Ahad, 9 Oktober 2016

Tips apabila mengalami mimpi buruk

Mimpi adalah mainan tidur. Namun ada juga mimpi yang benar seperti mimpi para nabi dan rasul, dan juga orang-orang soleh.

Mimpi yang buruk pula datang daripada gangguan syaitan. Ia bertujuan untuk melemahkan semangat dan iman seorang mu'min agar menjadi takut dan gelisah selepas bangun dari tidur.

Saya akan mengongsikan satu kaedah mudah dan ringkas bagi sesiapa yang mengalami terkejut atau terbangun tengah malam apabila mengalami mimpi buruk. Berikut adalah kaedah-kaedahnya.

1. Hendaklah beristighfar berulangkali sehingga perasaan kembali tenang.

2. Membaca ta'awudz sebanyak 3 kali.






3. Selesai membaca ta'awudz, hendaklah meludah (sekadar syarat) sebanyak 3 kali di sebelah kiri.

4. Mengubah posisi atau tempat tidur. Jika tidak memungkinkan maka memadai membalikkan bantal tidur.

5. Tidak digalakkan menceritakan mimpi buruk kepada orang lain

6. Perbanyakkan berdoa sesudah solat agar tidak ditimpa musibah atau berlindung kepada Allah agar tidak mengalami mimpi buruk di masa akan datang.

7. Yakin dan ikhlas

Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan