Sabtu, 13 September 2008

Cerita 2 hari...

Malam tadi ada Iftar jama'ei di HIKMAH Pusat Kuching. Byk ikhwah dan akhawat dari semua usrah datang utk mengisi program. Program dimulakan dgn iftar beramai-ramai, tetapi saya tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu. Selesai iftar, ada jamuan nasi kambing. Rasa rugi tak datang.

Saya datang selepas Maghrib, datang krn telah diamanahkan utk mengimamkan solat Tarawih sepertimana yg diarahkan oleh pihak tanzim. Mahu tak mahu, saya kena datang. Padahal lagi ramai ahli usrah yg lebih layak utk jd imam, saya juga yg dipilih. Namun saya ikhlaskan hati krn sayalah satu2 nya wakil dari usrah Ust Soleh utk mengimamkan salah satu dr solat Tarawih mlm itu.

Bacaan surah dikehendaki yg pjg, maksudnya, surah pendek tak digalakkan. Ini lagi satu hal, saya dah lama tak menajamkan hafalan, khuatir juga ada yg tersilap dan tersasul. Saya pilih ayat Inna rabbakumullah.. sampai beberapa ayat, pd rakaat kedua, berlaku kejadian yg memalukan berlaku, saya membaca surah Yassin, sampai pd ayat innama tun ziru manit taba'az zikra saya 'stuck', terlupa ayat apa yg selepasnya. Beberapa kali saya ulang, masih tersekat. Saya menunggu ust Muntaha menyambung dan mengingatkan ayat tersebut tp suara beliau kecil, kurang dgr. Lalu saya teruskan dengan ruku' dan sujud.

Selesai solat, saya terfikir. Apa agaknya salah saya. Mungkin perut terlalu kenyang masa berbuka tadi. Atau.... mungkin 'tersalah makan'? Astaghfirullah....

Acara diteruskan dgn tazkirah oleh ust Saudi Arof. Tazkirah ttg dakwah, perjuangan dan t/jawab sebagai muslim amat menyentuh nurani saya. Rupanya masih byk lagi tugas sbg org Islam yg belum saya tunaikan.

Habis program, saya dan Bahtiar pergi ke baruk Kpg Boyan, makan ayam penyet. Hahahaha... lama dah tak makan ayam penyet. Kenyang sampai ke sahur, waktu sahur saya cuma makan kurma 4 biji dan air sahaja. Sekarang ni pun masih kenyang. Alangkah berkatnya sahur.

Subuh tadi saya dan Jalot solat jemaah di surau Perumahan Fasa 2, ust Azmi memberikan kuliah subuhnya di sana. Sedang mendengar kuliah, Jalot menerima panggilan dari ust Sarbini yg mengatakan tayar kereta beliau pancit dpn Normah. Kami berdua bergegas ke sana dan menolong ust Sarbini mengganti tayra beliau...

Hmmm.. dlm masa tidak sampai 2 hari, banyak kejadian yg berlaku. Saya melihat kejadian2 ini dr sudut yg positif, yakni, ada beberapa hikmah yg dapat kita perolehi dan cungkil dari peristiwa tersebut. Inilah kitab kehidupan, yg Allah ajarkan kpd kita. Namun ramai manusia buta mata hatinya krn tidak mampu melihat 'kitab' yg ada di hadapan mereka.

Wallahu 'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan