Ahad, 8 Mac 2009

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum kepada semua,

First sekali, saya benar-benar mohon maaf kerana telah lama tidak update blog ini. Hal ini demikian kerana masalah CPU yang rosak kerana kilat 2 bulan yg lepas. Selain itu, modem juga rosak dan mengambil masa untuk dibaiki.

Malam ini malam Maulidur Rasul, malam kelahiran Junjungan Besar kita, Muhammad bin Abdullah SAW. Saya menulis blog pada ketika ini sambil mendengar nasyid selawat dari kumpulan Haqqani Devotion, salah satu group nasyid favourite saya di imeem.com. Hati terasa riang gembira kerana tahun ini Maulidur Rasul benar-benar jatuh pada hari yang accurate dengan kelahiran Rasul kita beberapa ribu tahun yang lampau. Renunglah sejenak, Baginda dilahirkan pada 12 Rabiul Awwal malam Isnin. Dan yang ajaibnya, pada tahun ini 12 Rabiul Awwal juga jatuh pada hari Isnin!

Ingin saya kongsikan bersama pengalaman saya menziarahi Maqam Rasul di Madinah semasa mengerjakan haji beberapa tahun lepas. Maqam ini terletak di Masjid Nabawi, dan maqam Baginda betul-betul terletak di bawah kubah hijau Masjid Nabawi. Semasa sedang berbaris untuk ke maqam Nabi, kelihatan lorong ke maqam tersebut penuh sesak dengan manusia. ramai berasak-asak untuk mengambil peluang menziarahi maqam yang mulia ini. Dalam keadaan yang sesak dan kelam kabut itu, saya berusaha memujuk dan menyabarkan hati saya supaya lebih berdisiplin semasa berbaris.

Semasa giliran saya semakin hampir ke maqam tersebut, terasa jiwa dan hati saya tiba-tiba merasa sebak dan sayu. Aura di sekitar maqam terasa ganjil sekali, terasa ketenangan dan kesejukan menyelinap masuk ke dalam qalbu. Semakin hampir dengan maqam, perasaan saya berdebar-debar dan hati semakin sebak dan sayu. Sebaik sahaja tiba di hadapan maqam, saya tidak dapat menahan air mata saya dari terus mengalir dengan laju, saya menangis sepuas-puasnya. Saya mengambil peluang keemasan yang ada dengan menyampaikan salam yang dikirim oleh saudara dan kawan-kawan saya yang berada di tanah air kepada Rasulullah. Saya juga membaca selawat sebanyak-banyaknya kepada Baginda dengan harapan semoga Baginda berkenan memberi syafaat kepada saya di hari Kiamat kelak. Saya amat mengharapkan syafaat Baginda kerana saya ini adalah hamba Allah yang banyak sekali melakukan maksiat dan dosa.

Pengalaman menziarahi maqam Rasul tidak akan saya lupakan samapai bila-bila. Ia merupakan di antara kenangan terindah dalam hidup saya. Ingin saya nasihatkan kepada kawan-kawan semua agar memasang niat untuk menunaikan umrah atau haji agar berpeluang untuk merasai pengalaman menziarahi maqam Rasul seperti mana yang pernah dialami oleh saya.

Sungguh, pengalaman ini amat luar biasa indahnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan