Sabtu, 14 Ogos 2010

Teknik Pukul Pakai Sejadah @ Serban

Sempat juga menulis sementara menunggu masuk waktu berbuka...

Ini adalah teknik pukul yang saya buat ketika merawat remaja berusia 18 tahun di Samarahan, yang kerasukan dan mengamuk akibat dirasuk jin pohon buluh.

Teknik ini saya kongsikan kepada semua ahli perawat Islam atas sebab saya berpegang bahawa ilmu ALlah adalah luas dan boleh dimiliki oleh sesiapa pun. Selain itu, terdapat juga permintaan daripada pembaca blog yang amat berminat dengan teknik ini untuk kegunaan mereka sendiri.

Semua orang boleh menggunakan kaedah ini, asalkan pergantungan hati dan yakin diletakkan secara mutlak kepada Allah. Jangan beri'tiqad bahawa sejadah yang menyakitkan jin, tapi hendaklah sematkan di dalam hati bahawa yang menyakitkan jin adalah Allah dengan sejadah sebagai asbab. I'tiqad, iman dan yakin kena jaga sungguh-sungguh.

Kaedah ini amat berguna apabila berlaku saat kecemasan atau genting seperti pesakit sukar dikawal, kerasukan tahap maksima seperti bersilat dan sebagainya. Selain itu, kaedah ini boleh digunakan untuk melemahkan pesakit kerasukan kepada orang awam sementara menunggu perawat datang untuk merawat dengan lebih khusus.

Selamat mencuba!

Alat yang diperlukan:

1. Sejadah yang sudah digunakan (bukan sejadah baru) @ Serban.

Caranya:

1. Lipat sejadah secara memanjang di atas lantai.
2. Letak telapak tangan kanan di atas sejadah, tekan dan i'tiqad dalam hati dan berdoa kepada Allah dengan berniat untuk melemah dan memukul jin dalam jasad pesakit.
3. Baca ayat-ayat berikut:
a. Al-Fatihah (sekali)
b. Ayatul Kursi (sekali)
c. Ayat afahasibtum sampai habis (sekali)

3. Tekan dan lurut sejadah dari bawah ke atas. Buat 3 kali.
4. Kemudian hembus sejadah tersebut 3 kali.

Kemudian, pukul belakang badan dan sendi lutut bahagian belakang pesakit. Pukul 3 kali dengan pukulan ala kadar (jangan terlalu kuat)sambil bertakbir.

Mudahan sukses dengan izin Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan