Pandang dan Lihat, Dengar dan Berilah Perhatian, Tafsir dan Fikirkan, Faham dan Amalkan, Semoga Anda Zauq Dalam Kebahagiaan...
Isnin, 16 November 2009
Jalan Tasauf...
Ilahi, kasihanilah hamba...
Tasauf merupakan salah satu cabang asas dalam tradisi keilmuan Islam. Ia tidak dapat dipisahkan, maknanya, setiap Muslim dikehendaki mendalami tasauf dalam ertikata untuk mencapai kemuncak Mukmin Sejati dalam kehidupan kerana saya berpendapat tasauf adalah pelengkap bagi hidup Mukmin.
Saya amat meminati tasauf. Ia sesuatu yang indah. Saya masih ingat pertama kali saya mengenali tasauf ialah tentang hakikat ketuhanan dan sifat kehambaan. Kita hanya tahu, sembahyang adalah sembahyang, tiada roh. Namun apabila saya mempelajari tasauf, rupanya sembahyang itu memiliki rohnya sendiri. Dengan roh itu, ia boleh menyampaikan kita kepada Hadrat Allah yang Maha Mulia.
Sifat kehambaan adalah sifat pertama yang perlu dipelajari oleh kita. Ini boleh diketahui dengan cara mengenali siapa diri kita yang sebenarnya, dalam ertikata lain, untuk mengenal Tuhan, kita kena kenal diri kita dulu. Saya tidak bercadang untuk membincangkan hal ini kerana saya berpendapat eloklah pembaca mencari guru yang arif bagi mendalami dan mempelajari sendiri makna ma'rifatullah (mengenal Allah).
Tasauf bukanlah falsafah yang baru. Ia telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi. Tasauf telah melalui zaman-zaman yang penuh liku dan cabaran. Tasauf juga pernah mengalami zaman naik turunnya. Tasauf jugalah yang pernah membawa kegemilangan kepada dunia Islam seperti perkembangan ilmu kimia, fizik, kedoktoran dan lain-lain. Dalam masa yang sama, tasauf jugalah menjadi penyebab kepada kejatuhan Islam itu sendiri. Namun ingin saya tegaskan ialah, hanya tasauf sesatlah yang membawa kepada kejatuhan Islam, bukan tasauf yang tulen.
Tasauf telah melalui zaman perubahan, sesuai dengan edaran zaman. Apa yang menyedihkan saya ialah, apabila tasauf kini mula dicemari dengan falsafah yang karut-marut sehingga hilang keasliannya. Ada pula konsep 'Manunggaling Kawula Gusti' dari Tanah Jawa, diasaskan oleh Syeikh Siti Jenar @ Datuk Lemah Abang, iaitu satu bentuk fahaman tasauf sesat yang dipengaruhi oleh falsafah Hindu-Buddha. Konsep ini mengajar satu bentuk fahaman beribadah sehingga mencapai zauq dan bersatu dengan Allah, atau dalam bahasa mudahnya, menjadi Allah! Benar-benar menyesatkan.
Saya mendalami tasauf dengan berguru beberapa orang guru, sehingga membawa saya kepada tariqat. Pertama kali saya menjadi ahli tariqat ialah pada tahun 2003 (kalau tidak silap saya), dengan mengambil talqin dan bai'ah tariqat Qadiriah wan Naqsyabandiah. Saya ditalqin oleh wakil talqin, Ustaz Materang Isa untuk kawasan Kuching. Dengan tariqat ini, saya mempelajari beberapa ilmu tasauf dengan kaedah-kaedah zikirnya sekali. Melalui tariqat ini jugalah saya memahami bagaimana untuk berzikir secara khafi atau sirr. Dua kaedah zikir yang lazim digunakan dalam majlis zikir di zawiyah mereka.
Seterusnya saya belajar pula dengan guru-guru tasauf yang lain. Saya turut menerima amalan Hizib Bahar dan Ratib Al-Attas dari ust Umar Fathullah Harun, Wirdul Latif dan Ratib Al-Haddad diijazahkan oleh Habib Mohsen dari Yaman (keturunan Imam Abdullah Al-Haddad).
Tidak dinafikan, setiap hizib dan zikir yang diamalkan mempunyai khasiat dan kelebihan tertentu. Namun bagi ahli tasauf, khasiat bukanlah matlamat, apa yang penting, zikir itu tadi hanyalah wadah atau penyampai kepada Allah. Tidak lebih dari itu. Yang penting, redha dan rahmat Allah.
Ini yang saya pelajari, iaitu, dalam beramal, jangan berharap kepada khasiat. Harap hanya cinta dan kasih sayang Allah. Inilah doktrin cinta sepertimana yang diajar oleh Rabiatul Adawiyah dan Abu Yazid Al Busthami.
Cinta Ilahi memang asyik, bagi orang yang mengerti akan roh tasauf...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
semoga Allah melindungi mereka2 yang soleh
BalasPadamSalamu alaik,
BalasPadamSekadar pandangan peribadi..
Tentang kencaman pada Syeikh Sidi/ Siti Jenar minta tuan kaji dahulu sebelum meletakkan, takut tersilap letak, adakalanya jadi fitnah..
Makrifat dipelopori dengan dua jalan utama, walaupun begitu kedua2nya insyaALLAH tetap wusul..
Jalan pertama dan paling banyak diikuti ahli sufi.. Makrifat Ittihad.. Makrifat ini pada asalnya dipelopori oleh Junaid Al Baghdadi..
Jalan kedua, Makrifat Hulul, yang dipelopori oleh Mansur Al Halaj, yang banyak ditentang sufi tetapi tidak bagi Junaid Al Baghdadi.. Makrifat inilah yang menjadi jalan Syeikh Sidi Jenar (sebenarnya sidi bukan siti) dan juga Hamzah Fansuri..
Sebenarnya panjang lagi perihal ini untuk diperluas dan didiskusi, tetapi kaji dan celahi dahulu dasar ilmu, baru kita kenal patinya..
Harap kaji lebih lagi, kadang2 buah yang orang cerita masam, kita tidak boleh cop masam tanpa lihat serta teliti, juga rasa sendiri..Berlainan jika buah tersebut jelas buruk dan dimakan ulat, memang tidak boleh di makan..
Yang Haq tetap haq..
WALLAHuAlam..
kalau nak tahu sesat ke xsesat sila masuk laman ni...
BalasPadamhttp://hignlander2u.blogspot.com
salam,wah st0ri jln tasauf baik ma..sm0ga Allah merahmati kita..bkaitan dgn syeikh atau wali Allah ini sperti kterangan saudara tadi brkaitan dgn manunggaling kawul0 gusti..smua ada cra2 trsendiri dlm mencapai jalan ketuhanan..ada dgn kaedah yg berbeza2 tpi tetap capai pada Allah jua.n0 harm ma..sperti gautma budhha dgn caranya tidak jauh beza dgn wali2 di jawa.apa cara sekali pun kalau ia mendekat diri kta pada Allah.insya,ngak ada masalah..cukup saja jernihkan pikiran.hehe wallahualam.
BalasPadamsaya tinggal di kuala ketil kedah. ada sesapa tau dimana saya dapat pelajari ilmu tasauf?
BalasPadam