Ahad, 26 April 2015

Pengalaman Berharga di Darussyifa


Assalamualaikum,

Lama juga tak update blog. Blog pun nampak 'berdebu'. Maklumlah, sangat sibuk sejak akhir-akhir ini. Semenjak pulang ke Kuching, saya semakin sibuk dengan rutin harian saya. Kalau ada masa pun saya lebih gemar berehat dan tidak menulis blog.

Alhamdulillah, kini saya juga telah tamat pengajian di Darussyifa setelah diijazahkan oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din pada 18 April 2015 yang lalu. Pengalaman ini sangatlah berharga. Hari yang ditunggu telah tiba. Setelah sekian lama berkorban masa, wang dan tenaga dengan menghadiri kuliah-kuliah yang dianjurkan, saya dan rakan-rakan berjaya menamatkan pengajian. Walaupun demikian, hampir separuh kumpulan kami tidak diijazahkan. Hal ini demikian kerana ramai yang 'tumpas' di tengah jalan.

Pengalaman belajar di Darussyifa amatlah menyeronokkan. Saya banyak belajar benda baru di Darussyifa. Walaupun mempunyai pengalaman merawat sebelum ini, namun di Darussyifa saya masih menemui pelbagai teknik dan kaedah lain dalam merawat, ruqyah-ruqyah yang baru untuk dihafal, dan kaedah kaunselig pesakit. Saya juga belajar bagaimana untuk mendisiplinkan diri dengan menghadiri majlis zikir, menepati masa, menadah kitab dan lain-lain. Sangat menyeronokkan.

Ketika bersalam dan ijab kabul menerima ijazah di depan Tuan Guru, rasa macam tidak percaya apabila saya berjaya menamatkan pengajian. Rasa terharu, gembira dan pelbagai seribu satu rasa bercampur di hati saya ketika itu. Penat lelah rasanya terbalas dengan penerimaan ijazah ini. Boleh kata lebih setahun saya ulang alik ke Darussyifa, menghadiri kuliah dan majlis zikir, serta latihan amali sekali. Belum kira lagi kos perbelanjaan yuran bulanan, kos pergi balik Sibu-Kuching-Sibu, bayaran buku dan lain-lain. Subhanallah! Cita-cita dan dan doa saya diperkenankan Allah, Alhamdulillah!

Kalau nak dikenang kembali bagaimana saya bermula dengan Darussyifa, sebenarnya saya telah mendaftar sebanyak 2 kali untuk memasuki kuliah. Namun, saya tidak dapat menghadiri kelas perasmian yang menyebabkan saya tidak layak untuk hadir kuliah. Halangan sebanyak 2 kali ini tidak menghalang saya untuk terus mendaftar untuk kali ketiga. Setelah mendaftar, ada pula halangan baru iaitu ketika kelas hendak dimulakan, saya dipindahkan bertugas ke Sibu.

Pada ketika itu, saya hampir putus asa. Namun saya keraskan hati, membanyakkan doa, saya fikir apa nak jadi, jadilah. Kerisauan tentang ongkos perbelanjaan pulang-balik Kuching-Sibu, bayaran yuran bulanan, masa kerja dan lain-lain saya letak ke tepi dan serahkan kepada Allah. Saya berkata kepada diri saya, saya niat belajar ilmu perubatan ini kerana Allah, ini adalah cita-cita saya sejak dahulu lagi untuk mendapatkan ilmu dari Tuan Guru, dan saya juga berniat untuk upgrade diri saya dalam bidang ini. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah. Saya berjaya menamatkan kuliah setelah berhempas-pulas setelah lebih setahun.

Kesimpulannya, saya mendapat banyak pengajaran dari peristiwa ini. Ingin saya kongsikan kepada pembaca sekalian, jika kita bercita-cita akan sesuatu, hendaklah kita kuatkan hati dan semangat, buat sehabis baik. Walau apa pun halangan yang datang, kena keraskan hati. Pedulikan kata-kata negatiif yang orang lemparkan kepada kita. Paling utama, kena luruskan niat dan banyakkan berdoa.

Semoga kita dirahmati Allah...


3 ulasan:

  1. Terima Kasih atas perkongsian ini. Kami semua mengambil iktibar dari pengalaman tuan. Kami K31 bagi tahun 2019. Apa sahaja rintangan mendatang akan kami tepis dan terus istiqamah. Mohon doa senoir DarusSyifa 2014 untuk kami Kumpulan 31 Bangi untuk istiqamah dalam dunia yang tidak disukai syaithan.iblis. ini.
    ​Laman Web: www.waiz.my
    FaceBook: https://web.facebook.com/kursuswaiz/

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.semoga kebaikan diberikan Allah untuk kita semua

      Padam
  2. Assalam...tuan...benarkah kalau kita belajar di darussyifa kita terikat dgn darussyifa? X bole bukak pusat rawatan sendiri?

    BalasPadam