Selasa, 25 November 2008

Ular Sawa...

Pagi ini saya buat inspection untuk kerja-kerja piling di 5 tempat. Seperti biasa, kerja piling tidak memerlukan banyak bergerak, cukup hanya memerhati dari jauh.

Saya menjaga kawasan kerja-kerja piling bersama dengan Ah Fong (si penglipurlara) dan Nasir, Bangla yang telah lebih 2 tahun bekerja dengan ShinYang Group of Companies (sebuah syarikat Cina yang besar dan terkenal dari Miri).

Apa yang lucu tentang mereka berdua hari ini, rupa-rupanya mereka telah lebih 3 hari "tidak ngam", kerana tidak sependapat dalam hal kerja. Semasa Ah Fong beralih ke arah lain, Nasir mengadukan masalahnya kepada saya mengenai Ah Fong yang selalu 'membuli' nya dalam kerja. Nasir mengatakan Ah Fong tidak menjalankan tugasnya dengan amanah, malahan menyuruh Nasir membuat semua kerja-kerjanya.

Nasir berasa amat marah terhadap Ah Fong. Saya hanya mendengar luahan rasa Nasir, dan saya maklum dan faham kerana Nasir memerlukan seseorang untuk mendengar masalahnya.

Apabila saya duduk dengan Ah Fong, lain pula ceritanya. Ah Fong kata Nasir pemalas, kuat complaint dan sebagainya. Saya sebagai orang tengah hanya mendiamkan diri sahaja. Mengiakan tidak, menafikan pun tidak.

Selesai piling inspection, saya bergegas ke site office. Wilver call minta dibukakan pintu ofis yang berkunci. Wilver mengatakan kepada saya kunci ofisnya hilang, dan mungkin dia perlu untuk duplicate kunci menggunakan kunci yang ada pada saya.

Semasa sedang berehat-rehat, saya terdengar suara kecoh di luar. Rupa-rupanya ada budak jual ular sawa. Wilver berminat untuk membeli ular tersebut untuk bapanya, dan berlakulah tawar-menawar antara Wilver dengan budak yang menangkap ular sawa itu tadi. Difahamkan budak tersebut (Melayu dan 3 orang semuanya) sedang menebas di kebun kelapa sawit. Ketika sedang menebas salah seorang daripada mereka diterjah ular. Budak tersebut bernasib baik kerana sempat mengelak lalu dengan pantas dia dan 2 lagi rakannya berusaha menangkap ular tersebut.

Saya sempat merakamkan gambar ular tersebut. Boleh tahan besar...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan