Khamis, 30 April 2009

Bomoh Cina dirasuk Jin Melayu... Datuk Gong

Sepanjang hampir 7 tahun saya bekerja sebagai Asst. Engineer (Civil and Structure), ada banyak perkara dan pengalaman menarik yang saya tempuhi.Ada yang lucu, sedih, malahan misteri pun ada.

Sebagai assistant engineer, skop kerja saya ialah memastikan setiap construction work mematuhi spesifikasi dan on schedule. Kerja di tapak bina memang menyeronokkan kerana saya berpeluang untuk bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira bangsa atau agama. Dalam posting blog akan datang saya insya Allah akan menceritakan beberapa pengalaman misteri yang pernah saya alami semasa di tapak bina.

Posting kali ini saya ingin berkongsi mengenai perkara-perkara misteri yang lazim ditemui di tapak bina. Selalunya kontraktor kami (main cont atau sub-cont) adalah berbangsa Cina. Orang Cina amat percaya kepada roh dan semangat, dewa-dewi dan lain-lain. Di mana ada tapak projek, di situlah mereka membina shrine (tempat pemujaan) untuk dewa mereka. Saya bertanya dewa apa yang disembah, mereka mengatakan di tapak projek lazimnya dewa yang disembah dipanggil Datuk Kong @ Gong. Apa yang mengejutkan, Datuk ni berbangsa Melayu dan beragama Islam!

Semasa di Naim Cendera, saya pernah terlibat dalam projek PGA Camp di Batu Kawa, Kuching. Projek bernilai RM 313 juta ini merupakan yang kedua terbesar di Malaysia. Ada 6 blok untuk kediaman polis (quarters F) dan setiap satu blok dibina oleh satu sub-cont Cina. Kesemua sub-cont ini membina shrine mereka untk appease Datuk Kong di kawasan tapak bina tersebut. Bermakna, ada 6 shrine dibina untuk Datuk Kong bagi setiap blok!

Saya ternampak ada satu shrine yang berwarna hijau. Saya ingatkan safety box, rupanya shrine yang menempatkan Datuk Kong. Saya bertanya dengan tauke tersebut kenapa berwarna hijau, bukan merah seperti lazim yang dilihat. Tauke tersebut mengatakan kerana Datuk Kong berbangsa Melayu dan beragama Islam.(Mereka tahu hijau adalah (warna rasmi) agama Islam). Sajian untuk Datuk Kong tersebut juga berunsur 'kemelayuan' seperti kopi pekat, sirih pinang, rokok daun, kuih-muih, kain pelikat, songkok, malahan gaharunya juga berwarna hitam tidak seperti gaharu cina yang berwarna merah dan kuning. Orang Cina tahu gaharu Melayu berwarna hitam. Hmmm, agak melucukan juga...

Selain itu, saya juga berkesempatan melihat upacara bagaimana mereka 'merasmikan' shrine tersebut. Upacara perasmian samalah seperti memanggil Datuk Kong untuk merestui shrine yang didirikan, dan sekaligus menjemput Datuk Kong tersebut mendiami shrine yang dibina. Sempat juga si tauke offer colok kepada saya supaya participate dalam upacara tersebut kerana saya berdiri tidak jauh dari mereka. Dengan tersenyum saya menolak dengan baik dan saya menerangkan dengan lembut yang agama Islam melarang penyembahan berhala. Si tauke mengatakan Datuk Kong juga beragama Islam, malahan dia mengatakan ada orang Islam sebelum ini (pekerja-pekerjanya mungkin)menyembah dan dijemput untuk datang ke shrinenya untuk menyembah Datuk Kong. Saya ketawa di dalam hati tapi dengan tegas saya menolak dalam hikmah dan si tauke tadi menerima serta menghormati pendapat saya.

Semasa bomoh Cina itu dirasuk Datuk Kong, bomoh ini akan bercakap dalam bahasa Melayu dengan fasih sekali. Pernah juga saya mendengar kawan Cina saya mengatakan kadang-kadang si bomoh Cina ini akan menulis Jawi dengan lancar sekali walaupun dia buta Jawi. Ini semua kerana rasukan dari jin berbangsa Melayu ke dalam tubuh bomoh Cina tersebut.

Pengajaran yang saya dapat, rasukan jin adalah tanpa batasan. Jin boleh merasuk sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama, dengan izin Allah.

Semasa melayari Youtube, saya terjumpa klip video ini. Video ini mengingatkan saya kepada pengalaman melihat Datuk Kong diseru semasa menjaga projek di PGA dahulu.Insya Allah, saya akan menceritakan pengalaman lain tentang alam jin yang dipanggil Datuk Kong ini kepada pengunjung blog semua.

2 ulasan:

  1. wow.. cerita yg menarik... tq share.. :)

    BalasPadam
  2. In tbe world of engineering, one has to understand the concept. For example, stress-strain concept, Bernoulli, Boyle, conservation of energy, etc. When one understand this concept, it can be applied everywhere. The same in tbe world of genie. One has to understand the concept. Once one understand it, the application is the same. Genie is everywhere but they have favorite places to stay such mountains, big trees, big rocks, etc. They may (not must) stay at the place one wants to develop. They can speak many languages. One can give them food. However, all these are syirik. One can be successful by tbeir assistance and become rich but in hereafter one wil be thrown to hell without any question.

    BalasPadam