Ahad, 25 September 2011

Kebaikan Bersuluk


Saya pernah terbaca secara sepintas lalu dalam sebuah buku yang dikarang oleh seorang syeikh yang terkenal di Arab Saudi, mengenai manfaat dan faedah bersuluk. Saya agak tertarik dengan tulisan beliau mengenai bersuluk kerana jarang saya jumpa ulama tempatan di Malaysia menulis mengenai apa itu bersuluk.

Sebelum saya lanjutkan dengan lebih dalam mengenai bersuluk ini, bersuluk adalah proses berkhalwat atau mengasingkan diri dari orang ramai dengan tujuan untuk bertaqarrub, menyendiri dan beribadah kepada Allah, sekaligus bertujuan untuk mencapai pencerahan diri, bertaubat dan bermuhasabah diri dan menenangkan fikiran.

Profesor Dr 'Aidh Al Qarni sendiri pernah menulis buku tentang kebaikan bersuluk ini. Saya amat tertarik dengan tulisan beliau, sehingga saya sendiri terpengaruh untuk melaksanakan suluk bagi menenangkan diri.

Apa yang dibuat ketika bersuluk?

Bersuluk lebih kepada proses penyucian diri dengan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah seperti solat sunat, membaca Quran, berzikir dan bertasbih, meratap dosa-dosa yang lalu, muhasabah diri dan berdoa. Ketika proses suluk dijalankan, adalah lebih baik dilakukan secara berseorangan, jauh dari hiruk-pikuk dan kebisingan manusia. Sebaiknya ia dilakukan di masjid atau surau. Lebih baik jika dikurangkan membuat dan menerima panggilan telefon jika tiada urusan penting.

Saya sendiri pernah melakukan suluk, walaupun tidaklah sekerap orang alim yang lain. Lazimnya saya lakukan suluk jika terlalu banyak beban atau masalah hidup yang menimpa. Masalah ekonomi, tempat kerja, rumah tangga dan lain-lain akan menyebabkan fikiran menjadi kacau bilau sekaligus menyesakkan dada. Saya melakukan suluk di satu ruangan khas bilik saya, kadang-kadang saya buat di masjid yang berdekatan. Pada ketika itu, saya jarang berhubung dengan orang. Malahan sms dan panggilan telefon pun tak dilayan. Ini bagi membolehkan saya membuat tumpuan terus hanya kepada ibadah dan munajat saya.

Sesetengah orang, apabila ditimpa masalah, jarang mahu berkongsi dengan orang lain, hatta dengan pasangannya sendiri. Mungkin pada pandangannya, lebih baik dipendam sahaja di dalam hati, tak lah menyusahkan orang lain. Ada sesetengah pendapat mengatakan, orang seperti ini ego untuk menampakkan kesusahan dirinya. Saya pula berpendapat, tidaklah salah untuk berkongsi masalah dengan orang lain, asal orang tersebut boleh dipercayai dan boleh menyimpan rahsia kita. Masalah, jika dipendam terlalu lama, jika tidak diselesaikan dengan sebaiknya, atau dalam ertikata lain dibiarkan begitu saja tanpa ada alternatif untuk menyelesaikannya, akan menjadi buruk di dalam jiwa sekaligus menimbulkan penyakit seperti pasif, kurang keyakinan diri dan jumud.

Berkongsi masalah dengan orang yang dipercayai bukanlah bermaksud untuk mendedahkan kelemahan diri, tapi lebih kepada usaha untuk mencari jalan penyelesaian kerana fitrah manusia memerlukan orang lain apabila dia memerlukan bantuan. Manusia tidak dapat hidup sendirian. Begitulah hikmah Allah menciptakan manusia. Namun yang peliknya ada manusia yang berfikiran "Aku boleh selesaikan masalah ni sendiri, aku taknak menyusahkan orang lain..." tapi setelah dia gagal menemui jalan penyelesaian, fikirannya menjadi buntu dan masalah pun tidak selesai sehingga menyebabkan sakit jiwa dan lain-lain.

