Khamis, 20 November 2008

Nak Cari duit, atau duit cari kita?


Orang dulu-dulu kata, kalau nak hidup senang, kena pandai cari duit. Tapi orang sekarang kata, kalau nak jadi kaya raya, kena tahu macam mana nak suruh duit 'cari' kita. Hmmmm, logik ke tak ye?Dalam zaman serba modn ini, semua yang difikirkan mustahil satu ketika dulu telah benar-benar menjadi kenyataan. Contoh paling jelas, orang dulu-dulu tidak pernah terfikir untuk terbang di langit. Kini, setelah adik-beradik Oliver Wright telah berjaya membuktikan bahawa manusia boleh terbang di langit, semua orang percaya. Tanpa ragu-ragu lagi, orang sudah mula percaya yang pada satu ketika dulunya mustahil untuk dilakukan kini telah menjadi kenyataan dan semua orang dapat membuat sesuatu yang pernah menjadi 'mustahil' di zaman yang lampau.Terdetik di fikiran saya, adakah boleh kita mengaplikasikan perkara yang sama dalam cara kita mencari nafkah (duit sebenarnya...) dengan cara yang paling mudah dan ringkas. Ingin saya pelajari dan buat satu kaedah di mana duit yang cari kita, bukan kita yang cari duit. Saya yakin, bahawa perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Hanya takdir dan masa yang menjadi hakim untuk menentukan samada ia berjaya atau tidak.Adakah mudah untuk menjadi jutawan? Adakah mudah untuk mengaut wang dalam masa yang singkat dan cepat, tanpa melanggar undang-undang dan mengikut saluran yang betul? Adakah mustahil pemuda seperti saya dan anda untuk menjadi jutawan di usia 20-an ini? Jika benar, adakah cara ini halal dan berkat di sisi agama?Sekali lagi ingin saya lontarkan pendapat dan buah fikiran saya, ini semua tidaklah mustahil. Seperti yang kita dengar peribahasa orang tua dulu-dulu, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".


Kemahuan untuk jadi kaya amat penting. Tanpa kemahuan, tidak ada cita-cita atau mimpi. Bila tidak ada cita-cita, kita akan menjadi pasif, malah malas untuk mengatur strategi untuk menjadi kaya. Ada orang kata, "Alaaaa, dah terlambat nak belajar jadi kaya..." Adakah benar pernyataan ini? Sedangkan umur kita masih dikandung badan, dapatkah kita mengatakan bahawa kita tidak mempunyai masa lagi untuk menjadi kaya?Rasulullah sendiri pernah bersabda, jika ada benih di tangan kita untuk ditanam, walaupun kiamat akan datang dalam tempoh sedetik saja lagi, maka tanamkanlah ia.Hmmmm... renung-renungkanlah hadis di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan