Sabtu, 1 Oktober 2011

Peniaga Melayu vs Peniaga Cina...

Bukan nak perlekehkan bangsa sendiri, tapi sekadar pengajaran kepada sesetengah orang daripada bangsa kita yang memang dah beragama Islam, tapi perangai macam orang jahiliah. Orang Melayu memang dah terkenal dengan adab dan sopan santunnya, sepatutnya bila dah Islam, lebih-lebih lagilah kena berakhlak dan berbudi pekerti mulia.

Namun kerana segelintir orang Melayu yang berperangai sebegini, memberi impak yang negatif kepada orang Melayu yang lain. Lantas, orang Melayu banyak yang gagal dalam mana-mana bidang kehidupan seperti pelajaran, perniagaan dan sebagainya.

Entri di bawah saya perolehi dari kisah benar yang dialami oleh seorang blogger. Saya terjumpa blog beliau, dan tertarik dengan pengalaman beliau yang kena 'sembelih' oleh orang yang sebangsa dengannya, Orang Melayu. Semoga jadi pengajaran kepada kita semua.

melayu penipu
nak tau kenapa ramai melayu payah nak berjaya dalam bidang perniagaan? mari sini aku cerita.

melayu memang kuat juga sifat perkaumannya. kalau boleh mereka ingin membeli di kedai yang tuannya adalah melayu. bagitu juga aku. tengah hari tadi, aku beli drive shaft di kedai cina dan hantar kereta aku ke bengkel melayu.

aku : salam bang. tukar driveshaft boleh ke?

brader : boleh, barang ada?

aku : barang dah beli....

brader : minyak gearbox ada?

aku : xde. saya ingat x pyh la sebab kalau cabut drive shaft skit je keluar kan?

brader : ikut suka kau le. jahanam gearbox kau yang tanggung.

aku sedikit terasa dengan perkataan tu. aku sabar lagi. dalam 15 minit aku tunggu, baru dia suruh budak dia repair keta aku. budak praktikal je gayanya. kejap belek drive shaft aku, kejap cari spanar. macam tu lah sampai setengah jam masih terhegeh-hegeh nak keluarkan drive shaft tu.

aku perhatikan saja. malas aku nak mengutuk dalam hati banyak-banyak. sebab muka budak tu takde la ketat sangat. tengah buat kerja, boleh tinggal kejap pergi borak dengan customer lain. aduh...., aku pun malas nak cerita panjang-panjang. semua sekali makan masa dalam sejam lebih untuk tukar drive shaft dan minyak gear.

aku : berapa semua bang?

brader : ..............buat bodoh sambil duduk mengadap komputer dan buka fail....

aku : berapa bang?

brader : upah rm40, minyak gear rm30. semua sekali rm70. (tanpa memandang muka aku)

aku terus bayar rm100 dan ambil baki lalu terus ke keta. brader tu keluar dari opis dia sambil tanya aku nak resit ke tak.

"nak buat apa resit? nak claim kat bapak ko?" kata aku dalam hati.

kesimpulan daripada peristiwa ni:

inilah contoh melayu berniaga. belum kaya mana pun, customer macam aku yang pakai proton saga dilayan acuh tak acuh. lepas tu harga memang sembelih kaw-kaw punya. gila apa tukar driver shaft rm40? biasa orang ambil rm20-25 je. mentang-mentang aku pakai baju opis dia ingat aku bodoh pasal keta. dah la ambil masa sampai sejam lebih. kalau aku kasi kat cina benda ni boleh settle dalam masa 20 minit je. kerja pun kemas.

aku memang takkan pergi ke kedai tu lagi. dan aku takkan menyesal lagi kalau tak hantar keta ke bengkel melayu. malah aku kalau boleh memang tak nak beli apa-apa daripada orang melayu lagi. mereka penipu yang bersolat (tu pun kalau solat la)...

peniaga melayu memang tak berpandangan jauh langsung. tak pandai jaga hati pelanggan. kedai pun macam hidup segan mati tak mahu. suka berlagak. kalau kontraktor alamatnya kerja macam tikus baiki labu la. baik cari cina. mereka kerja sungguh-sungguh kerana mereka hargai duit. pendek kata, melayu kalau berniaga memang pandir & bodoh. penipu pun tak agak-agak. bangsa sendiri pun dia nak sebat

Blog : www.abdrahims.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum, satu kisah benar yang benar2 terjadi....sebab tu bengkel orang cina biasanya lebih maju & ramai customer dari bengkel orang melayu....

    BalasPadam
  2. Benar. bukan taknak sokong bangsa sendiri.tetapi kalau nak maju, peniaga melayu yg kureng ni kena pandai ambil hati pelanggan. berniaga bukan nak untung je, tp membina ukhuwwah dan persaudaraan.

    BalasPadam
  3. betul ..peniaga melayu nak ucap terima kasih pun payah ... kerja pun tak pro mana . Kita cuma berbekalkan semangat nak tolong melayu saja yg menyebabkan kita masuk kedai mereka ....

    mulut dahlah x manis masa layan customer ...berlagak lebih...

    Tapi ..itu bukan semua . ada juga melayu yg Pro dlm bisnes dan tahu adap layan client....

    Sabarlah mungkin ini satu kes yg boleh dijadikan iktibar supaya melyu melayu diluar sana tingkatkan lagi "service" mereka.....

    BalasPadam
  4. Betul bukan semua pomen melayu tu tak bagus tapi... yg bagus nya segelintir aje. Sama jugak dengan pomen bangsa asing... Bukan semuanya bagus tapi yg tak bagus nya segelintir aje...
    Semangat nak tolong melayu tu yg kadang² buat kita org melayu ni makan hati...

    BalasPadam