Rabu, 25 November 2009

Fitnah..

Tadi, semasa pulang dari kerja, saya terdengar ada cerita yang kurang sedap didengar.

Ada seseorang bercerita sesuatu yang buruk tentang saya di belakang, tanpa pengetahuan saya.

Semalam saya post cerita tentang kawan saya yang ditikam dari belakang, hari ini giliran cerita tentang diri saya pula ynag difitnah.

Masya Allah, benarlah kata bijak pandai, kejahatan dan dosa yang berpunca dari lisan itu menjalar seperti api membakar hutan kering.

Saya hanya mampu mengeluh berat apabila mendengar cerita itu. Sedih tak payah cakaplah. Dan semasa Maghrib-Isyak tadi, ada majlis tahlil untuk arwah Wa Mat, saya disuruh mengimamkan solat dan mengetuai bacaan tahlil. Saya buat dengan hati gelisah dan fikiran yang kurang fokus. Semuanya gara-gara cerita petang tadi.

Saya hanya mampu berdoa di dalam hati dan ketika tahlil tadi semoga api fitnah ini terpadam dan terbang dibawa angin. Saya mohon kepada Allah semoga Dia menghilangkan segera bencana fitnah yang menimpa diri saya dalam kadar secepat yang mungkin.

Saya berharap agar Allah meneguhkan iman saya, menetapkan pendirian saya dan menguatkan rohani saya agar tabah dan sabar dengan ujian ini.

Sejukkanlah hati ini, Wahai Zat Yang Bersemayam Di Atas Arasy Yang Mulia...

6 ulasan:

  1. assalamualikum...

    kamu bersabar byk2 ya...allah swt sentiasa bersama dgn orng2 yang benar.....

    amin...

    BalasPadam
  2. Terima kasih epal. Doakan kekuatan dan kesejahteraan untuk saya.

    BalasPadam
  3. Jek...

    biasalah adat dunia. Dugaan sentiasa ada dan terpulanglah macam ni kita nak menghadapinya. Insyaallah... mesti ada rahsia kebesaran Allah SWT di sebalik semua ya. Sabar & relaks jak lah..

    Wassalam,

    BalasPadam
  4. Kembali kepada Allah, jangan ada dendam... itulah kunci kepada ketenangan ini. selamat beramal....

    BalasPadam
  5. bena kata ktk bang..pedih n perit sa bila kwn impun nikam kita dr bklg..pa jak la oh..but Allah maha kuasa bah..Nya nunjuk dgn kita sapa yg terbaik n sapa yg terburuk so kita terhindar dr kejahatan mn bergaul dgn urg cam ya..bg kmk pa yg berlaku dgn kita 2 tok adalah hikmah bah..now mek tauk yg sapa blh dipanggil SAHABAT..

    BalasPadam
  6. Salam tuan. Boleh cuba formula saya. Jika saya tahu ada seseorang benci kepada saya, saya ajak dan belanja dia makan. Sebenarnya, dia tak tahu kita orang baik...Dia tak kenal kita lagi...Selalunya formula ni ampuh. Tak perlu belanja mahal-mahal...

    BalasPadam