Ahad, 23 Ogos 2009

Mimpi Lawatan Ke Neraka?

Semalam, tengahari Sabtu saya ke Hotel Four Points untuk melihat dan recharge ESQ Training untuk angkatan ke 5. Untuk seminar ESQ kali ini pada mulanya saya tidak bercadang untuk menjadi ATS, hal ini kerana ada commitment lain yang perlu diberi lebih perhatian selain ibadah mufarrid yang saya lebih suka khususkan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Namun ketibaan saya ke tempat training telah mengubah rasa hati saya di mana saya disambut dengan hangat dan mesra oleh ATS-ATS yang bertugas. Ramai yang bertanya kenapa saya enggan menjadi ATS kali ini. Saya jelaskan yangs saya ada commitment lain yang perlu lebih diberi perhatian. Shamimin, Elisa, Nurul, Khairil, dan ATS yang lainnya semua bertanya soalan yang sama " Kenak (kenapa) sik (tak) jadi ATS agik (lagi)?" Saya memberi jawapan yang sama, commitment lain. Nampak rupa gaya kena jadi ATS lah esok hari.

Saya masuk ke ruang dewan sebagai alumni, dan duduk di petak alumni. Kebetulan sesi kali ini tentang riwayat Rasulullah, sesi favourite saya. Seperti biasa, trainer bijak menyampaikan cerita dan bahan sehingga seluruh dewan gemuruh dengan tangisan kerana mengenangkan penderitaan dan perjuangan Rasulullah menyampai risalah kebenaran. Dan di antara ramai yang menangis itu, termasuklah saya.

Saya mudah tersentuh apabila riwayat dan kisah Rasulullah diceritakan. Entahlah, kecintaan saya kepada Rasulullah bagaikan api yang menyala. Teringat semasa saya mengerjakan haji dahulu, saya dan ayah melawat maqam Rasulullah. Kami beratur dalam barisan yang panjang bermula dari Bab Jibril (Gerbang Jibril). Perlahan-lahan kami menghampiri maqam Rasulullah lantaran ramainya orang. Dari kejauhan di belakang baris saya dapat mendengar jemaah-jemaah yang melawat menangis dengan kuat. Saya mengawal perasaan saya sebaik mungkin, kononnnya enggan menangis di depan orang ramai. Apa yang pelik, semakin dekat dengan maqam Baginda, terdapat satu perasaan pelik dan aneh menerjah ke relung jiwa saya. Aura di persekitaran maqam tersebut amat ganjil dirasakan, bukan ganjil kerana energi-energi negatif atau seumpamanya, tetapi satu perasaan yang saya sukar untuk gambarkan dengan kata-kata.

Selang 2 3 orang lagi saya nak sampai ke maqam, saya sudah nampak pintu maqam Baginda. Di atas gerbang pintu maqam Baginda tertulis perkataan "Muhammad Rasulullah SAW" pada plak hijau bertulisan kuning. Sebaik saya terpandang plak hijau dan nama Baginda tersebut, tanpa disuruh-suruh saya menangis semahu-mahunya. Air mata mengalir laju dan mulut terkumat-kamit membaca selawat tanpa putus. Sebaik tiba betul-betul tepat di depan maqam Baginda, saya mengucapkan salam dan menangis semahu-mahunya. Terasa pada jiwa saya seolah-olah Baginda masih 'hidup' dan duduk di maqamnya sambil menyahut setiap salam jemaaah yang datang menziarahi Baginda.

Kami di 'halau' polis Arab tidak lama selepas itu. Ini kami maklum kerana adalah tidak dibenarkan berlama-lama berdiri di depan maqam bagi memberi peluang kepada jemaah yang lain dan mengelakkan kesesakan lalulintas pada maqam.

Demikian sekelumit kenangan indah semasa saya melawat maqam Junjungan Mulia SAW pada tahun 2006 yang lalu...

Balik dari Four Points, saya bersiap-siap untuk berbuka puasa dengan keluarga. Ibu masak sedap untuk berbuka puasa. Kami sekeluarga dah jarang membeli juadah berbuka puasa di bazaar Ramadhan bagi mengelakkan pembaziran. Malah, kami sekeluarga lebih cenderung berbuka dengan nasi dan lauk-pauk berbanding kuih muih.

