Khamis, 27 Mei 2010

Sedikit Kisah Renungan...


Tiada apa yang hendak diceritakan dalam seminggu ini, kerana lebih banyak kepada rutin harian yang biasa dilalui. Walaupun sebenarnya banyak yang hendak dikongsikan kepada semua pembaca, namun saya memilih untuk menyimpan terlebih dahulu kisah-kisah menarik ini. Mungkin di entry yang akan datang saya akan ceritakan, insya Allah.

Rabu lepas, selepas pulang dari pejabat, seperti biasa saya berehat di rumah dan bersiap sedia untuk solat Maghrib. Usai solat, saya bercadang untuk ke Blind Massage Centre, bagi mendapatkan urutan badan dari orang buta di sana. Badan terasa sengal dan kurang selesa, mungkin kerana kurang tidur dan jadual makan yang tidak tetap menyebabkan badan terasa kurang sihat. Saya juga selalu ke pusat tersebut bagi mendapatkan urutan jika kurang sihat.

Ketika saya keluar dari rumah, angin sejuk sudah mula bertiup sederhana kencang, langit pun tidak berbintang dan menunjukkan hari nak hujan. Dengan lafaz bismillah, saya meninggalkan rumah dengan memandu Kancil buruk saya. Ketika sampai ke Saberkas, saya segera ke kedai urut orang buta di sana. Malangnya kedai tersebut sudah tutup sejak pukul 7 petang. Saya melihat jam sudah menunjukkan 7:30 petang. Hmmm, patutlah. Saya terlewat rupanya.

Saya meninggalkan Wisma Saberkas dan menuju ke Blind Massage Centre di Batu Lintang. Ketika sampai di traffic light simpang empat Batu Lintang, hujan pun turun dengan lebatnya beserta dengan angin kencang. Saya memandu dengan berhati-hati agar selamat sampai ke destinasi. Namun sekali lagi saya hampa kerana pusat tersebut juga tutup awal.

Saya tidak berputus asa. Kali ini saya ke jalan Ong Tiang Swee, tempat di mana terletaknya Rumah Orang Buta cawangan Kuching. Hampa juga. Saya melihat pintu pagar pusat tertutup rapat.

Dengan kehendak hati yang masih kuat untuk berurut, saya menghantar text message kepada Anan, kawan baik saya. Anan membalas message saya dengan mengatakan dia jarang berurut badan di luar, Anan lebih kepada urut reflexogy.

Sedang saya tengah mencari-cari, saya terlihat sebuah kedai urut di Chonglin Park. Tribal Remedy, demikianlah nama kedai urut tersebut. Saya mencuba untuk urut reflexogy di situ. Saya request tukang urut lelaki, kalau perempuan lain pulak jadinya kelak.

Tapak kaki saya diurut dengan cermat oleh seorang lelaki Cina berusia lingkungan 40an. Sambil itu saya membaca majalah yang disediakan. Ketika itulah Anan call handphone saya, menanyakan saya berada di mana. Kami berbual seketika mengenai beberapa perkara . Selepas saya meletakkan handphone, lelaki Cina (LC) tersebut bersuara.

LC : Awak Melayu kah?

Saya : Ya (dahi bekerut, muka aku ni bukan mcm Melayu ke?)

LC : Oooo, Islam lah?

Saya : Ya... (sekali lagi dahi saya berkerut... apa ke halnya Cina ni?)

LC : Patutlah you tidak mahu perempuan urut, you org Islam ho.. org Islam mmg mau jaga punya.

Saya : (tersenyum) saya sebagai org Islam, ada adab mau jaga. Tidak boleh sebarang.

LC : Saya pun masuk Melayu.. eh salah... masuk Islam.

Saya : Ooooo, you berapa lama sudah masuk Islam?

LC : 4 tahun. Itu JAIS siap ada bagi i.c masuk Islam lagi. Pakai apa itu i.c ho?

Saya : Itu i.c sbg memaklumkan yang you sudah masuk Islam. Supaya bila you meninggal nanti, you punya family yg belum Islam tidak boleh claim you punya mayat. You punya mayat nanti mesti kubur cara Islam. Kalau i.c Islam tidak ada, nanti you punya family claim you punya mayat dan kubur cara bukan Islam. You agama Buddhist kah? (pada ketika ini saya perasan ada tatoo Buddha di dadanya jelas nampak di celah t-shirt nya yang sedikit terbuka.)

LC : Ya. Saya memang Buddhist dulu. Sekarang sudah Islam. Kahwin sama orang Kampung P*** (nama kampung terpaksa dirahsiakan kerana kampung tersebut terkenal dengan 'kegengsterannya'). Sekarang saya tinggal di Foochow Road.

Saya : Apa nama Islam you?

LC : Mohd Freddy Yap Abdullah. (sambil tersenyum)

Saya : Alhamdulillah!

Saya memanjatkan kesyukuran kerana Allah berkenan melimpahkan taufik dan hidayahnya ke hati Freddy. Kami meneruskan perbualan. Dari sosok tubuh dan roman mukanya, firasat saya mengatakan dia mungkin bekas gengster. Saya cuba mengorek rahsia hidupnya.

Sambil mengurut, Freddy menceritakan sejarah hidupnya. Banyak kisah suka-duka yang dihadapinya sepanjang bergelar sebagai saudara baru. Dibuang keluarga dan bapa kandung, dihina kerana miskin, isteri yang tidak memahami, dan macam-macam lagi. Walaupun kali pertama berjumpa, Freddy tidak kekok untuk meluahkan perasaan sedihnya kepada saya.

Freddy sedih kerana sering dicemuh oleh keluarga mertuanya yang memandang rendah dengan pekerjaannya yang bergaji kecil. Freddy menceritakan, dia berkahwin dengan gadis Melayu tersebut bukan kerana harta dan lain-lain, tetapi kerana cinta. Tetapi kenapa harta masih menjadi ukuran? Saya mendengar dengan teliti keluhan saudara baru ini.

Dari satu topik, kmi berbual ke topik yang lain pula. Saya sempat bertanyakan tatoo yang terukir di badananya. Freddy menceritakan, dulu dia mendapatkan tatoo tersebut dari seorang sami Buddha Thailand di Batu 3. Kononnya, tatoo tersebut berfungsi sebagai tangkal untuk membuang nasib buruk, pelaris,kebal dan lain-lain. Freddy juga mengaku pernah memelihara toyol versi Thailand yang dijamu dengan minuman susu. Toyol versi Thailand ini dikenali dengan nama Kumanthong. Saya rasa saya pernah menceritakan tentang Kumanthong ini dalam entry yang lepas. Apa yang mengejutkan, Freddy memelihara 6 'ekor' toyol untuk kegunaannya sendiri. Saya bertanya adakah ia menggunakan janin bayi? Freddy mengatakan dia hanya menggunakan tulang mayat bayi. Dia pernah menggunakan khidmat toyol ini untuk mendapatkan nombor ekor. Meminta kepada toyol ini kata Freddy, jangan berjanji untuk memberikan apa-apa. Kerana kalau dah berjanji, mesti ditunaikan. Kalau janji tidak ditepati, nyawa akan melayang.

Apa yang pelik, walaupun pelbagai hajat dan kemahunnya dikabulkan melalui toyol ini, Freddy tetap tidak mengecapi ketenangan hidup. Ada saja kemalangan dan sial yang menimpa. Namun setelah Freddy memeluk Islam, dia hairan, semua kesialan dan nasib buruknya hilang. Malah dia merasa lebih tenang setelah mengamalkan cara hidup Islam.

Saya memberi beberapa tips dan nasihat Islami kepada Freddy agar dia tabah menempuh ujian hidup sebagai saudara baru. Nasihat asas yang biasa saya beri ialah jangan tinggal solat, dan banyakkan berdoa. Sentiasa perbaiki hubungan dengan Allah Taala. Freddy tersenyum dan mengangguk.

"Saya selalu pegang itu tasbih, dan baca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hati saya jadi tenang... Saya yakin Tuhan Allah akan tolong saya..."

Hati saya tersentuh. Betapa tingginya iman dan keyakinan lelaki Cina ini, walaupun baru mengenal cahaya Islam, dan ditimpa ujian dan musibah dari keluarga mertuanya yang beragama Islam, dia tetap percaya dan tidak berganjak dari keyakinannya kepada Allah.

Kasihan saudara baru ini,mertuanya tidak membimbing dia kepada Islam. Lebih teruk lagi, keluarga mertuanya tidak menunjukkan cara hidup Islami kepada Freddy. Freddy hanya mengharapkan JAIS untuk mengajar Islam kepadanya.

Saya berpamitan dengan Freddy selepas itu, sambil berdoa di dalam hati agar Allah memberi sakinah (ketenangan) dan kekuatan iman kepada Freddy.

Bumi Kuching masih basah oleh hujan ketika saya memecut Kancil buruk saya untuk pulang ke rumah, sebasah hati saya yang 'menangis' kasihan mengenangkan nasib yang menimpa saudara baru kita. Entah bagaimana pula dengan nasib saudara baru kita yang lain di luar sana?

Wallahu 'alam...

Jumaat, 21 Mei 2010

Aura...


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini, terima kasih kerana masih setia mengikuti perkembangan blog ini. Saya mohon maaf kerana blog ini agak terabai kerana disebabkan kesibukan masa dan kadang-kadang saya sendiri tidak sempat untuk sentiasa mengupdatekan blog ini. Hal ini demikian kerana saya jarang-jarang berada di rumah kerana memenuhi tuntutan masyarakat seperti travelling, urusan keluarga, program usrah dan dakwah dan lain-lain.

Kira-kira 2 minggu yang lepas, saya dan ibu (Hjh Fatimah) menghadiri talk yang diadakan di Harbour View Hotel, mengenai satu produk baru yang diperkenalkan di negeri Sarawak. Saya dan ibu ke sana selepas solat Zuhur. Walaupun agak keletihan selepas keluar sarapan pagi di Old Town dengan Anan dan Saiful pada sebelah paginya kerana ada perbincangan perniagaan, saya gagahkan diri juga kerana mengenangkan ibu yang telah berjanji dengan rakannya untuk menghadiri talk tersebut.

Kami berdua tiba kira-kira jam 2:15 petang. Pada ketika itu ruang talk sudah penuh dihadiri orang awam untuk mendengar talk tentang produk terbaru ini. Selesai mendaftar dan menulis nama, saya dan ibu mengambil tempat duduk di barisan depan sekali.

Produk yang diperkenalkan ialah perfume aura, atau minyak wangi aura. Perfume ini masih baru di pasaran, dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di Semenanjung. Kali ini syarikat tersebut berusaha untuk meluaskan pasaran produknya ke Sabah dan Sarawak. Ramai stokis dan jutawan yang telah sukses dalam perniagaan ini memberi sharing dan berkongsi pengalaman mereka dalam perniagaan ini. Pihak penganjur mempamerkan data jualan lengkap dengan bukti dan testimonialnya sekali tentang produk ini. Auralife, demikianlah nama jenama perfume tersebut.

Saya tertarik dengan produk ini. Saya amat sukakan wangian, tak kiralah minyak wangi ke, minyak attar ke, setanggi, gaharu dan kemenyan, asalkan sesuatu yang wangi, saya memang suka. Saya suka kalau orang menghadiahkan minyak wangi kepada saya. Tak kiralah minyak wangi mahal atau murah, asal sedap dihidu oleh hidung.

Bezanya perfume ini dengan minyak wangi yang lain ialah, ia telah diprogramkan dengan kaedah aura saintifik iaitu mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kesihatan dan aura badan seseorang (sudah tentu dengan izin Allah). Seperti yang kita telah sedia maklum, setiap benda hidup dalam dunia ini mempunyai auranya sendiri. Jika aura ini terganggu, maka ia akan menyebabkan kita jatuh sakit dan mempengaruhi emosi dan sikap seseorang. Aura juga mempunyai pengaruh terhadap emosi seseorang. Jika auranya positif, insya Allah ini akan menjadikannya seorang yang sentiasa ceria, minda positif, periang, tenang dan memiliki fizikal yang sihat. Malah dengan aura ini juga ia mampu mempengaruhi orang di sekelilingnya. Contohnya, apabila kita bergaul dengan orang yang soleh dan sentiasa mengukir senyuman di wajahnya, maka secara tidak langsung kita juga akan 'terpengaruh' dengan aura positif yang dipancarkan orang soleh tersebut. Malah, jiwa kita juga akan terasa tenang dan bahagia kerana tempias aura positif orang soleh tersebut. Demikian juga jika sebaliknya, jika kita duduk dengan orang yang berminda @ beraura negatif, maka kita akan ikut terpengaruh dengan aura tersebut. Jika orang tersebut pemarah, kemungkinan juga kita akan terikut menjadi orang yang pemarah, paling kurang pun mungkin kita akan jadi mangsa kemarahan orang tersebut.

Produk ini disahkan halal oleh YADIM, dan boleh dibawa bersolat. Ada seorang ustaz yang turut memberi sharing dalam talk tersebut menceritakan pengalamannya merawat seorang pemuda yang mengalami masalah buta setelah bangun dari tidur tanpa diketahui akan sebabnya. Bapa pemuda tersebut merupakan orang yang kaya dan berpengaruh, telah berhabis wang dan masa kerana merawat anaknya. Doktor masih gagal mengesan punca bagaiman pemuda tersebut menjadi buta. Last-last, si bapa berjumpa dengan ustaz tersebut dan memohon agar ustaz tersebut sudi merawat anaknya.

Ustaz tersebut membuat sembahyang hajat, kemudian mengambil sebekas air dan didoakan serta disemburkan sedikit perfume Auralife ke dalam air tersebut. Air tersebut disapu ke wajah pemuda tersebut disertai dengan doa. Ahli keluarga pemuda tersebut juga dinasihatkan agar melakukan solat hajat mohon kesembuhan khas untuk pemuda malang itu.

Singkat cerita, sebaik sahaja bangun pada keesokan paginya, si pemuda tersebut terkejut kerana dapat melihat semula. Matanya tidak buta lagi. Gemuruhlah syukur dan pujian kepada Allah dilafazkan oleh pemuda dan keluarganya, kerana Allah telah menyembuhkan mata si pemuda.

Cerita di atas adalah kisah benar yang berlaku di salah sebuah negeri di Semenanjung. Cerita saya pula, semenjak ibu saya menggunakan produk Auralife ini, beliau jarang bangun tengah malam untuk membuang air kecil. Ibu ada penyakit kencing manis, yang mana penghidap penyakit ini akan mengalami masalah kerap kencing. Namun setelah menggunakan produk ini, ibu boleh tidur dengan nyenyak dan selesa tanpa perlu bangun tengah malam lagi.

Perfume Auralife didatangkan serta dengan Pil Minda yang baik untuk kesihatan otak dan minda. Insya Allah, sesiapa yang istiqamah mengamalkan pengambilan pil minda, akan memudahkan proses pembelajara, tumpuan dan perhatian lebih fokus dan tajam, mudah menghafal dan lain-lain.

Seorang pengguna menyatakan dalam testimonialnya mengatakan anaknya ada masalah lembam, iaitu lambat bercakap dan lembab dalam pelajaran. Dah naik darjah 5 pun masih tidak tahu membaca. Semenjak menggunakan Pil Minda ini, alhamdulillah anaknya sudah mampu membaca.

Saya masih mempunyai stok perfume aura ini. Kepada yang berminat boleh menghubungi saya di talian 016 8576778. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen produk ini, anda berpeluang untuk menjana pendpatan sehingga 6 angka dalam seminggu, insya Allah. Pelan pemasaran yang mudah dan adil, serta boleh juga menjana keuntungan melalui penjualan runcit dengan keuntungan yang berlipat kali ganda.

Harga sebotol : RM 33.00 (pelbagai jenama untuk lelaki dan perempuan yang diinspirasikan dari jenama antarabangsa)

Menjadi ejen produk : RM 340.00 (harga untuk negeri Sarawak).


Berminat? Hubungi saya Asri bin Sapiee di talian 016 8576778. Jangan tunggu lama-lama. Ini peluang perniagaan yang amat bagus dan menguntungkan. Pelan pemasaran yang adil dan mudah. Penerangan percuma akan diberikan. Tiada unsur penindasan. Perniagaan ini mengamalkan konsep Ta'awun (tolong-menolong), Insya Allah.

Isnin, 10 Mei 2010

Pengumuman... Sila Baca!

Insya Allah, akan ada produk terbaru yang akan dilancarkan dari saya untuk manfaat semua. Produk ini boleh digunakan setiap hari, di rumah, di pejabat, pergi shopping, keluar jalan-jalan dan lain-lain.

Siapa yang sesuai guna produk ini?

1. CEO
2. Peniaga
3. Salesman
4. Budak Pejabat
5. Mereka yang terlibat dalam kerja yang perlu berhubung dengan orang lain (sales marketing, jurujual, bisnes MLM dan lain-lain)
6. Mereka yang takde kawan atau malu nak berkawan
7. Mereka yang berat jodoh
8. Mereka yang kurang yakin dengan ketrampilan diri
9. Mereka yang panas baran

Dan paling best...

10. Perawat Islam @ Alternatif...

Apa produknya? Tungguuuu... ;-)

Selasa, 4 Mei 2010

Testimoni Morhabshi part 2...

Maafkan saya kerana blog ini agak terabai. Banyak cerita nak dikongsikan, tapi buat masa ini izinkan saya buat iklan produk jualan saya.

Minyak Morhabshi jualan saya pada ketika ini alhamdulilah mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat sekitar Kuching. Malah, ada juga saya menerima pesanan produk ini dari Bintulu. Semoga semua pembeli produk ini mendapat manfaat insya Allah.

Berikut merupakan di antara testimoni yang saya terima daripada pengguna minyak Morhabshi.

"Sakit gigi sembuh.."

Ayah saya menghidap sakit gigi bulan lepas. Mungkin disebabkan giginya yang berlubang, menyebabkan kesakitan dan bisanya menjalar sehingga ke kepala. Pada ketika itu waktu malam, dan ayah sukar untuk melelapkan mata disebabkan kesakitan yang dialaminya. Nak ke klinik gigi, dah tutup. Akhirnya, ayah turun ke bawah dan mengambil minyak Morhabshi simpanan saya dan mencelupkannya dengan tisu, dan diletakkan ke lubang gigi yang sakit. Seperti kunyit bertemu kapur, selang beberapa minit kemudian bisa sakit gigi itu hilang serta-merta. Alhamdulillah.

"Cirit-birit kerana salah makan..."

Kes ini berlaku ke atas diri saya sendiri. Entah kenapa, mungkin kerana 'tersalah makan' semasa di luar, saya sakit perut dan cirit birit. Saya merupakan seorang yang liat nak pergi ke klinik. Natijahnya, saya ambil minyak Morhabshi, titik 2 3 titis dalam air suam dan minum. Alhamdulillah, sembuh.

"Gangguan saka moyang..."

Pernah salah seorang daripada pesakit yang pernah saya rawat, menghubungi saya kerana berminat untuk membeli minyak Morhabshi. Dia membeli sebotol untuk kegunaannya sendiri. Seminggu kemudian, dia menghubungi saya lagi dan membeli sebotol lagi untuk kakak iparnya. Saya bertanyakan pendapatnya tentang minyak tersebut dan alhamdulillah semenjak menggunakan minyak tersebut, dia jarang diganggu saka lagi dan semakinsihat, alhamdulillah.

"Nafkah batin untuk isteri..."

Seorang kawan yang bekerja di Lawas, memaklumkan kepada saya semenjak menggunakan minyak Morhabshi, tenaga batinnya semakin sihat dan mampu bertahan lama ketika bersama isteri. Dia menggunakan minyak tersebut dengan kaedah urut bagi mendapat hasil yang optimum untuk keperkasaan lelaki. Saya hanya tersenyum mendengar cerita nya kerana saya sendiri belum pernah mengalami pengalaman tersebut. Benarlah bahawa minyak Morhabshi boleh dijadikan alternatif kepada minyak dhab yang sukar didapati di negara kita.

Demikianlah di antara coretan testimoni pengguna minyak Morhabshi yang dapat saya paparkan kali ini. Sebenarnya banyak lagi testimoni daripada pelanggan Morhabshi. Insya Allah akan saya paparkan dalam entry yang akan datang.

Tempahan boleh dibuat dengan membuat panggilan ke : 016 8576778 (Asri)