Jumaat, 13 Mac 2009

Ruqyah di Hospital

Saya cuti pada hari ini, kerana hendak renew lesen kereta dan lain-lain urusan. Selain itu, saya juga bersama dengan emak pergi ke Tabung Haji untuk survey harga pakej umrah. Emak akan pergi umrah dengan abang, Tomo, Adie dan kemungkinan Usu Wet juga akan pergi sama.

Kemudian saya dengan emak pergi ke The Spring. Emak ingin nak makan aiskrim. Mula2 pergi ke McD tetapi mesin aiskrim rosak. Semasa sedang menikmati aiskrim di Sugar Bun The Spring, Abg Man call. Saudaranya ada hajat. Anak saudara Bg Man mengalami obesiti yang agak kronik. Sekarang ini berada di ICU Hospital Umum Sarawak. Emak kepada si pesakit minta dibuatkan air penawar dan ruqyah.

Saya pergi ke hospital seusai solat Maghrib. Saya pergi berseorangan. Wan Sudirman tidak dapat menemani saya kerana balik kampung di Sebuyau. Saya redah hujan yang turun membasahi bandar Kuching semenjak petang tadi. Di tingkat 6, wad ICU, mata saya melilau mencari katil pesakit, katil no. 26. Setelah ketemu, saya bersalam dan bermesra sebentar dengan keluarga pesakit, sambil menanyakan simptom-simptom si pesakit. Emak si pesakit mendakwa anaknya sering berkhayal dan kuat makan. Tanpa melengahkan masa, saya memulakan ruqyah dan membuat air penawar.

Selesai ruqyah, emak pesakit menghulurkan sejumlah wang. Saya menolak dengan baik, dengan mengatakan niat saya ikhlas dan hanya hendak menolong. Emak pesakit mendesak agar saya menerima wang tersebut. Saya terpaksa menerima demi untuk mengambil hati beliau.

Belum habis di situ, keluarga pesakit katil sebelah juga berhajat kepada saya untuk meruqyah dan membuat air penawar kepada mereka.

Saya berbual dengan perempuan yang menjaga si pesakit yang merupakan anak saudara kepada pesakit. Pesakit mengalami koma selama sebulan, kerana menghidap jangkitan kuman dalam otak. Doktor telah merawat si pesakit dan kuman-kuman juga sudah dimusnahkan, namun si pesakit masih belum sedar untuk tempoh yang lama. Saya memulakan rawatan dan membuat air penawar untuk pesakit tersebut. Saya juga berdoa agar si pesakit sembuh dari penyakit yang dideritainya.

Selain anak saudara, ada 2 lagi perempuan yang bersama dengan si pesakit. Seorang tua dan seorang lagi separuh baya. Saya menanyakan anak-anak si pesakit, mereka mengatakan pesakit tidak mempunyai anak. Saya terkedu sebentar.

Selesai ruqyah, saya berpesan kepada saudara pesakit agar berikhtiar untuk mencari air Yassin dan dibuat minuman untuk pesakit. Selain itu saya juga menasihatkan mereka agar bersolat Hajat dan banyakkan sedekah dan doa. Semoga dengan sebab doa dan sedekah mereka Allah menyambuhkan si pesakit.

Tiba-tiba perempuan tua tersebut menghulurkan sampul wang kepada saya. Saya terkejut dan menolak dengan baik. Sekali lagi saya menerangkan kepada mereka bahawa saya menolong dengan ikhlas. Perempuan tua itu mendesak supaya saya menerimanya kerana dia juga berniat untuk bersedekah. Sekali lagi saya terpaksa menerima dengan hati yang berat kerana untuk mengambil hati mereka.

Semasa memandu kereta untuk pulang, masih terbayang wajah si pesakit dan keluarga mereka. Saya dapat rasakan harapan terpancar jelas dari riak muka keluarga si pesakit. Awal saya jelaskan kepada keluarga pesakit, bahawa saya hanya berusaha dan berdoa, selebihnya ketentuan Allah. Allah lah penyembuh yang mutlak. Saya tidak berkuasa apa-apa.

Terasa sayu dan tersentuh hati kecil saya, apabila mengingatkan wajah perempuan tua (mungkin adik beradik atau saudara dekat pesakit) yang menghulurkan wang kepada saya tadi. Saya yakin mereka mungkin orang kampung yang hidup susah. Terbayang juga keikhlasan pada wajah mereka. Mereka amat mengharapkan pertolongan saya tadi. Dan mereka juga amat berterima kasih apabila saya sudi mendoakan dan membuat air penawar untuk saudara mereka yang sakit. Benarlah kata orang, hati akan tersentuh apabila kita ikhlas. Dan itulah yang terjadi kepada saya sebentar tadi.

Sampai di rumah, saya melaksanakan solat hajat dan bacaan Yassin untuk kedua-dua pesakit yang saya ruqyah sebentar tadi. Saya amat berharap agar Allah berkenan menyembuhkan mereka berdua.

Amin...

1 ulasan:

  1. bang ajeri,kmk da nk jmpa ktk koh..pasal tok..lom gik kita jmpa oh? insyallah kmk mok jmpa ktk..nk mntk sedikit ayek pnawar juak.. ktk nang bait ati bah..mdhn2 doa ktk dimakbulkan Allah.amiin..

    BalasPadam