Sibu
Sarikei
Lama dah tak merawat, belum ada lagi kes sihir atau kerasukan yang saya dan sahabat saya Wan Sudirman terima dalam semenjak dua ini. Alhamdulillah, at least dapat juga rehat sekejap dari bertempur dengan jin. Yang ada cuma kes ringan seperti bayi menangis malam, buang azimat dan sebagainya. Ini saya selesaikan dengan cara menyediakan air penawar dan lain-lain.
Cerita hotel berhantu kerap kerap kali kita dengar dari cerita atau borak-borak dengan kawan-kawan kita. Sejauh mana kesahihan cerita, wallahu 'alam, Allah lebih tahu. Boleh jadi cerita hanya sekadar hiburan, dan tidak mustahil juga da kebenarannya.
Saya ada pengalaman tinggal di hotel yang dikatakan berhantu. Peristiwa ini berlaku semasa saya bekerja sebagai Pembantu Teknik di JHL Consultant, sebuah syarikat kejuruteraan yang mempunyai projek di Sungai Sian, Bintangor.
Saya dan Faizul (rakan sekerja saya di SPNB, dulu Faizul bekerja di Ecoplan Sdn Bhd, main contractor bagi JHL Consultant)kerap ulang alik ke Bintangor bagi menyelia projek tersebut. Kami menginap di hotel W**** Inn, yang terletak di pinggiran bandar Sarikei. Hotel ini juga terletak tidak jauh dari sebuah perkampungan Melayu, dan di belakang hotel tersebut ada sebuah tanah perkuburan Islam.
Kalau ada site visit di Bintangor, hotel inilah yang menjadi tempat penginapan kami. Saya dan Faizul kalau ke Sarikei, pasti tidak melepaskan peluang untuk ke Sibu, dengan menggunakan feri Lanang. Pada ketika itu sungai Rajang yang memisahkan Sarikei dan Sibu belum ada jambatan, maka ferilah yang menjadi pengangkutan utama untuk ke seberang. Perjalanan dari Sarikei ke Sibu hanya memakan masa kira-kira 45 minit sahaja.
Di Sibu saya dan Faizul mengambil kesempatan untuk bersiar-siar dan membeli belah. Barangan yang sering menjadi sasaran kami ialah VCD dan DVD cerita yang belum atau sedang dimainkan di wayang. Untuk makluman, di Sibu memang banyak VCD dan DVD 'lanun'. Selain itu di Sibu juga terkenal dengan pulut panggangnya yang enak dan lemak rasanya.Buah dabai juga banyak di Sibu, tapi ikut musim. Harga buah dabai di Sibu lebih murah jika dibandingkan dengan Kuching, kalau di Sibu sekilo hanrganya RM 6 atau RM 7, di Kuching pula boleh mencecah sehingga RM 10 atau RM 15 sekilo! Ini boleh didapati di Pasar Tamu Sibu, terletak di tengah-tengah hiruk pikuk bandar dan tidak pula jauh dari sungai Rajang. Di pasar tamu ii pelbagai bangsa yang menjadi peniaga di antaranya ialah Melayu, Cina, Melanau, Iban dan lain-lain.
Wisma Sanyan juga menjadi destinasi utama kami, manakala untuk makan-makan kami lebih suka menjamu selera di Taman Harmoni. Di situ banyak gerai makanan dan kita boleh memilih pelbagai jenis makanan yang disediakan.
Lazimya kami ke Sibu pada sebelah malam, maka bila pulang hotel di Sarikei, malam semakin lewat. Oleh kerana keletihan, Faizul tidur lebih awal manakala saya pula masih menonton televisyen. Kira-kira jam 1:30 pagi, saya pun memadamkan lampu dan tv untuk tidur. Belum lama saya melelapkan mata, telinga saya terdengar sesuatu.
"Eekkkkk....eeeeeeeekkk"
Suara seperti orang tua yang menangis (atau ???) di tingkap sebelah katil saya. Saya cuba mengamati suara tersebut. Nak kata suara orang tua bukan, suara budak pun bukan, suara binatang jauh sekali. Apa yang peliknya, suara tersebut berpindah-pindah, sekejap di tingkap, sekejap di hujung katil saya, kemudian di pintu bilik, akhir sekali di luar pintu bilik. Bulu roma meremang, tetapi saya kawal diri saya dari perasaan panik. Saya fokuskan fikiran saya kepada Allah dan zikir sirr di dalam hati.
Setelah yakin suara tersebut hilang, saya membangunkan Faizul. Saya tanya dia sama ada dia mendengar atau tidak suara itu tadi. Faizul mengatakan dia tidak mendengar apa-apa kerana dah nyenyak tidur.
Saya yakin saya tidak bermimpi kerana saya masih lagi bangun ketika mendengar suara tersebut. Oleh kerana malam semakin larut, saya membaca Ratib Imam Abdullah al Haddad dengan niat untuk menenteramkan hati dan 'perisai perlindungan diri' dari gangguan yang tidak dikehendaki sebelum saya tidur.
Difahamkan pada ketika itu, di Sarikei sedang popular dengan cerita hantu Tenggalan @ Bebalan @ Penanggal. Seperti yang kita sedia maklum, hantu jenis ini adalah hasil dari individu yang mempraktikkan ilmu sihir untuk kepentingannya sendiri.
Atau... memang hotel tersebut berhantu?
Saya enggan terlalu memikirkan peristiwa tersebut pada keesokan harinya, khuatir menjadi fitnah kepada hotel tersebut. Namun apa yang nyata, ada sesuatu yang 'kurang beres' pada malam tersebut, sama ada hotel tersebut keras dan berpenunggu ataupun sesuatu mengiringi saya dan Faizul dalam perjalanan pulang dari Sibu pada malam tersebut.
Pada ketika saya menulis cerita ini, saya sedang berseorangan di rumah. Sepanjang menulis, dada terasa berdebar, seolah ada 'sesuatu' yang memerhati.
Ada jin kah?
Sebagai langkah keselamatan, saya menyembur rumah dengan Penyembur Musoffa yang telah diruqyah untuk mengelak dan menghapuskan gangguan, dengan izin Allah.
Wallahu 'alam.
Tips Berguna Untuk Yang Tinggal Bersendirian di Hotel.
1. Sebelum masuk, baca Bismillah di muka pintu dengan suara yang keras (jangan menjerit).
2. Lihat keadaan dalam bilik, jika bilik nampak 'menyeramkan', sila tukar bilik dengan segera.
3. Jika anda malas nak tukar bilik, ikut kaedah yang dinyatakan di bawah:
- Buka tingkap bilik
- Ambil air segelas, letak tepi sejadah
-Buat sembahyang hajat yang ringkas, berdoa dan mohon kepada Allah untuk perlindungan.
-Selesai doa, sentuh air dengan jari, dekatkan dengan bibir dan baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Kursi sekali, dan 4 Qul masing-masing sekali.
- Hembus pada air, kemudian renjis ke seluruh bilik ikut lawan jam
- Jika ada botol penyembur, boleh gunakan botol penyembur tersebut bagi menyembur air penawar ke seluruh bilik. Ini memudahkan lagi kerja.
- Setelah selesai, tutup tingkap setelah 10-15 minit.
- Jangan sembur dalam tandas.
- Sebelum tidur, kibas tempat tidur dengan kain 3 kali sambil baca Bismillah
- Baca doa atau mana-mana ayat suci sebelum tidur. Tidurlah dalam keadaaan berwudhu'.
- Tawakkal lah sepenuh hati kepada Allah.
Mudahan bermanfaat.
Cantik la blog awak... sya suka crita awak dan nasihat awak... sangat menarik.. ^^
BalasPadammemang keras pun hotel ya.... macam2 gik kamek cerita mek dengar. ada cgek bilit ya nang dikosongkan sebab terlalu keras. Tapi mun dah penuh gilak, tpaksala dipakei. nang kesian la org makei bilit ya. huhu
BalasPadamkenapa hotel tu berhantu.spe duk bilik yg kers tu psti tekencing malam. sya nak tau sebelum hotel tu dibina kawasan tu tempat ape. klau kubur sah lah htel tu berhantu.
BalasPadammeh sini nak dengar tak cita lubok degong bidor perak.lubok ni dikenali sebagai waterfall atau changwaterfall. lubok ini dikenali di daerah bidor je. lubok ni ade banyak tapi 4 buah lubok je yg di pangil lubok 1 2 3 dan 4 lubok 1 tu orang kte ade terowong yg boleh tembus 2 haluan iaitu tapah dan tlk.intan lubok 1 tu dah banyak makan orang tiap2 tahun tapi diorang buat tak heran pun. diorang kte tempt tu keras tetapi remai pegunjung datang nak mandi sya pun heran diorang dah tau lubok tu setiap tahun makan orang tapi diorang degil sangat. kalau nak mandi di lubok 1 takpe tapi mulut jangan celupar nanti termasuk bawah tempayan tu pulak ohh.. sye hampir terlupa lubok 1 tu bawah die ade bentuk tempayan.orang kate bila orang lemas bende tu sorok mayat bawah tempayan tu orang cari tak jumpa2 sampai 2.3.4 hari baru bende tu timbul mayat. tu kalau tkut mandi lubok 1 pegi mandi kat lubok23 dan 4 lubok tu tak bahaye sangat ok lh lain kali saye cite lagi..
BalasPadam