Sepanjang pengalaman saya mempelajari dan terlibat dalam ilmu rawatatan Islam, ada pelbagai kaedah pendinding yang saya temui. Ada yang mudah, tidak kurang juga yang agak susah. Pendinding ada banyak jenis. Ada pendinding diri, ada pendinding tempat seperti rumah, kedai, ofis dan lain-lain.
Berikut merupakan tips pendinding diri yang biasa saya amalkan. Mudah dan berkesan dengan izin Allah.
Jika hendak keluar rumah...
1. Berwudhu'lah seperti wudhu' solat. Kemudian pakailah pakaian yang menutup aurat.
2. Memakai wangi-wangian yang bersifat alami, seperti wangian ros, kasturi, sandalwood, lavender dan lain-lain. Titik pada kawasan nadi di tubuh seperti nadi di leher,belakang cuping telinga,kedua pergelangan tangan dan jika anda berjanggut, sapukan sedikit pada janggut.
3. Berdoalah ketika keluar rumah seperti lafaz "Bismillahi tawakkaltu 'alallah, lahaulawala quwwata illa billah hil 'aliyil 'azhim."
4. Baca Ayatul Kursi dengan sekali bacaan. Niat sebagai pendinding. Niatkan dan pohon pada Allah agar ada kubu cahaya di sekeliling tubuh kita.
5. Apabila sampai di tempat tujuan, seperti ofis, kedai, tempat keramaian dan lain, bacalah
"Bismillahi tahassanna billah,lahaulawala quwwata illa billah"
Kemudian tarik nafas dalam-dalam dan hembus ke bawah bahagian dada dari kanan ke kiri dengan niat pendinding.
*Bacaan doa ini dibaca SEBELUM masuk hutan atau mendaki gunung.
6. Kemudian, berserah dirilah kepada Allah.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih saudara Ajeri kerana bagi tips yang amat mudah untuk diamalkan.Nak bertanya,masa saudara berubat orang,saudara ada baca hizib Bahar kan.Jin nih dengar hizib Bahar tuh pun dah panas ke?
BalasPadamHizib Bahar selalunya dibacakan setelah ayat-ayat ruqyah dibaca.Jika diniatkan utk membakar jin, insya Allah jin akan terbakar.
BalasPadamSaya melihat ust Umar selalu menggunakan bacaan Hizib Bahar utk menyakiti jin.
Terima kasih saudara Ajeri.
BalasPadam