Ahad, 8 Julai 2012

Ruqyah vs Panic Attack

Kisah ini diceritakan oleh seorang hamba Allah bernama Andy (bukan nama sebenar) yang telah mengalami tekanan jiwa sehingga beliau diserang sejenis penyakit emosi yang dikenali dalam perubatan moden sebagai panic attack. Beliau menceritakan pengalaman beliau yang berjuang untuk merawat dirinya sendiri denan kaedah Al-Quran selain daripada berjumpa dengaa psikiatri. Berikut merupakan kisah beliau... Andy merupakan seorang pemuda yang berusia awal 30-an. Memiliki pekerjaan yang tetap dan stabil, isteri yang baik dan cantik, dan baru-baru ini dianugerahkan seorang anak perempuan yang sihat dan comel. Andy bahagia dengan kehidupannya. Beliau amat bersyukur kepada Allah atas nikmat yang Allah berikan kepadanya. Walaupun demikian, setiap manusia mempunyai masalah. Ini adalah hakikat yang tidak dapat dielakkan. Andy bermasalah dengan bos di tempat kerjanya. Sikap bos yang suka memberi beban kerja yang banyak, terlalu menekan dan meletakkan KPI yang tinggi menyebabkan Andy berasa agak tertekan. Namun Andy menyembunyikan tekanannya anpa pengetahuan keluarganya, termasukah isteri yang diintainya. Bos di tempat Andy bekerja adalah seorang workaholic. Oleh sebab bosnya bersikap demikian, bosnya juga suka memberi kerja last minute kepada Andy. Inilah sikap yang paling dibenci oleh Andy. Malahan belum habis satu kerja, bosnya telah menambah lagi kerja yang lain sehingga menyebabkan Andy menjadi terbeban. Bebanan semakin bertambah dari sehari ke sehari. Apa yang lebih teruk apabila bos beliau tidak pandai mengurus kerja. Kerja yang boleh disiapkan dalam masa 10 minit, menjadi 1 jam hanya kerana bosnya yang terlalu rumit dan suka memperbesarkan benda-benda yang kecil. Andy merasakan seolah-olah bosnya juga ingin mengheret Andy menjadi workaholic seperti dirinya. Andy berasa tertekan, marah dan kecewa dengan sikap bosnya yang gila kerja itu. Keletihan yang melampau, tidur dan makan yang tidak terurus, serta tekanan yang melampau menyebabkan Andy berasa risau tidak bersebab. Ditambah lagi dengan lahirnya seorang cahaya mata, Andy merasakan tanggungjawabnya semakin berat kerana perlu memikirkan perbelanjaan tambahan untuk ahli baru dalam keluarganya. Keadaan ini melarat dari sehari ke sehari sehingga Andy terkena gastrik yang teruk. Gastrik ini menyebabkan Andy sering cirit-birit dan muntah setiap hari. Pada permulaannya, Andy menghidap senak dada dan kembung perut, kemudian terasa benda yang menyucuk di perut sehingga menyebabkan beliau muntah teruk. Pemeriksaan doktor mendapati bahawa Andy menghidap gastrik. Setelah makan ubat gastrik, penyakitnya masih belum menunjukkan tanda-tanda untukk sembuh, malah makin teruk setiap hari. Ini menjadikan Andy semakin stress. Andy yang tidak pandai dalam mengurus stressnya, menyebabkan keadaan melarat dan menjadi teruk sehingga beliau mengalami anxiety disorder dan panic attack. Keadaan fizikalnya menjadi semakin kurus, kerap muntah dan cirit birit, murung, sering sedih tidak bersebab, sensitif, dan lain-lain perasaan pelik yang dialaminya yang tidak masuk akal. Andy akan menjadi lebih sensitif dan sedih terutama sekali selepas masuk waktu Asar dan dekat-dekat nak masuk waktu Maghrib. Andy juga kerap mengalami mimpi ngeri setiap malam. Beliau juga sering terkejut dari tidur jam 3:30 pagi, sukar tidur, sedih, badan lesu untuk bekerja, tidak bersemangat dan lain-lain lagi. Keadaan ini berlarutan selama 3 bulan. Andy yang dulunya ceria dan sering melawak di kalangan rakan ofisnya, berubah menjadi seorang yang pendiam dan murung. Beliau juga menjadi penakut dan pesimis, hinggakan hendak memandu kereta di tempat kerja pun tak berani. Andy terpaksa meminta pertolongan rakannya untuk pergi dan balikd ari pejabat setiap hari. Beliau menjadi takut untuk memandu seorang diri. Andy juga sering diserang panic attack ketika sembahyang Jumaat di masjid. Ketika mula angkat takbir untuk memulakan solat, pada ketika itulah penyakitnya menyerang lalu menyebabkan beliau sesak nafas, jantung berdegup kencang, telapak tangan dan kaki menjadi sejuk, takut tak bersebab dan seribu satu macam lagi perasaan pelik yang dialaminya yang mana hanya dia seorang saja yang tahu. Andy berasa sedih dengan keadaannya ini dan berhasrat untuk berjumpa dengan psikiatri di hospital untuk mendapatkan rawatan dan sesi kaunseling. Setelah dikaunseling, doktor mengatakan bahawa Ady hanya mengalami lemah semangat dan kerisauan yang melampau. Doktor juga menerangkan punca-punca penyakit dan memberikan solusi untuk merawat dirinya sendiri. Sejak itu, Andy berazam dengan dirinya untuk merawat dirinya dengan bantuan kaunseling doktor dan rawatan alternatif. Andy pergi ke klinik Darussyifa untuk mendapatkan rawatan. Selain Darussyifa, Andy juga berjumpa dengan beberapa orang ustaz yang lain untuk mendapatkan rawatan dan air penawar. Di samping itu, beliau juga melakukan bekam di beberapa poin pada badannya, khususnya di kepala bagi merawat penyakit risau dan sukar tidur yang dialamnya. Setiap malam sebelum tidur, Andy membaca ayat-ayat ruqyah dan menghembuskan ke telapak tangan lalu diusap ke seluruh badan, meminum air penawar dan berdoa kepada Allah bagi memohon kesembuhan. Apa yang menakjubkan, bermula dari malam pertama beliau mengamalkan bacaan ayat ruqyah sebelum tidur, semenjak itu jugalah beliau tidak mengalami mimpi ngeri lagi. Beliau sudah mula boleh tidur dengan lena dan tidak lagi terkejut bangun dari tidur pada waktu tengah malam. Ini menyebabkan Andy semakin yakin dengan apa yang dibuatnya. Beliau terus mengamalkan bacaan ruqyah sebelum tidur, mendengar bacaan ruqyah melalui cd sehingga tertidur, tilawah al-Quran selepas Subuh dan Maghrib, menambah bilangan solat sunat, memperbanyakkan doa khususnya di waktu mustajab, berzikir, banyak bersedekah dan qiamullail. Hasilnya amat menakjubkan, Andy merasa semakin tenang dan bahagia dan panic attack tersebut tidak menyerang lagi ketika Andy keseorangan atau sembahyang Jumaat. Beliau juga sudah mula boleh memandu sendiri ke tempat kerja dan boleh pergi ke mana-mana secara bersendirian tanpa berasa takut lagi. Andy juga merawat gastriknya dengan cara perubatan nabi. Selain mengambil pil yang diberi doktor untuk mengubat gastrik, beliau juga makan minyak zaitun setiap pagi sebelum sarapan (iaitu ketika perut kosong), minum habbatus sauda sebagai penggani kopi dan teh, banyak minum air kosong dan mengamalkan pantang yang biasa diamalkan oleh penghidap gastrik. Masuk bulan keempat, Andy sembuh sepenuhnya daripada gastrik yang dihidapinya. Panic attack juga tidak lagi mengganggu hidupnya. Beliau semakin tenang dan selesa, seolah-olah diberi nyawa baru. Beliau amat bersyukur kepada Allah kerana Allah telah mengabulkan doanya serta mendengar rintihannya. Beliau semakin yakin dengan keberkesanan Al-Quran dalam menyembuhkan penyakit rohani dan emosi, dan apa yang menakjubkan juga dengan berkat Quran jugalah gastriknya sembuh. Andy juga berazam untuk mengurus stressnya dengan baik agar perkara yang sama tidak berulang lagi di masa hadapan. Kisah di atas merupakan kisah benar yang diceritakan kepada saya... Ingin saya simpulkan di sini bahawa, kerisauan dan tekanan merupakan penyakit yang biasa dihidapi oleh manusia moden masakini. Masalah tempat kerja, kerisauan tentang belanja dan ekonomi keluarga yang semakin meningkat, masalah rumahtangga dan seribu satu macam lagi masalah yang wujud menyebabkan manusia semakin tertekan dan emosi terganggu. Penyakit ini tidak mengira peringkat umur. Jika keadaan kerisauan ini berlarutan tanpa ditangani dengan baik, dikhuatiri akan membawa kesan buruk kepada emosi dan jiwa seseorang individu. Nasihat saya, tetaplah istiqamah dalam mendekatkan diri kepada Allah. Qiamullail, zikrullah dan memperbanyakkan tilawah Quran merupakan metode dan terapi terbaik dalam usaha meraih jiwa tenang dan bahagia dalam zaman yangs erba mencabar ini. Semoga Allah merahmati kita semua.Amin.

