Saya sudah mengagak, memang ada yang tidak bersetuju dan mengkritik posting saya berkenaan Datuk Kong. Mereka mengatakan saya promote agama lain, menulis sesuatu yang tidak berfaedah, tidak menambah iman dan lain-lain. Saya tersenyum sahaja.
Sebelum menulis, saya telah terangkan dan jelaskan awal-awal mengenai artikel ini, iaitu saya bukan mempromote agama lain, mengajak jauh sekali. Tulisan ini lebih kepada menceritakan apa yang saya temui semasa saya berjalan, bersiar-siar, membaca, melihat, mendengar dan lain-lainnya lalu saya ceritakan dan tafsirkan mengikut ilmu saya yg sedikit dan hemat diri saya dalam blog ini.
Saya juga telah jelaskan dalam posting yang lepas, saya suka mengkaji dan membuat perbandingan agama. Tujuan mempelajari agama lain bukanlah untuk mengimani, atau mempercayai aqidah mereka, tetapi hasil kajian saya itu ialah aqidah Islam itulah yang lebih cantik, lebih jelas, lebih indah dan lebih sempurna jika dibandingkan agama lain.
Saya pernah mengkaji agama Kristian, Buddha dan Hindu. Saya pernah berbual dan bertukar pendapat dengan seorang sami Buddha berkenaan agama. Hasil perbualan saya dengan sami tersebut saya dapati Buddhism bukanlah agama, ia adalah falsafah yang telah dicemari unsur-unsur 'bida'ah' hingga menuhankan si Buddha tersebut. Si sami juga tidak menafikan bahawa ajaran Islam berkenaan akhlak hampir sama dan mirip dengan ajaran Buddha. Sebab itulah saya tidak terkejut apabila satu seminar di UKM (kalau tidak silap saya) yang mengatakan bahawa Buddha mungkin tergolong dalam 124,000 orang nabi seperti yang pernah kita dengar dalam ceramah agama.
Sami tersebut juga menerangkan kepada saya bahawa Buddha tidak pernah claim dirinya tuhan. Generasi yang kemudian (kira-kira ratusan tahun selepas kematian Buddha) yang telah bertukar 'aqidah' mereka di mana mereka lalu menuhankan si Buddha tersebut. Perkara yang sama pernah berlaku kepada penduduk Makkah selepas zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Isa iaitu penduduk Arab membina patung-patung orang alim yang mereka sanjungi dan sayangi. Generasi yang kemudiannya lalu menjadikan dan menganggap patung orang alim itu sebagai 'tuhan' lalu timbullah agama berhala di Makkah.
Jika dikaitkan dengan zaman moden ini, ada juga perkara jahiliah zaman sebelum kedatangan Islam di Makkah itu berlaku dalam masyarakat kita. Ketaksuban kepada ketua, baik dia seorang alim, ustaz, guru silat, pemimpin jamaah dan lain-lain, boleh juga mendorong kepada 'pendewaan' melampau yang berlaku secara tidak kita sedari. Contoh jelas yang berlaku ialah Ayah Pin, iaitu Ayah Pin didewa-dewakan sehingga sampai ke satu peringkat dia digelar tuhan. Ada juga sesetengah orang yang belajar agama (walaupun bukan dari kumpulan ajaran sesat)terlalu taksub kepada ajaran gurunya, sehingga dia menafikan dan menolak ajaran atau buah fikiran dari guru-guru yang lain. Lantaran ketaksuban itulah, dia lalu mendakwa jemaahnya sahajalah yang betul, ajaran gurunya sahajalah yang betul, yang lain-lainnya semua salah. Walaupun gurunya mengajar salah, dia tetap mengatakan gurunya betul.
Sedarkah kita, ini juga merupakan 'pendewaan figure ulama' yang berlaku secara halus dan tanpa kita sedari?
Fikirkanlah, adakah tidak mustahil jika ketaksuban ini boleh menjurus kepada penyembahan berhala jika tidak dibendung? Sepertimana yang pernah berlaku di zaman jahiliah Makkah dahulu?
Siapa yang salah? Guru atau anak murid?