Tentu anda bertanya, apa kaitan masalah hidup dengan bersuluk? Bersuluk adalah proses untuk menenangkan diri dan munajat untuk memohon petunjuk Allah bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan masalah. Ummat ketika ini menggunakan cara yang salah dalam menangai masalah. Mereka lebih suka mencari jalan pintas untuk menyelesaikan masalah. Malah ada yang membelakangkan Allah, atau enggan berdoa jika berhadapan masalah. Mereka bukan sahaja ego dengan manusia, tetapi ego juga kepada Allah. Enggan meminta pendapat manusia dalam mencari jalan penyelesaian, dalam masa yang sama malas berdoa untuk diselesaikan masalah.

Saya berdoa kepada Allah agar orang-orang seperti ini diberi taufiq dan hidayah oleh Allah, dan saya berlindung kepada Allah daripada sifat ego dan sombong seperti ini.

Saya bukanlah seorang yang baik atau alim, saya sendiri banyak menanggung dosa yang lalu. Tujuan saya bercerita tentang suluk ini juga bukanlah bertujuan untuk mempamerkan amal ibadah saya, tetapi sekadar satu perkongsian bagi yang sudi menerimanya. Kalau nak diceritakan nikmat suluk, tentu anda semua akan mengatakan saya riyak dengan amal ibadah saya. Cukuplah saya katakan, menangis ketika bermunajat dan meratap ketika berdoa adalah nikmat paling indah yang Allah anugerahkan kepada saya. Pada ketika itu, cinta terhadap isteri mahupun keluarga sudah jatuh ke tangga yang kedua dan seterusnya, cinta Allah terletak di tempat yang pertama. Pada ketika itulah kita akan merasakan Allah-lah yang paling layak dicintai dan dikasihi, melebihi segala-galanya.

Wallahu 'alam bissawab...

6 ulasan:

  1. bersuluk yg sbnar memrlukan guru yg betraf murabbi sbnarnya..buat sorng2 slap2 dipusing oleh syaitan..

    BalasPadam
  2. bersuluk x boleh bercakap dgn orang lain wlupun mesej. kalau bersuluk 40hari so 40hari la xblh bercakap dgn manusia. itu cara sebenarnya. memerlukan guru musyid dlm bersuluk.

    BalasPadam
  3. carilah tarekat nasqbandi khalidiah di kl... mereka ada menjalankan suluk. Boleh buka di you tube cari Prof TG Hj Jahid

    BalasPadam
  4. Apa pun bersuluk perlu di pimpin oleh Guru Mursyid atau Murabbi terlebih dahulu , sehinggalah guru Mursyid atau Murabbi membenarkan kita melakukan sendirian barulah kita boleh melakukan sendirian ....... Apa pun carilah Guru yang Mursyid atau Murabbi dalam memipin kita berjalan menuju Allah dan Rasul . Jangn bertasauwwuf tanpa Tauhid dan feqah , takut takut nanti kamu akn tenggelam di dalam lautan nikmat tasauwwuf dlm kesesatan . Jika sesorang yang sudah merasa nikmat lautan tasauwwuf dia tidak akan mahu lagi timbul utk mencari tauhid dan feqah kerana terlalu nikmat . Namun jalan sebegitu amat bahaya dan mudah di perdaya oleh iblis ke jalan yang salah . Sia sia sahaja usaha kita nanti .

    BalasPadam
  5. Tak jumpa bukan bererti tidak ada..ada ramai tokoh-tokoh ilmuan
    dan ulama' Tasauf di Malaysia yang membicarakan mengenai
    suluk dan menulis buku mengenai suluk malah mereka juga
    mengadakan suluk di surau atau pondok khas atau lazimnya
    dipanggil Rumah Suluk dan di rumah Syeikh jikalau bilangan
    muridnya tidak ramai.

    Duduk bersendirian itu dipanggil berkhalwah atau beriktikaf.
    Suluk atau bersuluk ( lihat makna bersuluk dalam Kamus
    Indonesia ) itu adalah kombinasi perbuatan uzlah yakni
    meninggalkan rumah atu kampong menuju suatu tempat
    dan duduk terasing ( berkhalwah ) di sana selama 10 hari
    10 malam atau 40 hari 40 malam dengan pimpinan seorang
    Guru Mursyid.Jika duduk seorang diri itu namanya betapa.
    Wallahua'lam.

    BalasPadam
  6. nak bersuluk kena lah ber tareqat....... :p

    BalasPadam