Rabu, 19 November 2008

Syeikh Nuruddin blog


Alhamdulillah, surf punya surf, terjumpa blog anak murid kepada Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari. Blog tersebut mengandungi koleksi ceramah dan tazkirah yang disampaikan oleh Syeikh Nuruddin sendiri.

Secara peribadi, saya amat mengagumi Syeikh Nuruddin. Saya mengenali beliau melalui internet, yakni menonton dan mendengar ceramah-ceramah beliau yang mnyentuh isu-isu ummat Islam masakini. Kupasan, lontaran dan huraian beliau amat kemas dan menarik, penyampaian beliau yang bersemangat dan berhikmah berjaya menarik hati saya untuk terus duduk dan mendengar siraman ilmu dari lidah beliau yang fasih menuturkan wahyu-wahyu Allah yang suci.

Ulama muda berumur 50an ini berasal dari Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. Beliau juga merupakan ahli tariqat yang aktif, berilmu tinggi dan pendakwah yang cergas dan berani. Mengembara ke seluruh pelosok dunia, termasuk Malaysia adalah kebiasaan beliau dalam berdakwah. Seorang yang tawadhu', baik hati, tegas dalam menyampaikan kebenaran adalah di antara karakter yang ada pada sosok ulama nusantara ini. Beliau juga mempunyai tauliah untuk mengijazahkan 3 hizib terkenal iaitu, Hizib Bahr, Hizib Imam Nawawi dan satu lagi saya lupa namanya.

Saya sendiri mengamalkan Hizib Bahr yang saya pelajari dari ust Umar Fathullah Harun.

Anda boleh link ke blog tersebut di:-

http://www.syeikhnuruddin.blogspot.com/

Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan