Assalamualaikum,
Maaf kepada semua pembaca kerana lambat update blog. Keletihan dan kesibukan setelah pulang dari outstation, ditambah dengan 'mood' yang kurang untuk menulis menjadikan saya lambat untuk update cerita.
Kembara Keinsafan di Bekenu, Sibuti.
Kembara ke Miri kali ini adalah untuk buat handing over rumah kepada peserta RMR, juga site inspection bagi rumah-rumah yang masih under construction. Namun out station kali ini sebenarnya lebih kepada kerja untuk interview bagi applicant Rumah Mesra Rakyat Skim Pembesaran Kampung di Kpg Majelin dan Kpg Rancah-Rancah yang terletak jauh nun di Bekenu, kira-kira 46 km dari bandaraya Miri. Bekenu terletak dalam daerah Sibuti dan merupakan sebuah pekan kecil yang majoritinya adalah penduduk berbangsa Kedayan dengan populasi yang majoriti diikuti dengan bangsa Melayu, Iban dan Cina.
Bekenu sebuah pekan yang damai aman tenteram. Mungkin kerana kedudukan dan lokasinya yang agak jauh dari bandaraya Miri menyebabkan kurangnya pengaruh kemodenan ke atas pekan ini. Perjalanan dan kembara di Bekenu banyak memberi pengajaran dan hikmah kepada saya kerana berlakunya perkara-perkara yang tidak saya ketahui telah saya alami di sini.
Sepanjang tempoh interview, yang diurus oleh saya sendiri, Harun, Faizul dan Airwan dari SPNB manakala Abg Zaidan dan Abg Aziz pula dari Housing Development Corporation (HDC), saya telah bertemu dengan pelbagai gelagat dan karenah pemohon. Ada yang sedih merayu-rayu minta diluluskan permohonan, ada yang jenaka dan tak kurang juga ada pemohon yang 'sombong bodoh' @ ego semasa diinterview. Kami tangani semua karenah pemohon dengan hemah dan bijaksana kerana sudah sedia maklum dengan keadaan ini berdasarkan pengalaman yang lalu.
Kami juga terkejut semasa pemohon diinterview apabila kami mendapat tahu bahawa banyak kampung di area Sibuti dan Bekenu ini masih tidak mempunyai bekalan air dan elektrik. Jalanraya pun masih tanah merah dan berdebu, pengangkutan air seperti bot sangkut masih menjadi pengangkutan utama dan kebanyakan pemohon adalah bekerja sendiri seperti peladang, pekebun dan ada juga jadi kuli ladang. Purata pendapatan penduduk adalah RM 500 ke RM 1000, agak menyedihkan juga. Bagaimana mungkin ini semua masih terjadi dalam tahun 2009, ketika kita sudah ada yang mampu menjejak kaki ke bulan namun masih ada yang tidak dapat menikmati bekalan air bersih dan elektrik seperti mana yang dinikmati oleh penduduk bandar?
Apa yang terjadi di Bekenu sebenarnya memang benar-benar ada. Ketiadaan air semasa hari pertama di Pejabat Daerah Sibuti benar-benar menyulitkan saya dan rakan-rakan lain untuk bersembahyang. Untuk berwudhu' sahaja saya terpaksa turun naik bukit bagi mencari air untuk berwudhu dan solat. Solat Jama'-Qasar Ta'khir saya lakukan di rumah rehat kerajaan yang terletak di bawah bukit. Apabila saya dapati di rumah rehat tersebut tiada air kerana air sungai surut, saya bertayamum bagi mengharuskan solat. Namun hati was-was kerana sumber air masih ada (yakni sungai) lalu saya batalkan solat untuk naik ke bukit yang mana terletak pejabat pos di atasnya dan memiliki tangki simpanan air hujan. Saya berwudhu' di situ dan turun bukit menuju ke rumah rehat untuk bersolat.
Ternyata kalau hati sudah membuak-buak nak solat, walau apa kesusahan sekalipun akan tetap ditempuhi. Benarlah kata-kata orang tua kalau hati kuat semua jadi insya Allah. Semoga Allah memelihara dan menguatkan iman saya.
Pertemuan dan Dialog Dengan Bomoh Kedayan
Hari pertama tiba di Miri kami buat handing over kepada salah seorang peserta RMR iaitu En Soontak Bin Ali. En Soontak merupakan orang kampung Usaha Jaya, Batu Lapan Miri. Semasa sesi handing over dijalankan, saya dimaklumkan oleh Harun mengenai En Soontak, iaitu beliau merupakan seorang bomoh bagi bangsa Kedayan. Saya mengambil kesempatan untuk 'mencungkil' ilmu bangsa Kedayan ini dengan menemuramah en Soontak dan Alhamdulillah beliau sedia memberi kerjasama.
Kami berbual di bilik rawatan beliau. Bermacam-macam perkara saya tanyakan,termasuklah ilmu Bitas (ilmu sihir yang menyebabkan kemaluan tumbuh di dahi), ilmu Berak Rotan (si penyihir akan mengenakan orang yang dituju sehingga menyebabkan berak mengeluarkan rotan dan tidak putus-putus, jika rotan ini ditarik akan menyebabkan maut dengan izin Allah kerana usus akan terikut tertarik keluar sama)ilmu Pengasih Kedayan dan lain-lain.
Tidak ketinggalan Harun juga bertanyakan banyak soalan seperti Pengait (penyamun potong kepala dengan tujuan menyemah bangunan yang sedang dibina), hantu Gegalas (sejenis hantu laut), dan lain-lain.
En Soontak turut memperlihatkan kepada saya dan Harun koleksi minyak pengasih beliau yang beliau perolehi dari bomoh-bomoh yang lain. Selain itu, kami juga melihat beberapa keping gambar lelaki dan perempuan yang beliau gunakan untuk dipuja sebagai pengasih. Beliau menerangkan kepada kami, ramai orang datang berhajat kepadanya jika ingin berkahwin atau jatuh hati kepada seseorang, mereka dikehendaki memberi gambar untuk dipuja dan dikemenyankan. Orang yang dipuja itu akan jatuh hati dalam tempoh seminggu paling lama. Saya dan Harun memerhatikan setiap keping gambar tersebut. Memang banyak orang yang 'dikenakan' oleh en Soontak, dan beliau mendakwa boleh kata semua gambar yang dipuja beliau 'menjadi'.
Sempat juga En. Soontak memperlihatkan kepada saya dan Harun minyak pengasih yang 'hidup'. Minyak ini digantung di jari dengan menggunakan benang dan apabila dipuja dan dibaca mantera, ia boleh berpusing sendiri. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya bagaimana botol berisi minyak pengasih itu berpusing dan berputar sendiri walau pada ketika itu tiada tiupan angin atau anasir lainnya yang boleh mempengaruhi pergerakan botol tersebut.
Kemudian En. Soontak menunjukkan kami sekeping gambar, yang menyebabkan saya dan Harun terkejut...
"Aku baru pulang dari KL, ada artis sorang ya (itu) minat ngan (dengan) Datuk. Tok (ini) aku nulong(tolong) nya(dia)."
Kami melihat gambar tersebut dengan terkejut. Ternyata artis yang ditunjukkan memang artis terkenal. Kalau saya sebut nama memang anda semua terkejut. Kemudian ada pula gambar seseorang yang didakwa sebagai Datuk. Saya dan Harun memang benar-benar terkejut, seolah-olah sukar untuk percaya.
En. Soontak hanya tersengih dan tersenyum...
Kami meninggalkan rumah En. Soontak selepas itu. Ternyata En. Soontak memang baik orangnya. Beliau sudi memberi kerjasama dan beliau juga mengizinkan cerita dan namanya disebut dalam artikel blog ini. Sempat juga En. Soontak mengajar saya beberapa ilmu penawar bagi yang terkena sihir Bitas dan beberapa penyakit lainnya. Saya dapati jampi yang diajar untuk penawar sihir Bitas itu adalah ayat suci Al-Quran yang asli, tiada campuran jampi mantera. Dan medium yang digunakan pun cuma air biasa.
Boleh saya simpulkan di sini bahawa penawar Bitas yang diajar oleh En. Soontak itu lebih kurang sama dengan Ruqyah Syar'iyyah, iaitu ayat Quran dibacakan pada air dan diberi minum.
