Sabtu, 25 April 2009

Kisah Jin Hangus...

Hari ni memang panas. Membahang sampai darah naik ke kepala. Kadang-kadang boleh pening kepala dibuatnya. Walaupun waktu solat Subuh, udara masih terasa panas. Selalunya saya solat Subuh tanpa memasang kipas angin, tapi dalam seminggu dua ni terpaksa pasang kipas angin full blast kerana cuaca yang panas sangat.

Pagi tadi ada majlis doa selamat dan kesyukuran untuk anak sepupu saya yang bernama Mohd Mikhail. Sepupu saya, yang lebih mesra dipanggil Yoyo adalah di antara sepupu saya yang paling rapat. Saya berangkat ke majlis tersebut kira-kira jam 9 pagi.

Sebaik saja sampai, saya bersalam-salaman dengan tetamu dan juga pakcik-pakcik saya. Semasa bersalam dengan uncle Salleh, dia menceritakan tentang ayah kepada salah seorang staf di ofis nya yang merupakan seorang ustazah. Ayah kepada ustazah ini telah uzur untuk masa yang lama. Menurut kata anaknya, bapanya memiliki saka. Wallahu 'alam.

Peristiwa ini berlaku di Kampung Buntal. Saya rasa kisah ruqyah ini telah saya ceritakan dalam posting blog yang lepas. Setelah 2 minggu berlalu, uncle Salleh menceritakan yang salah seorang abang kepada ustazah ini melihat seekor jin telah hangus terbakar, manakala selebihnya ingin masuk Islam. Menurut abangnya, jin yang tinggal dalam badan bapanya merupakan sebuah keluarga. Semasa sesi interview dengan keluarga si pesakit, mereka mengatakan abang kepada ustazah ini juga diganggu jin dan dikatakan bahawa jin tersebut juga ingin bersahabat dengannya, tetapi lelaki ini menolak. Akibatnya, lelaki tersebut memiliki keupayaan melihat alam ghaib, dan kalau tak silap saya, selalu juga kena kerasukan.

Saya terdiam apabila mendengar cerita uncle Salleh. Saya insaf dengan kejadian ini, saya sedar saya seorang yang banyak dosa, tetapi walaupun demikian Allah berkenan memakbulkan doa saya semasa merawat si pesakit. Terasa malu sekali bila mengenangkan perkara ini.

Semoga Allah menerima amal kebajikan yang saya lakukan. Semoga Allah mengampuni semua dosa dan kesalahan saya. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan