Sabtu, 21 Mac 2009

Penambang Drift...

Ini kisah yang terjadi kepada diri saya pagi semalam, semasa on the way ke tempat kerja.

Seperti biasa, saya parking kereta saya di kampung Boyan dan menggunakan perahu penambang untuk ke pejabat saya yang terletak di seberang sungai Sarawak. Ini telah saya lakukan semenjak 2 bulan lalu, kerana saya berasa selesa dan seronok turun kerja dengan berjalan kaki dan menaiki perahu penambang. Berjalan sambil menikmati angin pagi yang sejuk dan nyaman, melihat pemandangan bandaraya Kuching yang indah di waktu pagi benar-benar menyeronokkan dan mendamaikan jiwa saya. Selain itu, saya juga bersenam secara tidak langsung dan ini akan menyihatkan badan saya.

Demikian juga pulang selepas habis waktu pejabat. Pemandangan bandaraya Kuching di waiktu petang tidak kurang hebatnya. Melihat orang pulang kerja dan ada yang baru keluar untuk bersiar-siar di Tebingan Sungai Kuching juga menyeronokkan. Tambahan pula di musim cuti sekolah ini, ramai pelancong luar negara malahan dari semenanjung juga datang untuk bersiar-siar di bandar Kuching.

Kisah lucu yang berlaku semasa pergi kerja pagi semalam sebenarnya agak menggelikan hati saya. Seperti biasa, saya menaiki penambang untuk ke seberang. Ada beberapa orang lain di dalam penambang tersebut, seorang pak haji, 2 orang warga Indonesia, beberapa remaja dan makcik-makcik yang nak pergi kerja. Pak tambang (pengayuh penambang) menghidupkan enjin penambangnya dan mengemudi pengayuh dengan terrernya dan penambang meluncur laju ke seberang. Dalam beberapa meter hendak sampai ke jeti, pak tambang menekan button perahu bagi mematikan enjin penambang (button ini terletak di hadapan penambang, manakala enjin terletak di bahagian belakang. Maknanya ia berfungsi seperti 'remote control'. Ini memudahkan pak tambang agar tidak perlu ke belakang penambang untuk mematikan enjin). Malangnya, button tersebut tidak berfungsi dan enjin bot masih hidup, sedangkan jeti berada beberapa depa sahaja lagi di hadapan kami. Salah hari bulan, mungkin penambang yang kami naiki boleh melanggar jeti dan tidak mustahil juga penambang akan terbalik. Suasana dalam penambang menjadi agak panik sekejap kerana jeti semakin hampir. Dengan pantas pak tambang mengawal kemudi pengayuhnya dan penambang pun terpesong sepantas kilat, membuat pusingan U. Salah seorang Mat Indon tersebut cuba mematikan enjin penambang, tetapi tersalah tekan button, menyebabkan penambang bertambah laju. Pak tambang berteriak mengatakan salah tekan, tekan button yang berwarna merah. Seorang lelaki dengan pantas menekan button yang dikatakan oleh pak tambang tersebut. Enjin penambang pun mati dengan serta merta.

Kami semua berasa lega. Alhamdulillah, syukurlah tidak berlaku apa-apa. Kemalangan mungkin boleh terjadi jika lambat bertindak kerana penambang kami meluncur laju ke jeti. Dalam pada kelegaan itu, pak haji tadi bersuara.

"Mun enjin sikmaok mati tek, buntut kau ku cengkam ku dolok. Atiku dah kemat-kemut nangga kalan makin dekat."

Saya dan beberapa orang dalam penambang tersebut ketawa, pak tambang hanya ketawa kecil dan tidak ambil hati dengan gurauan pak haji tersebut kerana pak haji itu merupakan kawannya juga.

Sebaik sahaja sampai di pejabat, saya menceritakan kejadian tersebut kepada kawan-kawan.

"Ya baruk terer urang tua ya. Nya molah drift. Penambang boleh drift atas aek." Wenndy berseloroh setelah mendengar cerita saya.

Kami semua ketawa kerana tidak dapat membayangkan bagaimana boleh drift atas air...

1 ulasan:

  1. hahahahha...nang lawak la..dpt mek imajin ktk org lam ya..ran jak sa ati..hahahhaha..pa jak la pak tambang ya...kmk nang tetak tahap maksima la maca tok...senyum sorg2 kmk koh.. hahahhaa..tedah,mn kmk lalu jerak.mek band mek perauk tambang ya sebulan...nsb dak perauk tambang sikda jpj oh..hahhaha...

    BalasPadam