Sabtu, 29 November 2008

Musim Tengkujuh Sudah Tiba

Hari ini tiada apa yang menarik berlaku di site. Kerja pun tak banyak, saya dengan Wilver lebih banyak menghabiskan masa di ofis daripada membuat site visit. Itupun kerana faktor kerja-kerja di site agak lambat. Inspection dan concreting structure juga tidak ada hari ini.

Satu piling rig beroperasi hari ini, yang lainnya rosak. Satu piling rig di mob out dari site. Ah Fong kata machine itu menyemakkan mata, sepanjang tempoh projek bermula hanya sekali sahaja machine tersebut beroperasi, kemudian ia rosak dan tidak diperbaiki sehinggalah ke hari ini. Benar-benar buang duit company.

Di ofis Wilver menghabiskan masa paginya dengan tidur. Malam tadi dia tidak dapat tidur kerana mengepung pencuri yang cuba memecah masuk ke rumah jirannya. Pukul 3 pagi baru dapat tidur. Kasihan, saya biarkan dia melelapkan matanya di kerusi depan meja saya.

Saya pula hanya layan lagu yang saya download dari internet. Di site ini hanya saya dan Wilver sahaja yang menjadi wakil syarikat perunding kejuruteraan bagi projek SMK Sadong Jaya ini. Bos jarang turun site. Seronok juga kerana bebas dan tak perlu bingung kerana diawasi bos.

Progress kerja di site agak lambat. Difahamkan 3 peratus projek ini behind the schedule. Ini benar-benar membingungkan pihak maincont, kerana saya dengar cerita yang MOE dari KL hendak declare projek tersebut 'sakit'. Kalau projek dah jatuh sakit, salah haribulan mungkin company yang terlibat kena terminate. Saya yang mewakili pihak perunding tidak dapat berkata apa-apa. Hal ini demikian kerana kami hanya terlibat dalam kerja-kerja pengawasan teknikal dan kualiti, bukan kemajuan projek.

Setelah makan tengahari dan solat Zuhur, saya dan Wilver buat site visit. Itupun sekadar jalan-jalan sahaja, kerana tidak banyak kerja yang berjalan. Saya pergi ke tapak surau yang sedang dalam proses piling. Setelah itu saya duduk dengan Ah Fong dan Ah Wong sambil bertukar-tukar cerita. Tidak banyak yang dibualkan, lebih kepada cerita lama dan peribadi. Tiada apa yang menarik.

Tengah seronok bersembang, langit pun bertukar hitam, petanda hujan akan turun. Awan berarak dengan laju seiring tiupan angin yang datang dari arah barat. Saya dapat lihat hujan mula turun dari arah airport Kuching dan Muara Tuang. Tidak lama selepas itu rintik-rintik hujan mula turun beserta dengan kilat dan guntur. Saya berlari ke arah site ofis di mana Wilver telah pun berada di sana lebih awal. Saya mengajak dia pulang terus memandangkan tidak ada kerja pada hari itu, Wilver bersetuju dan kami bergerak keluar dari site jam 3:30 petang.

Sebelum pulang ke rumah, kami singgah ke batching plant untuk witness concrete cube crush test. Ini adalah rutin harian saya sebelum pulang ke rumah, kerana batching plant ini terletak di Tambirat dan sama arah menuju ke Kuching. Setiap kali pulang saya pasti singgah ke batching plant tersebut.

Hujan pun mula turun dengan lebatnya. Musim tengkujuh sudah tiba. Selesai urusan di batching plant Kancil saya meluncur laju menuju ke bandar Kuching.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan