Isnin, 21 Jun 2010

Tugasan Hari Isnin...

Kembali kerja hari ini membuatkan saya teruja untuk membuat kerja setelah seminggu tiada di pejabat kerana outstation di luar Kuching. Fikiran saya menerawang jauh memikirkan apa agaknya tugasan yang menunggu di pejabat. Perjalanan kaki dari pengkalan Kpg Boyan terasa singkat kerana begitu asyik berfikir tentang kerja yang bakal menunggu di pejabat.

Setibanya di pejabat, saya melihat Harun telah meninggalkan nota kecil (yellow sticker) di atas meja saya. Salinan surat dari HDC perlu difaxkan dengan segera ke HQ Kuala Lumpur di Jabatan Rumah Mesra Rakyat. Harun dan Zulhatta tiada di Kuching kerana menghadiri bengkel ISO selama 3 hari di HQ. Makanya semua tugasan bahagian teknikal hari ini dipikul oleh saya.

Seperti biasa, sebelum mula kerja kena berdoa dan warm-up dulu. Begitulah lazimnya yang berlaku di pejabat, jarang yang terus memulakan kerja sebaik tiba di meja masing-masing. Paling kurang, check email atau baca Harian Metro online. Kalau tak, minum kopi atau teh seteguk dua di pantry belakang sambil bersembang. Lainlah kalau big boss datang awal dan minta disediakan dokumen atau barang-barang penting. Pejabat boleh jadi huru-hara dan kacau bilau olehnya.

Kelaziman yang saya buat sebelum memulakan kerja ialah menyenaraikan semua 'task' yang bakal dibuat pada hari tersebut. Setelah kesemua tugasan telah di'list down', barulah saya memulakan kerja. Setiap kerja yang telah siap, akan ditandakan 'DONE' bagi menandakan bahawa 'task' tersebut telah sempurna disiapkan. Kaedah ini saya pelajari dari Head of Project Implementation kami, Tuan Wenndy Sebli. Kaedah ini penting bagi memastikan tidak ada tugasan yang tercicir keluar dan siap on time. Setiap senarai tugasan juga disenaraikan mengikut keutamaan. Perkara yang penting didahulukan, mana yang boleh ditangguh mungkin boleh dibuat pada keesokan harinya.

Saya fax salinan surat tersebut setelah meneliti isi kandungan surat yang dilampirkan oleh Harun kepada saya. Kemudian, saya call HQ untuk memaklumkan tentang fax tersebut. Setelah itu, saya call pula bahagian Finance di KL bagi follow-up retention money untuk kontraktor RMR yang telah lama tertunda. Malangnya, banyak payment yang belum diproses sedangkan memo mengenai payment tersebut telah dihantar lebih 3 bulan yang lepas. Mungkin ada kesilapan teknikal sikit agaknya.

Apa yang saya suka pada bahagian section kami di SPNB ini ialah, walau sesibuk manapun, atau 'stress' macam mana sekalipun, kami tetap bergurau bagi meredakan ketegangan kerja. Usik-mengusik, bergurau senda dah jadi macam 'tradisi' di section kami. Kadang-kadang, satu section ketawa terbahak-bahak sampai tak ingat dunia. Pernah sekali Tuan Wenndy buat satu cerita lawak, kami ketawa terbahak-bahak dengan suara nyaring, sedangkan big boss ada di biliknya. Syukurlah bos tak marah. Dia pun faham kami suka bergurau time kerja. Boss pun tak kisah kalau kami bergurau, asal apa yang dipinta dan tugasan siap dengan sempurna.

Suasana seperti ini menjadikan kami saling memahami antara satu sama lain. Ketgangan dan stress tempat kerja juga dapat dikurangkan. Masing-masing dengan watak dan karakter masing-masing. Tuan Wenndy dan Airwan, ada saja cerita lawak mereka. Sampaikan tengah serius discussion sempat juga buat lawak. Kami jadi tukang ketawa. Azry, Saiful, Tinie, Ziza dan Nisa, pun kadang-kadang join sekali dalam 'permainan' kami. Begitu juga Harun, saya, Faizul dan Zulhatta, semuanya kepala 'teknikal'. Bila kepala 'teknikal', ada-ada saja idea lawak @ 'gila-gila' menjadi 'permainan' kami.

Bila masuk waktu solat, kami berhenti kerja dan bersiap untuk solat jemaah. Dua minggu lepas, Tuan Wenddy telah membeli sebuah kitab untuk dibacakan setiap kali habis waktu solat. Ini satu aktiviti yang bermanfaat kerana ada juga ruang untuk menambah ilmu agama selain dari meraih pahala solat berjemaah.

Saya mempunyai pengalaman kerja hampir 10 tahun dalam bidang kejuruteraan. Sekitar 5 buah syarikat kejuruteraan pernah menjadi tempat saya mencari rezeki. Pelbagai ragam dan karakter orang yang saya perhatikan. Di SPNB, saya berpeluang untuk mempelajari karakter-karakter baru ini untuk pengetahuan dan panduan hidup saya. Syukur saya kepada Allah kerana menemukan kawan-kawan yang baik seperti di SPNB. Ini yang saya maksudkan dengan kitabkehidupan, belajar bukan dari kitab dengan tulisan yang ditulis atas kertas semata-mata, tetapi pada ragam dan warna hidup manusia yang ada di sekeliling kita. Kitabkehidupan yang 'hidup' di depan mata kita, yang kita baca dengan mata hati dan iman yang sejati.

Wallahu 'alam...



Dari kiri : Staf Project Implementation; Tuan Wenndy, Airwan (berkopiah putih), Zulhatta, Harun (berdiri),Faizul dan saya. Di hujung sekali berdiri Shimani (berbaju merah) dari Section Marketing dan Sabariah (bertudung, our tea lady.

1 ulasan:

  1. Salam. Cuba-cuba lah scan perfume aura tu, lain macam je tgk. Scan dalam-dalam skit.

    BalasPadam