Seusai solat Maghrib, saya bergegas ke surau Darul Husnul Khatimah Semerah Padi. Kelihatannnya surau sudah sesak dengan jemaah. Terjumpa pula dengan Sir Habeeb yang turut sama sembahyang berjemaah di surau tersebut. Kami menamatkan solat Tarawih tepat jam 09:20 malam. Balik Tarawih saya menyambung bacaan Al-Quran dan dapat menyudahkan juzuk ke 2 untuk hari yang pertama.

Saya dibangunkan untuk makan sahur oleh ayah saya jam 04:15 pagi. Selesai makan, cadangnya nak tahajud sekejap. Jalot ada memaklumkan saya ada program qiamullail di Masjid At Taqwa Gita, namun saya tidak ikut serta kerana cenderung untuk berqiamullail seorang diri di rumah.

Sebelum nak tahajud, selepas makan saya baring di sofa. Natijahnya, saya tertidur lagi. Pada ketika itulah saya bermimpi sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini...

Dalam mimpi tersebut, saya dibawa oleh seseorang ke sebuah rumah. 'Orang' yang membawa saya ini tidak nampak, atau dalam ertikata lainnya, ghaib. Hanya suaranya sahaja yang kedengaran. Dalam rumah tersebut, saya terlihat seorang perempuan tua yang kudung kedua belah kakinya, dibalut dengan kain putih yang merah dengan darah. Kelihatan ulat-ulat memakan isi daging bahagian kaki yang kudung.

Kemudian datang seorang lelaki India, berbadan besar dan kelihatan bengis. Lelaki India tersebut kemudiannya merogol tubuh perempuan tua tersebut tanpa belas kasihan. Perempuan tersebut menjerit kesakitan dan minta dikasihani, namun tidak dipedulikan. Apa yang mengerikan, perempuan tua tersebut dirogol sampai termuntah-muntah oleh lelaki bengis tersebut. Muntah yang keluar pula amat banyak dan kelihatan seperti nanah.

Kemudian saya melihat seorang lagi perempuan tua seorang diri di atas katil yang lain, apa yang pelik, sebaik saya memandang wajah perempuan tua yang kedua ini, mukanya tiba-tiba mengembang seperti belon, sambil mengangakan mulutnya. Perempuan tua ini juga muntah nanah seperti perempuan tua yang pertama tadi, kali ini bercampur dengan darah. Perempuan tua ini muntah dengan banyaknya sehinggakan saya berasa geli dan jijik.

Tiba-tiba sosok ghaib itu bersuara "Mereka berdua adalah pelacur, melacur dari muda hingga ke tua, dan mereka sedang menerima pembalasannya."

Saya terpana...

Kemudian, sosok ghaib itu membawa pula saya ke satu tempat yang luas, seperti padang pasir yang putih. Langit pula kelihatan merah dan panas membahang. Tiba-tiba dari kejauhan saya melihat sesuatu sedang berjalan ke arah saya. Semakin dekat semakin jelas. Rupanya yang berjalan itu adalah seorang perempuan yang telanjang tanpa seurat benang pun di tubuhnya. Apa yang mengerikan, kemaluan dan kedua-dua payu dara perempuan tersebut memburuk dan berdarah serta bernanah. Saya juga dapat lihat ada ulat-ulat yang banyak sedang memamah dan memakan tempat-tempat sensitif tersebut.

Sekali lagi sosok ghaib itu bersuara "Dia adalah pelacur."

Perjalan dilanjutkan lagi ke satu tempat. Di sana saya melihat dua orang manusia diikat dalam keadaan tungging terbalik, di mana keadaannya seperti punggung ke atas dan kepalanya ke bawah. Dua orang manusia ini adalah seorang laki dan seorang perempuan. Dalam keadaan terbalik itu, mereka direndamkan ke dalam satu kawah yang dipenuhi dengan lava gunung berapi (cecair merah yang panas membara). Kedengaran suara lelaki itu berteriak.

"Kenapa kita diazab sebegini rupa?!!"

Si perempuan pun menjawab " Kerana kita telah BERZINA!"

Masya Allah, saya amat terkejut dan ketakutan. Dalam keadaan ketakutan itulah saya lalu tersedar dari tidur.

Saya beristighfar sebanyak-banyaknya... Saya lihat jam sudah menunjukkan masuk waktu Subuh.

Saya segera membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh.

Dalam solat, fikiran saya terganggu dengan mimpi tadi. Apa makna sebenar mimpi tersebut? Kenapa saya dipilih untuk melihat semua ini?

Nak kata saya melanggan pelacur, Na'uzubillah. Seumur hidup saya tidak pernah saya melanggan pelacur.

Mungkin ada mesej yang cuba disampaikan oleh ALlah kepada saya. Saya sedang mencungkil dan menafsir mimpi tersebut sepanjang hari ini tadi, termasuklah ketika saya menjadi ATS ESQ sebentar tadi.

Inilah kali pertama saya bermimpi dibawa melawat ke 'neraka', atau benarkah itu 'neraka'? Atau mungkin hanya mainan tidur dan khayalan saja?

Kalau benar ia neraka, mengapa saya ditunjukkan semua ini. Apa kelebihan dan keistimewaan saya sehingga diberi peluang untuk melihat azab di neraka?

Saya ceritakan mimpi saya itu kepada sahabat baik saya, Jalot. Jalot berkomentar.

"Untung kau berpeluang nangga (melihat) neraka. Mungkin ada nak disampei (disampaikan) Allah kepada kau."

Cerita di atas mungkin sukar diterima oleh orang yang berfikiran skeptic. Kedengarannya cerita tersebut seperti dongengan semata-mata. Atau mungkin ada yang menuduh saya mengada-adakan cerita. Saya berani jamin cerita di atas adalah benar kerana saya berpuasa dan tidak akan berbohong. Inilah yang saya lihat dalam mimpi saya dan saya masih keliru mengapa Allah menampakkan azab neraka tersebut kepada saya.

Mungkin ada dosa yang saya buat tanpa saya sedari. Saya bertaubat kepada Allah zahir dan batin.

Astaghfirullah...

5 ulasan:

  1. kmk penah bc berkenaan cerita spt mimpi ktk ya..
    kmk xingt d cne kmk penah bc..
    psl azab di neraka..ms ya kmk msh sekolah rendah gik..kmk rs nota cdak abg @ kakak kmk ms cdak sekolah mngh agama lok..
    sungguh menakutkan azab neraka ya..
    kmk gik kecik time ya bleh takut bc benda ya..
    lg2 la mun bermimpi..

    BalasPadam
  2. em..ada makna di sebaliknya...fikir fikrkan ..dan cuba cari makna mimpi sebegini..sebab mimpi orang dalam keadaan wuduk, dalam keadaan keimanan, tentulah ia bukan sekadar mimpi biasa...insyaAllah...

    BalasPadam
  3. Salam....Setiap orang ada keistimewaannya di mata Allah SWT... Setiap kejadian yg berlaku pd diri kita sudah diatur d tentukn olehNya. Bersyukurlah seandainya ketentuan yg diberikan kepada kita itu adalah sesuatu yang amat istimewa utk jaminan kesejahteraan kita samada di dunia jua di akhirat... Allah maha pengasih yang penyayang buat semua hambanya di muka bumi ini. Semoga kita semua sentiasa menginsafi diri walau siapapun diri kita n kedudukan kita di mata masyarakat di dunia ini... Yg penting,kita harus berusaha utk menjadi seseorang yg lebih baik utk hari ini dan hari2 yng seterusnya berbanding hari semalam n hari2 yng sebelumnya... Selebihnya kita serahkan kpd Allah yg Maha Kuasa...Wassalam...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, terima kasih atas semua komen. Mudahan dirahmati Allah.

    BalasPadam
  5. mna kh cta ktk towk?mek asa tkt jk dga..brntong ktk pt mimpi dkyar..lmk2 towk xpnah mek dga cata dkyar koh..

    BalasPadam