Berbalik kepada isu Datuk Kong, sekali lagi saya tegaskan, itu hanyalah kajian dan pengamatan saya terhadap agama lain. Demi Allah, bukanlah saya nak berdakwah agama Datuk Kong, ia sekadar cerita dan ulasan mengikut ilmu saya yang kebetulan ketika bersiar-siar di bandar Kuching, terjumpa pula dengan keramat Datuk Kong ini. Saya adalah seorang Islam yang masih waras dan saya tidak akan buat 'kerja gila' untuk menyebarkan agama Datuk Kong ini..
Blog ini adalah blog peribadi, yang boleh dibaca untuk tatapan umum dengan tujuan untuk berkongsi rasa, pengalaman, ilmu dan pendapat. Blog ini bukanlah blog keagamaan, kerana saya bukanlah seorang ustaz, dari itu tidaklah layak bagi saya untuk menulis atau berceramah agama dalam blog ini. Latarbelakang pendidikan saya ialah Civil Engineering, dan dalam masa yang sama saya juga seorang aktivis usrah yang aktif, Alhamdulillah.
Jika nak bercerita tentang para sahabat, tabiin, para wali dan lain-lain, saya berpendapat blog ini bukanlah tempatnya. Saya berpendapat lebih beratus malah beribu-ribu blog di luar sana yang telah pun bercerita tentang perkara yang sama iaitu cerita para sahabat dan orang alim. Ada lagi yang lebih layak untuk bercerita tentang agama jika dibandingkan dengan saya yang cetek ilmu ini.
Walau bagaimnapun, terima kasih atas saranan, cadangan dan kritikan kepada semua pembaca blog. Adapun tujuan posting ini bukan nak condemn siapa-siapa, tetapi lebih kepada untuk mengulas dan menjelaskan perkara ini supaya tidak timbul fitnah dan sebagainya. Saya adalah seorang berfikiran terbuka, dan saya amat gemar bertukar pendapat dan mendengar kritikan kerana ia boleh membuka minda saya dengan lebih luas dan jelas serta saya boleh tahu apa kehendak orang ramai. Terima kasih sekali lagi.
May Peace Prevail On Earth! Amin...
yang ku heran, camne agama agama sesat camtok senang alu masuk lam komuniti kita?, simple gilakkah benda benda camtok masuk, se-simple rokok seludup masuk ke pasaran Malaysia, mun rokok seludup, arak seludup banyak alu kerenah sidak kerajaan nak nangkap, tapi kenak isu nok membabitkan agama, budaya camtok di anak tirikan oleh kerajaan...harap da rakyat Malaysia yg aware ttg hal tok..and seblom lupak, nice blog nyo:) salam dari Bintulu
BalasPadamsy teka, catatan tuan hanya nak beritahu yg terdapat satu kumpulan agama lain meletakkan patung bercirikan melayu sebagai tuhan mereka ..
BalasPadamdan ini mmg memuskilkan kita yg beragama islam.
fikir-fikirkan.
Tengkorok,
BalasPadamBenar, isu agama lebih sensitif mun dibandingkan dgn isu lain. Hal tok lah yg cuba nak diketengahkan dlm blog tok bhw wujud sigek fahaman yg pd pendapat saya mencemarkan Islam secara sik disedari.
Kita pernah dengar ttg org puja kubur krn nombor ekor, byr niat dll. Sbnrnya Datuk Kong tok lah yg dimaksud dan disembah sidak tok.Kubur keramat,pokok tua, batu kudik dan lain-lain adalah contoh keramat atau tempat pemujaan bercirikan Melayu-Islam yg menjadi satu fahaman atau sik melampau saya madah semacam satu 'agama' yg menggugat kesucian dan kemurnian agama Islam.
Kepada Tanpa Nama, demikianlah tujuan blog ini ditulis.
Ada satu kisah benar yg berlaku kepada saya.Ada org Cina mengatakan kepada saya,org Islam boleh berdoa kepada Datuk Kong,krn dia Islam.Kalau kepada org yg faham agama mungkin dia menolak,tp bagaimana dgn org yg jahil?
Sama2lah kita berdoa semoga aqidah kita dilindungi Allah.