Pandang dan Lihat, Dengar dan Berilah Perhatian, Tafsir dan Fikirkan, Faham dan Amalkan, Semoga Anda Zauq Dalam Kebahagiaan...
Jumaat, 3 Julai 2009
"Takkan orang lain makan taik, you pun nak makan taik?"
Ungkapan kata di atas saya terima dari seorang yang bergelar boss. Hmmm, menggelegak juga darah saya dibuatnya. Istighfar sahaja yang dapat saya lafazkan di samping bersabar dan berlapang dada.
Saya sedar saya tersilap dalam membuat memo semalam, dan saya tidak kisah jika ditegur kerana membuat kesilapan. Malahan menegur amat perlu bagi memperbaiki kesilapan yang dilakukan agar tidak lagi berlaku kesilapan yang sama di masa hadapan. Tidak semua orang perfect atau sempurna. Orang yang bekerja berpuluh tahun pun boleh buat silap, apatah lagi saya yang belum sampai 10 thn pengalaman bekerja.
Tapi adakah wajar seseorang yang dikatakan berpelajaran tinggi, bijak dalam segala hal, mendakwa dirinya banyak pengalaman dan profesional boleh bercakap sedemikian? Inikah cara orang yang profesional? Saya berpendapat ini ungkapan kata-kata orang kedai kopi! Bukan profesionalisma!
Profesional bukan hanya berbaju kot, pakai smart ke ofis, duduk dalam ofis ada penghawa dingin, ada computer mahal dan lain-lain. Profesionalisma adalah sikap, tabiat atau attitude seseorang dalam etika bekerja, baik terhadap diri sendiri mahupun terhadap orang lain! Sebagai muslim, lebih-lebih lah lagi kena profesional, kerana beradab dan berakhlak amat dituntut dalam bekerja, tidak kira dengan orang atasan mahupun orang bawahan.
Saya hairan dengan sikap individu berkenaan, apa boleh dia bersikap demikian terhadap orang lain? Benar pun dia seorang boss, ketua jabatan, CEO, MD, Dato', Tan Sri hatta sultan sekalipun, bolehkah dia bercakap sesuka hati? Mana akhlak Islami nya? Kalau benar dia seorang Islam?
Sepanjang saya bekerja, inilah kali pertama saya melihat seorang boss yang bersikap tidak profesional. Sudah banyak boss di atas saya sebelum ini, tidak ada yang mengeluarkan ungkapan kata-kata 'bodoh dan tidak bertamadun' tersebut. Memang, kena marah oleh boss itu biasa, sebelum ini pun saya pernah kena marah oleh boss, tapi semuanya dengan cara profesional dan beretika. Mereka menegur dengan berhikmah. Ironinya, boss saya yang sebelum ini bukan Islam, tetapi menegur dengan baik dan profesional, tidak sampai merendah-rendahkan staff, memaki dan mencerca.
Saya termangu, kenapa akhlak non-muslim lebih baik dari yang muslim itu sendiri? Bukankah Islam itu indah? Di mana salah umat Islam berkenaan perkara sebegini?
Saya tidak berkecil hati dengan sikap "individu yang kurang kasih sayang" tersebut. Saya cuma hairan, mengapa jadi begitu? Berpelajaran tinggi, tapi akhlaknya kurang. Sebab itu saya kata dia "kurang kasih sayang".
Dia tidak sedar yang kelakuannya itu akan menyebabkan orang bawahannya hilang hormat terhadap dirinya. Jangan ingat orang hormat kita kerana pangkat atau harta, orang hormat kita kerana akhlak dan sikap kita. Inilah pesan Nabi SAW.
Biar miskin harta, jangan miskin akhlak. Merendah dirilah sesama makhluk, nescaya darjat kita akan diangkat dan dijulang setinggi langit oleh Allah. Penghuni langit akan menyanyangi dan menyanjungi orang yang tawadhu' dan merendah diri.
Selesai sembahyang Jumaat semalam, saya berdoa semoga boss diberi taufik dan hidayah, serta kesedaran. Mungkin dia jahil, siapa tahu?
Saya berlapang dada dengan peristiwa yang berlaku semalam, walaupun ada memberi sedikit kesan terhadap mood bekerja. Sebelah malamnya saya berziarah ke rumah Ust Soleh, untuk menghantar ikan lumek salai yang dipesan beliau sebelum itu. Sempat juga saya bercerita perkara ini kepada beliau, sekadar untuk meluah rasa hati. Beliau berpesan supaya berlapang dada, dan banyakkan bersabar. Boleh kata ramai boss yang bersikap demikian. Lebih teruk lagi jika boss perempuan.
Bersembang dengan Ust Soleh sedikit sebanyak melegakan hati saya. Belaiu banyak memberi nasihat kepada saya malam tadi. Alhamdulillah.
Mudahan Allah melimpahkan cahaya taufik dan hidayah ke dalam hati semua boss yang ada di dunia ini. Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Wah, ada cerita rupanya jumaat lepas. apa apa pun, bersabar saja nasihat kamek. memang kamek bersetuju 99.99% (0.01% - sebagai objek kawalan eksperimen...hheheh) dengan apa yg ktk jelas di atas. bayangkan kitak yg baru kerja dah menerima tamparan sedemikian, apa lagi kamek yg termanggu di SPNB Swk semenjak penubuhan. mcm2 yg dilontarkan sehingga menyentuh hak peribadi.kita sama berdoa agar diberi ruang dalam hati boss kita untuk berfikir sejenak akan ke khilafan. semoga diberi rahmat atas beliau dan keluarga (keluarga-keluarga???) beliau...
BalasPadamTerima kasih atas nasihat,tuan wenndy. Bukan niat tulisan ya nak menyerang peribadinya, tp sekadar perkongsian pengalaman agar menjadi iktibar kpd org lain.Dlm masa yg sama, nak meluah rs hati agar sik terbuku dan membusuk di dalam jiwa sehingga menimbulkan dendam kesumat.Nau'zubillah.
BalasPadamLega juak rs hati dgr nasihat kitak.Kamek amat mengharapkan sokongan dari kitak dan rakan sekerja yg lain utk terus istiqamah dan cemerlang dalam kerja. Insya Allah.
Pendek kata semua memang ada mengalami pengalaman yg sama malah mgkn lebih teruk lagi..
BalasPadamBanyakkan bersabar termasuk diri saya sendiri.
hmm..bena kata ktk bang...nang byk contoh bos muslim lbh kureng ajar n kurang akal sikit..nyakit ati..sama la d tmpt mek keja sitok..nama jak islam tp ALLAH jak tauk pa jenis manusia nya ya..sabar jak saya koh..sikpa..kita terima sbg pengajaran..
BalasPadamAssalamualaikum.... tertarik dengan title post di atas n terkenanglah ngan pengalaman diri sendiri... Word ya nang pas kmk dengar... n mcm2 lagi lah... N yes oarang yang bergelar "BOS" n "CEO" ya muslim. N kebetulan, kita menerima kata2 ya (yang sulung) di bulan Julai n tarikhnya is... 9 Julai 2009. Kamek terimak kata2 ya di depan kaunter pembayaran, bukan di bilitnya pun.. n start from ya, kalau ada salah walaupun bukan salah kmk, benda tetap d tuju ke kmk, lebih2 lagik dlm meeting, meeting yang dihadiri oleh ketua syeksen jabatan lain... n kmk just TA. Sabar ajak lah... Bos laki ka or bos empuan sama jak... p bos empuan lagi dahsyat... Bila2 nya suka nya boleh turun aher or sik turun2 ngan alasan anak sakit n bla.. bla... blaa.. bukan nak nganok p, kmk sedar kmk 1 day kelak pun akan jadi ibu. hrm... cam kmk pulang yang meluah rasa. hahahhaha... Sabar jak la n gk pun kerja adalah satu ibadat.. xpat nak spoil kerja gara2 daknya. All da best! kata2 yalah juak semangat utk kerja ngan lebih baik wpun most of it dah ilang..
BalasPadam