Selasa, 2 September 2008

Ramadhan Di Semerah Padi

Sebentar tadi saya telah menunaikan sembahyang Isyak dan Tarawih berjemaah di Surau kpg saya, Darul Husnul Khatimah Semerah Padi. Mengikut perancangan asal, saya sepatutnya berada di Asajaya dan menginap di sana sampai hari Jumaat, tetapi saya mengubah perancangan tersebut dgn balik terus ke rumah tengahari tadi krn hujan lebat di site menyebabkan byk kerja2 tertangguh.
Masuk mlm ketiga Ramadhan, barulah pd malam ini saya berkesempatan utk mengerjakan solat terawih di kpg sendiri, krn sebelum ini saya sembahyang di Masjid Jamek Negeri Sarawak, bersama dgn sahabat2 saya.
Sembahyang di kpg memang menyeronokkan, krn pd bulan puasa inilah ramai yg turun ke surau untuk melaksanakan solat Isyak dan Tarawih berjemaah bersama sama. Jemaah melimpah hingga ke luar surau, tua muda dan mcm2 org yg dtg untuk sama2 menyembah Allah Yg Esa. Pemandangan seperti ini jarang dapat dilihat di bulan2 lain.
Seusai 20 rakaat Tarawih, disambung pula dgn solat Witir sebanyak 3 rakaat. Selesai salam, lantunan zikir 'Allahu Ya Latif' pun bergema memenuhi surau, semua jemaah melafazkan tahlil dan tasbih memmuji muji Allah Yg Maha Kuasa.
Gema lantunan zikir itu benar2 mendamaikan hati saya. Alangkah indah nya suara zikir itu, seumpama suara malaikat yg tidak jemu2 bertasbih memuji Tuhan yg bersemayam di atas Arasy. Suara yg padu menjadi satu, melambangkan kesatuan hati penduduk kampung Semerah Padi, tempat tinggal saya semenjak 15 thn yg lalu.
Zikir itu kemudiannya disudahi dengan bacaan doa, memohon keampunan dan kesejahteraan dari Yg Maha Esa. Niat puasa dilafazkan, lalu kemudiannya tangan dihulurkan sesama ahli jemaah petanda upacara ibadah pd malam ini selesai. Bertebaranlah penduduk kpg pulang ke rumah masing2, kecuali anak2 kecil yg masih menunggu untuk bertadarus Al Quran.
Sambil memandu, saya teringatkan kisah saya yg juga turut pernah terlibat dlm majlis tadarus setiap kali Ramadhan menjelang. Kami membaca Al Quran bergilir gilir, sambil disemak oleh rakan yg lain. Selesai tadarus, kami menjamu selera pula dengan hidangan yg dibawa oleh penduduk kampung sebelumnya. Sungguh menyeronokkan!
Alangkah indahnya Ramadhan, keindahannya bukan hanya di mata, namun ia juga indah di hati sanubari setiap insan yg memahami hakikat kerohanian bulan suci dan mulia ini.
Saya Yang Fakir,
Asri bin Sapiee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan