Sabtu, 5 Mac 2011

Apa ada dalam hati... (respon kepada chatbox)

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana kita masih dipanjangkan umur dan diizinkan Allah untuk menghirup udara yang segar dan nyaman pada hari ini. Kuching kelihatan gloomy sikit hari ini kerana hujan semenjak malam tadi.

Kali ini saya taknak buat cerita tentang ruqyah atau rawatan Islam. Sudah beberapa entry yang saya buat tentang rawatan Islam, sekali-sekala nak jugak buat cerita out of topic. Inilah di antara matlamat blog ini diwujudkan, bukan semata-mata untuk memberi informasi dan pengalaman tentang rawatan Islam, tetapi berkongsi rasa hati tentang pandangan hidup dan bisikan jiwa manusia. Sebab itulah blog ini dinamakan KitabKehidupan...

Tambahan pula, dah ada orang 'buat bising' kat chatbox saya, asyik-asyik buat cerita jin. Tuduh saya kena main jin. Yang herannya, dia pernah tengok ke saya main dengan jin? Tuduh sebarangan tu berdosa. Saya cuma menggunakan pengetahuan yang saya ada dalam rawatan Islam untuk membantu orang ramai. Bukan nak simpan jin atau tunjuk kat orang saya boleh tangkap @ halau jin.

Saya nak bagitau kat orang ni, dan juga orang-orang yang sekepala dengannya, saya hormat anda kerana anda adalah tetamu blog saya. Saya berterima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya. Tapi adat orang bertandang, samalah macam masuk ke rumah orang. Sebagai Muslim, bila masuk rumah orang, kenalah beradab. Kena sopan-santun, kena cakap baik-baik. Bukan main pukul je. Akhlak muslim ke tu?

Dah lah tak letak nama. Kalau awak ikhlas nak menegur, letak la nama sebenar awak. Ini main hentam kromo je. Awak ingat orang dapat terima ke cara teguran awak tu?

Kalau taknak baca cerita tentang jin, toksah baca la blog saya. Pegi baca blog orang lain. Yang awak pergi baca blog saya buat apa? Awak sakit hati, pastu awak menyemak pulak kat blog saya.

Saya rasa saya tahu siapa awak. Awak bukan orang lain, saya rasa awak adalah seseorang yang saya kenal. Mungkin awak adalah rakan saya sendiri. Kalau awak ikhlas dengan saya, elok awak perkenalkan diri. Awak tak payah mengaku dalam blog ni. Awak boleh call saya. Saya berlapang dada. Apa yang nyata, awak orang Sarawak, mungkin orang Kuching juga. Awak bukan orang semenanjung atau Sabah.

Kadang-kadang, letih juga saya jumpa orang macam ni. Saya tak kisah kalau saya dikritik atau ditegur, tapi biarlah dengan cara baik dan berhikmah. Yang menegur senang hati, yang menerima teguran pun akan berlapang dada. Inilah perangai segelintir orang Islam kita. Bila dah rasa hebat, belajar agama tinggi sikit, mulalah kembang sayap. Kita yang tiada background pendidikan agama ni dipandang rendah. Maklumlah, macam saya ni background engineering, mana tau nak tafsir hadis ikut skala ulama. Golongan agama ni pulak, pandai mentafsir agama ikut skala ulama. Tapi dengan akhlak buruk. Natijahnya, orang kecik hati dan mula menjauhkan diri daripada golongan agama ni. Siapa yang rugi? Dan siapa yang bodoh sebenarnya?

Saya baru pulang dari mendengar ceramah dari seorang bekas mufti yang terkenal di Malaysia malam tadi. Dalam ceramah yang memakan masa 2 jam lebih itu, ada satu cerita yang amat menarik perhatian saya. Ia mengisahkan khalifah empayar Umayyah yeng menerima nasihat daripada seorang tabi'in yang bergelar Abu Hazim @ Salamah bin Dinar. Berikut adalah cerita yang disampaikan oleh si penceramah malam tadi, iaitu saya petik dari blog http://www.umm-zakaria.co.cc.

Pada tahun 97 H, khalifah Muslimin Sulaiman bin Abdul Malik menempuh perjalanan ke negeri yang disucikan, memenuhi undangan bapak para Nabi, yakni Ibrahim alaihis salam. Iring-iringan itu bergerak dengan cepat dari Damaskus, ibukota kekhalifahan Umawiyah, menuju Madina al-Munawarah.

Ada rasa rindu pada diri khalifah di raudhah nabawi yang suci dan rindu untuk mengucapkan salam atas Muhammad Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Rombongan tersebut disertai para ahli qurra’ (Ahli al-qur’an), muhadditsin (ahli hadits), fuqaha (ahli fiqih), ulama, umara dan para perwira.

Setibanya khalifah di Madinah dan menurunkan perbekalan, orang-orang dari para pemuka Madinah menghampiri mereka untuk mengucapkan salam dan menyambut kedatangan khalifah.

Akah tetapi Salamah bin Dinar sebagai qadhi dan imam kota yang terpercaya, ternyata tidak termasuk ke dalam rombongan manusia yang turut menyambut dan mengucapkan salam kepada Khalifah.

Setelah selesai melayani orang-orang yang menyambutnya, Sulaiman bin Abdul Malik berkata kepada orang-orang yang dekat dengannya, “Sesungguhnya hati itu bisa berkarat dari waktu ke waktu sebagaimana besi bila tidak ada yang mengingatkan dan membersihkan karatnya. Mereka berkata, “Benar, wahai amirul mukminin.” Lalu beliau berkata, “Tidak adakah di Madinah ini seseorang yang bisa menasihati kita, seseorang yang pernah berjumpa dengan para sahabat Rasulullah?” Mereka menjawab, “Ada wahai amirul mukminin, di sini ada Abu Hazim al-A’raj.”

Beliau bertanya, “Siapa itu Abu Hazim?” Mereka menjawab, “Dialah Salamah bin Dinar, seorang alim, cendekia dan imam di kota Madinah. Beliau termasuk saslah satu tabi’in yang pernah bersahabat baik dengan beberapa sahabat utama.” Khalifah berkata, “Kalau begitu panggilah beliau kemari, namun berlakulah sopan kepada beliau.”


Para pembantu khalifah pun pergi memanggil Sulaiman bin Dinar.

Setelah Abu Hazim datang, khalifah menyambut dan membawanya ke tempat pertemuannya.

Khalifah: “Mengapa anda demikian angkuhnya terhadapku, wahai Abu Hazim.”

Abu Hazim: “Angkuh yang bagaimana yang anda maksud dan anda lihat dari saya wahai Amirul Mukminin?”

Khalifah: “Semua tokoh Madinah datang menyambutku, sedang anda tidak menampakkan diri sama sekali.”

Abu Hazim: “Dikatakan angkuh itu adalah setelah perkenalan, sedangkan anda belum mengenal saya dan sayapun belum pernah melihat anda. Maka keangkuhan mana yang telah saya lakukan?”

Khlaifah: “Benar alasan syaikh dan khalifah telah salah berprasangka. Dalam benakku banyak masalah yang ingin aku utarakan kepada anda wahai Abu Hazim.”

Abu Hazim: “Katakanlah wahai Amirul Mukminin, Allah tempat memohon pertolongan.”

Khalifah: “Wahai Abu Hazim mengapa kita membenci kematian?”

Abu Hazim: “Karena kita memakmurkan dunia kita dan menghancurkan akhirat kita. Akhirnya kita benci keluar dari kemakmuran menuju kehancuran.”

Khalifah; “Anda benar wahai Abu Hazim. Apa bagian kita di sisi Allah kelak?”

Abu Hazim: “Bandingkan amalan anda dengan kitabullah, niscaya anda bisa mengetahuinya.”

Khalifah: “Dalam ayat yang mana saya dapat menemukannya?”

Abu Hazim: “Anda bisa temukan dalam firman-Nya yang suci:


إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ وَإِنَّ الْفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ

“Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam syurga yang penuh keni'matan, dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka.” (Surah. Al-Infitar [82] : 13-14)

Khslifah: “Jika demikian, dimanakah letak rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala?”

Abu Hazim: (membaca firman Allah):


إِنَّ رَحْمَتَ اللّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ

“Sesungguhnya rahmat Allah itu amat dekat dengan mereka yang berbuat kebajikan.” (QS Al-A’raf [7]: 56)

Khalifah: “Lalu bagaimana kita menghadap Allah kelak, wahai Abu Hazim?”

Abu Hazim: “Orang-orang yang baik akan kembali kepada Allah seperti perantau yang kembali kepada keluarganya, sedangkan yang jahat akan datang seperti budak yang curang atau lari lalu diseret kepada majikannya yang keras.”

Khalifah menangis mendengarnya sampai keluar isaknya, kemudian berkata...
Khalifah: “Wahai Abu Hazim, bagaimana cara memperbaiki diri?”

Abu Hazim: “Dengan meninggalkan kesombongan dan berhias dengan muru’ah (menjaga kehormatan).”

Khalifah: “Bagaimana memanfaatkan harta benda agar ada nilai takwa kepada Allah I?”

Abu Hazim: “Bila anda mengambilnya dengan cara yang benar dan meletakkannya di tempat yang benar pula lalu anda membaginya dengan merata dan berlaku adil terhadap rakyat.”

Khalifah: “Wahai Abu Hazim, jelaskan kepadaku siapakah manusia yang paling mulia itu?”

Abu Hazim: “Yaitu orang-orang yang menjaga muru’ah dan bertakwa.”

Khalifah: “Lalu perkataan apa yang paling besar manfaatnya?:”

Abu Hazim: “Perkataan benar, yang diucapkan di hadapan orang yang ditakuti dan diharapkan bantuannya.”

Khalifah: “Wahai Abu Hazim, doa manakah yang paling mustajab?”

Abu Hazim: “Doa orang-orang baik untuk orang-orang baik.”

Khalifah: “Sedekah manakah yang paling utama?”

Abu Hazim: “Sedekah dari orang yang kekurangan kepada orang yang membutuhkan tanpa menggerutu dan kata-kata yang menyakitkan.”

Khalifah: “Wahai Abu Hazim, siapakah orang yang paling dermawan dan terhormat?”

Abu Hazim: “Orang yang menemukan ketaatan kepada Allah lalu diamalkan dan diajarkan kepada orang lain.”

Khalifah: “Siapakah orang yang paling dungu?”

Abu Hazim: “Orang yang terpengaruh oleh hawa nafsu kawannya, padahal kawannya tersebut orang yang dzalim. Maka pada hakikatnya dia menjual akhiratnya untuk kepentingan dunia yang lain.”

Khalifah: “Wahai Abu Hazim, maukah engkau mendampingi kami agar kami bisa mendapatkan sesuatu darimu dan anda mendapatkan sesuatu dari kami?”

Abu Hazim: “Tidak, wahai Amirul Mukminin.”

Khalifah: “Mengapa?”

Abu Hazim: “Saya khawatir kelak akan condong kepada anda sehingga Allah menghukum saya dengan kesulitan di dunia dan siksa di akhirat.”

Khalifah: “Utarakanlah kebutuhan anda kepada kami wahai Abu Hazim.”

Abu Hazim tidak menjawab sehingga Khalifah mengulangi pertanyaannya: “Wahai Abu Hazim, utarakan hajat-hajatmu, kami akan memenuhi sepenuhnya..”

Abu Hazim: “Hajat saya adalah selamat dan masuk surga.”

Khalifah: “Itu bukan wewenang kami, wahai Abu Hazim.”

Abu Hazim: “Saya tidak memiliki keperluan selain itu wahai Amirul Mukminin.”

Khalifah: “Wahai Abu Hazim, berdoalah untukku.”

Abu Hazim: “Ya Allah bila hamba-Mu Sulaiman ini adalah orang yang Engkau cintai, maka mudahkanlah jalan kebaikan baginya di dunia dan di akhirat. Dan jika dia termasuk musuh-Mu, maka berilah dia hidayah kepada apa yang Engkau sukai dan Engkau ridhai. Amin.”

Salah satu hadirin berkata: “Alangkah buruknya perkataanmu tentang Amirul Mukminin. Engkau sebutkan khalifah muslimin barangkali termasuk musuh Allah ? Kamu telah menyakiti perasaannya.

Abu Hazim: “Justru perkataanmu itulah yang buruk. Ketahuilah bahwa Allah telah mengambil janji dari para ulama agar berkata jujur:


وَإِذَ أَخَذَ اللّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلاَ تَكْتُمُونَهُ

“Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (yaitu): "Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya,"” (QS Al-Imran [3] : 187)

Beliau menoleh kepada Khalifah seraya berkata: “Wahai Amirul Mukminin, umat-umat terdahulu tinggal dalam kebaikan dan kebahagiaan selama para pemimpinnya selalu mendatangi ulama untuk mencari kebenaran pada diri mereka. Kemudian muncullah kaum dari golongan rendah yang mempelajari berbagai ilmu mendatangi para amir untuk mendapatkan suatu kesenangan dunia. Selanjutnya para amir itu tidak lagi menghiraukan perkataan ulama, mereka pun menjadi lemah dan hina di mata Allah . Seandainya segolongan ulama itu tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi para amir, tentulah amir-amir tersebut akan mendatangi mereka untuk mencari ilmu. Tetapi karena para ulama menginginkan apa yang ada di sisi para amir, maka para amir tak mau lagi menghiraukan ucapannya.”

Khalifah: “Anda benar. Tambahkanlah nasihat untukku wahai Abu Hazim, aku benar-benar tidak mendapati hikmah yang lebih dekat dengan lisannya daripada anda.”

Abu Hazim: “Bila anda termasuk orang yang suka menerima nasihat, maka apa yang saya utarakan tadi cukuplah sebagai bekal. Tetapi bila tidak dari golongan itu, maka tidak perlu lah aku memanah dari busur yang tak ada talinya.”

Khalifah: “Wahai Abu Hazim, aku berharap anda mau berwasiat kepadaku.”

Abu Hazim: “Baiklah, akah saya katakan dengan ringkas. Agungkanlah Allah dan jagalah, jangan sampai Dia melihat anda dalam keadaan yang tidak disukai-Nya dan tetaplah anda berada di tempat yang diperintahkan-Nya.”

Setelah itu Abu Hazim mengucapkan salam dan mohon diri. Khalifah berkata, “Semoga Allah membalas anda dengan kebaikan wahai seorang alim yang suka menasihati.”



Sumber: Suwaru min Hayaati at-Tabi’in (edisi Indonesia), Dr. Abdurrahman Ra’fat Basya, At-Tibyan, hal. 163-168.


Ulasan dari si penceramah, bahawa pada zaman itu, sudah ada pengampu golongan penguasa (raja, sultan, menteri dll...) yang terdiri daripada alim ulama dan bijak pandai. Abu Hazim adalah seorang tabi'in yang mulia akhlaknya, mencela akan golongan ini yang hadir dalam majlis khalifah pada ketika itu. Maksudnya, ada orang yang alim, dia menegur bukan kerana keikhlasan mahupun kebenaran, tetapi kerana nak tunjuk diri dia pandai dan alim. Saya berpendapat, orang yang kutuk saya dalam chatbox itu pun termasuk dalam golongan ini.

Kerana apa saya mengatakan demikian?

Saya berpendapat, kalaulah dia ikhlas, dia kena perkenalkan diri dia dulu. Cakap baik-baik. Bukan main "oi! oi!" macam tu. Ulama ada panggil macam tu ke?

Saya berlapang dada kalau dia ikhlas nak menegur saya. Dia boleh email saya jika dia nak. Bukan main 'baling batu sembunyi tangan' macam tu. Itu PENGECUT namanya.

Wallahu 'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan