Pandang dan Lihat, Dengar dan Berilah Perhatian, Tafsir dan Fikirkan, Faham dan Amalkan, Semoga Anda Zauq Dalam Kebahagiaan...
Sabtu, 12 Disember 2009
Air dan Minyak Ruqyah...
Tengahari semalam saya menerima panggilan telefon dari sahabat saya, seseorang yang saya kenal sejak zaman sekolah dulu. Kami memang berkawan rapat sejak dulu lagi, dan masih sentiasa berhubungan walaupun tidaklah serapat dulu.
Sahabat : E, kau free sik (tak) malam tok (ni)?
Saya : Insya Allah, free rasaku. Apa cerita tek?
Sahabat : Aku ada hajat tok (ni). Mintak tulong (tolong) kau ngurut (mengurut) aku. Boleh kah?
Saya : Insya Allah. Sikda (takde) masalah ya (tu). Pukul berapa kau dapat?
Sahabat : Lekak (lepas) Isyak, boleh? Kelak (nanti) aku nepon (telefon) agik (lagi).
Saya : Boleh, insya Allah.
Kami menamatkan perbualan. Lama dah saya tak mengurut. Baru ni saya dapat permintaan untuk mengurut lagi.
Minggu lepas sahabat saya ni minta diruqyah @ scan, nak tengok ada gangguan atau tidak pada badannya. Dia mengadu sering letih tidak bersebab, mimpi jumpa ular dan mayat, dan marah yang sukar dikawal. Saya kenal sahabat saya ini memang lama dah, dan saya juga dah maklum dengan perangai panas barannya. Kalau dah datang seroan (istilah Melayu Sarawak untuk naik minyak @ naik hantu), susah nak pujuk atau sejukkan dia. Tapi yang peliknya, ada sekali sahabat saya ini bergaduh dengan kekasihnya, sampai kekasihnya ketakutan. Kekasihnya menelefon saya dan meminta tolong saya untuk memujuk sahabat saya itu. Saya tunaikan permintaan perempuan tersebut dan alhamdulillah sahabat saya itu dapat dipujuk dan disejukkan. Tak pakai ayat atau doa apa-apa, cuma pujuk sahaja. Saya dah maklum dengan perangai dia, lagipun kami saling hormat menghormati. Dan seperkara lagi yang saya kenang tentang sahabat saya ini, walaupun dia seorang yang panas baran, dia tidak marah walaupun sekali terhadap saya. Kami tidak pernah berkelahi, alhamdulillah.
Semasa sahabat saya diruqyah, ada 2 orang lagi yang turut diruqyah pada ketika itu. Saya, Wan Sudirman dan Ust Sophian (lecturer UITM Mukah) berganding bahu memulakan sesi rawatan. Saya seperti biasa, memulakan dengan Doa Ruqyah jibril, Inzar dan bacaan Quran. Natijahnya, seorang kerasukan, seorang menggeletar tapi masih sedar, manakala sahabat saya tadi merasa kepanasan dan dada berdebar, namun dia masih sedar sepenuhnya. Pesakit yang kerasukan itu saya serahkan kepada Wan Sudirman untuk diselesaikan, manakala saya merawat pesakit yang menggeletar dan Ust Sophian menyambung rawatan untk sahabat saya. Di hujung sesi rawatan, pesakit yang kerasukan tadi alhamdulillah berjaya dipulihkan dan kami membekalkan mereka bertiga masing-masing 21 biji limau nipis dan air ruqyah untuk mandian dan minum dalam tempoh seminggu.
Berbalik kepada cerita sahabat saya itu, saya ke rumahnya kira-kira jam 9:45 malam. Sahabat saya sudah menunggu di rumahnya. Kami berbual seketika. Semasa bersalaman, sahabat saya bersuara.
Sahabat : Eish, ngerembang (meremang) bulu romaku, E.
Saya : Kenak (kenapa)?
Sahabat : Ney tauk (entah). Ariya (hari tu) aku berkelaka (berbual) ngan (dengan) kau dalam telefon pun ngerembang (meremang) juak. Heran aku. Asal nemu (bertemu) ngan (dengan) kau jak (saja) mesti ngerembang (meremang) bulu romaku.Tangga (tengok) tok (ni).
Sahabat saya menunjukkan bulu romanya yang meremang. Saya hanya diam sahaja.
Saya : Sikda papa (takde apa-apa) ya...
Sahabat : Lain rasaku, E.
Saya : Air ruqyah gik (lagi) maseh (masih) ada nak (kan)?
Sahabat : Masih...
Saya : Teruskan mandi ngan (dengan) minum. Kita tangga (tengok) dalam seminggu gik (lagi).
Sahabat saya diam. Kemudian dia bersuara.
Sahabat : Aku mintak kau ngurut (mengurut) seluruh badan. Boleh?
Saya : Insya Allah, boleh.
Saya mula mengurut, seperti biasa dimulakan dengan beberapa potongan doa dan ayat Quran. Saya mengurut seluruh tubuh seperti yang diminta.
Selesai mengurut, kami berbual lagi. Saya dengan sahabat saya ini memang dah macam adik-beradik, macam-macam perkara yang dibualkan. Dari hal yang biasa sehingga ke hal-hal peribadi. Saya gemar berkongsi cerita dengan sahabat saya ini kerana cerita kehidupan kami tidak jauh berbeza. Sama kepala, begitulah lebih kurang.
Saya pulang ke rumah selepas itu. Walaupun keletihan, sempat juga online sampai 3 pagi...
Keesokannya, saya melihat dalam sebuah laman sosial yang biasa saya kunjungi, sahabat saya menulis comment yang badannya terasa sakit-sakit.
Saya terfikir, takkan selepas urut pun masih sakit? Bila saya merenung, barulah saya teringat, minyak urut tersebut pernah DIRUQYAH oleh saya sebelum ini dengan bacaan Quran dan Surah Yassin!
Patutlah makin sakit, entah-entah jin dalam badan yang kesakitan.
Wallahu 'alam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
bang asri,kmk salu mimpi mayat n penah sekali kmk dililit antu dgn kain kapan n nya nyuh kmk jd pocong...everynite kmk mimpi antu bah..sal nk jmpa ktk mesti da jak halangan..bena kata kwn ktk bang,kmk mdh dgn ktk jak,bulu roma dah ngeremang koh.
BalasPadamsalam,
BalasPadamkamek cdgkan saudari buat scaning dolok..
selain dpt pahala dengar quran sekrg2nya jadi zikir usaha utk dtg rahmat keberkatan dari doa.
Emma, atur jak mun kitak dah bersedia utk diruqyah.Polah soolat hajat mudahan Allah mempermudahkan dan menghilangkan semua halangan kitak.
BalasPadamMudah2an saudari dpt atasi hlgn dgn izin Allah.
BalasPadam