Ahad, 9 Oktober 2016

Guruku yang kucintai, TG Dato Dr Haron Din rahimahullah.

Pemergian Tuan Guru Dato Dr Haron Din masih lagi terasa di hati keluarga dan anak-anak murid beliau. Kesedihan masih terasa, kerana beliau merupakan sosok ulama Nusantara yang dikagumi ilmunya, dan dihormati kerana tawadhu'nya.

Beliau tidak jemu dalam mengajar dan berdakwah. Beliau seringkali menasihati anak-anak muridnya agar jangan sekali-kali menyembunyikan ilmu. Ilmu mesti disebarkan. Setiap insan berhak mendapat ilmu.

Beliau amat menitikberatkan dalam ceramah beliau mengenai pentingnya menuntut ilmu. Ilmu menyelamatkan manusia dari terjerumus ke lembah kejahilan. Ilmu adalah cahaya yang menerangi kegelapan.

Ilmu adalah panduan hidup untuk sampai kepada Allah. Tanpa ilmu yang betul manusia akan sesat dalam perjalanan menuju Allah.

Apa-apa ilmu yang saya perolehi dari beliau, sepanjang saya bersama dengan Darussyifa, akan saya amalkan dan sebarkan menurut kemampuan saya. Ini sajalah cara yang mampu saya buat bagi membalas jasa baik beliau yang mencurahkan ilmunya kepada saya dan anak-anak murid beliau yang lain.

Berehatlah dengan tenang, guruku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan