Selasa, 16 Februari 2010

Makluman...

Makluman untuk semua pembaca blog, buat masa ini saya mungkin lambat untuk meng'update' dan membuat entry baru untuk blog saya. Banyak cerita yang hendak dikongsikan bersama kepada anda semua namun saya terpaksa 'berehat' seketika untuk menyelesaikan beberapa urusan penting, yang mana insya Allah akan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat, dengan izin Allah.

Banyak peristiwa dan kisah yang berlaku dalam masa terdekat ini yang ingin saya kongsikan dengan anda semua, namun kesempatan untuk menulis itu terbatas, ditambah pula dengan PC yang condemn (CPU tak dapat start), kesibukan aktivit luar, kerja dan lain-lain hingga menggugat masa rehat saya menyebabkan blog ini terbengkalai buat seketika.

Malam ini sepatutnya saya menghadiri program Tafaqquh Fid Dien di Hikmah Pusat Petra Jaya yang akan disampaikan oleh ust Baharudin Mansor, namun terpaksa saya lupakan hajat saya untuk menghadiri program tersebut kerana menerima jemputan dari abg Abdul Rahman Hassan untuk meraikan program di surau Kpg Gersik dan mendengar ceramah di kampung tersebut. Selepas Isyak, ada 'operasi' di kampung Pulo. Seperti biasa, partner saya, Wan Sudirman ikut serta menemani saya.

Kepada para mua'llij, banyak kisah ruqyah yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Pelbagai pengalaman baru yang saya temui sepanjang menjalankan aktiviti merawat di sekitar Kuching baru-baru ini. Pernah saya diminta untuk menyelesaikan satu kes mistik di Desa Wira, dan kes ini merupakn kes baru bagi saya kerana saya belum punya ilmu dan pengalaman untuk mengatasi masalah kes ini. Namun atas bantuan ustaz Fakhruddin dari PRAINS dan ustaz Majid dari AKRINE, beliau sudi mengajar bagaimana untuk mengatasi kes tersebut. Tapi nak kata bukan rezeki, saya tidak berpeluang mengaplikasikan ilmu yang diajar oleh ustaz Fakhruddin kerana kes tersebut telah diambil alih oleh ustaz Hashim Man. Namun saya tidak kecewa, mungkin bukan rezeki saya dan Wan Sudirman untuk menggunakan ilmu tersebut buat masa ini.

Kepada peminat blog yang lain, ada banyak juga kisah kehidupan yang ingin saya kongsikan dengan kalian. Kisah yang sarat dengan pengajaran dan keinsafan, yang berlaku ke atas diri saya dan juga mereka yang ada di sekitar saya seperti rakan-rakan dan saudara-mara saya. Pelbagai hikmah berjaya dicungkil di sebalik peristiwa yang berlaku. Saya yakin ini merupakan didikan adari Allah ke atas diri saya dan menjadi keinginan saya berkongsi dan menyebarkan pengajaran ini kepada kalian supaya dapat diambil manfaatnya.

Saya pada ketika ini juga sedang 'menenangkan' diri dengan cara lebih menumpukan kehidupan rohaniah yang lebih teratur, insya Allah. Hal ini kerana saya perlu menyediakan diri dari segi rohani, mental dan fizikal untuk berhadapan dengan cabaran dan dugaan yang lebih besar di masa hadapan, yang saya jangka akan berlaku ke atas diri saya tidak lama lagi.

Pada ketika ini juga saya mengambil kesempatan memohon doa dari kalian semua supaya perancangan dan pelan saya berjalan lancar. Doa dari kalian amat saya harapkan dan saya juga menghargai sokongan dari anda semua. Saya yakin kalian lebih mustajab doanya berbanding saya yang masih banyak menanggung dosa dan bertatih dalam usaha menuju Allah. Sokongan dan doa dari kalian amat saya hargai.

Syukran...

4 ulasan:

  1. tafaqquh fid dien oleh Baharudin Mansur ???? Jaga-jaga Pak Baha tu Wahabi berselimut.

    BalasPadam
  2. Salam,
    Semoga abg. aji tabah & tenang dlm apa jua cabaran dan dugaan yg bakal ditempuhi tidak lama lagi. Dengan usaha dan hati yg. ikhlas kerana Allah SWT, InsyaAllah abg. aji akan dapat melaksanakan apa jua perancangan yg tlh diatur. Namun, kita hanya manusia biasa yg bisa merencana, Allah SWT yg Maha Berkuasa menentukan segalanya.
    Percayalah,hari yang cerah pasti akan tiba....

    BalasPadam
  3. wahabi berselimut...buka kan selimut tu...

    BalasPadam
  4. Masalahnya, nya diselimut oleh sidak Saudi Arof, Syarbini & the gang.

    BalasPadam