12 ulasan:

  1. Kisah Di atas hampir sama sepenuhnya mcm saya punya perjalanan.. Duma sy masih belum sembuh sepenuhnya.... Harap dapat Amal rukyah setiap

    BalasPadam
  2. Kisah ini sama mcm sy.1st serangan ketika solat jumaat..sampai skrg menanggung derita..

    BalasPadam
  3. same2 la sy..tgh melalui nye skrgni..smua ni Allah bagi supaya kite sentiase engt padaNya dan mendekatkan diri padaNYa.. allahuakhbar.. tp ape yg penting suami kena sntiase support dan paham keadaan kite.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam..saya juga sdg mengalaminya skrg..betul apa yg awk tulis tu..cuma bila ia menyerang seluruh badan rasa sgt tidak tenteram..bykkan berzikir shj yg sy buat skrg ni..sy tak sampai hati nak cerita dgn parents saya bimbang diorg susah hati

      Padam
  4. Mohon copy paste utk sy share group penyakit ini.semoga perkongsian anda memberi rakan rakan lain semangat dan mengamalkan surah ruqyah.t.kasih

    BalasPadam
  5. Sama dengan sakit yang saya sedang alami. Terima kasih bagi ingo berguna.

    BalasPadam
  6. Bela kucing pun terapi terbaik untuk mengurangkan stress. Kalau bosan cakap je la dgn kucing. "Ko ni tompok, asyik makan2, pergi la kejar tikus ke" at least bila kita marah kucing, kucing tak marah kita balik. Stress pun berkurang.

    BalasPadam
  7. Assalam. Saya salah seorg penghidap penyakit ni. Baru td g klinik akibat d serang, kali ni sy rasa mmg hampir2 nk mati walaupun tak hakikatnya. Kawan2 saya ada satu tpt tradisional d mana blh kurangkn sakit kite ni. In shaa Allah membantu. Bukan bomoh ye.. Dia hanya org biasa. Sama2 kite berdoa pada Allah.. Kerana semua ats kehendak Allah yg menyembuhkn kite. Wasap sy. 0182202511... Seminngu skli sy kena panic attack... Life must go on sbb sy mmg genetik ada sakit tu

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Salam admin dan sahabat,
    Jemput baca ye,
    http://kedaibo.blogspot.my/2017/01/anxiety-disorderada-penawarnya.html
    Tk

    BalasPadam