Sabtu, 13 September 2008

Saka...

Insya Allah, dalam posting yg akan dtg, saya akan selitkan serba sedikit mengenai alam jin dan ilmu perubatan Islam, yg dgn nama lainnya Ruqyah Syari'yyah.

Bukanlah dgn niat utk menunjuk-nunjuk ilmu di dada, tetapi niat saya tidak lain bertujuan utk membersihkan aqidah ummat Islam pd ketika ini yg masih tidak faham apa itu sihir, syirik, jin, kerasukan dan lain2. Masih ramai org Islam yg mendatangi bomoh2 utk berubat dgn bomoh sedangkan telah jelas Nabi melarang kita 'consult' dgn bomoh apabila ditimpa musibah seperti sakit dll. Hukum berjumpa dgn bomoh jelas syirik dan haram.

Selain itu, saya juga bertujuan utk menerangkan kesyirikan2 yg berlaku dlm masyarakat kita tanpa kita sedari. Cthnya penggunaan wafaq, tangkal dll. Ada yg mengatakan tangkal harus dipakai, sdgkan Nabi mengutuk org Islam yg menggunakan tangkal.

Sebarang soalan boleh diajukan dalam ruangan "commnt' blog ini.

Ttg saka, berikut adalah info yg saya perolehi dari sebuah forum rawatansihir.com.

Dari segi hakikatnya, apabila moyang kita mengambil khadam
untuk jaga kebun, atau
untuk bantu dia bersilat, atau
untuk buat keris/parang dia gerak2
untuk bantu dia mengurut
untuk bantu dia kerja berat
ada kemungkinan dia telah bersetuju dengan kontrak yang mana butir-butir dia sendiri tidak faham. Mungkin sebab mereka terlalu seronok dapat khadam yang ghaib ni...
Macamlah kita sign contract pinjaman beli motor kapcai atau sign contract jadi penjamin personal loan member rapat. Bukannya kita belek atau faham pun ada ayat2 contract tu cakap.

Bila hutang tak bayar, dan along mula tunjuk2 muka depan rumah, barulah bini kita dan anak kita faham apa sebenarnya yang kita dah TERsign. Masa tu kita pun mungkin dah cabut menyorok kat Siam, nauzubillah.

Biasanya contract saka ini 7 keturunan, tetapi ada juga yang tidak sebut berapa keturunan, jadi tak habis-habislah ceritanya.

2) Untuk memastikan tiada saka, sila baca
Surah Al-Baqarah 1-17
Surah Yasin 1x
Surah Jin 1x
selama 7 hari berturut-turut. Sekiranya tiada kesan, atau tiada mimpi ganjil2, insyALLAH takda, alhamduLILLAH

Sekian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan