Sabtu, 19 Jun 2010

Jelajah Bintulu, Mukah dan Saratok...

Outstation kali ini akan singgah ke tiga tempat. Bermula dari Bintulu, Igan dan Saratok. Seperti biasa, saya dan Faizul telah di'appoint' kali ini dengan mengenderai Hilux syarikat. Kami mula bertolak dari bumi Kuching pada jam 8:00 pagi Selasa. Sebelum berjalan jauh, kami singgah breakfast mi kolok yang pernah diperkenalkan oleh boss kami, Tuan Wenndy di sebuah kedai makan tidak jauh dari Puspakom Kuching. Tuan Wenndy yang perkenalkan mi kolok tersebut tidak lama dahulu. Ternyata, mi kolok kedai tersebut memang sedap dan menyelerakan. Saya dan Faizul sarapan pagi sambil pekena tongkat ali panas. Maklumlah, nak jalan jauh. Kena segarkan badan dengan minuman bertenaga tersebut.

Kami bergerak kira-keira setengah jam kemudian. Destinasi pertama kami ialah Bintulu. Dari Bintulu, setelah site inspection untuk Defect Liabilty Period selesai dilaksanakan, barulah kami turun menuju ke Mukah dan Saratok.

Setibanya di Bintulu, iaitu kira-kira jam 5:40 petang, kami cuba untuk check-in di Hotel Parkcity. Malangnya, kesemua bilik telak ditempah. Kami pergi pula ke New World Suite, pun penuh juga. Kalau kosong pun jenis mahal. Last-last, kami check-in di Hotel Kemena, tidak jauh dari kampung Asy-Syakirin.

Hotel ini masih baru dibuka. Kalau tak silap baru beberapa bulan yang lalu. Sebelumnya saya pernah check-in di hotel yang sama atas urusan keluarga. Nyaman, selesa dan berpatutan.


Suasana pagi di Asysyakirin Commercial Center dari tingkap hotel Kemena, Bintulu.

Setelah check-in, saya dan Faizul makan malam awal. Lapar kerana tak makan semenjak tengahari. Selesai makan, kami balik ke bilik untuk berehat dan membersihkan diri. Faizul bercadang untuk stary di bilik, manakala saya pula hendak berziarah ke rumah keluarga sahabat baik saya yang terletak tidak jauh dari hotel.

Usai solat Maghrib-Isyak jamak qasar, saya berkemas dan memandu Hilux ke rumah sahabat baik saya. Kebetulan, setelah sampai di depan rumah, kelihatan sahabat baik saya baru sahaja pulang dari kerja. Kasihan, baru balik kerja rupanya. Walaupun kelelahan, sahabat saya masih menyambut saya dengan senyuman. Namun saya dapat membaca dari air mukanya yang nampak keletihan, lantas saya bercadang untuk bertandang lama di rumah tersebut.

Saya berbual dengan orang tua sahabat baik saya. Orang tua sahabat saya ini sangat peramah, terutama sekali ibunya. Soft spoken dan open minded. Banyak juga perkara yang dibualkan pada malam tersebut. Selain itu, saya juga bersembang dengan Yazid, adik sahabat saya dan bertukar fikiran mengenai hal usrah dan halaqah.

Saya berpamitan selepas itu. Sahabat saya dah masuk tidur, keletihan agaknya. Saya melarang ibunya dari membangunkan sahabat saya itu. Elok jika dia rehat.

Saya meredah bandar Bintulu yang hujan pada malam itu, dengan hati yang tenang.

Mukah...

Keesokkannya, saya dan Faizul bertolak ke Mukah. Sebelum itu, kami sarapan di Famous Mama Restaurant, sarapan murtabak daging dan tongkat ali. Restoran tersebut memang terkenal di Bintulu dan merupakan salah satu dari tempat persinggahan wajib bagi saya untuk menjamu selera jika datang ke Bintulu. Setelah sarapan, saya ke pejabat sahabat baik saya untuk bertemu dengannya.

Kami ke Mukah setelah mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat baik saya dengan ibu angkat kesayangannya selepas itu.

Setibanya kami ke simpang Selangau, saya dan Faizul telah bersiap-sedia dengan jalan ke Mukah yang rosak teruk akibat pembinaan jalan. Cuaca hujan pada malam sebelumnya memburukkan lagi keadaan jalan. Dengan lafaz Bismillah, kami memandu Hilux pacuan 4 roda tersebut dengan berhati-hati. CD zikir lantunan Ustaz Zakaria dipasang bagi menenangkan perasaan kami yang cuak dan bimbang melihat keadaan jalan Mukah yang berbahaya. Pot holes di mana-mana, lori balak, lori besar, jurang dan lain-lain toksah cerita. Debu berterbangan sehingga menyukarkan pemandangan. Jika silap langkah, kemalangan boleh berlaku. Namun setelah sejam lebih 'bertarung', alhamdulillah kami sampai ke bandar Mukah dengan selamat.





'Mimpi ngeri' bagi sesiapa yang nak ke Mukah. Bila lah agaknya jalan ni nak siap?

Tiba di bandar Mukah, walaupun kecil, namun aman dan damai. Saya suka kan bandar ini. Saya tidak melepaskan peluang untuk makan umai Mukah yang terkenal dengan ikan segarnya. Sebelah malamnya pula, saya bercadang nak makan ikan pari panggang. Malangnya, gerai tersebut tutp, tengok bola agaknya. Saya tiada pilihan meliankan menjadikan ayam penyet menjadi santapan saya pada malam itu.












Gambar-gambar di atas adalah di antara pemandangan yang ada di Mukah. Banyak gambar lain yang sempat saya ambil untuk permandangan di sekitar bandar Mukah. Tapi oleh kerana saya malas nak upload, saya sertakan sebahagian dari gambar-gambar tersebut.

Sebenarnya banyak yang hendak diceritakan tentang Mukah ini. Namun saya memilih untuk menceritakannya dalam entry yang akan datang, insya Allah.

Wallahu 'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan