Rabu, 12 November 2008

Penglipur lara bernama Ah Fong part 2

Pada satu ketika, ketika sedang berehat setelah selesai melakukan pemeriksaaan tapak, saya dan Ah Fong berehat-rehat di bawah sebuah pondok bagi melepaskan lelah. Sambil minum, kami berbual-bual banyak perkara, sehinggalah mata Ah Fong tertumpu ke sepohon pokok kelapa yang berdiri tegak di salah satu tapak yang baru saja diratakan. Tapak tersebut telah ditimbus dengan pasir (sandfilling), pokok kelapa yg lain di kawasan sekitar telah pun ditebang dan dibuang ke tempat lain. Hanya sebatang pokok kelapa itu saja yang masih tinggal di tengah-tengah site.

Ah Fong bertanya kepada saya " Boss, kamu tahu ka kenapa bulldozer tidak kasi tumbang itu pokok kelapa?"

Saya melihat dan memerhati pokok kelapa tersebut, setelah berfikir sejenak, saya menjawab "Mungkin ada sarang tebuan, itu pasal dia tidak kasi tumbang dulu, kasi buang itu sarang dolok".

Ah Fong menggelengkan kepalanya, "Bukan, itu pokok ada 'benda' tinggal"

Saya mengerutkan dahi. Benda? Benda apa?. Saya berasa musykil, namun seolah-olah tahu apa yang bermain di minda saya ketika itu, Ah Fong sgera menjawab "Ada 'benda halus' boss, ada hantu!".

Saya tersenyum, begitu mudah sekali dia menyimpulkan pohon kelapa itu berhantu. Tidak adakah alasan yang lebih saintifik dan munasabah?

Masyarakat kita, yakni yang berada di zaman moden ini, walaupun telah berpelajaran tinggi dan ada yang sampai ke luar negara, masih berpegang kepada kepercayaan lama dan kuno. Tidak melampau jika saya katakan orang Melayu adalah di antara orang yang paling kuat kepercayaannya kepada alam ghaib dan mistik. Saya katakan sebegini kerana dari pengalaman meruqyah pesakit, saya dapati tidak semua pesakit mengalami gangguan makhluk halus. Ada yang sakit kerana memang faktor jangkitan kuman, ada yang disebabkan tekanan perasaan, stress dan ada juga yang mengada-ngada!

Bukanlah saya ini skeptik dengan wujudnya apa yang dikatakan jin atau syaitan, tetapi Islam telah menggariskan panduan yang betul dan lurus dalam mengimani perkara-perkara ghaib. Mengimani perkara ghaib, adalah wajib bagi setiap Muslim yang bersyahadah. Hal ini demikian kerana dalam surah kedua (Al-Baqarah) Allah telah menyatakan beriman kepada ghaib diletakkan pd ayat yang kedua dalam surah tersebut selepas alif lam mim. Allah itu sendiri Maha Ghaib, syurga dan neraka, malaikat dan syaitan, padang Mahsyar, al Mizan dan lain-lain itu semua perkara ghaib yang tidak dapat disangkal lagi akan kewujudannya.

Kewujudan jin telah banyak dibahaskan oleh para ulama sejak dahulu kala. Saya sendiri dalam pengalaman merawat pesakit kerasukan pernah diserang beberapa kali oleh bangsa jin ini. Namun alhamdulillah, dengan sedikit ilmu yg dipelajari semuanya dapat ditangani dengan izin Allah. Merawat orang kerasukan bukanlah perkara mudah, ia menuntut iman yang teguh dan keyakinan yang kental kepada ALlah. Pasrah kepada Allah dan aqidah yang benar adalah wajib bagi yang mempelajari ilmu perubatan Islam ini.

Berbalik kepada cerita pohon kelapa tadi, saya masih meragui akan kenyataan supervisor tadi. Mungkin ada sebab lain kenapa ia dibiarkan tanpa ditumbangkan terlebih dahulu. Saya mencari seorang lagi supervisor bernama Jalan, beliau berbangsa Iban dan in charge dengan kerja-kerja earthwork (layaklah beliau menyelia kerja-kerja earthwork kerana sesuai dengan namanya). Beliaulah yang membawa bulldozer dan meratakan kawasan tapak dan meninggalkan pohon kelapa tersebut tegak berdiri di tengah site.

Setelah berjumpa, saya tanya Jalan " Pok, pahal pokok kelapa ya sik ditumbang?" sambil menunjuk ke arah pokok kelapa tersebut.

"Ohhh, i sik berani numbang dolok, ada sarang tebuan sia.Nunggu orang buang sarang ya lok, baruk numbang abis". Jawab Jalan.

Sekali lagi saya tersenyum, telahan saya tepat. Tidak ada yang dikatakan hantu, pontianak, jin atau apa-apa yang mistik mendiami pokok kelapa tersebut. Hanya sarang tebuan, itu saja masalahnya.

Iman dan taqwa, itulah yang membezakan kita sebagai Muslim dengan mereka yang tidak memiliki 2 sifat tersebut. Beriman kepada Allah, menaikkan darjat kita di sisiNya. Sebagai Muslim kita tidak membuta tuli menuduh "ini kerasukan, ada jin", "ini sihir, ada org khianat" dan sebagainya. Hendaknya kita siasat dengan adil saksama, agar tidak menjadi fitnah kepada agama dan juga orang lain.

Tapi itu tidak bermakna jin tidak ada...

Wallahu 'alam

1 ulasan:

  1. Salam,

    camne aku nok follow blog ko, apa sikda ya pun button ya?

    alim kali jak blog ko, mesti nya lebih dekat dengan syurga...

    BalasPadam