL hendak declare projek tersebut 'sakit'. Kalau projek dah jatuh sakit, salah haribulan mungkin company yang terlibat kena terminate. Saya yang mewakili pihak perunding tidak dapat berkata apa-apa. Hal ini demikian kerana kami hanya terlibat dalam kerja-kerja pengawasan teknikal dan kualiti, bukan kemajuan projek.

Setelah makan tengahari dan solat Zuhur, saya dan Wilver buat site visit. Itupun sekadar jalan-jalan sahaja, kerana tidak banyak kerja yang berjalan. Saya pergi ke tapak surau yang sedang dalam proses piling. Setelah itu saya duduk dengan Ah Fong dan Ah Wong sambil bertukar-tukar cerita. Tidak banyak yang dibualkan, lebih kepada cerita lama dan peribadi. Tiada apa yang menarik.

Tengah seronok bersembang, langit pun bertukar hitam, petanda hujan akan turun. Awan berarak dengan laju seiring tiupan angin yang datang dari arah barat. Saya dapat lihat hujan mula turun dari arah airport Kuching dan Muara Tuang. Tidak lama selepas itu rintik-rintik hujan mula turun beserta dengan kilat dan guntur. Saya berlari ke arah site ofis di mana Wilver telah pun berada di sana lebih awal. Saya mengajak dia pulang terus memandangkan tidak ada kerja pada hari itu, Wilver bersetuju dan kami bergerak keluar dari site jam 3:30 petang.

Sebelum pulang ke rumah, kami singgah ke batching plant untuk witness concrete cube crush test. Ini adalah rutin harian saya sebelum pulang ke rumah, kerana batching plant ini terletak di Tambirat dan sama arah menuju ke Kuching. Setiap kali pulang saya pasti singgah ke batching plant tersebut.

Hujan pun mula turun dengan lebatnya. Musim tengkujuh sudah tiba. Selesai urusan di batching plant Kancil saya meluncur laju menuju ke bandar Kuching.



Jumaat, 28 November 2008

Syair Jalaluddin Al Rumi...

Ia berkata, "Siapa itu berada di pintu?"

Aku berkata, "Hamba sahaya Paduka."

Ia berkata, "Kenapa kau ke mari?"

Aku berkata, "Untuk menyampaikan hormat padamu, Gusti."

Ia berkata, "Berapa lama kau bisa bertahan?"

Aku berkata, "Sampai ada panggilan."

Aku pun menyatakan cinta, aku mengambil sumpah Bahwa demi cinta aku telah kehilangan kekuasaan.

Ia berkata, "Hakim menuntut saksi kalau ada pernyataan."

Aku berkata, "Air mata adalah saksiku, pucatnya wajahku adalah buktiku."

Ia berkata, "Saksi tidak sah, matamu juling."

Aku berkata, "Karena wibawa keadilanmu mataku terbebas dari dosa."


Demikian syair indah dialog di antara Hamba dengan Tuhannya...


Aku mati sebagai mineral dan menjelma sebagai tumbuhan,
aku mati sebagai tumbuhan dan lahir kembali sebagai binatang.
Aku mati sebagai binatang dan kini manusia.
Kenapa aku harus takut?
Maut tidak pernah mengurangi sesuatu dari diriku.
Sekali lagi,aku masih harus mati sebagai manusia,dan lahir di alam para malaikat.

Bahkan setelah menjelma sebagai malaikat,aku masih harus mati lagi;
Karena, kecuali Tuhan,tidak ada sesuatu yang kekal abadi.
Setelah kelahiranku sebagai malaikat,aku masih akan menjelma lagi dalam bentuk yang tak kufahami.

Ah, biarkan diriku lenyap,memasuki kekosongan, kasunyataan.
Karena hanya dalam kasunyataan itu terdengar nyanyian mulia;
"Kepada Nya, kita semua akan kembali"

Khamis, 27 November 2008

Apa Dah Jadi?

Kemelut konflik orientasi seks di kalangan pelajar universiti. Ternyata ketinggian ilmu tanpa dipimpin oleh kemurnian iman belum menjamin ketenangan jiwa.


Fikir-fikirkanlah...


Semen menyebabkan saluran tersumbat?

Selasa, 25 November 2008

Bertaubatlah

Bertaubatlah, walau kita sering memungkiri taubat kita. Kerana Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Ular Sawa...

Pagi ini saya buat inspection untuk kerja-kerja piling di 5 tempat. Seperti biasa, kerja piling tidak memerlukan banyak bergerak, cukup hanya memerhati dari jauh.

Saya menjaga kawasan kerja-kerja piling bersama dengan Ah Fong (si penglipurlara) dan Nasir, Bangla yang telah lebih 2 tahun bekerja dengan ShinYang Group of Companies (sebuah syarikat Cina yang besar dan terkenal dari Miri).

Apa yang lucu tentang mereka berdua hari ini, rupa-rupanya mereka telah lebih 3 hari "tidak ngam", kerana tidak sependapat dalam hal kerja. Semasa Ah Fong beralih ke arah lain, Nasir mengadukan masalahnya kepada saya mengenai Ah Fong yang selalu 'membuli' nya dalam kerja. Nasir mengatakan Ah Fong tidak menjalankan tugasnya dengan amanah, malahan menyuruh Nasir membuat semua kerja-kerjanya.

Nasir berasa amat marah terhadap Ah Fong. Saya hanya mendengar luahan rasa Nasir, dan saya maklum dan faham kerana Nasir memerlukan seseorang untuk mendengar masalahnya.

Apabila saya duduk dengan Ah Fong, lain pula ceritanya. Ah Fong kata Nasir pemalas, kuat complaint dan sebagainya. Saya sebagai orang tengah hanya mendiamkan diri sahaja. Mengiakan tidak, menafikan pun tidak.

Selesai piling inspection, saya bergegas ke site office. Wilver call minta dibukakan pintu ofis yang berkunci. Wilver mengatakan kepada saya kunci ofisnya hilang, dan mungkin dia perlu untuk duplicate kunci menggunakan kunci yang ada pada saya.

Semasa sedang berehat-rehat, saya terdengar suara kecoh di luar. Rupa-rupanya ada budak jual ular sawa. Wilver berminat untuk membeli ular tersebut untuk bapanya, dan berlakulah tawar-menawar antara Wilver dengan budak yang menangkap ular sawa itu tadi. Difahamkan budak tersebut (Melayu dan 3 orang semuanya) sedang menebas di kebun kelapa sawit. Ketika sedang menebas salah seorang daripada mereka diterjah ular. Budak tersebut bernasib baik kerana sempat mengelak lalu dengan pantas dia dan 2 lagi rakannya berusaha menangkap ular tersebut.

Saya sempat merakamkan gambar ular tersebut. Boleh tahan besar...







Isnin, 24 November 2008

Kisah Benar Mujahidin Afghan

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Mujahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya.

Maka apabila tiba Amir Mujahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu”alam).

Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.

Dipetik dari : www.tokngah.blogspot.com

Ahad, 23 November 2008

Sick Leave...

Saya sick leave hari ni. Pening dan badan rasa lemah. Macam nak muntah pun ada.

Pagi tadi sempat breakfast dengan Bahtiar dan Aied. Makan laksa kat Koperkasa. Demam-demam pun dapat juga makan laksa. Huhuhu. Bahtiar pun dah 2 3 hari tak sihat badan. Musim demam agaknya.

Bingung rasa hati kerana tidak turun bekerja hari ini. Sepatutnya ada site meeting di Sadong Jaya. Saya dah maklumkan RE saya dan juga Wilver (rakan sekerja) mengenai keuzuran saya untuk tidak dapat datang bekerja hari ini. Wilver menasihati supaya saya berehat saja di rumah.

Selepas breakfast, saya ke farmasi di Semarak untuk membeli ubat dan suratkhabar. Ada isu tentang NGO yang mempertikaikan keputusan fatwa mengenai yoga. Hmmm, nantilah saya mengulas tentang isu di posting yang akan datang. Kepala masih berdenyut. Tak dapat berfikir lagi.

Nantilah saya sambung tulis lagi. Nak rehat.

Dinner With My Cuzzies

Petang minggu yang membosankan, tidak ada aktiviti menarik yang hendak dibuat. Selepas pulang kenduri tengahari tadi, saya terus duduk lepak di rumah sahaja. Malas nak drive ke mana-mana, itupun kerana perut dah terlampau kenyang. Selain itu faktor cuaca Kuching yang panas di waktu tengahari jugak 'membantutkan' mood saya hendak keluar ke bandar.

Online dan tv, dua 'sahabat' baik saya dirumah. Dalam beberapa hari ini saya keseorangan di rumah. Mak, ayah dan adik saya ke KL Jumaat lepas. Keseorangan di rumah bebas juga rasanya, tapi kebosanan lebih mengatasi kebebasan. Huhuhu...

Online punya online, jam dah 3.30 petang. Ada beberapa minit lagi nak masuk waktu Asar. Tiba-tiba mata terasa mengantuk, saya melabuhkan kepala ke bantal, bercadang nak lelap dalam 5 ke 10 minit sementara menanti azan Asar. PC dibiarkan terbuka, belum lama baring saya dah belayar meredah lautan mimpi siang.

Sebaik tersedar dari tidur jam sudah menunjukkan waktu pukul 6 lalu. Aiseh, dah terlajak pulak dah. Cepat-cepat saya berwudhu dan menunaikan solat Asar. Selesai solat Asar saya menyambung online sehingga azan Maghrib bergema.

Selesai Maghrib, sepupu saya Kiky menelefon dan mengajak makan sama di Famili Cafe. Saya bergegas untuk mandi dan berkemas. Berkemas ala kadar, malas nak hensem2. Selepas check semua pintu rumah dah berkunci, saya pun mula drive membelah bandar Kuching yang panoramanya amatlah indah di waktu malam. Kebetulan masuk waktu Isyak, saya singgah di surau Taman Hussein untuk menunaikan solat Isyak di situ. Selesai solat saya pecut ke Famili Cafe.

Di sana bukan hanya ada Kiky, malah sepupu saya Irca dan Awin pun ada. Setelah memesan makanan dan minuman, kami bersembang macam2 perkara. Dari hal famili sehinggalah ke hal bisnes. Otak bisnes juga mereka ni...

Selepas makan ayam penyet dan segelas milo peng (yang harganya rm2 segelas, pergh...) kami ke McD di Batu 3. Di sana, saya dan Kiky makan aiskrim, Irca dan Awin hanya memerhatikan kami berdua makan aiskrim dengan seleranya. hehehe... Irca kata dia dah kenyang gila, begitu juga dengan Awin. Walaupun saya tahu Awin memang nak makan juga sebenarnya, hehehehe.

Perbualan terus berlanjutan, sehinggalah ke topik tentang bisnes. Macam-macam idea diutarakan, sehingga menyebabkan masing-masing teruja nak start bisnes. Kami bercadang untuk merancang terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa bisnes, mudahan impian kami menjadi kenyataan, Insya Allah.

Tepat jam 10:20 malam, kami bersurai. saya ke CIMB utk withdraw duit, dan mengambil peluang untuk pusing-pusing bandar Kuching sambil menghirup udara malam yang indah. Dari traffic light Wisma Saberkas saya belok menuju ke Jln Batu Lintang, seterusnya saya terlihat kuil Hindu Sathya Sai Baba ada ramai orang. Bila diselidiki rupanya harijadi Sai Baba. Hmmm, Tuhan pun sambut harijadi? Musykil...musykil....

Saya car ride pula di area Simpang Tiga, lurus dan belok ke kiri dari traffic light Jalan Sekama. Indah sungguh pemandangan bandar Kuching. Saya sungguh berbangga menjadi warga Kuching. Semasa di Bintulu suasana inilah yang amat saya rindukan. Bintulu juga ada kelebihannya tersendiri. Insya Allah saya akan ceritakan dalam posting yang akan datang.

Banyak benda yang boleh dipelajari dalam satu hari. Hanya bukakan hati kita sama ada kita siap untuk menerimanya atau tidak. Tafsirlah setiap apa yang kita lihat dengan iman dan hati yang tulus. Allah pasti membuka hijab hikmahnya di hadapan mata kita.

Wallahu 'alam...

Sabtu, 22 November 2008

Pengilan...

Pagi tadi saya terbangun akhir, biasalah, hari minggu. Satu-satunya hari untuk saya berehat bagi orang yang bekerja 6 hari seminggu smcam saya ni, memang amat mengharapkan agar hari minggu adalah hari rehat tahap optimum. Makanya, selesai solat Subuh (gajah.. heheheh), dengan badan yang belum mandi saya terus buka tv. Layan tv jap. Belum lama selepas itu, Wa Bibah. kakak kepada emak saya datang, mengajak pergi pengilan (kenduri) di Pennview Inn. Aisehmen, terbantut rancangan saya nak rilek hari ni.

Mula-mula saya menolak dengan baik, tp last-last terpaksa jugak pergi. Dengan langkah berat saya mandi dan mengemaskan diri, saya jd driver. Perjalanan kelisa Wa Bibah meluncur laju membelah Petra Jaya yang aman permai di pagi yang indah ini. Udara pagi amat nyaman sekali, dengan terang matahari yang memancar lembut, perjalanan amat lancar kerana jalanraya tidak sesibuk hari biasa. Mungkin ramai penduduk Kuching yang sedang berehat di rumah sempena cuti hujung minggu.

Sampai sahaja di Pennview Inn, kami mengambil tempat untuk duduk. Dalam sibuk bersalam dengan al-wakil, saya terserempak dengan Aswa. Rupa-rupanya Aswa sepupu kepada si pengantin. Kami berbual panjang setelah duduk di meja yang disediakan. Belum lama selepas itu, datang lagi sekumpulan budak Politeknik yang amat saya kenal, group Nani & The Gang. Neng pun ada sama. Kami berbual sekejap sambil duduk menunggu pengantin.

Lebih sejam menunggu, barulah pengantin datang. Perut dah lapar, punyalah panas hati nak tunggu majlis hidangkan makanan. Tapi saya sabarkan hati dengan istighfar, niat mesti ikhlas. Datang ke majlis ini biarlah kerana Allah, bukan kerana nak makan. Tapi nak buat mcam mana, saya belum sarapan sejak pagi tadi!!!

Majlis berjalan dengan baik, walaupun sound systemnya terganggu beberapa kali. Setelah selesai upacara tepung tawar, makan nasi temuan dan potong kek, tibalah masa bagi wakil keluarga pengantin untuk menyampaikan ucapan terima kasih. Tapi sebelum itu, saya lupa nak ceritakan tentang sekumpulan 'spesis' yang datang pada majlis pengilan tersebut.

Kumpulan ini terdiri daripada beberapa budak perempuan, yang 'vogue' (mungkin mereka perasan diri mereka 'vogue'...). Mereka ni, dahlah datang akhir, pakain pun pelik. Macam pakaian penganut ajaran sesat pun ada. Baju nipis sampai nampak tali bra, pakai tiub dan yang paling menyakitkan mata, rambut kuning mengerembang. Macam singa!

Saya beristghfar berkali-kali. Mereka ni tak tahukah adab dalam majlis? Kenapa pakai pakaian yang tidak sopan? Tidak cukup dengan iut, mereka seolah-olah tidak menghormati majlis tuan rumah, yakni, mereka makan semasa tuan rumah masih berucap. Saya dan beberapa orang di meja saya mula merungut dengan tingkah laku yang memalukan itu.

Tidak cukup dengan itu, mereka bergambar pula dengan kamera handphone depan stage, ramai ramai. Macam sik kalak bergambar kata orang Sarawak. Adusss... marah benar saya dengan perangai mereka ni. Dah la pakai pakaian menjolok mata, ditambah lagi dengan perilaku yang tidak sopan. Mana dia adab bangsa kita di kalangan budak Melayu kita zaman sekarang?

Selesai majlis, saya tanya Aswa.

"Ada kau nangga nembiak meja belah tok tek?" Sambil saya menunjuk ke arah meja yang dimaksudkan.

"Ada, aok, pelik da jak rupa sidak. Pakaian ntah apa-apa. Dah la sik sopan" Jawab Aswa.

"Nya lah. Kedak gai ada juak tanggaku". Ujar saya sambil tergelak.

Saya pulang dengan perut kenyang tetapi hati yang sakit. Malu dengan perilaku kumpulan budak berkenaan. Saya semakin bimbang dan takut dengan keadaan budak-budak zaman sekarang. Dengan timbulnya isu pelajar pukul cikgu, merokok, dadah, arak, zina, clubbing, melawan mak bapak dan seribu satu macam lagi masalah sosial benar-benar membimbangkan saya.

Dalam seminggu ini, banyak cerita tentang gejala sosial yang saya dengar dan lihat. Seperti malam tadi, saya keluar lepak minum dengan Aman di Water Front. Saya parking kereta di depan Maybank, seberang Tun Jugah. Saya terdengar bunyi muzik yang membingitkan telinga, bila diselidik rupanya bunyi tersebut datang dari Monster Tounge, sebuah lagi tempat clubbing baru di Kuching. Happening, ramai pengunjung, gelap tetapi banyak lampu kelip kelip di dalam disko tersebut. Apa yang memeranjatkan saya bila Aman beritahu bahawa tempat tersebut buka 24 jam, maknanya kalau nak clubbing bila-bila masa boleh datang. Saya jawab kenyataan Aman dengan berkata ,

"Mun kita berzikir 24 jam dah jadi waliyullah dah kita kali."

Aman tersenyum mendengar kenyataan saya itu.

Saya berdoa semoga Kuching bukan hanya menjadi bandaraya yang cantik, aman dan bersih, tetapi juga semoga Kuching akan menjadi tempat bersinarnya cahaya iman di Nusantara. Insya Allah...

Khamis, 20 November 2008

Puaka Niyang Rapik

Menonton cerita seram merupakan satu dari kegemaran saya. Sekarang ni Tv3 telah menyiarkan sebuah lagi tayangan televisyen terbaru, Puaka Niyang Rapik yang dimainkan setiap hari Khamis jam 9.30 malam. Sebelum drama ini, cerita Kekasihku Seru mendapat rating dan sambutan yang tinggi dari penonton seluruh Malaysia. Ketika saya melawati http://www.tv3.com.my/, saya membaca banyak komen memuji cerita Kekasihku Seru yang menarik dan menghiburkan.


Teringat ketika dulu, Malaysia mengharamkan tayangan berunsur tahyul, ganas dan lucah. Cerita-cerita seperti ini tidak dibenar disiarkan di saluran-saluran perdana Malaysia. Namun, sekarang peraturan tersebut sudah dilonggarkan. Maka, siaran tv kita dibanjiri dengan cerita-cerita dari 3 unsur tadi. Di antara yang paling banyak ialah cerita yang berunsur tahyul.Expose Mistik, Misteri Nusantara, dan sekarang, Puaka Niyang Rapik adalah di antara cerita-cerita hantu yang hendak 'disuapkan' kepada rakyat Malaysia. Walau ramai yang beranggapan bahawa tayangan seumpama ini tidak membawa kesan positif kepada minda masyarakat, saya melihat ia dari aspek yang positif, walaupun saya yakin bahawa mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat saya.



Ingin saya mengulas tentang Puaka Niyang Rapik, yang sekarang menjadi tayangan meletup di seluruh Malaysia. Apa yang saya lihat, cerita ini agak slow, tidak banyak kejutan atau 'boom factor' yang dapat mengujakan penonton dalam cerita tersebut. Apa yang menarik bagi saya, cerita ini mengisahkan sebuah kampung yang bernama Niyang Rapik dilanda masalah aqidah yang kronik, yakni kepercayaan kepada kuasa ghaib dan perkara-perkara tahyul yang karut dan tidak berasas. Tidak mustahil, masih wujud kampung yang mengalami masalah yang sama, mempercayai kuasa bomoh melebihi kuasa ALlah itu sendiri. Hantu raya, pontianak, toyol dan jin-jin yang menjadi elemen ngeri dalam cerita tersebut sebenarnya memang wujud dalam masyarakat Melayu. Bagi saya, hanya unsur inilah yang menjadikan cerita tersebut menarik, kerana ia memang ada dan wujud dalam budaya mistik orang Melayu.


Sesuatu drama, filem atau cerita akan menjadi menarik dan hebat jika cerita tersebut diunsurkan kepada cerita benar atau realiti, kerana sebenarnya inilah yang dimahuakan oleh audien.Cuma satu yang saya tidak puas hati, iaitu watak ustaz. Saya kurang berkenan dengan Ashraf Muslim memegang peran ustaz dalam cerita tersebut. Berwajah jambu, dan bukan dari latar belakang agama dalam kehidupan sebenar menjadikan watak beliau menjadi goyang dan tidak hidup. Saya yakin Ashraf dipilih untuk watak tersebut kerana hendak mewujudkan satu adengan cinta antara dia dengan Wirna, anak perempuan pasangan bomoh Tok Dalik dan Bok Miah. Apabila ini terjadi, maka konflik akan berlaku lalu menjadikan cerita tersebut semakin saspen dan tegang. Mungkin itu idea pengarah cerita tersebut, Ahmad Idham.

Apa-apa pun, saya memang tidak setuju Ashraf Muslim jadi ustaz...

Nak Cari duit, atau duit cari kita?


Orang dulu-dulu kata, kalau nak hidup senang, kena pandai cari duit. Tapi orang sekarang kata, kalau nak jadi kaya raya, kena tahu macam mana nak suruh duit 'cari' kita. Hmmmm, logik ke tak ye?Dalam zaman serba modn ini, semua yang difikirkan mustahil satu ketika dulu telah benar-benar menjadi kenyataan. Contoh paling jelas, orang dulu-dulu tidak pernah terfikir untuk terbang di langit. Kini, setelah adik-beradik Oliver Wright telah berjaya membuktikan bahawa manusia boleh terbang di langit, semua orang percaya. Tanpa ragu-ragu lagi, orang sudah mula percaya yang pada satu ketika dulunya mustahil untuk dilakukan kini telah menjadi kenyataan dan semua orang dapat membuat sesuatu yang pernah menjadi 'mustahil' di zaman yang lampau.Terdetik di fikiran saya, adakah boleh kita mengaplikasikan perkara yang sama dalam cara kita mencari nafkah (duit sebenarnya...) dengan cara yang paling mudah dan ringkas. Ingin saya pelajari dan buat satu kaedah di mana duit yang cari kita, bukan kita yang cari duit. Saya yakin, bahawa perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Hanya takdir dan masa yang menjadi hakim untuk menentukan samada ia berjaya atau tidak.Adakah mudah untuk menjadi jutawan? Adakah mudah untuk mengaut wang dalam masa yang singkat dan cepat, tanpa melanggar undang-undang dan mengikut saluran yang betul? Adakah mustahil pemuda seperti saya dan anda untuk menjadi jutawan di usia 20-an ini? Jika benar, adakah cara ini halal dan berkat di sisi agama?Sekali lagi ingin saya lontarkan pendapat dan buah fikiran saya, ini semua tidaklah mustahil. Seperti yang kita dengar peribahasa orang tua dulu-dulu, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".


Kemahuan untuk jadi kaya amat penting. Tanpa kemahuan, tidak ada cita-cita atau mimpi. Bila tidak ada cita-cita, kita akan menjadi pasif, malah malas untuk mengatur strategi untuk menjadi kaya. Ada orang kata, "Alaaaa, dah terlambat nak belajar jadi kaya..." Adakah benar pernyataan ini? Sedangkan umur kita masih dikandung badan, dapatkah kita mengatakan bahawa kita tidak mempunyai masa lagi untuk menjadi kaya?Rasulullah sendiri pernah bersabda, jika ada benih di tangan kita untuk ditanam, walaupun kiamat akan datang dalam tempoh sedetik saja lagi, maka tanamkanlah ia.Hmmmm... renung-renungkanlah hadis di atas.

Rabu, 19 November 2008

Syeikh Nuruddin blog


Alhamdulillah, surf punya surf, terjumpa blog anak murid kepada Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari. Blog tersebut mengandungi koleksi ceramah dan tazkirah yang disampaikan oleh Syeikh Nuruddin sendiri.

Secara peribadi, saya amat mengagumi Syeikh Nuruddin. Saya mengenali beliau melalui internet, yakni menonton dan mendengar ceramah-ceramah beliau yang mnyentuh isu-isu ummat Islam masakini. Kupasan, lontaran dan huraian beliau amat kemas dan menarik, penyampaian beliau yang bersemangat dan berhikmah berjaya menarik hati saya untuk terus duduk dan mendengar siraman ilmu dari lidah beliau yang fasih menuturkan wahyu-wahyu Allah yang suci.

Ulama muda berumur 50an ini berasal dari Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. Beliau juga merupakan ahli tariqat yang aktif, berilmu tinggi dan pendakwah yang cergas dan berani. Mengembara ke seluruh pelosok dunia, termasuk Malaysia adalah kebiasaan beliau dalam berdakwah. Seorang yang tawadhu', baik hati, tegas dalam menyampaikan kebenaran adalah di antara karakter yang ada pada sosok ulama nusantara ini. Beliau juga mempunyai tauliah untuk mengijazahkan 3 hizib terkenal iaitu, Hizib Bahr, Hizib Imam Nawawi dan satu lagi saya lupa namanya.

Saya sendiri mengamalkan Hizib Bahr yang saya pelajari dari ust Umar Fathullah Harun.

Anda boleh link ke blog tersebut di:-

http://www.syeikhnuruddin.blogspot.com/

Semoga bermanfaat.

Rabu, 12 November 2008

Penglipur lara bernama Ah Fong part 2

Pada satu ketika, ketika sedang berehat setelah selesai melakukan pemeriksaaan tapak, saya dan Ah Fong berehat-rehat di bawah sebuah pondok bagi melepaskan lelah. Sambil minum, kami berbual-bual banyak perkara, sehinggalah mata Ah Fong tertumpu ke sepohon pokok kelapa yang berdiri tegak di salah satu tapak yang baru saja diratakan. Tapak tersebut telah ditimbus dengan pasir (sandfilling), pokok kelapa yg lain di kawasan sekitar telah pun ditebang dan dibuang ke tempat lain. Hanya sebatang pokok kelapa itu saja yang masih tinggal di tengah-tengah site.

Ah Fong bertanya kepada saya " Boss, kamu tahu ka kenapa bulldozer tidak kasi tumbang itu pokok kelapa?"

Saya melihat dan memerhati pokok kelapa tersebut, setelah berfikir sejenak, saya menjawab "Mungkin ada sarang tebuan, itu pasal dia tidak kasi tumbang dulu, kasi buang itu sarang dolok".

Ah Fong menggelengkan kepalanya, "Bukan, itu pokok ada 'benda' tinggal"

Saya mengerutkan dahi. Benda? Benda apa?. Saya berasa musykil, namun seolah-olah tahu apa yang bermain di minda saya ketika itu, Ah Fong sgera menjawab "Ada 'benda halus' boss, ada hantu!".

Saya tersenyum, begitu mudah sekali dia menyimpulkan pohon kelapa itu berhantu. Tidak adakah alasan yang lebih saintifik dan munasabah?

Masyarakat kita, yakni yang berada di zaman moden ini, walaupun telah berpelajaran tinggi dan ada yang sampai ke luar negara, masih berpegang kepada kepercayaan lama dan kuno. Tidak melampau jika saya katakan orang Melayu adalah di antara orang yang paling kuat kepercayaannya kepada alam ghaib dan mistik. Saya katakan sebegini kerana dari pengalaman meruqyah pesakit, saya dapati tidak semua pesakit mengalami gangguan makhluk halus. Ada yang sakit kerana memang faktor jangkitan kuman, ada yang disebabkan tekanan perasaan, stress dan ada juga yang mengada-ngada!

Bukanlah saya ini skeptik dengan wujudnya apa yang dikatakan jin atau syaitan, tetapi Islam telah menggariskan panduan yang betul dan lurus dalam mengimani perkara-perkara ghaib. Mengimani perkara ghaib, adalah wajib bagi setiap Muslim yang bersyahadah. Hal ini demikian kerana dalam surah kedua (Al-Baqarah) Allah telah menyatakan beriman kepada ghaib diletakkan pd ayat yang kedua dalam surah tersebut selepas alif lam mim. Allah itu sendiri Maha Ghaib, syurga dan neraka, malaikat dan syaitan, padang Mahsyar, al Mizan dan lain-lain itu semua perkara ghaib yang tidak dapat disangkal lagi akan kewujudannya.

Kewujudan jin telah banyak dibahaskan oleh para ulama sejak dahulu kala. Saya sendiri dalam pengalaman merawat pesakit kerasukan pernah diserang beberapa kali oleh bangsa jin ini. Namun alhamdulillah, dengan sedikit ilmu yg dipelajari semuanya dapat ditangani dengan izin Allah. Merawat orang kerasukan bukanlah perkara mudah, ia menuntut iman yang teguh dan keyakinan yang kental kepada ALlah. Pasrah kepada Allah dan aqidah yang benar adalah wajib bagi yang mempelajari ilmu perubatan Islam ini.

Berbalik kepada cerita pohon kelapa tadi, saya masih meragui akan kenyataan supervisor tadi. Mungkin ada sebab lain kenapa ia dibiarkan tanpa ditumbangkan terlebih dahulu. Saya mencari seorang lagi supervisor bernama Jalan, beliau berbangsa Iban dan in charge dengan kerja-kerja earthwork (layaklah beliau menyelia kerja-kerja earthwork kerana sesuai dengan namanya). Beliaulah yang membawa bulldozer dan meratakan kawasan tapak dan meninggalkan pohon kelapa tersebut tegak berdiri di tengah site.

Setelah berjumpa, saya tanya Jalan " Pok, pahal pokok kelapa ya sik ditumbang?" sambil menunjuk ke arah pokok kelapa tersebut.

"Ohhh, i sik berani numbang dolok, ada sarang tebuan sia.Nunggu orang buang sarang ya lok, baruk numbang abis". Jawab Jalan.

Sekali lagi saya tersenyum, telahan saya tepat. Tidak ada yang dikatakan hantu, pontianak, jin atau apa-apa yang mistik mendiami pokok kelapa tersebut. Hanya sarang tebuan, itu saja masalahnya.

Iman dan taqwa, itulah yang membezakan kita sebagai Muslim dengan mereka yang tidak memiliki 2 sifat tersebut. Beriman kepada Allah, menaikkan darjat kita di sisiNya. Sebagai Muslim kita tidak membuta tuli menuduh "ini kerasukan, ada jin", "ini sihir, ada org khianat" dan sebagainya. Hendaknya kita siasat dengan adil saksama, agar tidak menjadi fitnah kepada agama dan juga orang lain.

Tapi itu tidak bermakna jin tidak ada...

Wallahu 'alam

Iman 20 Sen

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatut nya sebanyak 20 sen.Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut."Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut."Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut."Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dankesejukan.Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!."

DUNIA sebagai ALAT AKHIRAT sebagai MATLAMAT "KEBAIKAN MENGHAPUSKAN KEBURUKAN

Penglipur lara bernama Ah Fong

14 Oktober 2008

Bekerja di site SMK Sadong Jaya, menyelia kerja-kerja piling work untuk dormitory, site inspection dan lain-lain berjalan seperti biasa. Perbualan dengan supervisor cina yang selalu menemani saya di site pada hari ini membawa kepada topik perbualan kerja yang tipikal dan biasa didengar setiap hari. Bosan dan kadangkala memualkan.

Namaun ada sesuatu yang baru saya perolehi dari perbualan biasa itu. Ah Fong menceritakan, asal-usul perkataan 'Tai Pau' yang biasa disebut untk orang-orang yang cakap banyak tetapi kosong sebenarnya adalah berasal dari sejenis meriam yang biasa diletupkan pada setiap pukul 8 mlm, tanpa gagal, di Semariang (mungkin di kawasan Astana) bagi memaklumkan waktu jam pukul 8 kepada penduduk sekitar Kuching.

Fakta sejarah ini amat menarik, kerana ia berlaku pada era 70-80an. Mungkin disebabkan faktor ketiadaan jam bagi penduduk sekitar dan lalu mereka menjadikan letupan meriam sebagai tanda masuk waktu. Saya berpendapat, mungkin ramai generasi muda masakini tidak tahu tentang sejarah ini. Syukurlah, masih ada generasi tua seperti Ah Fong yang mahu berkongsi pengalaman beliau dengan saya yang masih banyak perlu belajar untuk mengetahui makna kehidupan.