Ketika perbualan itu, ada juga saya cuba mencungkil ilmu-ilmu lain (yg saya kira 'terkeluar' dari syariat Islam) namun En. Soontak bijak dan licik mengelak dari menjawab soalan saya. Saya biarkan sahaja kerana menghormati hak privasi beliau.
Wallahu'alam...
Salam saudara.
BalasPadamBagaimanakah saya boleh menghubungi En. Soontak ini, kerana saya turut berminat mengetahui tentang pengetahuan beliau.
Mohon balasan dari saudara.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Padamsaudara sudah brjmpa encik soontak ke?
PadamHello
Padamapakah alamat dan nom hp En. Soontak...ada masalah perit tentang santau yang dialami ahli keluarga saya....dapat la kiranya menolong saya...
BalasPadamBlh minta nombor encik soontak
BalasPadamRumah Pakcik Soontak di Batu 8 Lambir. Sya boleh membantu sekiranya benar2 hendak bertemu beliau.
Padamsaya mahu no pak cik soontak saya mahu datang ke rumah beliau
PadamMcm mn dpt cari encik soontak?
BalasPadamMcm mn dpt cari encik soontak?
BalasPadamSaya tau di mana dan bagaimana mencari Pakcik Soontak..
PadamEncik Soontak pergi menunaikan Umrah. Minggu lepas saya mencari beliau di rumahnya tpi jiran sebelah rumah memberitahu beliau ke Mekkah untuk menunaikan umrah.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamBoleh kita berhubung? Blh sy dptkn email tuan?
PadamBoleh email sy di zachryamir@gmail.com
PadamBoleh email nombor telefon Encik Soontak bin Ali kt mendezraaz@gmail.com pls.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamBoleh email saya? anitahir2002@yahoo.com
PadamBoleh tolong bagi contact Encik Soontak?
BalasPadamSaya dah pergi jumpa Encik Soontak..Pegi shja ke Batu 8 Lambir dan tanya org sekeliling..semua kenal siapa encik Soontak.. jangan sesekali tanya no contact bomoh secara on9 sebab kebanyakannya menipu (takut ada yg menyamar jadi bomoh tersebut)..takda bomoh on9 yg betul.. Encik Soontak baik..Minta upah seikhlas hati.. Tips dr sy kalau seseorg ni minta upah seikhlas hati janganlah kedekut sgt nak bg..bg yg hati kita rasa setimpal dengan apa yg dia buat.. Sesiapa yg tau contact no encik Soontak pun harap jangan sebarkan dalam on9.. Encik Soontak kebiasaannya ada di rumah beliau..
BalasPadamBoleh email pd sy x..misspurpleshokolath@yahoo.com
PadamSy nak ke sne tp xtaw cara mana..kalo2 encik bole tunjuk atau bwk kn sy ke sne..sy dr johor
Boleh email pd sy x..misspurpleshokolath@yahoo.com
PadamSy nak ke sne tp xtaw cara mana..kalo2 encik bole tunjuk atau bwk kn sy ke sne..sy dr johor
Rumah Encik Soontak tak jauh dari airport Miri, menuju ke arah Bintulu, tak sampai 5km rasanya. Rasanya pakai teksi pun tak jadi masalah. Bagitahu saja pergi ke Surau Darul Islam Batu Lapan, Lambir. Sampai area sana, tanya saja orang kat sana. Semua orang tahu tu
PadamAda sesiapa yg telah pergi menemui encik soon tak? Bolh email sy x? Sy ingin pergi menemui nya... Harap sesiapa dpt membantu... Email kpd sy boleh? anitahir2002@yahoo.com
BalasPadamSalam Ada sesiapa yg pernah menemui en soontak.boleh emailkan kepada Saya no hp beliau.tekzm3@gmail.com.saya sgt memerlukan keluarga Ada kena santau.mohon semua membantu ya.semoga Tuhan juga memberkati Kita.Amin.
BalasPadamboleh saya dpatkn no contact en soontak...saya btul btul perlu pertlgan dia..dgn izin allah..terima kasih
BalasPadamboleh saya dpatkn no contact en soontak...saya btul btul perlu pertlgan dia..dgn izin allah..terima kasih
BalasPadamridzuanfizuan@gmail.com