Selasa, 26 Mei 2009

Sehari bersama Radzi dan Hari Keluarga SPNB

Jumaat lepas, saya dan Radzi keluar makan malam bersama. Saya telah berjanji dengan Radzi untuk mengambil kereta Kembara di pejabat untuk kegunaan pengangkutan ke Lundu pada keesokkan harinya. Hari Sabtu merupakan hari keluarga SPNB, pada peringkat awal rancangan saya menumpang kereta Kelisa Radzi untuk ke sana. Namun setelah mendapat tahu yang jalan ke Lundu tidak berapa bagus, kami bercadang menggunakan kereta pejabat untuk ke sana. Boss pun dah setuju hasil 'pujukan maut berbisa' dari Radzi. Hal pujuk-memujuk bos berkenaan dengan meminjam kereta ofis saya serahkan kepada Radzi, kerana saya tidak pandai memujuk, tambahan pula Radzi memang rapat dengan bos.

Radzi mengambil saya di rumah jam 9:15 malam. Kami ke Kafe B yang terletak di Jln Hj Taha untuk menikmati makan malam. Radzi memesan nasi ayam penyet (makanan rasmi staf SPNB pada hari Jumaat, selepas solat Jumaat) manakala saya pula memesan mi hong kong. Saya menelefon Harun dan Saiful, mengajak mereka berdua untuk join sekali makan malam bersama kami. Saiful berada di E-Mart dengan keluarganya, manakala Harun pula dah keluar dengan kawan-kawannya yang lain. Merajuk agaknya. Hehehehe...

Saya menghabiskan hidangan saya dengan tekak yang 'kembang'. Mi hongkong yang saya makan tidak sedap, sotongnya pun dah tak fresh. Hmmm, kalau tidak mengenangkan perut yang lapar, memang saya tinggalkan mi tersebut begitu saja. Lagipun, tak elok buang makanan, membazir.

Pelbagai perkara yang dibincangkan antara saya dengan Radzi, lebih kepada perancangan untuk ke Lundu esok hari. Saya akan membawa kereta Kembara ke rumah kerana rumah Radzi tiada tempat untuk parking kereta. Saya akan mengambil Radzi kira-kira 1 petang dan akan konvoi bersama dengan Sir Habeeb yang turut berangkat dengan staf-staf SPNB yang lain.

Selesai makan malam, saya mengajak Radzi untuk minum di Bing! Cafe. Saya menghantar sms dan menelefon Anan untuk mengajak dia join kami berdua untuk minum di sana. Anan mengatakan yang dia akan menyusul jika sempat menyiapkan kerjanya. Saya dan radzi pergi dahulu ke Bing!.

Di Bing!, kami lebih banyak berbicara mengenai diri masing-masing. Saya berkongsi kisah dengan Radzi dan begitu juga dengan Radzi. Demikianlah, saya berusaha untuk mengenali staf SPNB seorang demi seorang setelah 5 bulan bekerja di SPNB. Kalau nak approach semua sekali memang susah, kena ikut step by step. Saya dapati setiap staf SPNB mempunyai karakter yang tersendiri dan masing-masing berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini mendidik saya untuk bijaksana dalam pergaulan dan komunikasi dengan orang sekeliling.

Saya dapati Radzi merupakan seorang kawan yang baik, good listener dan suka bergurau. Sekali imbas, memang nampak seperti anak orang berada, glamor dan sukakan kemewahan dan enjoyment.Tapi sebenarnya dia seorang yang biasa, suka bergaul dengan orang lain,dan Radzi bukanlah seorang yang sombong, dia lebih tawadhu dan sangat humble. Peribadi humble dalam diri Radzi menyebabkan ramai orang senang mendampinginya.

Radzi...Satu Kisah
Radzi banyak berkongsi kisah dan pengalamannya pada malam tersebut. Salah satu cerita mengenai Radzi yang menarik perhatian saya ialah Radzi pernah bekerja sebagai bartender @ pembancuh minuman keras di salah sebuah kelab eksklusif di Kuching. Minuman yang sering dibuat ialah cocktail, iaitu sejenis minuman campuran pelbagai
jenis liquor dan arak jenis mahal. Ada sejenis minuman cocktail (saya lupa namanya...), yang sering diorder oleh pengunjung bar tersebut, dan saya difahamkan yang cocktail jenis ini paling mahal kerana ia merupakan campuran lebih 22 jenis liquor! Radzi juga mengatakan ada cocktail yang 'diminum' dalam api, iaitu cocktail yang dicucuh api di permukaannya. Minuman ini mesti diminum menggunakan straw dengan sekali shot! Masya Allah.

Walaupun demikian, Radzi tidak pernah minum minuman keras di kelab tersebut. Dia hanya bekerja dan tidak lebih dari itu. Radzi resign dari pekerjaan tersebut setelah salah seorang dari keluarga terdekatnya meninggal dunia secara mengejut, meninggal dalam tidur.

Kesimpulan yang saya dapat dari kisah Radzi ini ialah, walau bagaimana corak hidup seseorang hamba Allah itu, namun jauh di sudut hatinya masih ada fitrah yang suci lagi bersih. Insaf akan menerpa datang jika Allah berkehendak untuk menunjukkan jalan hidayah kepada hambaNya. Saya berpendapat inilah yang berlaku kepada Radzi yang mana kematian salah seorang saudaranya menjadi sebab untuk dia meninggalkan pekerjaan tersebut.

Kami meninggalkan Bing! setelah jarum jam menunjukkan jam 12:30 pagi. Mata dah mula mengantuk, saya dan Radzi menuju ke ofis untuk mengambil Kembara. Kami berpisah setelah itu.

Esoknya, Hari Keluarga SPNB di Beach Retreat, Lundu. Semua staf berkumpul di sana pada sebelah petangnya. Pelbagai aktiviti menarik dibuat, antaranya ialah permainan bola tampar, bola sepak pantai, mandi laut dan swimming pool dan lain-lain.
Dari kanan : Saya, Harun dan Radzi. Selepas sarapan pagi.

Sebelah malam pula acara dinner dengan semua staf. Bos menyampaikan ucapan dan amanat kepada semua staf. Sambutan harijadi juga diadakan kepada staf yang menyambut hari jadi bulan ini, di antara staf yang menyambut harijadi bulan ini ialah Airwan, Dyg Aziza, Wenndy, Shimani dan Sir Habeeb. Kami mengadakan pelbagai acara menarik selepas dinner dan sesi bergambar juga diadakan pada malam tersebut.

Demikianlah yang berlaku kepada saya weekend yang lepas. Mudahan kenangan manis ini sentiasa terpahat di ingatan saya sepanjang hayat, insya Allah.

5 ulasan:

  1. ceritanya ringkas tp very uplifting. reminded me of my own 'hijrah' 7 years ago. i've always craved for life transition. bak kata org melaya sering mendambakan perubahan sbb nak bg kamek penghijrahan/transition is such a rewarding learning experience. bukan senang nak merasa kewujudan Allah dlm setiap hembusan nafas kita & mek rasa proses transition is where you can actually witness it and feel it to the cell of your being. love your writing. i'm captured by it. keep up the effort

    BalasPadam
  2. Terima kasih,azzahrah di atas komen tersebut. Tulisan dlm blog tok,selain dari berkongsi pengalaman, kamek juak bertujuan utk merenung dan menyampaikan pengajaran dalam kisah yang berlaku di sekeliling kita. Tetaplah dalam mengikuti blog kamek krn insya Allah akan menyusul lagi bberapa cerita yang menarik.

    Mudahan dirahmati ALlah

    BalasPadam
  3. salam ajeri (is that your full name btw?). you're such a learner. your writing is clear-cut straight from the heart. bagus ya ajeri. sik semua org dapat speak up their mind in narrative form in such a laid back means utk tatapan laymen/public audiences.
    i can't agree more about views on life experiences. bak kata org puteh & kamek suka philosophy tok, there is no such thing as a life experience too awful to be capable of transforming into a blessing.
    may Allah bless you as well ajeri. a job well done on this educational site :-)

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas pujian ya. By the way, full name mek ialah Asri.

    Keep on baca blog kamek, mun boleh tolong promote blog kmk ngan kwn2, ingin juak dgr comment sidak. Tq.

    BalasPadam
  5. Insya Allah, boleh jak nak nulong panjangkan permintaan Asri. Yalah masa di kolej dolok, sik pernah familiar dengan Asri. Maybe sebab kamek 2 thn ajak di sia.

    Keep up the effort. Salam.

    BalasPadam