Jumaat, 22 Januari 2010

ESQ, Allah dan Semenanjung vs Sarawak...

Pelbagai isu yang pelik,menarik, ganjil dan tak kurang juga yang tidak berfaedah berlaku sejak akhir-akhir ini. Sebenarnya banyak juga yang hendak saya tuliskan dalam entry pada kali ini, namun memandangkan masa yang terhad dan 'mood' yang kurang memberangsangkan untuk menulis, saya ingin mengulas isu provokasi agama dan kenegerian yang berlaku dengan hebatnya ketika ini.

Sebelumnya, mohon maaf kerana lama tak update. Kesibukan dan keterhadan masa yang menghambat saya membuatkan saya tidak betah untuk menulis, malah faktor 'mood' juga mempengaruhi kerana saya berpendapat tanpa 'mood' sukar untuk saya mencurahkan idea dan buah fikiran dalam tulisan saya walaupun banyak cerita yang hendak dikongsikan bersama.

Pertama, saya hendak menjawab isu ESQ seperti yang disembangkan oleh salah seorang pengunjung dalam blog saya. Apa yang saya dapat jawab, saya enggan menjebakkan diri dalam perdebatan yang panjang kerana saya bukanlah ahli debat. Masing-masing mempunyai ilmu dan pengetahuan agama, nilailah sendiri dengan matahati yang bersih dan iman yang mantap.

Individu yang mengajak saya untuk menyertai ESQ adalah murabbi @ naqib usrah saya sendiri, yang terkenal dengan ketegasannya dalam ilmu tauhid dan tiada kompromi mengenai bab-bab bid'ah, sehinggakan beliau dituduh Wahabi. Malahan naqib kepada naqib saya itu sendiri juga merupakan alumni ESQ, anak kepada salah seorang Kiyai terkenal di Indonesia dan beliau juga berpendapat ESQ adalah perkara asas dalam Islam yang wajib dipelajari oleh semua masyarakat namun dengan kaedah penyampaian dan method yang berbeza. Kalaulah ESQ itu sesat, saya yakin naqib saya tidak akan recommend ESQ kepada saya.

Kalau Mufti Wilayah Persekutuan kata ESQ itu liberal, mengapa pula Mufti Perak komen ESQ itu baik dan bermanfaat? Soalan saya, mana satu mufti yang patut kita ikut? Nak kata Mufti Perak salah dan Mufti Wilayah Persekutuan itu betul, mereka sama-sama belajar agama. Jadi, mana titik pertemuannya? Siapa yang salah dan siapa betul?

Balik-balik, jawapannya cuma satu... tepuk dada tanya iman.

Satu lagi isu yang timbul ialah penggunaan kalimah Allah. Pelbagai reaksi dan komen mengenai isu ini. Ada yang menentang, tidak kurang juga berpendapat "Alah, takpelah. Biar diaorang guna nama Allah tu. Kan sama je? Orang Kristian pun agama samawi jugak. Diaorang pun sembah Allah jugak. Yang bezanya cuma Rasul dan konsep ketuhanan. Kita orang Islam menafikan Allah tu beranak, yang Kristian pulak beriman yang ALlah tu beranak. Itu je bezanya..." Ini yang saya dengar dari mulut seorang ustaz. Berasal dari Semenanjung. Saya agak terkejut mendengar komen ini kerana pada mulanya saya berpendapat yang orang semenanjunglah yang paling kuat menentang penggunaan kalimah Allah dalam agam Kristian berbanding orang Borneo (Sabah dan Sarawak).

Penggunaan kalimah Allah dalam Bible ini telah lama sebenarnya. Saya sendiri pernah membaca Bible yang mengandungi nama Allah di dalamnya semasa saya bersekolah di St Edmund Limbang dahulu. Bible ini diterjemahkan dalam bahasa Indonesia dan digunakan secara meluas di Sarawak. Boleh kata semua orang Sarawak (dan mungkin juga orang Sabah) dah tahu perkara ini sejak dulu lagi. Ini kerana hasil pergaulan orang Islam dengan orang Kristian di Sarawak amat luas, dan tidaklah dinafikan bahawa faktor orang Kristian lebih ramai berbanding Muslim di negeri ini berbanding dengan Semenanjung Malaysia menyebabkan pendedahan mengenai agama Kristian di kalangan orang Islam di Sarawak tersebar luas. Syukurnya, penanaman ilmu tauhid yang mantap oleh ibu bapa dan para guru agama menjadikan umat Muslim di Sarawak dapat membezakan 'Allah' orang Islam dan 'Allah' mengikut pemahaman orang Kristian. Saya sendiri pernah membuat assignment mengenai aqidah Kristian semasa saya mengikuti halaqah usrah ustaz Sarbini dan perbandingannya dengan aqidah murni agama Islam.

Apa-apa pun, perkara ini eloklah diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti ulama, pemerintah dan lain-lain. Tidak layak rasanya hendak mengulas lebih panjang mengenai isu ini. Saya bukanlah seorang ustaz atau ulama, hanya sekadar melontarkan buah fikiran dan idea sahaja.

Satu lagi isu hangat ketika ini yang marak di sebuah laman sosial ialah mengenai isu orang Semenanjung menghina orang Sarawak. Ada 2 orang individu yang telah dikenalpasti menimbulkan provokasi tersebut dengan mengatakan orang Sarawak mundur, tinggal atas pokok, banyak hutan, tidak membangun, masih memakai cawat dan sebagainya. Saya hanya ketawa seorang diri apabila membaca komen 2 orang individu ini kerana saya yakin yang menimbulkan isu ini adalah budak hingusan yang tidak tahu apa-apa. Jadi, nasihat saya janganlah terpancing emosi dengan perkara-perkara seperti ini kerana dikhuatiri akan mengeruhkan hubungan antara orang Semenanjung dengan orang Sarawak.

Kalaulah benar orang Sarawak tinggal di atas pokok, sudah tentu saya tak dapat online dan post entry ke blog saya ini. ;-)

Teringat pula saya dengan cerita salah seorang ikhwah kami dari semenanjung. Beliau bercerita,

"Pertama kali ana dapat surat disuruh posting ke Kuching, Sarawak, ana berasa sedih. Ana sedih kerana terpaksa berjauhan dengan kampung halaman dan famili. Ana berfikir negatif tentang negeri Sarawak. Ana buntu macam mana hendak menyesuaikan diri dengan suasana asing bagi diri ana bila ana sampai ke Sarawak kelak.

Ana pergi melapor diri di Kuching dengan meninggalkan keluarga ana sementara di Semenanjung. Tidak lama selepas itu, ana balik semula ke semenanjung untuk menjemput dan membawa famili ana tinggal sekali di Kuching. Anak ana bertanya kepada ana,

Anak : Abah, rumah kita kat atas pokok ke?

Ana : (dengan tersenyum) tak, rumah kita rumah batu, siap ada air-cond lagi.

Ana bawa keluarga ana round-round sekitar Kuching, malah sampai ke Miri. Ternyata Sarawak adalah sebuah negeri yang maju, banyak bangunan tinggi dan jaringan jalanraya yang pesat membangun dan moden, bukannnya mundur seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang di Semenanjung..."

Demikianlah, tak kenal maka tak cinta. Saya sendiri secara peribadi tidak menyalahkan dan menghukum semua orang semenajung berfikiran negatif terhadap orang Sarawak. Kadang-kadang, kaedah pengiklanan dan promosi negeri Sarawak yang hanya menonjolkan hutan belantara seperti yang dilihat dalam kaca televisyen menyebabkan ramai yang menyangka Sarawak adalah sebuah negeri yang penuh dengan hutan, tiada pembangunan, pakai cawat dan lain-lain. Itu yang menyebabkan orang semenanjung salah interpretasi terhadap negeri Sarawak.

Apa-apa pun, sebagai Muslim, janganlah kita bertelagah dan berkelahi kerana berbeza negeri dan tempat. Kita semua adalah sama. Ramai orang Sarawak berkahwin dengan orang semenanjung, demikian juga orang semenanjung. Ramai yang dah berkahwin dengan orang Sarawak sampai beranak-pinak. Merka hidup rukun dan damai, harmoni dalam semangat kekeluargaan.

Wallahu 'alam...

9 ulasan:

  1. salam..kmk amat tertarik dgn entry post ktk kali tok..mmm..kmk pn bkn pakar hal agama tp terkejut bila ada ustaz berkata2 gia...ustaz akhir zaman.. pasal kes kenegerian ya nang melampau la nak..segal sorg terus smua kita di pdhnya kedak ya..tp bila pikir balit it's not worth it bergaduh dgn urg yg rendah akhlak n rendah moral sbb kita akan tersaub sekali..semoga ramai yg baca blog tok n faham..

    BalasPadam
  2. salam..bro..HEHE...baik punya post ktk eii...menar bah cidak org pasti madah kita kuno....Ada yang madah kita dapat hidup hutan ler and sebagainya,,,,Apa kata org tek...Lum kenal lum cinta nak....Ustaz tuk perawat kat kuching kah...????

    BalasPadam
  3. Emma : Terima kaseh atas pujian. Ya adalah buah fikiran dan lontaran pendapat kamek. Semuanya dari Allah.

    skuadfisabilillah : terima kasih. nak ngata pandey merawat ya sik juaklah, tp tauk lah sikit2.

    BalasPadam
  4. auk kmk pun stuju dgn idea ktk ...yg isu 2 igek teratas kmk sik beranilah nak ngulas lebeh2 tapi bab cara pengiklanan negeri sarawak nang dah patut di tukar biar minda dak semenanjung pun terbuka juak..terutamanya sidak semenanjung yg diam di kpg2 pedalaman sbb yalah sik tauk gilak....

    BalasPadam
  5. Just nak minta pendapat untuk org semenanjung atau orang sarawak dolok.. Untuk kakitangan federal, apa keistimewaan org sarawak dgn org semenanjung dolok yang bekerja di sarawak tuk. Plz komen.. Adil sik kah untuk orang sarawak berbanding dgn semenanjung.

    BalasPadam
  6. salammm.. yuppss.. first tym dtg blaja kat uitm johor towk.. nang rami org madh " so ko tinggal atas pokok laa.. ko pakai cawatt ?? ko duduk rumh pnjang laa.. " tp, kdg2 trasa down gylak2 bila dgr org sitowk mdh kdak ya..errmmm.. tp, bla dgr pa nk dkata ktk ya.. , mewk sdar sarawk n smnjung sama jakk.. cuma sidak ny lowm pernah gy kat sarawk bh..so, sidak xtauk .. , sarawk lagik aman n xda kes2 moral ... peratus kes bmoral kat srwk , x sbnyak di smnjung..hehehe... :D BANGGA JADI ANAK SARAWAK..,.

    BalasPadam
  7. Kesian org semenanjung kan..

    BalasPadam
  8. SALAM ORG SWAK.EBUH JAK NGANOK ORG CDAK AGIK TERUK KLU DIBANDING KTK DI SWAK PEMALAS DAN MCM HAL DIPOLAH CDAK MMNG DAK SIKDA NNGA TV KALI.CINE HAL PALING BYK MUN SIK CDAKNYA..........HIDUP ORG SWAK I LOVE SWAK ....PERGGGGG

    BalasPadam